Parti Pejuang Tanahair

Facebook rasmi Parti Pejuang Tanahair

21/08/2024

HAK BERSUARA & 3R.

1. Asas penting dalam mana-mana demokrasi adalah hak untuk bersuara. Hak ini termasuk hak membuat kenyataan, dan menyatakan fakta. Fakta itu kadang-kadang perit untuk ditelan kerana bukan semua boleh setuju dengan fakta.

2. Kerajaan p**a ada hak melalui Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi maksud memberi had atau limitasi kepada kebebasan bersuara. Tapi ianya mestilah menurut undang-undang.

3.Terbaru nampaknya hak kebebasan bersuara mantan Perdana Menteri ke-8 dan ahli parlimen Pagoh menjadi isu. Dibuat laporan polis serta kenyataan dari pihak Istana Pahang yang dikhabarkan murka dengan ucapan di PRK Nenggiri minggu lalu.

4. Ucapan sekitar 40:19 yang dari minit 15:55 ke 17:23 yang dikatakan melanggar 3R. Menyentuh isu berkaitan KBDYMM YDPA Al Sultan Abdullah ( pada waktu itu, pasca PRU 15).

5. Jika didengar ucapan itu ianya kenyataan fakta bahawa menurut Ahli Parlimen Pagoh beliau telah ada 115 ahli parlimen menyokong beliau sebagai calon PM ke-10. Dari segi perlembagaan Perkara 43 katanya beliau layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

6. Ini kenyataan fakta. Kenyataan fakta dari segi undang-undang tidak boleh sama sekali dikategorikan sebagai menghasut. Jauh sekali 3R.

7. Tiada akta atau undang-undang 3R dalam Negara.Yang wujud hanyalah undang-undang yang memastikan hak kebebasan bersuara itu ada hadnya. Melabel sesuatu sebagai 3R sahaja tidak betul . Contohnya seperti di atas perenggan 5 dan 6.

8. Situasi sama berlaku semasa PM ke-7 meletakkan jawatan dan tempat beliau diambil alih oleh PM ke-8. Bukankah waktu itu Tun Mahathir mempunyai 114 ahli parlimen juga yang menyokong beliau? Kenyataan fakta . Fakta tidak boleh dijadikan hasutan semata-mata.

9. Undang-undang dan kesamarataan penting dalam Negara. Begitu juga konsep Raja Berperlembagaan. Kita tidak amal konsep raja mutlak atau " absolute monarchy". Sebab itu Malaysia sentiasa amalkan prinsip Rulers are above politics.

10. Perbezaan antara raja-raja serta rakyat kebanyakkan itu ada dalam Perlembagaan. Contoh paling hampir adalah mahkamah. Rakyat biasa mahkamah sivil dan jenayah. Golongan raja-raja pemerintah negeri atau YDPA ada mahkamah khas sepertimana Perkara 182.

11. Undang-undang itu wujud . Cuma jangan disalahguna atau dijadikan alat oleh mereka yang berkuasa.

12. Janganlah setiap perkara dilabel 3R sehingga menakutkan Rakyat untuk bersuara.

13. Kerajaan yang takut dengan rakyat yang bersuara adalah Kerajaan yang bimbang ianya sedang hilang kuasa.

Rafique Rashid
21.08.2024

31/07/2024

Pembunuhan Ismail Haniyeh Kekejaman Zionis Israel!

1. Pejuang mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran hari ini.

2. Perbuatan terkutuk dan hina ini mesti dilawan sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia. Rejim Zionis Israel yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.

3. Sehingga kini Israel masih terus-menerus tanpa belas kasihan membunuh dan melakukan jenayah perang serta genosida terhadap rakyat Palestin yang hanya mahu kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.

4. Pejuang menggesa agar pemimpin-pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Israel serta-merta. Israel mesti dilabel sebagai pariah state!

5. Masa untuk persidangan, perbincangan atau rundingan tidak lagi relevan. "Two-state solution" bukan penyelesaian.

6. Pejuang merakamkan takziah serta ucapan Allahummaghfirlahu war hamhu wa afihi wa fuanhu, kepada keluarga , sahabat handai, kenalan, serta masyarakat Palestin atas syahidnya Ismail Haniyeh.

7. Dunia telah hilang seorang insan yang hebat, pemimpin pembebasan Palestin yang ulung serta seorang manusia yang amat merendah diri dan disenangi oleh sesiapa sahaja yang berjumpa beliau.

8. Moga peristiwa pembunuhan Ismail Haniyeh menyemarakkan lagi semangat perjuangan pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari tangan rakus Zionis Israel.

9. Pejuang memanggil kesemua ahli-ahlinya serta rakyat Malaysia keseluruhannya untuk menyahut seruan solidariti dengan mana-mana pihak yang menganjurkan mana-mana perhimpunan atau acara protes besar-besaran terhadap Israel dan sekutunya Amerika akibat tindakan terkutuk ini.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
31.07.2024
12.53pm

20/07/2024

Demokrasi Yang Di-Kafankan.

1. Parlimen berasal dari terma Perancis. " Parler" maksudnya " bercakap". Dewan Rakyat maksudnya dewan untuk Rakyat bercakap melalui wakil yang dipilih oleh Rakyat.

2. Kini kita tahu Machang telah digantong 6 bulan. Maknanya suara Machang tiada dalam Parlimen.

3. Kerajaan telah usulkan agar Machang digantung 6 bulan. Usul ini adalah akibat , menurut Kerajaan , tindakan Machang yang memetik nama pegawai KWSP yang didakwa menjadi dalang dalam isu penjualan saham terkait dengan penswastaan MAHB.

4. Kerajaan dalam membawa Usul tersebut menyatakan ianya perlu kerana nama penjawat awam perlu dibela. Kata Kerajaan lagi , surat layang yang dibawa Machang berunsur fitnah yang kalau tidak dihalang akan menyebabkan "floodgate", isu-isu lain boleh disandar pada surat layang tanpa bukti dan tanpa orang yang dinamakan mempertahan dirinya.

5. Persoalan paling utama yang perlu dilihat Rakyat adalah mengapa pihak yang menjadi subjek perkara Usul itu yakni Machang tidak dibenar pertahan diri?

6. Bukankah hak mempertahan diri itu hak asasi mana-mana Rakyat? Bukankah ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

7. Bagaimana p**a dengan Usul yang dibawa , bukankah ianya juga defektif? Bagaimana pegawai KWSP dikatakan penjawat awam?

8. KWSP ditubuh bawah Akta KWSP. Pegawai KWSP tidak tergolong sebagai penjawat awam dibawah peruntukan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana isu ini tidak dapat difahami oleh mereka di blok Kerajaan?

9. Ada hujah yang mengatakan definisi pegawai KWSP dibawah Seksyen 70 Akta KWSP melayakkan pegawai itu sebagai penjawat awam. Tetapi lihat balik Seksyen 70 tersebut ianya bagi tujuan pendakwaan bawah Kanun Keseksaan. Maka Kanun Keseksaan tidak boleh melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

10. Ada p**a yang katakan isu ini isu surat layang . Baik, kalau isunya isu surat layang, mengapa tidak benar Machang pertahan diri dan jelaskan mengenai surat layang tersebut?

11. Ada juga yang dakwa bagaimana p**a nasib pegawai KWSP tersebut? Siapa yang akan bela dia? Baik, kalau begitu bukankah Kerajaan boleh bela dia dalam Parlimen? Bukankah pembelaan itu boleh sahaja dilakukan selepas dengar Machang?

12. Tidak berapa lama dulu, ahli-ahli dalam blok Kerajaan semasa jadi pembangkang melantun dalam Dewan apabila ahli mereka digantung. Kata mereka perlu tubuh jawatankuasa khas.

13. Kalau begitu,mengapa tidak rujuk Machang ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan? Bukankah ini tatakelola terbaik? Bukankah ini akan bolehkan Machang bela diri dan serah bukti-bukti? Bukankah kalau benar wujud dalang dalam hasil penjualan aset Negara , Rakyat perlu tahu?

14. Namun,dengan Usul diluluskan setelah undi belah bahagi, nampaknya semua itu tidak berguna lagi.

15. Maka timbul pakar-pakar. Yang ada ijazah undang-undang, yang miliki ijazah tetapi tidak beramal sebagai Peguam, tidak kurang juga yang ada ijazah undang-undang tetapi menulis sahaja serta paling ramai pakar pentaksub Kerajaan yang mula putarkan isu.

16. Dari isu surat layang ke isu Qunut Nazilah. Dari isu KWSP itu penjawat awam ke isu kewajipan pertahan penjawat awam.

17. Tetapi dimanakah hak Rakyat yang berhak tahu betulkah ada dalang dalam penjualan dan penswastaan aset Negara?

18. Ya, kekebalan parlimen tidak harus disalahguna. Tetapi adakah kekebalan parlimen boleh disalahguna untuk halang Rakyat dari bertanya? Bukankah bertanya itu hak Rakyat yang suaranya dibawa oleh wakil yang mereka sendiri pilih?

19. Akhirnya, siapa hendak bersuara kalau dewan untuk bersuara pun disenyapkan?

20. Demokrasi telah dikafankan!

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
20.07.2024

12/07/2024

Saksikan malam ini.
12.07.2024
10.00 malam
BLACKROCK: HUBUNGKAIT DENGAN PALESTIN!

10/07/2024

Dengan Izin, Yang Di-Pertua.

1. Melalui surat bertarikh 9 Julai 2024, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Speaker Parlimen Malaysia, mengarang hampir 3 muka surat memberi alasan menolak pengosongan kerusi oleh Ahli Dewan Rakyat Bersatu yang dikatakan lompat parti.

2. Antara alasan yang diberikan adalah prinsip keluhuran perlembagaan serta Perlembagaan Persekutuan dan konsep kestabilan politik.

3. Speaker juga merujuk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang pada satu ketika dulu beliau sendiri sokong dan dokong malah hujahkan perlu untuk pastikan aspirasi Rakyat terjaga.

4. Tetapi nampaknya berada di atas jauh lebih susah melihat kepada situasi sebenar. Mungkin ini sindrom yang melanda Negara. Mereka yang di kerusi empuk mudah lupa, Melayu atau tidak.

5.Keputusan Speaker jelas salah disisi undang-undang dan tidak langsung bertepatan dengan Perlembagaan. Ianya " constitutionally wrong."

6. Semangat dan niat, " the spirit and intention", yang membawa Dewan Rakyat mula-mula sekali menggubal Perkara 49A adalah agar tiada lagi lompatan katak oleh ahli-ahli politik yang akhirnya beralaskan atas nama Rakyat tetapi sebenarnya penipuan demi wang, kuasa, sokongan kepada PM (X atau lain-lain), jawatan, hendak lepas kes, DNAA, dan sebagainya.

7.Perbuatan menunjuk sokongan kepada sesiapa yang jelas bertentangan dengan arahan parti yang diwakili oleh mana-mana Ahli Dewan Rakyat adalah contoh sahih lompatan, dan wajib diperangkap oleh Perkara 49A.

8.Malaysia mengamal konsep demokrasi berparlimen berdasar sistem parti politik. Ini diwarisi dari British. Seorang Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya kerana parti-nya bukan atas individu. Kerana itu kalau tanding sebagai Bebas dan menang tetapi lepas itu masuk parti ianya dikira lompat juga. ( Lihat lagi sekali Perkara 49A).

9. Apabila seseorang itu masuk sebagai ahli mana-mana parti politik dan kemudian dipilih sebagai wakil Rakyat hasil undi oleh Rakyat, dia mewakili rakyat melalui partinya. Dia harus ikut arahan parti. Logiknya mudah: rakyat memilih kerana parti yang diwakilinya bukan kapasitinya sendiri.

10. Speaker perlu baca juga petikan dari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes berkaitan Undang-Undang Lompat Parti Pulau Pinang dimana Ketua Hakim Negara , Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun bin Tuan Mat telah menyatakan :
"..Once he is in the House or State Legislature, the nature of his association takes on a different character in that it is no longer his personal right to associate but now governed by the ticket he stands on upon having been given the mandate by the electorate that entrusted him in that position..'

11. Keputusan di Mahkamah Persekutuan ini telah secara jelas meletakkan had kepada kebebasan berpersatuan kerana ianya satu yang penting dari segi moral. Mengapa? Sebab ia berkaitan prinsip, amanah, tanggungjawab dan berkata benar kepada pemilih, pengundi yang beratur tengah panas , berkerumun di pentas politik percaya pada ceramah yang ada logo, lambang parti.

12. Maka, sebenarnya pindaan yang membawa kepada Perkara 49A jelas memihak kepada parti bukan hak sesuka hati individu tersebut. Apatah lagi bilamana ia ada kaitan dengan pelbagai ugutan dan sogokan.

13. Pendeknya, keputusan Speaker jelas salah dari segi undang-undang dan harus dicabar di Mahkamah.

14. Jalan terbaik adalah memfail Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi dan apabila dibantah oleh Jabatan Peguam Negara atas alasan keputusan Speaker muktamad kerana Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan , wajib bagi Perikatan Nasional atau Bersatu khususnya menggunapakai Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 ( Akta 91) untuk merujuk persoalan perlembagaan ini terus ke Mahkamah Persekutuan.

15. Dengan izin Speaker, anda khilaf dan wajib diperbetulkan...

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
10.07.2024

16/06/2024

Semoga segala ibadah dengan niat yang ikhlas diterima-NYA. PEJUANG mengucapkan Salam Eid Adha dengan penuh keinsafan dan mendoakan barakah pada semua..ameen Ya Rabb!

09/04/2024
05/04/2024

Saksikan malam ini Suara Marhaen.
5 April 2024
Jam 10.30mlm
"KERAJAAN MADANI: Demokrasi atau Diktator?"

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 27/03/2024

Marhaban...Iftar PEJUANG & Amanat Presiden.
30.03.2024
Sabtu
Ting 5, Plaza Azalea, Shah Alam.

Sertai kami ....

14/03/2024

Sambil moreh moreh tu...jom saksikan👇👇👇👇

11/03/2024

PEJUANG mendoakan semoga Ramadan kali ini membawa seribu erti kebaikkan pada semua kaum Muslimin dan Muslimat. Didoakan segala amalan kita diterima-NYA...ameen.

12/02/2024

Malam ini . 12.2.2024 jam 9mlm
Antara Dua Darjat!!!!
Bersama kita dengar kupasan dari Dato Seri Utama Presiden Mukhriz Mahathir .

09/02/2024

Selesai di Parlimen, Bukan Istana Kehakiman.

1. Hari ini Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 telah memutuskan bahawa 16 seksyen di bawah Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 adalah batal dan tidak sah.

2. Keputusan dalam Nik Elin & 1 Lagi v Kerajaan Negeri Kelantan ini bukannya baru kerana pada 25.02.2021 lebih kurang 3 tahun yang lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara 9-0 telah memutuskan bahawa kesalahan seks luar tabii dibawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah batal dan tidak sah.

3. Dalam kedua-dua keputusan mahkamah tertinggi Negara yang diputuskan oleh hakim-hakim berbangsa Melayu, bukan Melayu, beragama Islam dan bukan beragama Islam, alasannya sama iaitu undang-undang Jenayah di Malaysia hanya boleh digubal atau dibentuk oleh Parlimen bukannya Dewan Undangan Negeri kecuali mana secara khususnya kesalahan dalam syariah itu tidak ada termaktub dalam undang-undang jenayah sivil.

4. Dalam bahasa mudah, penghakiman ini tidak ada kaitan dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Tidak juga timbul isu merendahkan Islam.

5. Walaupun pelbagai kesimp**an samada secara langsung ataupun tidak akan dibuat oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam perkara ini, semua pihak dinasihatkan menghela nafas panjang dan melihat isu ini secara waras dan objektif.

6. Adakah iman serta kepercayaan kita pada Allah SWT berkurangan? Adakah kita semua di Malaysia dihalang dari melaksanakan keimanan dan kepercayaan kita? Adakah agama kita kini dipersendakan dan menjadi bahan permainan? Sudah tentu tidak.

7. Sebagai rakyat dan bangsa Melayu beragama Islam yang matang, langkah terbaik adalah melihat secara menyeluruh kepada alasan-alasan penghakiman ini untuk akhirnya mendapati bahawa isu yang paling penting sebenarnya adalah untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar dapat dijelaskan sejernihnya undang-undang jenayah sivil dan Islam supaya masing-masing ada tempatnya di Malaysia.

8. Yang pasti, orang-orang Islam tertakluk kepada dua jenis undang-undang iaitu sivil dan syariah. Kedua-duanya perlu diperkasakan.

9. Disini Pejuang menjunjung kasih dan dengan rendah dirinya menyokong titah Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan pendapat Baginda agar semua Negeri menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

10. Pejuang juga menggesa penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan termasuk DUN-DUN Negeri-Negeri, Majlis Majlis Agama Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah, badan-badan perundangan, peguam-peguam, pakar-pakar perundangan dan sejarah serta golongan bijak pandai lain seluruh Negara untuk diserapkan dalam satu sesi libat urus bagi memastikan MKI ini mencapai matlamatnya. Perlu ada satu gerakan massa untuk mencapai matlamat kepentingan umum ini.

11. Kepada parti-parti politik juga seruannya sama, yakni letakkan ketepi perbezaan seketika dan cari penyelesaian bersama. Ini bukan musim kempen, ini masa untuk bawa isu Rakyat kebanyakkan.

12. Ahli-ahli Parlimen p**a seharusnya memertabatkan pemerkasaan Rule of Law serta keluhuran Perlembagaan. Ini termasuk keabsahan Mahkamah Syariah serta penggubalan undang-undang jenayah Islam yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

13. Setiap ahli Parlimen tidak kira partinya selagimana beragama Islam harus menyahut cabaran ini. Kalau ini berlaku tanpa rasa takut pada Presiden atau arahan ketua whip masing-masing , Pejuang percaya kemelut ini dapat diselesaikan melalui pindaan pada Perlembagaan yang memerlukan undi 2/3 ahli Dewan Rakyat.

14. Jikalau tidak, kita semua akan lagi sekali melalui kemelut yang sama setiap dua atau tiga tahun sekali apabila enakmen-enakmen syariah lain dicabar p**a.

14. Penyelesaiannya di Dewan Rakyat bukan Istana Kehakiman.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
09.02.2024

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 22/11/2023

PEJUANG & DUTA NEGARA CUBA

Hari ini DSU Hj Mukhriz bin Mahathir Presiden PEJUANG diiringi oleh Ketua Biro Antarabangsa PEJUANG Sdr Tariq Ismail melakukan kunjungan hormat ke kediaman rasmi Duta Besar Negara Cuba TYT Florentino Batista - González.

Dalam pertemuan hampir satu jam tersebut DSU Presiden PEJUANG mengambil peluang untuk menekankan kerisauan PEJUANG dalam isu konflik Palestin- Israel yang makin memuncak terutamanya genosida dan jenayah perang. Turut dimaklumkan adalah kekecewaan PEJUANG berkenaan undi kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB yang dilihat sebagai usaha sekutu Israel untuk menghalalkan terorisma di Gaza dan Tebing Barat.

TYT Duta Cuba telah memaklumkan bahawa Cuba berserta dengan negara-negara Latin Amerika dan Pan-Amerika seperti Venezuela, Brazil, Colombia dan Mexico juga telah menyokong usaha-usaha gencatan senjata. Turut dimaklumkan adalah keperluan untuk melobi pasukan pengaman dari PBB yang terdiri dari negara-negara wakil iaitu Brazil dan Ecuador.

TYT Duta Cuba juga telah memberi jaminan kepada DSU Presiden PEJUANG bahawa beliau akan membantu dalam mengumpulkan suara kolektif atau bentuk kerjasama dengan duta-duta besar negara Latin Amerika di Malaysia dalam isu solidariti bersama Palestin.

Antara perkara yang dicadangkan selepas ini adalah pembentukan kerjasama antara PEJUANG dengan gabungan NGO-NGO dari Cuba serta negara-negara yang menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) supaya isu kebebasan Palestin dapat dilakukan secara bersepadu.

PEJUANG tetap komited dalam membantu segala usaha membawa kebebasan dan kemerdekaan Rakyat di Palestin!

Kekal Berprinsip!

( Gambar ehsan Ketua Biro Antarabangsa Sdr Tariq Ismail.)

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 21/11/2023

KUNJUNGAN PEJUANG KEDUTAAN TURKIYE , KUALA LUMPUR.

Hari ini delegasi PEJUANG diketuai oleh Presiden DSU Hj Mukhriz Mahathir bersama Setiausaha Agong DW Ir. Amiruddin Hamzah serta Ketua Penerangan Rafique Rashid dan Ketua Biro Antarabangsa Tariq Ismail melaksanakan kunjungan hormat ke Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur.

Ini adalah antara siri lawatan serta perjumpaan yang akan diadakan oleh pimpinan tertinggi PEJUANG dengan pihak duta-duta serta diplomat negara-negara yang senada dengan PEJUANG berkaitan isu konflik Palestin-Israel.

Ia juga sebagai salah satu usaha untuk mempertingkat usaha PEJUANG dalam sentiasa memastikan kesedaran masyarakat Malaysia masih lagi tertumpu kepada genosida dan jenayah perang oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat serta Britain.

Dalam pertemuan hampir 1 jam 20 minit tersebut , Presiden PEJUANG dan TYT Duta Turkiye Emir Salim Yùksel bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai situasi di Gaza dan Tebing Barat serta juga peranan yang dimainkan oleh Turkiye dalam gabungan OIC. Gencatan senjata secepat mungkin juga agenda yang disepakati.

DSU Presiden PEJUANG juga sempat menitipkan pesanan kepada TYT Duta Turkiye bahawa Israel dan pembantu-pembantunya mestilah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas keganasan sembrono yang dilakukan terutamanya hampir 13,000 kematian yang mana 40% melibatkan kanak-kanak dan bayi.

TYT Duta Besar Turkiye menyatakan bahawa Turkiye sentiasa komited kepada isu Palestin dan menambah bahawa Ankara melalui Presiden Recep Tayyip Erdôgan dilihat pemimpin dunia yang lantang bersuara.

Diakhir pertemuan TYT Duta Besar sempat menunjukkan kepada DSU Presiden PEJUANG replika salinan surat ucapan penghargaan yang diutus oleh Presiden Republik Turkey pada 1957 kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah sempena kemerdekaan Malaysia. Surat tersebut dibalas oleh Tunku melalui telegram kembali ke Turkey.

PEJUANG akan sentiasa mencari pelbagai wahana dan alternatif untuk memastikan kesedaran isu Palestin ini sentiasa disuburkan , insha Allah hingga kemerdekaan hakikinya dicapai.

(Gambar2 ehsan Sdr Ustaz Sulaiman An-Nuri ahli Pejuang yang memudahcara perjumpaan petang tadi.)

27/10/2023

When diplomacy fails, we are left with no choice but to speak in the only language that the aggressors know...

Dato Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir.
President
PEJUANG

19/10/2023

Semua dijemput hadir ke Himpunan Aman & Penyerahan Memorandum di Kedutaan US!

Merentasi ideologi, ayuh semua turun!

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 19/10/2023

Gesaan PEJUANG 10 Perkara Segera
Konflik Palestin -Israel
Kini masuk hari ke 14 serangan-serangan kejam Rejim Zionis Israel ke atas Palestin.
DSU Hj Mukhriz Mahathir bagi pihak PEJUANG menggesa 10 Tuntutan segera!

18/10/2023

Ayuh semua turun & nyatakan bantahan!

16/10/2023

PEJUANG solidariti bersama Palestine!

30/08/2023

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Laungan bergema di sekitar Stadium Merdeka 66 tahun lepas. Menandakan Tanah Melayu diserah semula kepada tuan yang empunya.

Dari 1957 sehingga hari ini banyak sudah kejayaan kita kecapi sebagai Negara yang berdaulat.

Namun, jangan leka, sesungguhnya mempertahan serta menjiwai kemerdekaan itu jauh lebih getir dari memperolehnya.

Pejuang , demi bangsa, demi agama, demi Negara.

Selamat meraikan Hari Merdeka ke-66 pada semua Rakyat !

Kapten MK Empire(kaptenkhalifa) is LIVE | TikTok 29/08/2023

Assalamualaikum dan Salam Suara Marhaen

Sempena bulan kemerdekaan ini, Suara Marhaen akan bersama Tetamu Khas buat julung kalinya. Insyaallah, kita akan mengupas dan berkongsi Sejarah Kemerdekaan Negara kita..

Perkongsian ini amatlah penting agar sama2 kita dapat hayati betapa syukurnya kita hidup di Malaysia yang Merdeka.. Disamping itu, kita akan mengimbas kembali sejarah pahit dan manis negara kita..

Jgn lepaskan peluang dan pastikan ramai2 tonton live di Tiktok Kapten MK Empire.. tekan Link untuk join

Kapten MK Empire(kaptenkhalifa) is LIVE | TikTok ilmu dan kerjaya. Check out Kapten MK Empire(kaptenkhalifa) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Kapten MK Empire(kaptenkhalifa).

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 07/08/2023

Isnin 7 Ogos 2023. Makin hampir ke Hari Mengundi 12 Ogos 2023 PRN 6 Negeri makin banyak p**a jemputan DSU Presiden terima dari pihak media.

Kali ini TV Pertiwi p**a menjemput DSU Mukhriz Mahathir untuk sesi Podcast Pertiwi.
Pelbagai isu dikupas antara lainnya Pejuang dan halatujunya, prinsip-prinsip perjuangan Pejuang, kempimpinan yang ingin dibina oleh Pejuang serta isu-isu menuju PRN 6 Negeri.

Pandangan Presiden juga mencakupi pengalaman beliau sebagai Menteri Besar Kedah dua kali dan pembangunan yang cuba dipacu beliau semasa menggalas jawatan tersebut.

Sepertimana biasa sebaik rakaman penuh disunting pihak TV Pertiwi, akan kami paparkan untuk tontotan semua.

Politically Frank: 'Story of my life' Mukhriz on his political career, ties with his dad 03/08/2023

Jom kita bersama DSU Hj Mukhriz Mahathir Presiden kita...
Sejurus selepas rakaman Sinar Daily Podcast, Presiden ditemuramah, style baru sekarang ini sambil jalan2...

Politically Frank: 'Story of my life' Mukhriz on his political career, ties with his dad SHAH ALAM - How does Pejuang differ from Bersatu and Pas?President Datuk Seri Mukhriz Mahathir explains Pejuang's role in Malaysian politics and the 'story of his...

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 26/07/2023

Semalam ( 25 Julai 2023), DSU Hj Mukhriz Mahathir, Presiden PEJUANG menerima jemputan untuk sesi rakaman Podcast Sinar News Daily. Gambar-gambar behind the scene. Podcast dijangka ke udara dalam minggu ini atau minggu hadapan. DSU Presiden menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan secara jelas halatuju Pejuang selepas keputusan bersama Majlis Eksekutif Pusat untuk tidak memasuki arena PRN 6 Negeri akan datang.

DS Presiden juga sempat meluangkan masa bertemu dengan Datuk Hussamuddin Yaacub pengasas dan peneraju utama Kump**an Karangkraf.

Ikuti FB Pejuang rasmi untuk siaran Podcast tersebut sebaik ianya dimuatnaik.

14/06/2023

Hentikan propaganda berniat jahat!

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 17/05/2023

KENYATAAN MEDIA

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH: KERAJAAN GAGAL MENJAGA SENSITIVITI PENGANUT AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 12/05/2023

Mukhriz Mahathir dan Dato' Wira Amiruddin Hamzah menandatangani Proklamasi Orang Melayu secara rasmi

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 11/05/2023

Majlis Pimpinan Negeri PEJUANG Kedah bersama Tun Dr Mahathir Bin Mohamad diiringi DSU Presiden Hj Mukhriz Mahathir di Alor Setar petang ini.

Proklamasi Melayu antara intipati utama perbincangan pertemuan ini.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

When diplomacy fails, we are left with no choice but to speak in the only language that the aggressors know...Dato Seri ...
PEJUANG solidariti bersama Palestine!
TAKBIR RAYA PEJUANG MUDA
TAKBIR RAYA PARTI PEJUANG TANAHAIR (PEJUANG) 2023M | 1444H
Bual Bicara : Embrace Equity
Misi Banjir Johor Pejuanita Muda Malaysia, Parti PEJUANG Tanahair.
Atas dasar inilah kita mendapat satu titik noktah yang sangat penting."PENYATUAN MELAYU ITU AMAT PENTING!"#PartiPejuangT...
TANYA APA SAHAJA!
Townhall Penerangan PEJUANG #119 Feb 2023 | Ahad#PartiPejuangTanahAir#pejuang#TownhallPenerangan
TANYA APA SAHAJA
Perhimpunan AGUNG Parti Pejuang Tanahair

Telephone

Address


Conezion Commercial Centre
Putrajaya
62502

Other Political Organizations in Putrajaya (show all)
Perikatan Nasional - The Alliance Party Perikatan Nasional - The Alliance Party
Putrajaya

New National Alliance Of Malaysia Political Party

Pejuang Muda Putrajaya Pejuang Muda Putrajaya
N-02-08, Blok N, Conezion Commercial Centre, Lebuhraya IRC3, IOI Resort City
Putrajaya, 62502

Laman Facebook Rasmi PEJUANG Muda Putrajaya

Bersatu Putrajaya Bersatu Putrajaya
Putrajaya, 62250

Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bahagian Putrajaya.

KonfemSahih KonfemSahih
Putrajaya

Menjawab dakyah PN.

Tengku Muhammed Hafiz Tengku Muhammed Hafiz
Putrajaya

Exco Pemuda UMNO Malaysia Ketua Penerangan UMNO Putrajaya Tak Banyak Alasan . 😎

My Siasah JKOM My Siasah JKOM
Putrajaya, 62000

Malaysia Madani

Huck Farapan Huck Farapan
Putrajaya

A political page dedicated to a bunch of koksarking politicians.

Pu3 Bunga Emas Putrajaya Pu3 Bunga Emas Putrajaya
Presint 10
Putrajaya, 62250

Puteri UMNO Cawangan Bunga Emas. BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Singa Siber Pemburu Pakatan Pembangkang Singa Siber Pemburu Pakatan Pembangkang
Seri Perdana
Putrajaya, 62050

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA FITNAH DI PERANGI DAN PAKATAN DI HAPUSKAN. https://www.facebook.com/faishalmisc https://www.facebook.com/naga.raya.750

TUKAR - Transisi Untuk Kesejahteraan Aspirasi Rakyat TUKAR - Transisi Untuk Kesejahteraan Aspirasi Rakyat
Putrajaya

Bermula dengan entiti kecil yang menggerakkan gerakan TUKAR di peringkat Nasional. . TUKAR adalah manifestasi rakyat kearah menukar kerajaan sedia ada kepada pemerintah baharu demi...