Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa

Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa

Nearby government services

BAKA Pulapol Bukit Sentosa
BAKA Pulapol Bukit Sentosa
48300

You may also like

DPC PKB Wonogiri
DPC PKB Wonogiri

*Facebook RASMI PULAPOL Bukit Sentosa

*Alamat:
Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa,
Seksyen BS 2,
48300, Rawang,
Selangor. Tel: 03-60995211

-Mula operasi 2011
-Bekas tapak Kolej Swasta (Kolej Komuniti Aman)
-KDN ambil alih selepas 7 tahun dibiarkan kosong & menjadikan tapak Pusat Latihan PDRM

02/08/2024

:: Sifat Mazmumah (Tercela) ::

“Ya Allah, Jauhkan Hati Ini Daripada Sifat Mazmumah (Tercela)” Amin ♥♥♥

Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:

1. Gemar makan dan minum –

Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.

2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia) –

Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

3. Marah –

Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

4. Hasad, dengki dan iri hati –

Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.

5. Kasih pada harta –

Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.

6. Takbur –

Sebab takbur ilah keturunan (tinggi), kekuasaan, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).

7. Riyak –

Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukkan.

8. Ujub –

Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikkan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan dunia –

Hati yang sentiasa terpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

Photos from Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa's post 01/08/2024

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN DAN PENGERUSI PERKEP PULAPOL BUKIT SENTOSA
________________________________________________

RAWANG, 31 Julai 2024 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Serah Terima Tugas Komandan dan Pengerusi PERKEP PULAPOL Bukit Sentosa bertempat di Ruang Bilik Mesyuarat Utama, PULAPOL Bukit Sentosa. YDH Supt Noor Azlan bin Mohd Noor, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa yang bersara wajib pada 1 Ogos 2024 telah menyerahkan tugas beliau kepada penerima DSP Kamariah binti Jamaluddin, Timbalan Komandan PULAPOL Bukit Sentosa selaku Pemangku Komandan.

Majlis telah disaksikan oleh YDH DCP Sulaiman bin Hussain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman yang hadir bersama isteri, YBhg. Puan Rashidah binti Rahmad.

Manakala, bagi Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP PULAPOL Bukit Sentosa, YBhg. Puan Rashidah binti Rahmad, Ketua Biro Pendididkan PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman telah menjadi saksi bagi penyerahan tugas di antara Puan Kertina binti Saarani, Pengerusi PERKEP PULAPOL Bukit Sentosa kepada DSP Kamariah binti Jamaluddin, Timbalan Komandan PULAPOL Bukit Sentosa selaku Pemangku Pengerusi PERKEP.�

Turut hadir dalam upacara majlis adalah wakil dari Bahagian Latihan Bukit Aman, ASP Noraini binti Abdullah, ASP Latihan (kolaborasi/Pengajian Tinggi) dan Insp Nur Marylyn binti Gohar, Insp Latihan (Belanjawan/Naziran) selaku Pegawai Perhubungan PULAPOL Bukit Sentosa, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis dan AJK PERKEP PULAPOL Bukit Sentosa.

Warga Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa, keringat dan pengorbanan sepanjang 39 tahun 1 bulan perkhidmatan kepada Polis Diraja Malaysia dan kepada PULAPOL Bukit Sentosa secara khasnya selama tiga (3) tahun sebagai Komandan keempat.

Selamat bersara kepada YDH Supt Mohd Noor Azlan bin Mohd Noor dan isteri.

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 19/07/2024
09/04/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN TAHUN 2024 | 1445H

Photos from Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa's post 02/04/2024
01/04/2024

Live ‼️

Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2024

Dirasmikan oleh:
YDH. CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti
Polis Diraja Malaysia

01/04/2024

PERBARISAN TAMAT LATIHAN
________________________________

Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 02 April 2024 (Selasa)
Masa: 7.00 pagi hingga selesai
Tempat: Dataran Kawad, PULAPOL Bukit Sentosa

Dirasmikan oleh:
YDH. CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti
Polis Diraja Malaysia

Dijemput hadir kepada Dato'/Datin, Tuan/Puan, Ibu/Bapa serta ahli keluarga pelatih bagi memeriahkan majlis.

Terima kasih.

Photos from Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa's post 03/02/2024

PENDAFTARAN PELATIH KURSUS ASAS POLIS BANTUAN (KAPB) SIRI 2/2024

01 Feb 2024 - Seramai 249 pelatih telah selesai mendaftar diri di PULAPOL Bukit Sentosa bagi menjalani Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2024 yang akan diadakan selama 2 bulan.

Sesi pendaftaran yang dijalankan ini perlu melalui beberapa kaunter ujian saringan antaranya ujian Covid-19, ujian air kencing, ujian kehamilan, pemeriksaan barang terlarang dan lain2 kaunter pendaftaran maklumat dan rekod peribadi yang diketuai oleh ASP Suhail bin Saaidi sebagai Penyelaras Kursus.

Pelatih KAPB ini melibatkan 8 agensi syarikat yang terdiri daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Prasarana, Sime Darby Plantation, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Shapadu Security Sdn Bhd, Tailor’s University dan Press Metal.

Turut hadir bagi memantau sesi pendaftaran ini adalah DSP Tan Cheng Kiat dan dibantu Sjn Muhammad Alifdin bin Nordin yang mewakili JPJKK Bukit Aman.

Ydh Komandan, Supt Noor Azlan bin Mohd Noor dan seluruh warga kerja PULAPOL Bukit Sentosa mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan dengan jayanya.

Photos from Polis KL's post 23/12/2023

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗞) 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗧𝗔𝗕𝗘𝗟 (𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜) 𝗕𝗜𝗟. 𝟲𝟰 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗢𝗦𝗔

𝑷𝒐𝒍𝒊𝒔𝑲𝑳, 23 Disember 2023 -YDH CP Dato' Allaudeen bin Abdul Majid, Ketua Polis Kuala Lumpur telah merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bil. 64 Siri 6/2023 yang berlangsung di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, di sini pagi tadi.

Seramai 220 pelatih berjaya menamatkan latihan dengan penuh kecekalan dan kesabaran demi mengubah masa hadapan serta menyumbang bakti kepada nusa dan bangsa.

YDH Ketua Polis Kuala Lumpur dalam ucapannya berkata, seusai majlis ini, maka bermulalah titik permulaan bagi semua dalam menempuh cabaran sebagai seorang Pegawai Polis. Tambah beliau, tugas di bidang kepolisan ini mendambakan pengorbanan, keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada negara dan masyarakat.

“Sesungguhnya, besar amanah serta tanggungjawab yang menanti anda demi menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada sebarang bahaya serta mudarat awam” katanya.

Beliau juga merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah Pengurusan PDRM kerana sudi memberi peluang kepada beliau untuk merasmikan Majlis Penutup Program Latihan Asas Kepolisan dan ucapan tahniah dan syabas kepada Komandan Pulapol Bukit Sentosa serta semua Pegawai Polis, pensyarah dan jurulatih yang terlibat dalam mengendali latihan ini agar ianya berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya.

Turut hadir, YDH DCP Datuk Sapii bin Ahmad, DCP Latihan Jabatan Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato’ Sasikala Devi A/P Subramaniam, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH Supt. Noor Azlan bin Mohd Noor, Komandan Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, Barisan Komandan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia, Barisan Ahli PERKEP, Pegawai - pegawai kanan, Pegawai – pegawai Rendah Polis dan ahli keluarga pelatih.

20/12/2023

PERBARISAN TAMAT LATIHAN
________________________________

Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bil. 64 Siri 6/2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Disember 2023 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi hingga selesai
Tempat: Dataran Kawad, PULAPOL Bukit Sentosa

Dirasmikan oleh:
YDH. CP Dato' Allaudeen bin Abdul Majid
Ketua Polis Kuala Lumpur

Dijemput hadir kepada Dato'/Datin, Tuan/Puan, Ibu/Bapa serta ahli keluarga pelatih bagi memeriahkan majlis.

Terima kasih.

10/10/2023

Pengumuman :

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan akan dibuka pada tarikh :

16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.
6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Photos from Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa's post 11/07/2023

LAPOR DIRI PELATIH PLAK KONSTABEL (LELAKI)

Seramai 218 pelatih hadir lapor diri bagi menjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bil.64 Siri 6/2023.
Selamat datang dan selamat menjalani latihan dengan jayanya selama 6 bulan diucapkan kepada semua pelatih.

21/04/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
1444 H | 2023 M

YDH Supt. Noor Azlan bin Mohd Noor, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa dan YBhg. Puan Kertina binti Saarani, Pengerusi PERKEP PULAPOL Bukit Sentosa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 1444H khususnya kepada semua warga kerja PULAPOL Bukit Sentosa dan seluruh warga PDRM yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara.

Semoga amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia diterima oleh Allah SWT dan Syawal tahun ini memberikan kita seribu makna dalam menjalinkan hubungan ukhwah silaturrahim yang penuh kasih sayang sesama keluarga, pasukan, dan masyarakat. InshaaAllah.

09/03/2023

🌸Tempahan Bunga PERKEP PULAPOL Bukit Sentosa🌸

Majlis Tamat Latihan PLAK BIL 55 Siri 8/2022

Tempahan boleh dibuat dengan melalui link yang diberikan👇 :

https://wasep.me/pa-bouquet

atau sebarang pertanyaan boleh wasap 👇
➡️ 011-14001497 (PA BOUQUET)

📍Notes:
*Tarikh akhir tempahan pada *15/03/2023*

*Sila lengkapkan maklumat seperti berikut di dalam nota order:

📌Nama:
No badan pelatih:

*Bunga yang ditempah ,oleh ahli keluarga boleh dituntut di Gelanggang Futsal PULAPOL BUKIT SENTOSA pada hari tamat latihan.

* (pastikan SCREENSHOT resit pembelian untuk bukti pembelian)

terima Kasih🤗🥰

29/10/2022

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎‎.

"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un"

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu"

Salam Takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarham ASP G/14228 MOHAMAD FADZIL BIN HASHIM yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29/10/2022 pada jam 1830 Hrs.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ASP MOHAMAD FADZIL BIN HASHIM.

Photos from Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa's post 18/09/2022

18 SEPTEMBER 2022 | LAPOR DIRI PELATIH PLAK KONSTABEL (LELAKI)

Seramai 294 pelatih hadir lapor diri bagi menjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bil.55 Siri 8/2022.

Selamat datang dan selamat menjalani latihan selama 6 bulan diucapkan kepada semua pelatih.

29/08/2022

SIARAN LANGSUNG !!!

Kuliah Ilmu | Ceramah Motivasi |
Taman Syurga 'Maya'

(Parenting Talk)

"Hijrah Satu Kemerdekaan"

29 OGOS 2022 | ISNIN |
9:00 PAGI

Auditorium 1, Pulapol Bukit Sentosa

Facebook LIVE : Syamsul Amri Ismail Official

02/05/2022

Assalamualaikum w.b.t.

Kami seluruh warga PULAPOL Bukit Sentosa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Semoga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kan memberikan seribu kenangan yang terindah.

Sekian.

31/12/2021

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎‎.

"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un"

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu"

Salam Takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarham Sjn 121627 AMIRUDDIN BIN MD BASIR yang telah kembali ke Rahmatullah pada 31/12/2021 jam 0600hrs.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sjn Amiruddin Bin Md Basir.

09/12/2021

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎‎.

"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un"

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu"

Salam Takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarham Sjn 156684 Nor Zaidi Bin Abdul Halim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 09/12/2021 jam 0540hrs.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Sjn Nor Zaidi Bin Abdul Halim.

02/11/2021

Pengumuman :

Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Bermula 2 November 2021 hingga 4 Disember 2021.

Calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN pada TARIKH IKLAN YANG TERDAHULU seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan :

i) Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) : Tarikh Iklan pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021

ii) Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) : Tarikh Iklan pada 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021

Calon dikehendaki untuk 'Log In' dan Klik di 'Semak Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Calon yang tidak tersenarai adalah calon yang gagal mengisi permohonan mereka dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses. Contoh permohonan tidak lengkap adalah seperti tidak mengisi maklumat pendidikan dengan lengkap, contohnya tidak mengisi maklumat SPM dan PMR/PT3.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

03/05/2021

IG DATO' SRI ACRYL SANI DILANTIK KPN KE-13

Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia mengucapkan setingggi-tinggi syabas dan tahniah kepada IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Sebagai makluman bersama, Dato' Sri Acryl Sani yang dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pernah berkhidmat
sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.

Beliau juga pernah dilantik menjadi pengarah di beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos tahun lalu.

Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi dan selamat bertugas Dato' Sri Acryl Sani!






#03052021

29/04/2021

SALAM NUZUL AL-QURAN.

11/04/2021

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kata Perintah akhir daripada ASP Mohamad Fadzil Bin Hashim PPLL PULAPOL Bukit Sentosa.

Semoga kepada semua pelatih PLAK (Lelaki) Bil 33 Siri 5/2020 terus maju jaya dalam kerjaya.

Sekian.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Live ‼️Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2024Dirasmikan oleh:YDH. CP Datuk Wa...
Live ‼️Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2024Dirasmikan oleh:YDH. CP Datuk Wa...
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.Kata Perintah akhir daripada ASP Mohamad Fadzil Bin Hashim PPLL PULAPOL Bukit Se...
Jangan lupa esok!!!Doakn semoga perjalanan Majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN PRO...

Website

Address


BS SEK 2
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Rawang government services (show all)
Cable Ladder TM Cable Ladder TM
19, Jalan Jenjarum 3A, Bukit Beruntung
Rawang, 48300

We are Cable Ladder manufacturer & installer for Telekom Malaysia

Life in BMI Life in BMI
Rawang, 53100

Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute Admin Life-In-BMI: [email protected]

Selayang Hospital Selayang Hospital
Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang, 68100

Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital.

BBB Express Bukit Beruntung BBB Express Bukit Beruntung
NO. 5G Jalan Adenium 2G/9, Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5
Rawang, 48300

Kami membuat perkhidmatan penghantaran parcels,haiwan peliharaan, tumbuh-tumbuhan, alat ganti kereta

Pesuruhjaya Sumpah BTP Bandar Tasik Puteri, Malaysia Pesuruhjaya Sumpah BTP Bandar Tasik Puteri, Malaysia
7-1-B, Jalan HIJAU 5/1, GREEN VALLEY PARK, BANDAR TASIK PUTERI
Rawang, 48020

Pesuruhjaya Sumpah Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, Selangor.

Perikatan Nasional Gombak Perikatan Nasional Gombak
Rawang

Laman ini khusus bagi mempromosikan aktiviti dan program politik berkaitan parti Perikatan Nasional di sekitar kawasan Parlimen Gombak serta menjawab dan menapis segala tohmahan da...

Aaron_ayeem Aaron_ayeem
B*h
Rawang, 48000

male

Ziera's Collections Ziera's Collections
Bandar Tasik Puteri
Rawang, 48020

Kasut Cantik dengan harga yg mampu milik�

NinjaVan Rawang-Anggun City NinjaVan Rawang-Anggun City
73A-1, Jalan ANGGUN CITY 3, PUSAT KOMERSIAL ANGGUN CITY, TAMAN ANGGUN
Rawang, 48000

courier service. Location : Anggun City, Rawang,Selangor

Srikandi Selayang Srikandi Selayang
Jalan Tasik Puteri
Rawang

Perjuangan Srikandi

Rumah Kanak Kanak Mini Selangor Rumah Kanak Kanak Mini Selangor
63, Jalan Ros 3
Rawang, 48300

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Mollah uzzal Mollah uzzal
Jalan Kuala Lumpur-Ipoh
Rawang, 48000