Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan

Visi dan Misi: Berperanan sebagai ejen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada semua.

26/08/2024

INFO BERITA RTM
Tarikh : 26 Ogos 2024

BANNER MALAYSIA (Bendera Jenis Gegantung)

"Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka"

'Yang sahih di Berita RTM'

26/08/2024

INFO DBP
Tarikh : 26 Ogos 2024

Pantun

Photos from Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan's post 26/08/2024

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 📣

Pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada penerima sedia ada.

Penerima baharu dan rayuan p**a akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).

Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di:

🔗Portal Rasmi STR bantuantunai.hasil.gov.my








Sumber : Kementerian Kewangan

26/08/2024

JANGAN LUPA HARI INI

Program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim 2024 pada 26 hingga 31 Ogos 2024 bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam bertempat di Aras 2 MYDIN Mall, Tunjong.

Jangan lupa janji temu anda.

26/08/2024

Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Malaysia MADANI.
Layari https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ atau imbas QR Code yang disertakan.

Sumber : Kementerian Kewangan

26/08/2024

Jom dengarkan perkongsian yang menarik ini..

25/08/2024

INFO PPAK
Tarikh : 25 Ogos 2024

JANGAN LUPA ESOK

Program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim 2024 pada 26 hingga 31 Ogos 2024 bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam bertempat di Aras 2 MYDIN Mall, Tunjong.

Jangan lupa janji temu anda.

25/08/2024

INFO KKM
Tarikh : 25 Ogos 2024
Pemilihan makanan yang selamat dan bersih penting untuk menjamin kesihatan. Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang rosak.

⚠️ Perhatikan ciri-ciri makanan yang rosak sebagai langkah pencegahan kepada keracunan makanan.

25/08/2024

INFO KPDN
Tarikh : 25 Ogos 2024

🤳SEMAK INISIATIF DAN BANTUAN KOS SARA HIDUP DI PORTAL IHSAN MADANI

Hanya melalui satu platform, orang ramai boleh mendapatkan maklumat inisiatif dan bantuan Kerajaan dalam mengimbangi kos sara hidup rakyat.

Mereka yang layak boleh menyemak bantuan yang telah dikhususkan untuk mereka.

Jom muat turun aplikasi IhsanMadani atau layari pautan www.ihsanmadani.gov.my untuk maklumat lanjut.

“Ihsan MADANI, Kesejahteraan Untuk Semua”

25/08/2024

INFO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Tarikh : 25 Ogos 2024

Jangan biarkan teknologi jadi senjata untuk merendahkan orang lain.

Gunakan ia untuk membina, bukan meruntuhkan dan jadikan keselamatan digital tanggungjawab kita bersama.

25/08/2024

INFO PHM
Tarikh : 24 Ogos 2024

Pantun

25/08/2024

NYANYIAN LAGU : TANGGAL 31 OGOS.

Tanda kecintaan kepada NEGARA Kita menyanyikan sebuah lagi buat tatapan semua..

Terima kasih semua ..

25/08/2024

INFO DBP
Tarikh : 25 Ogos 2024
Pantun

25/08/2024

INFO PNM
Tarikh : 25 Ogos 2024

“Kehidupan sangat bernilai untuk disia-siakan”
Menikmati hembusan nafas pada setiap saat adalah yang sesuatu yang paling indah untuk disyukuri!

Photos from Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan's post 25/08/2024

Kreatifnya korang ..

I ♥️ PDTB

Time ramai2 sibuk nak terima hadiah awak2 sibuk susun-susun batu Ni buat hasil yang cantik.
Batu tu hasil game "Batu Hikmat" yang dijalankan hari program.

Korang memang kreatif...
Terima kasih tanda hadir korang...
Kami pihak perpustakaan ucapkan jutaan terima kasih..

Photos from Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan's post 24/08/2024

Program : Program anjuran bersama KRT Kampung Telaga Bata dengan Perpustakaan Desa Telaga Bata sempena perlawanan bola 7 sebelah dan sukaneka.
Tarikh : 23.08.2024
Hari: Jumaat
Masa : 8.30pg

Alhamdulillah syukur, selesai dengan meriah program yang di adakan.
Pelbagai Acara yelah dijalankan. Antara sukaneka yang di jalankan pihak KRT ialah
1. musang berjanggut
2. kukur kelapa
3. baling bola pingpong kedalam sarang telur
4. perlawanan bola sepak
5. Mewarna ( tadika) dan lain2 lagi.

Pihak perpustakaan juga jalankan aktiviti seperti:
1. Mewarna ( kanak-kanak 7 - 9 tahun) - tema kemerdekaan
2. Teka Nama Perdana Menteri
3. Dragon Ball
4. Teka Lagu Kemerdekaan
5. Batu Hikmat Berkump**an

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini. Insha-Allah Kita jumpa program akan datang..

24/08/2024

📒📒 ULASAN BUKU 📒📒

Tajuk : Menatapmu dalam dukaku
Penulis : Hadi Fayyadh
Kategori: Umum / agama
ISBN : 978-842-053-231-8
Halaman: 121 m/s
Tahun : 2018
Penerbit: Iqes Tijarah Trading

SINOPSIS.
Aku berbisik pada rapuhnya jiwaku, saat terpercik dengan api nafsu yang melulu.
Tenggelam sebuah harapan yang dinyalakan dengan cinta sang hamba pada penciptanya.
Aku bersimpuh, merendahkan pada sentuhan sengsara yang terbenam sekian lama. Pada siapa aku mampu adu segala rasa?
RaudhahMU menjadi saksi. MultazamMU menjadi pentas linangan air mata,terhambur semua cerita aib dan dosa seolah-olah tiada pahala yang ku bawa hanya samudera dosa yang bergelora. .
Aku dijemput menziarahiMU, kakiku melangkah mengelilingi rumahMU, bibirku terkelu, doa-doa yang dilafazkan meleburkan kolam air mata yang beku sekian lama.
Aku menatapMU dalam dukaku. Sedang kau tahu, tangan yang melambaiMU tertulis semua kedurjanaanku. Saat kau mengutuskanku dengan sapaan pilu, kau memelukku dalam mehnah dan ujianMu.
Dukaku adalah anugerah terindah dariMU. Sebuah tugu cinta pencipta untukku. Namun, mampukah aku seteguh itu? Tuhan, izinkanlah aku menatapMU walau dalam rasa dukaku.

Yang nak menyelami buku ini, boleh pinjam di perpustakaan.

24/08/2024

INFO PPAK
Tarikh : 24 Ogos 2024

Jom ke Program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim 2024 bermula 26 hingga 31 Ogos 2024

Senarai gerai jualan dan pelan lantai di Aras 2 Mydin Mall Tunjong Kota Bharu

24/08/2024

INFO PHM
Tarikh : 24 Ogos 2024

Tahukah anda bahawa nasi lemak, sarapan kegemaran rakyat Malaysia, pernah diiktiraf sebagai salah satu sarapan paling berkhasiat di dunia?

Nasi lemak adalah sumber protein dan karbohidrat yang seimbang, menjadikannya pilihan sarapan yang memberikan tenaga berpanjangan.

Telur rebus yang lazimnya dihidangkan bersama nasi lemak mengandungi Omega-3 yang tinggi, penting untuk kesihatan otak dan jantung.

Jangan lupa juga tentang timun segar yang kaya dengan folat, vitamin C dan K, memberikan tambahan nutrien yang penting untuk kesihatan kulit dan sistem imun.

Lebih menarik lagi, cili dalam sambal bukan sahaja menambah rasa pedas yang menggiurkan tetapi juga mampu meningkatkan metabolisme anda!

Ini bermakna, dengan setiap suapan nasi lemak, anda bukan sahaja menikmati kelezatan makanan, tetapi juga membantu tubuh anda membakar kalori dengan lebih efisien.

Kerangupan ikan bilis goreng p**a adalah sumber protein dan kalsium yang penting, membantu dalam pembinaan tulang dan otot.

Kacang tanah yang sering ditabur di atas nasi lemak juga kaya dengan vitamin larut lemak, seperti vitamin E, yang penting untuk kesihatan kulit dan mencegah penyakit kronik.

Meskipun nasi lemak terkenal dengan khasiatnya, penting untuk menikmatinya dengan SEDERHANA.

24/08/2024

INFO JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2024

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT

1️⃣ Segera Bertaubat
2️⃣ Segera Menunaikan Solat
3️⃣ Segera Memberi Sedekah
4️⃣ Segera dalam Melakukan Kebaikan
5️⃣ Segera Membayar Hutang
6️⃣ Segera Memaafkan Orang Lain
7️⃣ Segera Menunaikan Janji

Marilah sama-sama kita menyegerakan tujuh perkara ini dan janganlah ditangguhkan.

24/08/2024

INFO DBP
Tarikh : 24 Ogos 2024

Pantun

24/08/2024

INFO PNM
Tarikh : 24 Ogos 2024

Tidak sabar rasanya untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dengan tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Konsep utama dan nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia dalam mencapai kemajuan dan kesejahteraan adalah elemen pergorbanan, kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif, semangat patriotisme, cinta negara serta pembentukan kesatuan masyarakat yang mengamalkan semangat perpaduan nan kukuh, harmoni dan progresif.

23/08/2024
Photos from Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan's post 21/08/2024

SEHARI BERSAMA KESIHATAN MATA.
21.08.2024, Rabu.

Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang hadir membuat pemeriksaan Mata pada Hari ini.

Semoga kita bersama menjaga kesihatan mata. Ada Rabun jauh, Rabun dekat, silau pun ada.

Semoga kerjasama ini akan ada lagi selepas ini, bagi membolehkan komuniti mendapatkan kemudahan membuat pemeriksaan Mata dan membuat cermin mata.

Terima kasih pihak pusat kacamata HR Vision hadir dengan membawa baucar pembelian RM100 - RM150.

21/08/2024

Penggunaan DELIMa memudahkan pembelajaran digital untuk semua warga pendidikan, baik guru mahupun murid.

Menggunakan DELIMa, anda boleh mengakses pelbagai sumber serta bahan pembelajaran yang menarik dan interaktif.

Jom ketahui cara untuk log masuk ke pelantar DELIMa.

Hanya dengan lapan langkah-langkah yang mudah, ayuh terokai dunia pembelajaran yang baharu dan dinamik.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

21/08/2024

Anda gemar mengunyah ais❓

Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan gigi kita! ❄️🦷

Jaga senyuman anda dan elakkan daripada mengunyah ais.






SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

21/08/2024

Ayuh sertai Peraduan Pantun Jiwa Merdeka anjuran PLUS Malaysia Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang berlangsung sehingga 16 September 2024.🇲🇾🥳

Ikuti langkah berikut dan anda berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM7,500! 🤩

1. Cipta dua (2) rangkap pantun empat kerat berserta video yang berdurasi tidak melebihi 30 saat dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berkaitan :

i) SEMANGAT PATRIOTIK DAN CINTA NEGARA (Pantun Pertama) dan
ii) AMALAN PEMANDUAN SELAMAT (Pantun Kedua)

2. Ikuti (‘follow’) akaun Instagram dan

3. Muat naik video tersebut di akaun Instagram anda dan pastikan akaun anda dalam tetapan umum. ('Public');

4. Tag dan berserta tanda pagar (’hashtag’) seperti yang berikut:







5. Tag (3) rakan anda di dalam penyertaan ('post') untuk ikuti ('follow') akaun instagram PLUS dan DBP.

Untuk terma dan syarat peraduan, sila layari. https://shorturl.at/ybLps .

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

21/08/2024

MAKLUMAN BUAT SEMUA...

Assalamualaikum wbt..

Saya Liyana, wakil dari pusat kacamata *HR Vision* ingin memaklumkan bahawa kami akan datang untuk membuat pemeriksaan mata percuma serta menyediakan baucer diskaun cermin mata bernilai *RM100~RM500* kepada penduduk Kg Telaga Bata dan penduduk kawasan sekitar berhampiran.

Sesiapa yang mempunyai masalah rabun boleh datang pada tarikh dan tempat yang dinyatakan dibawah😊.

*Tempat:* Perpustakaan Desa Telaga Bata
*Tarikh:* 21 Ogos 2024 (Rabu)
*Masa:* 10pagi - 3petang

Mohon kerjasama untuk forward mesej ini kepada group whatsapp penduduk sekitar supaya lebih ramai akan dapat manfaat ini insyaAllah.

Sila tekan link dibawah untuk pendaftaran. Terima kasih😘
http://Www.wasap.my/60132449600/CekMataPDTelagaBata

20/08/2024

KUIZ MATEMATIK
20.08.2024, SELASA

Saya sejenis segi tiga dengan semua sudut saya kurang daripada 90 darjah. Apakah saya?

Jom cuba teka.

20/08/2024

INFO JABATAN PENERANGAN
Tarikh: 20 Ogos 2024

DBOOK PENERANGAN | RISALAH SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM SSPA

https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-sistem-saraan-perkhidmatan-awam-sspa

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

NYANYIAN LAGU : TANGGAL 31 OGOS.Tanda kecintaan kepada NEGARA Kita menyanyikan sebuah lagi buat tatapan semua..Terima ka...
Selamat pagi semua book lovers...Semoga bermanfaat Hari ini dengan pembacaan walaupun hanya 5 Minit..Membaca menjadikan ...
Selamat pagi buku lovers…
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.Jom berdoa dulu pagi ini..Amin.Sumner: TikTok Perpustakaan Desa Kampung Telaga Ba...
Selamat pagi pembuka bicara….

Address


Tumpat

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:15
Tuesday 09:00 - 17:15
Wednesday 09:00 - 17:15
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:15

Other Government Organizations in Tumpat (show all)
Perikatan Nasional Tumpat Perikatan Nasional Tumpat
Pejabat PAS Tumpat
Tumpat, 16200

Politik

SK Tumpat 1 Kelantan SK Tumpat 1 Kelantan
Kampung Dalam Rhu
Tumpat, 16200

Sekolah Kebangsaan Tumpat (1) atau nama ringkasnya SK Tumpat (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaa

KEMAS Tumpat KEMAS Tumpat
Pejabat KEMAS Daerah Tumpat, Kampung Sedar
Tumpat, 16250

Memperkasa Masyarakat Luar Bandar Ke Arah Pembangunan Holistik

BSPT IPD Tumpat Kelantan BSPT IPD Tumpat Kelantan
Tumpat, 16200

BSPT Tumpat

Perpustakaan Desa Kampung Ketil Perpustakaan Desa Kampung Ketil
Kampung Ketil
Tumpat, 16200

Jom Membaca di Perpustakaan Desa Kampung Ketil Membaca Jambatan Ilmu

Pejabat Penggawa Daerah Tumpat Pejabat Penggawa Daerah Tumpat
Jalan Boustead
Tumpat, 16200

Pejabat Penggawa Daerah Tumpat Jalan Boustead 16200 Tumpat, Kelantan

Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Daerah Tumpat - Kesuke MDT Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Daerah Tumpat - Kesuke MDT
Jalan Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Pertubuhan Ini Dikenali Dengan Nama Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Daerah Tumpat

Pejabat KADA Tumpat Pejabat KADA Tumpat
Kg. Paloh
Tumpat, 16040

PEJABAT KADA JAJAHAN TUMPAT

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat, Jalan Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Akaun rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat

jabatan perkhidmatan veterinar tumpat jabatan perkhidmatan veterinar tumpat
Jalan Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Perpustakaan Awam Kelantan Perpustakaan Awam Kelantan
Kampung Ketil
Tumpat, 16080

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat
Tumpat, 16200

Merupakan page rasmi bagi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat, Kelantan.