National Water Research Institute of Malaysia

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 21/09/2024

PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM bersama PUSPANITA PETRA, Indah Water Konsortium (IWK) dan Feeding The Needy (FTN) melalui “Program Bahagia Dengan Membahagiakan” telah menyantuni sejumlah 380 gelandangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada malam Khamis, 19 September 2024. Semasa program tersebut, pelbagai bantuan makanan dan barangan keperluan harian telah disampaikan melalui Penaung Puspanita Cawangan PETRA, Yang Amat Berbahagia (YAB) Datin Sri Ruziah Mohd Tahir.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 21/09/2024

Dari lensa NAHRIM sekitar program Larian Denai Sungai Langat bersempena Hari Sungai Sedunia pada pagi tadi. Program anjuran Sahabat Sungai Malaysia dan UKM tersebut melibatkan dua kategori jarak larian iaitu 5km dan 15km. Seramai 10 orang warga NAHRIM telah menyertai dan berjaya menamatkan larian tersebut.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 21/09/2024

Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan tema 'Sungai dan Alur Kita dalan Komuniti' pada pagi ini. Majlis turut melibatkan penyampaian anugerah HSS; lawatan ke reruai pameran dan gerai jualan; peluncuran Signboard River Address, sukan rakyat serta pertunjukan Speed Boat. NAHRIM turut berbesar hati atas lawatan rasmi oleh YAB TPM merangkap Menteri PETRA bersama delegasi ke reruai pameran seterusnya memberikan penerangan ringkas mengenai peralatan Aqua Troll Multi Parameter Sonde yang digunakan bagi tujuan cerapan kualiti air dalam projek penyelidikan NAHRIM .

Photos from Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air's post 21/09/2024
Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 21/09/2024

Sedang berlangsung pagi ini di HSS 2024; aktiviti gotong-royong, pertandingan mewarna kanak-kanak, jualan rahmah, jualan ikan & reruai pameran.

Ayuh, semua dijemput hadir!

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 20/09/2024

Program H2O Quest @ Sungai Tebrau, Kg. Bakar Batu, Johor Bahru telah diadakan pada petang tadi bersempena Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan 2024. Program yang berkonsepkan 'Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita' ini telah disertai oleh 12 pasukan yang perlu menyelesaikan pelbagai cabaran di kesemua 10 checkpoints yang ditetapkan. Para peserta terdiri dari pegawai JPS Malaysia, JPS Perak, JPS Negeri Sembilan, NAHRIM, SAJ dan UTM yang turut sama memeriahkan HSS.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan NAHRIM Rangers yang diwakili oleh Gs. Mohd Nur Farhan Abd Wahab, Pn. Siti Nor Azura Nazarudin, Cik Nor Hazimah Ahmad dan En. Mohd Firdaus yang telah menjadi JOHAN bagi program tersebut!

Terima kasih kepada urus setia, penganjur serta semua pihak yang terlibat.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 20/09/2024

Sekitar hari pertama Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2024 peringkat Kebangsaan di reruai pameran NAHRIM PETRA pada hari ini. Pada pameran kali kini, NAHRIM membawakan pelbagai hasil penyelidikan terutamanya berkaitan kajian lembangan sungai, analitikal kualiti air, potensi sumber air alternatif termasuklah demonstrasi cerapan data sungai.

Ayuh meriahkan HSS 2024, Sungai Tebrau, Johor di hari kedua esok!

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 20/09/2024

NAHRIM berbesar hati memenuhi undangan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke Laman Agrofood Perikanan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS Serdang pada pagi tadi. Delegasi NAHRIM yang diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin telah disambut dan diberikan taklimat oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan. Lawatan tersebut meliputi pameran Galeri Akuakultur, Dunia Samudera, Dunia Santuari Ikan Sungai dan Galeri Mega Fauna serta pencapaian terkini dalam industri perikanan. Selain itu, perbincangan ringkas potensi kerjasama penyelidikan di antara NAHRIM dan DoF dalam bidang perikanan dan persekitaran air telah turut diadakan. NAHRIM telah turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Perancangan Korporat (BPK), Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA), Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS), Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).

20/09/2024
Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS's post 20/09/2024
Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 19/09/2024

NAHRIM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan yang diketuai oleh Dekan Fakulti Sains Bumi, Prof. Madya Dr. Zulazman bin Hamzah pada 19 September 2024. Kunjungan ini menjadi platform perbincangan dua hala antara NAHRIM dan UMK mengenai hala tuju serta potensi kerjasama dalam bidang hidro persekitaran.

Delegasi turut dibawa melawat ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), Inkubator NAHRIM, dan Makmal Kualiti Air (MKA).

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 18/09/2024

Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) NAHRIM Siri 9 oleh YBrs. Pn Rohani binti Abd Haziz, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) NAHRIM telah diadakan secara atas talian pagi tadi dengan pembentangan bertajuk 'AI an Our Life'.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 18/09/2024

Sesi perbincangan dan lawatan oleh National Centre For Food Safety (NCFS), Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke NAHRIM melalui Makmal Kualiti Air (MKA) telah diadakan pada Selasa, 17 September 2024. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS) menyentuh pelbagai aspek berkaitan peranan, bidang tugas, hala tuju serta potensi kerjasama dalam bidang analitikal kualiti air termasuk bahan cemar baharu; mikroplastik, AMR dan EDC. Sesi fotografi bersama delegasi pelawat yang diketuai oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Khairuddin Bin Mohd Taib; Pengarah NCFS turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin. Selanjutnya, majlis diteruskan dengan sesi lawatan ke fasiliti penyelidikan Makmal Kualiti Air.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 16/09/2024

SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SALAM MAULIDUR RASUL 1446H

Ikhlas daripada seluruh warga Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 14/09/2024

MESYUARAT MAJLIS AIR NEGARA KEENAM (MAN6)

13 September 2024, Putrajaya | YBhg. Dato' Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin dan YBhg. Dato' Dr. Ir. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahaya telah menghadiri dan membentangkan kertas pertimbangan dalam Mesyuarat Majlis Air Negara Keenam (MAN 6) yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bertempat di Dewan Persidangan ICU Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Turut hadir, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri PETRA, dan YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, KSU PETRA.

MAN6 merupakan satu platform di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membincangkan isu berkaitan pengurusan sumber air negara

Photos from Fadillah Yusof's post 13/09/2024
Photos from Anwar Ibrahim's post 13/09/2024
13/09/2024

Ucapan Setinggi - Tinggi Tahniah Kepada YBhg. Dato’ Ir. Mohd Zaki Bin Mat Amin atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang - Yang Amat Di Mulia, Peringkat Kedua, Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P), Yang Membawa Gelaran Dato’ Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke -65 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Photos from Jabatan Penerangan Pahang's post 12/09/2024

[Sumber Media Jabatan Penerangan Pahang]

Al-Sultan Abdullah kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 27 penerima | Berita Harian 12/09/2024

[Sumber Media Berita Harian]

Al-Sultan Abdullah kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 27 penerima | Berita Harian KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 27 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 11/09/2024

NAHRIM melalui Makmal Hidraulik dan Instrumentasi - MHI berbesar hati menerima lawatan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Perak pada 11 September 2024. Delegasi PPM disambut oleh Pengarah dan pegawai penyelidik MHI. Lawatan Teknikal ini bertujuan untuk perbincangan dua hala antara NAHRIM dan JMG berhubung perkhidmatan dan prosedur pembinaan loji pemprosesan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) berskala bench.

Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke MHI dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dan Inkubator NAHRIM.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 10/09/2024

Bengkel Advance Water Quality Monitoring Training Course anjuran NAHRIM diadakan pada 10 - 12 September 2024 bertempat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Malaysia France Institute (MFI), Bandar Baru Bangi, Selangor. Ucapan aluan program telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Badli Shah bin Mohd Yusoff; Timbalan Dekan Akademik dan Teknologi, UniKL, manakala ucapan perasmian oleh YBrs. Ts. Hj. Zubaidi bin Johar, Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) NAHRIM. Bengkel telah dihadiri oleh pelbagai pemegang taruh pengurusan sumber air negeri dari Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor; serta pelajar UniKL. Selain itu, terdapat juga ruang pameran penyelidikan, produk dan perkhidmatan oleh PKKAAS NAHRIM, UniKL dan pihak industri HYDROAXIYS Sdn. Bhd.

Photos from National Water Research Institute of Malaysia's post 07/09/2024

Seramai 10 orang warga NAHRIM telah menyertai Program Malaysia Melangkah anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya pagi tadi. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri PETRA pada jam 7.45 pagi. Selain itu, program turut diserikan dengan aktiviti mewarna kanak-kanak, zumba, face painting dan cabutan bertuah.

07/09/2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)

atas pengurniaan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
yang membawa gelaran Tan Sri

sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 7 September 2024.

Ikhlas daripada seluruh warga NAHRIM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)

atas pengurniaan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
yang membawa gelaran Tan Sri

sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 7 September 2024.

Ikhlas daripada YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan seluruh warga PETRA.

07/09/2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara

atas pengurniaan
Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri

sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 7 September 2024 bersamaan 3 Rabiulawal 1446H.

Ikhlas daripada seluruh warga NAHRIM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara

atas pengurniaan
Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri

sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 7 September 2024 bersamaan 3 Rabiulawal 1446H.

Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan seluruh warga PETRA.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), NAHRIM telah menganjurkan Program latihan Tidal Energy In Malaysia: An Overv...
Penyelidik NAHRIM baru-baru ini disapa mesra oleh seekor Paus Yu (Whale Shark) semasa mereka melakukan konfigurasi peral...
Video rangkuman aktiviti Projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) Kolej Kejuruteraan UiTM Shah Alam, NAHRIM dan SMT Tuank...
Rangkuman dan sorotan aktiviti NAHRIM sepanjang Tahun 2023.#NAHRIM365#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia#Peneraju...
Video ucapan raya dari Bahagian Perancangan Korporat NAHRIM#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia#PenerajuPenyelidik...
Video ucapan raya dari Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi NAHRIM
Video ucapan raya dari Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar NAHRIM
Video ucapan raya dari Makmal Kualiti Air NAHRIM
Video ucapan raya dari Bahagian Khidmat Pengurusan NAHRIM
Ceramah Teknikal : Slope Hydrogeology by Professor Jimmy Jiao, Department of Earth Science, The University of Hong Kong
The 5th Malaysia-The Netherlands Water Dialogue with theme Flood Risk Reduction and Climate Change Resiliency
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2022Merdeka! Merdeka! Merdeka!Ikhlas daripadaSeluruh warga NAHRIM#InstitutPenyelidikan...

Telephone

Address


Lot 5377 Jalan Putra Permai
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Other Government Organizations in Seri Kembangan (show all)
GPS UPM GPS UPM
UPM Serdang Campus
Seri Kembangan, 43400

GPS ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mema

Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Beg Berkunci 201, Pejabat Pos UPM
Seri Kembangan, 43400

Jabatan Pertanian melalui Bahagian Kejuruteraan Pertanian yang terletak di Serdang, Selangor memberi khidmat kepakaran teknikal kejuruteraan pertanian di Semenanjung Malaysia. Baha...

Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang Selangor Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang Selangor
Serdang
Seri Kembangan, 43400

ILPPS

Jabatan Radiologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah - HSAAS Jabatan Radiologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah - HSAAS
Persiaran Mardi/UPM
Seri Kembangan, 43400

Radiology department with capability to provide diagnostic imaging and interventional radiology

Makmal Kualiti Air, MKA Makmal Kualiti Air, MKA
INSTITUT PENYELIDIKAN HIDRAULIK KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
Seri Kembangan, 43300

Water Quality Testing Laboratory MS ISO/IEC 17025: 2017 Kami menawarkan servis analisis kualiti air

MARDI MARDI
Persiaran MARDI/UPM
Seri Kembangan, 43400

Penjana terulung teknologi inovatif untuk kelestarian & daya saing industri pertanian menjelang 2030

Program Pemindahan Teknologi MARDI Program Pemindahan Teknologi MARDI
Blok B6, Program Pemindahan Teknologi (TE3), Pusat Pemindahan Teknologi Dan Pembangunan Usahawan (TE), Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM
Seri Kembangan, 43400

Kursus Latihan Teknikal | Persidangan | Pameran | Pusat Bertauliah MARDI | Kompleks Latihan MARDI

Bahagian Kepenjaraan, Antidadah & RELA, Kementerian Dalam Negeri Bahagian Kepenjaraan, Antidadah & RELA, Kementerian Dalam Negeri
Aras 1, Blok D2
Seri Kembangan, 62546

Mentadbir urus Dasar Kepenjaraan, Antidadah dan Kesukarelawan untuk menjamin keamanan negara dan kes

MARDILab MARDILab
Program Perkhidmatan Analisis , Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes ( CB1 ) , Blok A9 , Ibu Pejabat MARDI , Serdang
Seri Kembangan, 43400

MARDILab menyediakan perkhidmatan analisis kimia makanan ,pertanian serta mikrobiologi makanan.

MAHA 2018 Laman Teknologi Mekanisasi & Automasi MAHA 2018 Laman Teknologi Mekanisasi & Automasi
Laman Mekanisasi, MAEPS, Serdang
Seri Kembangan, 43400

Laman Mekanisasi @MAHA 2022

Serdang Story Serdang Story
Seri Kembangan

Persatuan Pentadbir UPM Persatuan Pentadbir UPM
Seri Kembangan

This Association shall be called "Association of Administrators, Universiti Putra Malaysia (Persatuan Pentadbir UPM), or PPUPM for short.