Flyrizq HQ

FLYRIZQ HQ ini adalah tempat untuk berkongsi segala maklumat tentang program yang telah dijalankan.

29/08/2024

JAWATAN KOSONG: MALL PROMOTER

Mohon terus disini
-
Mohon sekarang untuk jawatan MALL PROMOTER (SUPERVISOR) sekarang!
-
Location: Seri Kembangan
Syarikat: FR Distributor
Benefit
- Bonus & Komisyen tinggi SETIAP bulan
- Overiding tinggi atas jualan
- Reward Barangan Berjenama serta Percutian
- Latihan yang konsisten disediakan
- Pelbagai aktiviti syarikat (team building, dinner, s**an, & lain-lain)
- Bekerja secara shift (6 jam sehari)
- Long Term career path disediakan (Tiada Seniority)
- KWSP & SOCSO
- Medical card
- Suasana kerja yang ceria
Tugasan Kerja
- Mempelajari product knowledge
- Memastikan kepuasan pelanggan
- Mempunyai keyakinan diri
- Sikap ingin belajar
- Membina pas**an
Syarat
- Berumur 21-40 tahun
- Mempunyai perwatakan menarik
- Boleh bekerja dalam kump**an
- Boleh berinteraksi dengan pelanggan
Adakah anda yang kami cari? Klik Link untuk mengisi borang Jawatan Kosong

03/01/2022

MUDAHNYA NAK DAPAT SAHAM AKHIRAT
Hujung jari je, dah boleh dapat pahala & saham ahkirat tau, mudahnya zaman sekarang, sesibuk mana pon anda, dengan adanya program Wakaf & Infaq, bersama-2 lah kita memperoleh rahmat & bekalan di akhirat nanti.
Marilah bersama-2 berwakaf & infaq 😄
Tekan link dibawah yer 👇

https://beyondqalbu.com/farhan/

Photos from Farhan Rahman by BeyondQalbu's post 03/01/2022

MUDAHNYA NAK DAPAT SAHAM AKHIRAT
Hujung jari je, dah boleh dapat pahala & saham ahkirat tau, mudahnya zaman sekarang, sesibuk mana pon anda, dengan adanya program Wakaf & Infaq, bersama-2 lah kita memperoleh rahmat & bekalan di akhirat nanti.
Marilah bersama-2 berwakaf & infaq 😄
Tekan link dibawah yer 👇

www.wasap.my/60103086848/nakwakaf

TAHFIZ AL-MUKARRAMAH PASIR MAS KELANTAN 16/11/2021

ALHAMDULILLAH AMANAH TELAH DISAMPAIKAN
Terima kasih sedalam dalamnya ucapan syukur kepada para pewakaf ibu, ayah, kakak dan abang yang telah mengambil peluang berwakaf bersama kami Naaz Premier.
Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita berjaya membuat penghantaran ke Maahad Tahfiz AlQuran AlMukaramah, Pasir Mas Kelantan dari segi AlQuran dan Kitab Ensiklopedia Solat.
Kami berharap anda semua tetap sama sama meneruskan perjuangan bersama kami dalam membantu generasi generasi yang akan datang dalam syiar Islam dari segi ilmu pendidikan.
Semoga kita semua mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT serta mendapat manfaat di dunia dan syafaat di akhirat kelak.
Aamiin Yarabbal Alamiin.
https://www.youtube.com/watch?v=PA3HXS-Y3LA&t=3s

TAHFIZ AL-MUKARRAMAH PASIR MAS KELANTAN PUSAT TAHFIZ AL-MUKARRAMAH PASIR MAS KELANTANAlhamdulillah, pada 28 Oktober 2021 pihak kami telah berjaya menghantar sebanyak 500 Naskah Al-Quran Al-Ghufran ...

22/09/2021

ALLAH AKAN MENJAGA ORANG BERIMAN
Nabi Musa sangat berani melawan Firaun yang zalim dan bertindak ses**a hati. Nabi Musa berani mengatakan kebenaran. Nabi Musa tidak takut berhadapan dengan Firaun dan bala tenteranya.
Dari kisah Nabi Musa kita dapat kenali bahawa perbuatan ses**a hati dan menganiaya orang lain tidak dis**ai oleh Allah SWT. Allah akan bersama orang yang akan yang beriman, jangan takut dan gentar.
Selain itu, Allah tidak lagi menerima taubat orang yang sudah di akhir hayat saat ditimpa azab. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bertaubat sebelum ajal tiba. Jom berpesan kebaikan bersama. 🥰
MahabbahUmmah

21/09/2021

BAGAIMANA KITA MENGISI WAKTU KITA?
ADAKAH KITA MENGHARGAI ATAU MEMBUANG MASA?
Buang waktu/masa ni nampak macam remeh, tapi sebenarnya penuh kerugian.
Seperti yang tersabit di dalam ayat Al-Quran “Demi masa sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supya menepati kebenaran.” ( Surah Al-Asr 103:1-2)
Bak kata pepatah “Masa itu emas”, gunakan sebaiknya, bahagikan masa kita sebaiknya. Jangan dibiarkan masa yang emas itu berlalu begitu sahaja.

18/09/2021

KITA BUKAN SESIAPA UNTUK MENILAI DIRI SESEORANG
Sejak kita tahu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk, adakah kita lebih kerap membuat penilaian terhadap perbuatan orang lain berbanding perbuatan diri kita sendiri..?
Berkata Imam Al Banna, “Jadilah umpama pohon kayu.. Orang membaling kita dengan batu tapi kita membalasnya dengan buah."
Menilai orang lain jahat, golongan terlaknat boleh menyebabkan pintu hati kita tertutup daripada terus mendoakan mereka agar dikurniakan hidayah olehNya.. Se-olah², diri kita yang tak tahu apa² ni dapat merasakan yang Tuhan dah kunci mati hati mereka daripada menerima hidayahNya.
Insha allah jom kita sama2 berfikiran positif dan sentiasa ajak orang lain untuk melakukn kebaikan. Refleksi diri dan muhasabah bersama. 🥰

17/09/2021

JOM BACA SURAH AL KAHFI
Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah).
Surah ini mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut tentang orang orang yang berada di dalam gua (Kahfi).
5 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
1. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANTARA 2 JUMAAT
2. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL
3. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT
4. MENCERITAKAN REALITI KEHIDUPAN SEBENAR
5. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN
Selamat beramal, semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT..

16/09/2021

MALAYSIA PRIHATIN
Dalam sedar tidak sedar, "Alhamdulillah".. kita sudah berada di keadaan yang agak baik dari sebelum ini. Sentiasa bersyukur atas nikmat serta ujian yang diberikan kerana tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjukkan bahawa "Allah SWT sayang kita"
Kita semua adalah pejuang, berjuang dengan diri sendiri dan juga orang lain untuk kesejahteraan bersama. Selain itu, prihatin yang kita boleh buat juga adalah dengan prihatin kepada diri sendiri, ibubapa, keluarga serta semua makhluk Allah SWT dengan sentiasa melakukan kebaikan dan tinggalkan keburukan
Ayuh kita bersama memanjatkan doa agar negara kita Malaysia akan menjadi lebih baik dalam perangi wabak Covid.. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..

02/09/2021

JANGAN MENGELUH DENGAN UJIAN ALLAH SWT

Setiap kali hadapi ujian pasti ada yang akan mengeluh bagaikan tiada jalan keluar untuknya. Kadangkala pada waktu tersebut membuatkan kita lupa akan pada siapa sepatutnya kita bergantung.
Firman Allah SWT (surah Al-Baqarah “286”) sesungguhnya Allah Swt tidak akan membenani hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya.
Jom bermuhasabah diri dan perbanyakan bersyukur atas segala ujian yang diterima. Disetiap ujian yang kita terima pasti ada hikmahnya.
Risaulah kita jika Allah Swt tidak memberi sebarang ujian, setiap ujian yang Allah SWT turunkan menandakan Allah sayang kepada hamba nya.

31/08/2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia, Bumi Bertuah Indah Permai, 64 Tahun Kita Merdeka, Rakyat Hidup Aman Damai.

Alhamdulillah!!

Jadi Marilah kita bersama-sama memerdekakan jiwa dengan sentiasa mengejar redha Allah S.W.T .

Semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat buat negara kita, Malaysia.

11/08/2021

BERITA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH PARA PEWAKAF TELAH TIBA.

Alhamdulillah, setelah sekian lama kami tak boleh update memgenai penghantaran AlQuran yang telah diwakafkan. Akhirnya, pada 29 Julai 2021 kami telah diberi kebenaran untuk melaksanakan amanah para pewakaf.

Sebanyak 108 naskah AlQuran dan 108 buah kitab Ensiklopedia Solat telah dihantar ke Sekolah Tahfiz Al Habbah di Batu Caves.

Kami yakin pasti ramai pewakaf yang menunggukan berita gembira ini, jadi kami sertakan video penghantaran tersebut sebagai tatapan pewakaf sekalian.

Kami berharap berita dan video ini serba sedikit dapat memberi segala jawapan kepada persoalan pewakaf pewakaf sekalian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pewakaf yang telah membantu kami untuk menjayakan dan mencukupkan keperluan pendidikan mereka.

Hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan para pewakaf di dunia mahupun di akhirat kelak.

Terima kasih kerana telah mempercayai dan memilih Naaz Premier sebagai platform ibadah wakaf tuan puan sekalian.

Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan kelak.

21/07/2021

Kau Bukan selalunya betul.

"kadang kadang kita s**ar menerima pandangan orang lain sekalipun dalam hati rasa pandangan orang itu lebih baik daripada kita. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripada kita sama ada umur, pangkat atau lain-lain lagi.

Jika ada tanda tanda di atas ni pada diri kita
Anda ada ciri-ciri riak dan sombong

"Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi." Ada seseorang yang bertanya, "Bagaimana dengan seorang yang s**a memakai baju dan sandal yang bagus?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." (HR Muslim Nomor 91)

Kalau kita nak orang dengar percakapan dan pendapat kita, maka kita perlu lah dengar pendapat orang lain juga, barulah adil Dan bijaksana.

Jadilah pendengar, hormat bila sesiapapun mengeluarkan pendapat, walaupun kadang kadang pendapat orang lain tu" tak sesuai, tak kena " dengan apa yang kita nak. Sekarang kurangnya dia akan rasa di hargai.

Bukan sombong layak untuk kita yang memaksa orang lain mendengar pendapat kita, sedangkan pendapat orang lain di henyak henyak, tolak mentah mentah?

"Belajarlah menghargai sekecil apa pun usaha seseorang"

11/07/2021

Jika bumi berbukit sahaja tentulah tidak indah.
Perlu ada lembah, sungai, laut, padang pasir, rumput, hutan belantara baru lengkap kan?
Bayangkan jika manusia itu lelaki atau perempuan sahaja di atas muka bumi ini, tentulah sunyi dan jemu serta tidak bercambah keturunan manusia.

Buat mereka yang masih mencari

Kahwin ni soal percaya.
Jika datang sesiapa pun dalam hidup kita, percayalah bahawa itu adalah dari Tuhan kita.
Walau awal manisnya sementara, di akhir akhirnya berpisah jua.
Kita kena percaya
Itulah perkahwinan kita.
" lelaki yang baik untukk perempuan yang baik?"

Kalau kita baik, maka baikkan pasangan kita.
Kalau kita buruk, maka baikkan diri melalui pasangan kita.
Sebab itu jodoh itu rahsia Allah.
Allah akan bukakan rahsia itu hanya buat mereka yang percaya dengan rumahtangga.

P/s : Jarang jarang admin share tentang cinta pasangan kahwin ni..😅
Jaga diri jaga iman ❤️

09/07/2021

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."‏ (Riwayat Muslim, No 715)

09/07/2021

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Alhamdulillah Syukur.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup lagi hari ini.
Semoga nafas ini menjadikan kita Hamba yang selalu bersyukur.
Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga semua gerak langkah ini selalu ibadah kepadaMu Ya Allah.

08/07/2021

nafas kita hela ni pun Allah yang bagi
Jadi jangan sombong
Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi, semakin berilmu, semakin merendah diri. Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi. Akarnya mencengkam bumi, lintuk liuknya menyakitkan hati.
Orang yang berilmu ini diibaratkan umpama buah yang matang dan mempunyai isi yang banyak serta rasanya lazat dan manis. Alangkah lebih baik buah tersebut dikongsi bersama orang lain supaya orang lain juga akan mendapat manfaatnya.Bagi mereka yang berlumba-lumba memenuhi kepentingan diri dengan ilmunya, adalah jelas termasuk dalam kelompok buah yang nampaknya cantik tetapi kurang berisi.
Oleh itu, bagi menambahkan keberkatan ilmu, tidak payahlah riak dan sombong dengan ilmu kita. Cukuplah ‘menipu’ gelaran bagi tujuan menjadikan diri kita nampak lebih hebat.

07/07/2021

Dear me

terimakasih telah berjuang sejauh ini. Dan terimakasih tetap kembali bangkit setelah semua sakit.
Dalam hidup,
Bila bila rasa down, rasa sunyi, putus asa, rasa kosong , rasa semua benda tak seperti yang kita rancang.
Sampaikan terkadang kau rasa, apa jadi padaku ?
Kenapa semua “benda’’ dekat dunia ni macam nak larikan diri.
" kenapa jadi bergini Ya Allah?
Yakinlah Allah yang menyusun perjalanan hidup kita.
Allah tak pernah tersalah menyusun takdir kan?
Makin rasa tak boleh go on,
Ulang lagi, ulang lagi.
Pejamkan mata, dan rasakan hanya Dia.
Menangislah , dan rasakan hanya Allah.
Allah itu ada, sangat dekat dengan kita.
Segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'
Terkadang kita rasa nak nangis, marah , serabut sangat.
Tapi lepas tu, kumpul balik semua kekuatan.
Indeed, Allah knows best.
Dia-lah yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu perkara sama ada yang nyata mahupun tersembunyi.
Believe, that Allah knows what’s best for us.
And finally, in the end we can say alhamdulillah for all His blessings in our life.
Subhanallah...
Cantik sangat Allah susun hidup kita ini.
Maha Baiknya Allah.

Itu bukan lah satu penderitaan.
Tapi satu kekuatan.
Kerana..
Hari hari ke hari, setiap detik yang berlalu,
kita sedang diajar.
Diajar erti kehidupan oleh Tuhan.

06/07/2021

ALLAH TOLONG KITA
Pernah tak terfikir gaji kita yang kecil ni mana mampu nak tanggung isteri dan anak anak, tapi eh tup tup tiba tiba je ada Ironman yang Allah hantar bantuan..

Kadang buntu dengan macam macam masaalah tup tup smooth je ada je jalan lain yang Allah bagi "
Alhamdulillah..

percaya atau tidak, inilah pertolongan daripada ALLAH SWT kerana kita pernah memudahkan urusan orang di sekeliling kita suatu masa dulu.

Mungkin kita lupa tetapi ALLAH tidak pernah lupa.

Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)

Di dalam dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan ada balasannya, baik atau buruk, kecil atau besar.

Jadi jangan takut untuk berbuat baik, kerana selain amalan itu mulia, ganjarannya pasti besar dan berpahala.

Mudah-mudahan bantuan ALLAH SWT akan berpihak kepada kita.

05/07/2021

Ya Allah kenapa harus aku!!
Setiap kali kalau rasa macam banyak betul masalah , satu persatu perkara timbul mesti aku rasa dunia ni tak adil ☹️
Bersabarlah... Allah sedang alihkan perhatian lebih buat kita.

"Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah"

Ingat..
Manusia kalau sayang dia puji.
Allah kalau sayang Dia uji.
Nak jadi baik.
Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati.

"InsyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri.

04/07/2021

Tetaplah BERSYUKUR sampai kita lupa apa itu MENGELUH

Jangan mengeluh dan bersedih dengan apa yang kau hadapi sekarang.
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kau punya/miliki.
Sentiasa bersangka baik dan yakin dengan perancangan dari Allah SWT.

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, Ingatlah takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharungi. Ujian itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Tetaplah berdoa

"Ya Allah, jangan biarkan aku berpaling dari-Mu. Tak peduli seberapa banyak ujian dan kesusahan yang Engkau berikan, biarkanlah kesusahan ini membuatku menjadi seorang muslim yang lebih kuat dan lebih ikhlas kepada-Mu.

24/06/2021

Syurga tu bukan percuma ye Tuan Tuan.
Tuan tuan,
Kalau kita nak memetik bunga di laman rumah
mesti pikat hati tuan tanahnya dulu kan?

Tapi kalau dengan Allah? Pernah tak kita buat apa Allah s**a ? Pernah ambil tahu tak? (Kejap fikir dulu)
Jika kita nak Allah pandang kita sayang kita, kita kena letakkan Allah nombor satu di hati, pasti segalanya akan dipermudahkan nanti.

Daripada Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Mahukah kamu aku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh Tuhanmu, bahkan lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang?

Jawab mereka: “Mahu, wahai Rasulullah.”

Sabda baginda SAW: “Berzikirlah kepada ALLAH sebanyak-banyaknya.” (Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Kembalilah kepada fitrah, dekatkan diri dengan pencipta kita. InshaAllah, hidup kita pasti akan lebih tenang dan bahagia..

Macam mana caranya untuk sentiasa mengingati Allah?

Jawapannya tidak susah !

Lidah kita hendaklah sentiasa berzikir, tangan kita perlu sentiasa memohon doa kepadaNya, bibir kita mestilah menyebut ayat-ayat suci Al-Quran, anggota badan kita perlu taat melaksanakan solat lima waktu dan hati serta fikiran kita mestilah sentiasa mengingati Dia dan bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan.

"Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (p**a) kepadamu" (QS. Al-Baqarah [2]: 152).

Berzikirlah , barulah hati kita akan tenang, kehidupan akan lebih diberkati dan setiap kesulitan yang dihadapi itu akan dipermudahkan urusannya oleh Allah S.W.T.

23/06/2021

"ketika kamu mengeluh kerana terasa terbeban dengan tugas tugasmu, Ingatlah banyak penganggur di luar sana yang berharap punya pekerjaan seperti kamu" "
Pernah tak korang time hujan je perut pun tiba-tiba je rasa lapar, tapi nak masak malas . Jadi, korang buat keputusan order sahajalah food delivery cepat, mudah, selamat musim musim ni.
Tapi ada tak kita terfikir, macam mana lah rider rider food delivery ni meredah panas hujan setiap hari? Nampak macam mudah kan? Start motor hantar makanan syok dapat jalan jalan 😅.
Hakikatnya kerja mereka ni melibatkan nyawa,ada rasa penat, stress dengan macam macam kerenah customer. Tapi tetap juga menjalankan amanah supaya perut kita kenyang 😁..
Bersyukurlah dan Usahalah

Kerana Rezeki semua orang tak sama. Ada yang direzekikan untuk kerja di bawah penghawa dingin , tempat yang selesa. Ada jugak yang kerja di tempat yang panas dan kurang selesa. Tapi walau apa pun, jangan beralah. Rezeki yg halal walau penat, tetap sumber yg halal. Rezeki yg haram walau dlm keadaan senang, tetap haram.
Tak kesah lah apa pun pekerjaan selagi ianya Halal teruskan usaha buatlah dengan bersungguh-sungguh, tidak curi tulang,, jujur dan amanah.

Struggle kita mungkin berbeza. Tak apa, terus melangkah. Allah itu menilai usaha hamba Nya. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Nya

22/06/2021

Yang tak pernah putus adalah DOA

Allah, ya Rahman, ya Rahim,

Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Ya Rabbal Alamin,
Lindungilah kami, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami dan negara kami dan
seluruh dunia daripada wabak ini, ya Allah. sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti.
Sembuhkan mereka yang sedang dirawat, ya Allah. Berikan kekuatan dan kesabaran kepada
barisan hadapan kami yang sedang bertungkus-lumus berjuang merawat pesakit-pesakit dan
memerangi wabak ini, ya Allah.

Berilah kami kekuatan, ya Allah. Berilah keupayaan agar kamimenghadapi semua ini. Semoga kami dapat memperbaiki kekurangan, kelemahan kami, ya Allah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian-Mu ini. Semoga semakin kuat keimanan dan
ketakwaan kami kepada-Mu, ya Allah.

21/06/2021

"Dunia sudah di penghujung"
Nabi dah ingatkan dulu, berhati hati lah kita. Mata kita sudah digelapkan dengan harta, kecantikan, pangkat dan jawatan.

Kebenaran kita jauhkan. Inilah yang sedang berlaku.
Di akhir zaman, ini lah yang kita takutkan. Ramai yg menzahirkan imej diri yg baik di sisi agama, tapi menjadi fitnah pada agama. Posting ini tiada niat untuk tuju kepada mana mana pihak
Lazimi hari kita dengan ibadat, supaya kita terhindar dari fitnah yang menyesatkan kita.
Antara doa elak fitnah akhir zaman yang boleh kita sama sama amalkan :

Allahumma inni audzubika min ‘adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.

"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa jahannam, dari fitnah kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-masikh ad-Dajjal."
Moga Allah pelihara kita dari kepalsuan dan keburukan. Moga Allah pimpin kita atas jalan kebenaran.

20/06/2021

" dikelilingi orang orang yang baik adalah rezeki"
Kalau di tanya soal rezeki ramai benda selalu dan pertama yang akan terlintas di adalah tentang duit dan makanan. Segala jenis bentuk material yang boleh dinilai. Tapi sebenarnya terlalu banyak bentuk rezeki yang kita tak perasan atau kita ambil remeh.

SAHABAT YANG BAIK ADALAH REZEKI

Tidak semua orang memiliki rezeki yang satu ini. Walaupun tidak memberikan nilai kewangan, namun kawan-kawan yang baik akan membuat hati kita bergembira dan minda selalu positif.
Jika kawan-kawan yang buruk satu persatu pergi daripada hidup anda, berganti dengan kawan-kawan baik yang satu persatu menghampiri, maka itu bermakna rezeki anda tengah bertambah.
Bersyukurlah kepada Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini.

Doakan mereka.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita.

Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH.

Mohonlah keampunan untuk dosa dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

Semoga bermanfaat

19/06/2021

Tengok jam " awal lagi ni kejap lagi lah aku solat, janji solat"
Nk tahu tak beza orang, ,"solat" dan "jaga solat"?

Orang yang SOLAT je biasanya dia takkan jaga solat. Dia solat s**a hati bila nak, sama ada awal waktu atau melewatkan solat.

Nak berjemaah atau sendirian, nak khusyuk atau khayal, dan sebagainya.

Tapi orang yang JAGA SOLAT , dia akan jaga kualiti solat. Dari segi awal waktu, khusyuk, kefahaman, tempat solat, berjemaah, dan lain2.

Sebab tu ramai yang merungut,

"Kenapa aku masih buat maksiat dan dosa lagi ek? Kenapa aku masih dengar hiburan haram lagi? Bukan ke Allah kata kalau solat cegah dari kemungkaran? Aku dah solat dah..."

Betul kita dah solat, tapi kita TAK JAGA SOLAT. Kalau solat kita tak jaga, macam mana solat nak "jaga" kita?

Semoga bermanfaat

18/06/2021

REZEKI ITU UJIAN
lebih bukan tanda DIMULIAKAN
Sedikit bukan TANDA HINA

Ujian kepada setiap makhluk berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang uji dari segi kewangan, kesihatan, emosi fizikal dan mental dan sebagainya.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 155 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Sebenarnya rezeki kita itu sentiasa ada. Cuma kita sahaja yang tak nampak.
Sebabnya dimata kita rezeki itu adalah wang ringgit semata-mata.

Tak ada anak pun bukannya sebabnya kita tiada rezeki
Tapi sebab Allah beri rezeki dalam bentuk yang lain.

Tak ada jodoh pun bukannya sebab rezeki nak kawin tu tak ada.
Tapi sebab Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik.

Semuanya akan tiba indah dan tepat pada waktunya.
Kalau kita sentiasa yakin pada janji Allah,Kita syukuri setiap nikmat Allah,In shaa Allah hidup kita akan tenang
Bagi yang sedang diuji dengan kesempitan hidup, yakinlah nikmat Allah swt akan datang dalam pelbagai bentuk kerana allah tidak sesekali menzalimi hambaNya yang beriman.

Ujian tak datang begitu saja tanpa makna. Selalu ada maksud Allah dari setiap kejadian yang menimpa kita. BERSYUKURLAH

11/06/2021

Kehidupan di Dunia Hanya Persinggahan, Sangat Singkat Dibandingkan Akhirat Nanti
Ketahuilah, Manusia tinggal di dunia hanya untuk masa yang singkat.
Di sini, ia akan diuji, dilatih, kemudian meninggalkan dunia menuju kehidupan akhirat di mana ia akan tinggal selamanya.
Harta benda serta kesenangan di dunia, walaupun diciptakan serupa dengan yang ada di akhirat, sebenarnya memiliki banyak kekurangan dan kelemahan kerana harta benda dan kesenangan tersebut ditujukan hanya agar manusia mengingati hari akhirat.

Rasulullah ﷺ mengumpamakan kehidupan dunia dengan akhirat, seperti titisan air yang tersisa apabila jari dicelupkan dalam air laut.
(Sahih Muslim no. 2858)
Apalah titisan air jika dibandingkan dengan air laut keseluruhannya.
Begitu juga, apalah kehidupan dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat.
Usahalah mencari bekalan akhirat, jangan hanyut dengan dunia ini.

09/06/2021

Tiada istilah terlambat untuk mengubah Diri
"Sehitam mana sekali pun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa, kita tetap berpeluang menjadi ahli surga. Jangan pernah berputus asa untuk berubah dan mencari keampunan dari Allah."
Kalau ada di antara kita yang baru belajar nak mula solat, teruskan. Jangan putus asa! Kalau ada di antara kita nak mula jaga/baiki solat, teruskan jugak!

Ketahuilah solat adalah pengikat hati kita berhubung dengan Allah serta cara kita berbicara melalui doa di dalam solat.

Buat kamu. Jangan pernah mengalah. Teruskan melangkah kerana setiap usaha pasti ada nilainya di sisi Allah.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


7-1 Jalan PUJ 8/7
Seri Kembangan
43300

Other Nonprofit Organizations in Seri Kembangan (show all)
Surau As-Saadah, Apartmen Rakyat Taman Impian Ehsan Surau As-Saadah, Apartmen Rakyat Taman Impian Ehsan
Apartmen Rakyat Blok E, Taman Impian Ehsan, Balakong
Seri Kembangan, 43300

Surau As-Saadah, Apartmen Rakyat adalah salah sebuah surau yang terdapat di Taman Impian Ehsan, Bala

Wakaf Masjid Puncak Jalil Wakaf Masjid Puncak Jalil
Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan, 43300

Wakaf Masjid . Derma dan sedekah . Waqf . Fund Rising . Donation. Salurkan derma ke TABUNG PEMBINAAN MASJID PUNCAK JALIL 5628-5200-1429 (Maybank Islamik)

Bakti Siswa g09 Bakti Siswa g09
Jalan University 1
Seri Kembangan, 43400

MCGA - Malaysia Cat Groomers Association MCGA - Malaysia Cat Groomers Association
18-1, Jalan Simfoni 1, Simfoni Tower, Balakong
Seri Kembangan, 43300

Let's Get Certified !

Help Yemen Campaign- Malaysia Help Yemen Campaign- Malaysia
No. 2. 8 , Jalan DaGang SB2/4, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan, 43300

HELP YEMEN campaign is organised by Malaysian and Yemeni foundations aiming to alleviate the suffering of people affected by the war inside Yemen.

马来西亚中华大会堂总会-华总 The Federation of Chinese Associations Malaysia-Huazong 马来西亚中华大会堂总会-华总 The Federation of Chinese Associations Malaysia-Huazong
Wisma Huazong, 9th Floor, Lot 15285, 0. 7KM, Lebuhraya Sg. Besi
Seri Kembangan, 50460

马来西亚中华大会堂总会(华总)简介 简历 成立于 1991 年的马来西亚中华大会堂总会 (简称华总)是由马来西亚 15 华团,其中包括 13 州的中华 大会堂或华团总会 (即州内的最高华团领导机构)所组

Altawasul Alinsani Malaysia Altawasul Alinsani Malaysia
No. 25-1, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan, 43300

Altawasul Berhad (1353085-A) To excel and lead in the educational and humanitarian fields.

Pertubuhan Kebajikan Fajar Harapan - PKFH Pertubuhan Kebajikan Fajar Harapan - PKFH
3A-13A, 3 Elements, Jalan Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, SERI KEMBANGAN
Seri Kembangan, 43300

Building hope and dignity among the poor and marginalized communities in Malaysia

Aqsa Syarif Aqsa Syarif
Seri Kembangan, 43000

Aqsa Syarif adalah agensi kemanusiaan dibawah @MyCARE yang fokus dalam isu-isu Palestin.

VCEE19-Volunteers for Community Empowerment and Engagement on C19 VCEE19-Volunteers for Community Empowerment and Engagement on C19
Seri Kembangan, 43300

A Community Volunteer Project with focus on engaging and empowering community on health related issues by Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) and Pertubuhan ...

RDWF RDWF
13D, Jalan SR 3/2, Raman Serdang Raya
Seri Kembangan, 43300

RDWF, the Rohingya Development and Welfare foundation is a nonprofit Organization work for Rohingya.

SOS Missions - Save Sights Save Lives SOS Missions - Save Sights Save Lives
Seri Kembangan, 43300

Preventing Blindness to Save Sights- Save Lives