Balai Bomba Dan Penyelamat Sik
Nearby government services
Washington D.C.
Psc 333 Camp Humphreys, Rajshahi Division
Rua Leonardo Camboim, Mรฃe d'??gua
New York
Virginia 24224
New York RX7V+3J2FAIRVIEW,NEWJERSEY,USA
New York 10001
new York, New York
Dhaka 1205
United Nations Plaza, New York
Lahore
You may also like
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
'Pre Latihan Perkhemahan Peringkat Negeri'
03.07.2024 I RABU
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Seramai 20 orang ahli kadet bomba dan penyelamat sekolah-sekolah Menengah di daerah S*K terpilih telah berkumpul di Balai Bomba Dan Penyelamat S*k untuk sesi latihan praktikal dan kecergasan sebagai persediaan akhir ke program Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada tarikh 04.07.2024 di KEDA Bendang Man Resort.
Tahniah untuk diri kalian yang mewakili daerah S*K dan selamat berjaya diucapkan didalam semua acara yang dipertandingkan. Fikirkan boleh dan bertindak dalam keperibadian yang berfikiran terbuka, patuh pada arahan ketua, kerjasama berpas**an, bertolenrasi dan pemuafakatan yang mulia. Semoga kejayaan mengiringi kalian semua.
Terima Kasih PPD S*k diatas kerjasama dan penglibatan semua guru terlibat.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐- ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
'Antara Manfaat dan Mudarat'
02.07.2024 I SELASA
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k mengambil pendekatan dengan mengedarkan risalah Kapsul Intergriti Mac 2024 sebagai bentuk langkah pencegahan dan rawat disamping hebahan pemakluman berkaitan kesan penyalahgunaan ketum (Mitragyna Speciosa) yang disampaikan sendiri oleh Ketua Balai kepada seluruh pegawai bomba BBP S*K semasa program Kit Inspection balai pada pagi ini.
Sebagai peringatan, pegawai yang didapati MENGIMPORT, MEMILIKI, MENCAMPUR, MENYIMPAN, MENGHANTAR, MENJUAL atau MENGGUNAKAN DAUN KETUM boleh disabitkan kesalahan dan denda di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1962, yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum selama lima 5) tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya pegawai didapati menyalahguna ATAU menagih.
Jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah, pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai AWAM ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
AWAS !
JAUHI KETUM.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
02.07.2024 I SELASA
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Sasaran itu penting, tetapi jangan sampai membebankan. Permulaan Julai 2024, Balai Bomba Dan Penyelamat S*k menggunakan kesempatan ruang kekosongan pertindihan pelbagai aktiviti jabatan dengan mengadakan program Kit Inspection dan Mesyuarat balai bil.6/2024. Pelbagai agenda dibentangkan dan isu berbangkit diselesaikan, sekecil-kecil peranan diolah untuk sebuah kebaikan.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
'Ancaman Ular/ Binatang Berbisa'
01.07.2024 I ISNIN (1705)
Bukit Tupai Merbau Kudung, S*k
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k menerima panggilan kecemasan ancaman ular dialamat Kampung Bukit Tupai, Merbau Kudung, S*k dan operasi diketuai PBK II Sam Khan a/l Prak Prem Keu bersama 6 anggota menggunakan penjerut ular hingga operasi selesai sepenuhnya.
Khidmat nasihat kebombaan dan kemasyarakatan, peka dan peduli kepada persekitaran serta sentiasa cakna kepada sebarang kemerbahayaan diluar jangka. Jaga kebersihan di premis dan berhati-hati ketika cuaca tidak menentu. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
'Laporan Siap Projek Selenggara dan Pemasangan Baru'
01.07.2024 I ISNIN
Kampung Tg. Belit & Kampung Tg. Setar
Lawatan dan pemeriksaan serta pengujian dua unit Pili Bomba bagi projek selenggara (pembaikan) di Kampung Tanjung Belit dan (pemasangan baru) di Kampung Tanjung Setar, S*K oleh Ketua Balai bersama pas**an bertugas.
Didapati semasa pemeriksaan dijalankan, tekanan air dan keluaran memenuhi piawaian (minimum 2 bar dari pili bomba dan 4-7 bar dihujung nozel) dan tapak kotak chamber telah dibuat binaan naik taraf digantikan pelepaan baru.
Hargai Pili Bomba untuk manfaat bersama dan ianya adalah Kelengkapan Keselamatan Kebakaran Mengikut Piawaian Bomba Yang Paling 'berharga' untuk kecemasan kebakaran bagi pengeluaran 1000 liter seminit itu.
Jangan salahguna pili bomba kerana hukuman denda memperuntukkan tidak lebih RM 5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali kepada mana-mana individu yang menggunakan tanpa kebenaran dibawah Seksyen 58 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) bagi kesalahan menyalahgunakan pili bomba menerusi Seksyen 26 (๐๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ต๐ถ๐ฑ, ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐จ, ๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ฏ๐บ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ, ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ, ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ช๐ญ๐ช ๐ฃ๐ฐ๐ฎ๐ฃ๐ข ๐ด๐ฆ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ ๐ต๐ถ๐ซ๐ถ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ๐จ ๐ฌ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ) menerusi akta yang sama.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ :
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐
30.06.2024 I AHAD
KAMPUNG BELANTEK DALAM, S*K
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k melakukan lawatan ke lokasi yang terjejas pada kejadian banjir kilat yang berlaku sekitar Sungai Capar, S*K pada malam semalam diketuai PBK II KUP Matzuki b. Mat Noh bersama 7 keanggotaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat diberi perhatian keutamaan.
Kepada masyarakat setempat yang menghuni kediaman berisiko terutamanya berhampiran kawasan sungai, anda diingatkan terus waspada dan cakna kepada keselamatan persekitaran terutamanya ketika menerima taburan hujan yang tinggi dan tanpa henti. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada pas**an keselamatan mahupun agensi berkepentingan sekiranya diperlukan.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
'Limpahan Air Sungai Capar, Belantek S*k'
29.06.2024 I SABTU (2040)
KAMPUNG BELANTEK DALAM, S*K
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k menerima panggilan kecemasan khidmat khas banjir kilat dilokasi Kampung Belantek Dalam, S*K dan operasi diketuai PPgB Zulkhairi b. Mat Tanjil bersama 7 keanggotaan.
Tindakan operasi dengan membuat pemantauan kawasan dan tiada PPS dibuka. Jumlah kediaman terlibat 15 dan 8 keluarga terjejas akibat limpahan air sungai Capar, S*k dan bersifat air lalu dan Balai Bomba Dan Penyelamat S*k dalam siap siaga sepenuhnya.
Khidmat nasihat kebombaan dan kemasyarakatan, peka dan peduli kepada persekitaran serta sentiasa cakna kepada sebarang insiden diluar jangka. Simpan dokumen penting yang mudah dikesan dan dicapai apabila situasi memerlukan.. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐ซ๐จ๐ผ๐ณ๐จ๐ป ๐ป๐ผ๐จ๐ต๐ฒ๐ผ
๐ด๐ฌ๐ต๐ฑ๐ผ๐ต๐ฑ๐ผ๐ต๐ฎ ๐ฒ๐จ๐บ๐ฐ๐ฏ ๐ป๐ผ๐จ๐ต๐ฒ๐ผ
29.06.2024 I SABTU
DATARAN MEDAN BANDAR, ALOR SETAR, KEDAH
Sekitar lensa Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, kali ke-82 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar Kedah pagi tadi.
Ketua Balai Balai Bomba Dan Penyelamat S*k , turut hadir memeriahkan majlis bersama delegasi pegawai kanan yang lain dan JBPM Negeri Kedah diketuai YS Pengarah Bomba Negeri di kerusi Ketua Jabatan.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
'Sistem Tali dan Teknik Penyelamatan'
28.06.2024 I JUMAAT
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Usaha tanpa henti untuk sebuah pemerkasaan kemahiran, kebolehan serta kecekapan keanggotaan. Tidak sempurna bukan alasan kerana setiap detik adalah proses pembelajaran. Disertakan visual statik latihan tali dan sistem takal daripada pas**an B Balai Bomba Dan Penyelamat S*k diketuai PBK II KUP Matzuki b. Mat Noh.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
24.06.2024 - 28.06.2024
POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN
Tersenarai diantara 200 orang pegawai menyertai program Pemantapan Kepimpinan Ketua Zon dan Ketua Balai di Politeknik Kota Bharu Kelantan, PPgB Zulkhairi Mat Tanjil selaku Ketua Balai Balai Bomba Dan Penyelamat S*k menggunakan ruang dan peluang sepanjang tempoh program sebagai sesi pembelajaran dan usaha untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kebombaan ke tahap tertinggi khususnya di Daerah S*k ini, selain daripada bersedia dengan perubahan sistem penyampaian dan perancangan terkini jabatan. Terima Kasih Urusetia Program diatas penganjuran yang sangat Cemerlang, Energetic dan Responsif.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
'Ancaman Ular/ Binatang Berbisa'
27.06.2024 I KHAMIS (1700)
Kampung Batu Seketul, S*k
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k menerima panggilan kecemasan ancaman ular dialamat kebakaran Kampung Batu Seketul, S*k dan operasi diketuai PBK II KUP Matzuki b. Mat Noh bersama 6 anggota menggunakan penjerut ular hingga operasi selesai sepenuhnya.
Khidmat nasihat kebombaan dan kemasyarakatan, peka dan peduli kepada persekitaran serta sentiasa cakna kepada sebarang kemerbahayaan diluar jangka. Jaga kebersihan di premis dan berhati-hati ketika cuaca tidak menentu. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
'Kebakaran Tiang Elektrik'
27.06.2024 I KHAMIS (1000)
Kampung Banggol Kiat, S*k
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k menerima panggilan kecemasan kebakaran tiang elektrik di alamat Kampung Banggol Kiat S*k dan operasi diketuai PBK II KUP Matzuki b. Mat Noh bersama 6 anggota hingga operasi selesai sepenuhnya dan hubungi TNB tindakan selanjutnya.
Khidmat nasihat kebombaan dan kemasyarakatan, peka dan peduli kepada persekitaran serta sentiasa cakna kepada kemerbahayaan kebakaran. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
"Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan - UKTK"
27.06.2024 I KHAMIS
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Bermatlamatkan kecergasan dan pemerkasaan kepada prestasi jabatan, BBP S*K melengkapkan siri Ujian Kecergasan Jabatan yang menyasarkan gred pegawai PSM daripada KB19 hingga KB 28 termasuk PBB untuk sebuah penilaian terhadap kecekapan asas pemadaman dan penyelamatan selain membudayakan gaya hidup sihat seluruh pegawai JBPM.
Untuk rekod, klausa Ujian Kecergasan Jabatan, selain daripada UKTK terdapat ujian berbentuk kecergasan yang lain seperti UKB - Ujian Kecergasan Bomba (Gred KB 29 - JUSA) dan IPPT - Ujian Kecekapan Fizikal Individu (Bayaran Insentif Elaun KHAS) dengan objektif penilaian masing-masing.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
"Pameran Kebombaan dan Demonstrasi Pemadaman"
26.06.2024 I RABU
Perkarangan Jabatan Penerangan S*k
Bersiar secara terbuka dengan penglibatan pelbagai pempamer rakan agensi, BBP S*K turut terlibat di reruai program dengan aktiviti pameran dan demonstrasi kebakaran untuk program Jiwa Komuniti Madani Parlimen S*k yang julung kali diadakan di Daerah S*k di sini.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
"Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran"
26.06.2024 I RABU
SEK. KEB. CHEMARA, S*K
Terima Kasih diatas jemputan untuk sebuah perkongsian ilmu kebombaan. Berharap program kesedaran awam dan keselamatan kebakaran ini dapat menjana kefahaman dan pengetahuan tentang pentingnya prosedur menyelamatkan diri dan harta benda.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
23.06.2024 I AHAD
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Sebuah perjalanan kerjaya. Terkadang bukan mudah mentafsirkan kerana pilihan terbaik adalah menerima seadanya dan redha.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
'Pematuhan dan Keseragaman'
23.06.2024 I AHAD
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
PgKB II Bukhari b. Ahmad bersama PKPgB Mohamad Anuar b.Hamid selaku pegawai audit JBPM telah melaksanakan tugasan audit di Balai Bomba Dan Penyelamat S*k untuk sebuah pematuhan dan keseragaman tindakan terhadap pelbagai aspek berkaitan dokumentasi MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2016 dan SSR 2024. Doakan kejayaan dan yang terbaik buat BBP S*K.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
22.06.2024 I SABTU
SEKOLAH KEBANGSAAN S*K
Bertempat di SK S*K, telah berlangsung program gotong royong perdana yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi utama di Daerah S*k. Selain memupuk nilai kerjasama dan semangat berpas**an, program seperti ini mampu memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi mewujudkan suasana yang harmoni dan meriah dalam komuniti yang mengamalkan gotong royong.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
'Pokok Tumbang Merintangi Jalan'
21.06.2024 I JUMAAT (1300)
KAMPUNG HUJUNG BANDAR, S*K
BBP S*K hadir panggilan khidmat khas pokok tumbang dilokasi Kampung Hujung Bandar, S*k dan operasi diketuai PBK II Soffuan Sabry bersama 6 anggota dengan menggunakan gergaji berantai hingga selesai sepenuhnya dan laluan boleh digunakan semula. Operasi turut dibantu orang awam. Terima Kasih.
Khidmat nasihat kebombaan dan kemasyarakatan berhati-hati dengan faktor cuaca tidak menentu ketika ini. Perlahankan kenderaan dan berhenti sekiranya perlu jika hujan lebat yang menyekat jarak penglihatan pemanduan. Peka dan prihatin dengan persekitaran. Hubungi talian terus balai bomba berdekatan atau 999 untuk sebarang kecemasan.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
'JTH - Kawad Kaki'
21.06.2024 I JUMAAT
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
"๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฎ๐น ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ถ๐ป ๐บ๐ฎ๐ต๐๐ฝ๐๐ป ๐ฎ๐ธ๐๐ฟ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ-๐บ๐ฎ๐๐ฎ, ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ. ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐ฏ๐๐ฎ๐ต ๐ธ๐ผ๐บ๐ฝ๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐บ๐ฏ๐ถ๐น ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ถ ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด, ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐๐ถ. ๐๐ฎ๐น๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐๐ฑ๐๐ธ ๐ฑ๐ถ๐๐ฒ๐ฏ๐๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น-๐ฏ๐ฒ๐๐๐น ๐๐ถ๐ฏ๐๐ธ ๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐๐ถ๐น๐ถ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐๐ถ. ๐๐ฝ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ฎ๐ป-๐๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ ๐ฏ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐๐ถ ๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ต๐๐ฝ๐๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ผ๐ธ๐๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐๐ถ. ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ด๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ๐น๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ธ๐ถ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป". tutur PgB Tuan Zamani b. Ismail diakhir sesi Test Call awal pagi tadi.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
'KOK Negeri - PgB Tuan Zamani b. Ismail'
21.06.2024 I JUMAAT
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k mengambil semua teguran daripada PgB Tuan Zamani b. Ismail selaku pegawai kanan jabatan yang melakukan Test Call pada awal pagi hari ini sebagai ruang dan peluang memperbaiki segala kelemahan dan berjanji akan memberikan kualiti perkhidmatan kebombaan yang lebih baik dan cemerlang. Terima Kasih Tuan untuk sebuah suntikan semangat dan kata- kata motivasi yang sangat tinggi dan kami amat menghargainya.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
'Perangai Aedes dan Penyakit Bawaan Lain'
20.06.2024 I KHAMIS
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k mengambil pendekatan dengan mengadakan acara gotong royong perdana peringkat balai yang menyasarkan kompaun kawasan sekitar sebagai langkah pencegahan kawalan penyakit serta aspek kebersihan premis. Bersih itu Indah. Bersih itu menenangkan. Kebersihan adalah separuh daripada iman. Pengamalan menjaga kebersihan itu suatu tuntutan.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
' Ancaman Ular Tedung '
19.06.2024 I RABU (1100)
KG. BELANTEK DALAM, S*K
BBP S*K menerima panggilan khidmat khas Ancaman Ular Tedung di alamat Kg. Belantek Dalam, S*K dan operasi diketuai PBK II Sam Khan a/l Prak Prem bersama 5 anggota hingga selasai sepenuhnya.
Khidmat khas nasihat kebombaan, jaga kebersihan semasa cuaca tidak menentu ketika ini. Reptilia jenis menjalar s**a menjadikan kawasan berlembab untuk menumpang. Hubungi 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Jangan ambil tindakan sendiri yang merisikokan.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ :
'Terima Kasih Berita Harian'
Tahan sakit hampir sejam jari tersepit pada basikal | Berita Harian S*K: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menahan sakit hampir sejam apabila jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada celahan gegancu (spoket) basikal di hadapan rumahnya di Kampung Baru, Jalan Chemara, di sini, hari ini.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ :
' Tiang Elektrik '
19.06.2024 I RABU (0004)
BERIS JAYA, S*K
BBP S*K menerima panggilan kecemasan Kebakaran Tiang Elektrik di alamat Persiaran 18, Bandar Baru Beris Jaya, S*K dan Operasi diketuai PB Nurdalila bt. Ghazali bersama 6 anggota dengan tindakan 'short pulse' sebelum menghubungi TNB untuk tindakan selanjutnya.
Khidmat khas nasihat kebombaan, peka dan prihatin persekitaran semasa. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
'Jari Telunjuk Tersepit Pada Gegancu (spoket) Basikal'.
18.06.2024 I SELASA (1907)
KAMPUNG CHEMARA, JENIANG S*K
BBP S*K menerima panggilan kecemasan Khidmat Khas Jari tersepit kanak-kanak lelaki pada gegancu basikal di Kampung Chemara, Jeniang S*k.
Diketuai PBK II Soffuan Sabry bersama 6 anggota, tindakan operasi menggunakan peralatan khas dan tiada kecederaan serius berlaku serta terus memberikan rawatan awal kecemasan di jari telunjuk kanak-kanak berusia 9 tahun itu dan serah kembali pada keluarganya.
Khidmat khas nasihat kebombaan, ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak dan berhati-hati mengendalikan basikal mempunyai 'gear'. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami Sedia Membantu ANDA.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
' Bayi Lelaki Terkunci Didalam Kereta'
17.06.2024 I ISNIN (1700)
KAMPUNG TANAH HITAM, S*K
BBP S*K menerima panggilan kecemasan Khidmat Khas Pintu Kereta Terkunci beralamat Kampung Tanah Hitam, S*k dan terdapat mangsa kanak-kanak lelaki didalamnya. Operasi diketuai PB Nurdalila bt. Ghazali bersama 6 anggota hingga selesai sepenuhnya dan turut dibantu orang awam terlebih dahulu berada di lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa berusia 1 tahun 4 bulan itu dengan selamat.
Khidmat khas nasihat kebombaan, ibu bapa dinasihatkan peka kepada persekitaran kenderaan sekiranya mempunyai anak kecil. Elakkan 3L (Lupa, Leka, Lalai) kerana mengundang risiko diluar jangkaan. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami Sedia Membantu ANDA.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
"10 Zulhijjah 1445H"
17.06.2024 I ISNIN
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT S*K
Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat sedunia. Hayati pengorbanan sebenar dan bersama tingkatkan ketakwaan. Bukan nikmat yang terkurang hanya terkadang kesyukuran mudah terlupakan. Syukuri nikmat yang masih tersisa.
๐๐ธ๐๐บ๐๐
๐ต๐ด๐๐ด๐ ๐๐ธ๐๐๐๐๐พ ๐๐ผ๐น๐ด๐ ๐ผ๐๐๐ด๐. Tulus Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Balai Bomba Dan Penyelamat S*k , Kedah Darul Aman.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐:
Liga Tertutup Futsal Komuniti
15.06.2024 I SABTU
ARENA BERIS JAYA FUTSAL COURT
Balai Bomba Dan Penyelamat S*k sentiasa menyantuni pelbagai peringkat komuniti dengan keterlibatan dan penyertaan program-program setempat dan cuba memenuhi setiap jemputan sebagai tanda kerjasama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Dirasmikan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Kejohanan yang melibatkan 7 Pas**an bertanding itu berlawan dalam corak permainan yang santai dan masing - masing beradu kekuatan tanpa sebarang kecederaan mahupun insiden tidak diingini. Bagi kami BBP S*K penyertaan ke kejohanan ini jauh sekali untuk tunjuk hebat atau mengharapkan kemenangan, cuma berkongsi 'enjoy' semasa perlawanan berlangsung.
Terima Kasih diucapkan kepada Pengerusi MKK Sungai Pau, Encik Azman b.Hashim selaku penganjur program dengan kerjasama SPBJ FC diatas jemputan dan sebuah silaturahim harmoni ini. Berharap ianya tidak terhenti di sini.
๐๐ข๐ ๐๐ ๐ง๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
๐ฆ๐๐ - ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐ข๐ช๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jalan HOSPITAL
S*k
08200
S*k, 08200
Unit Promosi Pergigian Daerah S*k bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mulut dan pergigian kepada masyarakat setempat.
S*k
#SayaYangMenjalankanAmanah #Keusahawanan&PendidikanGlobal #WawasanKemakmuranBersama2030
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah S*k
S*k, 08200
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah S*k
LOT 3961, KAMPUNG BATU LIMA
S*k, 08340
Selamat Datang Ke Page Pesuruhjaya Sumpah Daerah S*K...
Klinik Kesihatan Jeniang
S*k, 08200
Ini adalah laman rasmi Klinik Kesihatan Jeniang, PKD S*k, Kedah.
Bangunan Inai
S*k, 08200
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan S*k / Baling
S*k, 08200
Jom sahabat semua! Bersama kami mengenalpasti dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan s