Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat

Merupakan page rasmi bagi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat, Kelantan.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat
16200 Tumpat, Kelantan
Tel: 09-7257044
Fax: 09-7254907

Klinik Pergigian Tumpat (KKB)
16200 Tumpat Kelantan
Tel: 09-7255141

Klinik Pergigian Sungai Pinang
Palekbang
16040 Tumpat, Kelantan
Tel: 09-7252913

Klinik Pergigian Bunohan
16200 Tumpat, Kelantan
Tel: 09-7214436

Klinik Pergigian Pengkalan Kubor
16280 Tumpat, Kelantan
Tel: 09-7213152

Klinik

30/10/2024

🌟 Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua followers Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang menyambutnya!

Semoga perayaan ini membawa cahaya, kebahagiaan, dan kesihatan yang baik kepada anda semua. Nikmati saat-saat berharga bersama keluarga dan rakan-rakan.

Happy Deepavali! 🪔✨

28/10/2024
27/10/2024

**Tips Mengatasi Mulut Kering (Xerostomia) 🥤**

Mulut kering boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan kesihatan mulut jika tidak diurus dengan baik. Berikut beberapa tips untuk mengatasi masalah ini:

💧 **Minum air dengan kerap**
- Kekalkan hidrasi sepanjang hari untuk elakkan kekeringan.

🍬 **Hisap gula-gula bebas gula atau kunyah gula-gula getah**
- Ini membantu merangsang pengeluaran air liur.

🦷 **Gunakan ubat kumur khas untuk mulut kering**
- Pilih yang tidak mengandungi alkohol supaya tidak lebih mengeringkan mulut.

🌿 **Elakkan kafein dan alkohol**
- Kedua-duanya boleh mengurangkan pengeluaran air liur.

💊 **Rujuk doktor jika perlu**
- Sesetengah ubat atau keadaan kesihatan mungkin menyebabkan xerostomia, jadi penting dapatkan nasihat profesional.

Mulut sihat, hidup ceria! 😊

24/10/2024

**Tips Penjagaan Gigi Palsu yang Betul 🦷✨**

Jaga gigi palsu anda dengan baik supaya tahan lama dan selesa dipakai setiap hari. Berikut beberapa tips mudah:

✅ **Cuci setiap hari**
- Gunakan berus lembut dan pembersih khas.
- Elakkan ubat gigi biasa yang boleh menghakis permukaan.

✅ **Rendam bila tidak digunakan**
- Gunakan air suam atau larutan pembersih untuk elak ia kering dan berubah bentuk.

✅ **Bersihkan mulut sebelum memakai semula**
- Pastikan gusi, lidah, dan bahagian dalam mulut bebas dari plak dan kotoran.

✅ **Pemeriksaan berkala dengan doktor gigi**
- Pastikan gigi palsu sentiasa dalam keadaan baik dan tidak menyebabkan ketidakselesaan.

Jaga kebersihan, jaga senyuman! 😊

21/10/2024

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐢𝐠𝐢: 𝐀𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞?

Kajian menunjukkan bahawa kesihatan mulut mungkin berkait rapat dengan risiko penyakit jantung. Berikut ialah beberapa fakta penting:

🦷 Bakteria dari jangkitan gusi, seperti periodontitis, boleh memasuki aliran darah dan menyebabkan keradangan dalam saluran darah.
🦷 Keradangan ini meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
🦷 Menjaga kebersihan gigi bukan sahaja penting untuk kesihatan mulut tetapi juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oleh itu, kepada warga Tumpat khususnya digalakkan menjalankan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan kesihatan mulut yang baik dan mencegah komplikasi kesihatan.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 20/10/2024

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗣𝗼𝗻𝗱𝗼𝗸 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗼𝗸 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗵𝗼𝗿, 𝗞𝗴 𝗞𝗼𝗸 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿

𝟭𝟳.𝟭𝟬.𝟮𝟬𝟮𝟰
𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀

Sempena Bulan Warga Emas 2024,Klinik Pergigian Sungai Pinang dengan kerjasama pasukan promosi daerah Tumpat telah mengadakan Program Pergigian Warga Emas bertempat di Pondok Darul Hanan Tok Selehor, Kg Kok Pasir.

Seramai 17 orang warga emas bersama pengurus pondok tersebut telah menyertai program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan hari ini ialah:
🌸Senaman ringan
🌸Ceramah pergigian
🌸Pameran pergigian
🌸Pemeriksaan dan rawatan pergigian termasuk cabutan,tampalan dan scaling

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan KPSP dan pasukan promosi Daerah Tumpat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini serta kepada PPD Dr Azni bt Che Hassan atas kesudian merasmikan program warga emas di Pondok Darul Hanan

#2060

20/10/2024

Ke Klinik Gigi Bersama Kawan
Kerana Gigi perlu diperiksa
Lagi Tua, Lagi Menawan
Gigi Sihat, Hidup Sejahtera

Umur meningkat bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan pergigian ya.

😀

Ke Klinik Gigi Bersama Kawan
Kerana Gigi perlu diperiksa
Lagi Tua, Lagi Menawan
Gigi Sihat, Hidup Sejahtera

Umur meningkat bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan pergigian ya.

Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 15/10/2024

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗪𝗘𝗟𝗟𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗠𝗢𝗡𝗧𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟰

📍SK Berangan (1) Tumpat
🗓️ 14 Oktober 2024
🗓️ Isnin

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (Wellness Month) merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.

Wellness Month diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara rakan strategik, di mana semua pihak, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (peringkat kebangsaan, negeri & daerah) bersama rakan strategik ANMS dari pelbagai agensi kerajaan lain, swasta, NGO dan komuniti akan berganding bahu dalam merancang dan melaksana program/ aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pada hari ini, 14 Oktober 2024 telah berlangsungnya Program Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Kembara Wellness Month 2024. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat telah dijemput untuk mengadakan pameran kesihatan pergigian.

Antara aktiviti yang diadakan adalah:
🦷 Pameran Kesihatan Pergigian
🦷 Nasihat Kesihatan Pergigian oleh Dr Fatima dan Dr Aina.

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi dan pihak yang terlibat, warga SK Berangan (1) dan pihak Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program ini.

Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat menarik lagi minat orang awam dalam kesihatan pergigian.

14/10/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 2024

📍 Pulau Sri Tanjong, Tumpat
🗓️ 12 Oktober 2024
🗓️ Sabtu

Pada hari Sabtu, 12 Oktober 2024 yang lalu telah berlangsungnya Program Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 anjuran Unit Psikologi Kaunseling, Bahagian Pengurusan Jabatan
Kesihatan Negeri Kelantan. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat telah dijemput untuk mengadakan pameran kesihatan pergigian.

Turut hadir bersama, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Bin Hussin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan Dr Asmani Binti Abd Razak bagi memeriahkan lagi booth pameran Pergigian Tumpat.

Antara aktiviti yang diadakan adalah:
🦷 Pameran Kesihatan Pergigian
🦷 Nasihat Kesihatan Pergigian oleh iGG, En Zulkifly bin Daud

Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat menarik lagi minat orang awam dalam kesihatan pergigian.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 13/10/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐎𝐁𝐄𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐄𝐌𝐀𝐉𝐀
𝐒𝐊 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠
𝟏𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬

Golongan remaja yang sihat adalah sangat penting bagi membantu perkembangan kesihatan fizikal dan mental seseorang pelajar.

Baru-baru ini “Program Jom Sihat Cegah Obesiti Remaja” telah dianjurkan di SK Kubang Batang di bawah keliaan KK Delima. Program ini telah berlangsung beberapa bulan yang mana sekumpulan pelajar yang mengalami berat badan berlebihan telah dipilih dan dipantau perkembangan pengurangan berat badan dalam program ini.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat sukacitanya sangat berbesar hati kerana telah dijemput untuk turut sama memeriahkan program kali ini bagi menjalankan pameran kesihatan pergigian dan juga kuiz pergigian interaktif oleh pegawai-pegawai pergigian daripada PKPD Tumpat.

Program ini juga dimeriahkan dengan penglibatan daripada beberapa agensi lain dari Daerah Tumpat iaitu:
✨ Unit Farmasi
✨ Unit Pemakanan
✨ Unit Fisioterapi
✨ Unit Remaja
✨ Unit Kesihatan Sekolah

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan agensi yang terlibat, warga SK Kubang Batang dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Diharapkan dengan berlangsungnya program sebegini dapat menambahkan lagi pengetahuan sedia ada para pelajar dan guru mengenai kesihatan pergigian, seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian demi kesihatan mulut yang lebih sejahtera.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 03/10/2024

𝒫𝑅𝒪𝒢𝑅𝒜𝑀 𝒯𝒲1𝒮𝒯 𝒪𝑅𝒜𝐿 𝐻𝐸𝒜𝐿𝒯𝐻 𝒟𝒜𝒴

📍 KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN PASIR MAS
🗓️23 SEPTEMBER 2024
🗓️ ISNIN

Pada hari Isnin, 23 September 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Program TW1ST Peringkat Daerah Tumpat yang diadakan di Kolej Komuniti Cawangan Pasir Mas di Pasir Pekan.
Program ini melibatkan 54 orang pelajar dan 10 orang tenaga pengajar di kolej tersebut.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan, antaranya:

🦷 Ceramah yang bertajuk Fakta atau Auta Kesihatan Pergigian oleh Dr Ahmad Faiz bin Fakhrudin
🦷 Kuiz Kesihatan Pergigian
🦷 Pameran Kesihatan Pergigian
🦷 Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian
🦷 Pelantikan iGG-R
- Muhammad Faris Bin Basri (Kategori Lelaki)
- ⁠Sofea Balqis Binti Suhaimi (Kategori Wanita)
🦷 Sesi bersama iGG-R

Perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pergigian Daerah Tumpat, Dr Yufishane Dewi Puspitasari Binti Mohd Yusoff (Pegawai Pergigian YM Klinik Pergigian Pasir Pekan).

Terima kasih juga diucapkan kepada Ikon gigi daerah Tumpat, En Zukifily Bin Daud kerana sudi hadir dan memeriahkan program pada kali ni dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan jawatan kuasa program atas usaha dan kerjasama yang diberikan.

Diharapkan agar kursus ini dapat memberi input yang berguna buat semua ke arah menggembleng tenaga untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan pergigian.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 02/10/2024

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐠𝐢𝐡 & 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠
𝟐𝟖.𝟖.𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬

Dalam memastikan kebersihan mulut para pelajar tadika sentiasa berterusan berada dalam keadaan yang baik dan cemerlang, program Tadika Angkat dan juga Tadika Sengih telah diadakan di peringkat klinik-klinik pergigian di daerah Tumpat.

Bagi tujuan yang sama, pada tahun ini Klinik Pergigian Tumpat telah memilih Tadika Kemas Permai Kampung Kelong sebagai Tadika Angkat dan juga Tadika Sengih untuk dipantau secara khusus dari segi kebersihan mulut para pelajar.

Program pada hari ini telah memperkenalkan Cermin untuk memeriksa kebersihan mulut untuk digunakan para pelajar setiap kali datang ke tadika . Ini bukan sahaja memupuk budaya mulut sihat, malah boleh membantu guru tadika untuk lebih praktikal dalam mengajar pelajar memberus gigi dengan baik.

Syabas diucapkan kepada para juruterapi pergigian KP Tumpat di atas usahasama yang baik dengan pihak Tadika Kemas Permai Kampung Kelong. Semoga usaha ini menghasilkan impak yang besar kepada kesihatan mulut para pelajar.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 02/10/2024

𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮 𝗦𝗲𝗻𝗴𝗶𝗵 𝗧𝗮𝗯𝗶𝗸𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗦𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶
𝟱.𝟵.𝟮𝟬𝟮𝟰
𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀

Kebersihan mulut yang baik dalam kalangan pelajar prasekolah adalah menjadi satu sasaran dalam perkhidmatan pergigian. Untuk itu, Program Tadika Sengih / Tadika Angkat diteruskan lagi pada tahun ini di Tabika Kemas Sri Pelangi.

Antara intipati yang dilaksanakan pada program ini adalah pengenalan kepada Cermin untuk digunakan pelajar untuk melihat kebersihan mulut setiap kali datang ke tadika.
Selain itu juga, ceramah kesihatan, pameran dan persembahan Caries Buster turut diadakan bagi memeriahkan program .

Terima kasih diucapkan kepada Dr Azni Binti Che Hassan selaku Pegawai Pergigian Daerah Tumpat dan juga wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat di atas kesudian merasmian program Tadika Sengih / Tadika Angkat di bawah jagaan KP Pengkalan Kubor pada kali ini. Semoga ianya memberi manfaat yang berterusan sehingga masa akan datang.

16/09/2024

𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽 𝓜𝓮𝓷𝔂𝓪𝓶𝓫𝓾𝓽 𝓗𝓪𝓻𝓲 𝓜𝓪𝓵𝓪𝔂𝓼𝓲𝓪 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓚𝓮-61

Hari Malaysia bukan sahaja memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963, apabila Sabah, Sarawak, dan Singapura (sebelum pemisahan) bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum.

Hari Malaysia juga mengingatkan kita betapa pentingnya mengekalkan kestabilan, keharmonian, dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Malaysia Yang Ke-61, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka!

15/09/2024

𝓢𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓜𝓪𝓾𝓵𝓲𝓭𝓾𝓻 𝓡𝓪𝓼𝓾𝓵 1446𝓗/2024𝓜 𝓴𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓼𝓮𝓵𝓾𝓻𝓾𝓱 𝓾𝓶𝓪𝓽 𝓘𝓼𝓵𝓪𝓶

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – Surah al-Ahzab, ayat 56

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda.

15/09/2024

Jauhi doktor gigi palsu!

05/09/2024

Jangan lalai dalam memastikan kesihatan gigi sentiasa terjaga. Hadirlah ke klinik pergigian & lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun!

Inspired by: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 05/09/2024

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐎𝐍 𝐆𝐈𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐊𝐁 𝐓𝐮𝐦𝐩𝐚𝐭

Ikon Gigi (iGG) merupakan satu program berkonsepkan kesukarelawan. Melalui program ini, iGG yang dipilih daripada wakil komuniti akan bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan pergigian.

Pada tanggal 3 September 2024, Bengkel Pemantapan dan Pentauliahan Ikon Gigi Peringkat Daerah Tumpat 2024 telah diadakan dan dihadiri oleh 7 ikon gigi. Bertemakan pakaian traditional dan kebangsaan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuklah:

🦷 Pembentangan 8 Skop/Modul ikon gigi
🦷 Tayangan video aktivi-aktiviti ikon gigi sepanjang tahun 2024
🦷 Permainan interaktif melalui kuiz pergigian
🦷 Perkongsian pengalaman oleh ikon gigi Cikgu Wan Ros .
🦷 Penyampaian cenderahati dan sijil penyertaan kepada semua ikon gigi
🦷 Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz
🦷Pemeriksaan dan rawatan khusus untuk ikon gigi

Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah Tumpat, Dr Azni binti Che Hassan. Menariknya pada bengkel kali ini, Jaket Ikon Gigi Tumpat turut diperkenalkan buat julung kalinya.

Terima kasih diucapkan kepada semua ikon gigi dan fasilitator yang telah sudi menerima jemputan kursus ini. Diharapkan agar kursus ini memberi sedikit input yang berguna buat semua ke arah menggembleng tenaga untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan pergigian.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 05/09/2024

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 “𝐉𝐨𝐦 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭!” 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧
𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐚𝐥𝐨𝐡
𝟏𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮

Telah berlangsungnya Program “Jom Hidup Sihat!” Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat telah dijemput untuk turut sama memeriahkan majlis, antara aktiviti yang telah diadakan:

🔅Pameran pergigian
🔅Ceramah pergigian yang disampaikan oleh Dr Siti Sufiah
🔅Pemeriksaan gigi untuk warga sekitar yang hadir

Program kali ini turut dimeriahkan dengan penglibatan daripada beberapa agensi seperti unit HIV, Fisioterapi, Pemakanan, Farmasi, TB, Remaja dan KBM.

Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat atas jemputan dan semua staf yang terlibat serta warga Mukim Paloh atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat menambah pengetahuan masyarakat mengenai kesihatan pergigian.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 04/09/2024

𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 “𝙅𝙤𝙢 𝙃𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩!” 𝙋𝙧𝙤𝙢𝙤𝙨𝙞 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙗 𝘿𝙤𝙠𝙩𝙤𝙧 𝙈𝙪𝙙𝙖 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙚𝙣𝙜𝙖𝙝
𝙎𝙈𝙆 𝙒𝙖𝙠𝙖𝙛 𝘽𝙝𝙖𝙧𝙪
8 𝙊𝙜𝙤𝙨 2024
𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨

Telah berlangsungnya Program “Jom Hidup Sihat!” Promosi Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat pada hari ini di SMK Wakaf Bharu.

Program kali ini turut dimeriahkan dengan penglibatan daripada beberapa agensi iaitu:
🧩Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bandar Tumpat
🧩Unit Remaja Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor
🧩Pegawai Teknologi Makanan PKD Tumpat
🧩Pegawai Zat Pemakanan PKD Tumpat
🧩Jurupulih Fisioterapi PKD Tumpat
🧩Pegawai Psikologi Kaunseling PKD Tumpat
🧩Unit Pendidikan Kesihatan PKD Tumpat
🧩Pegawai Perubatan PKD Tumpat

Dari pihak pergigian, antara aktiviti yang diadakan:

🔅Pameran pergigian oleh Dr Riezaif Khairy
🔅Ceramah pergigian bertajuk Senyuman Menawan yang disampaikan oleh Dr Syuhaidah
🔅Kuiz interaktif
🔅Pemeriksaan dan rawatan gigi untuk pelajar dan guru

Program kali ini turut dihadiri Ikon Gigi Daerah Tumpat iaitu Cikgu Wan Ros dan Encik Zulkifly.

Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat, warga SMK Wakaf Bharu dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat menambah pengetahuan pelajar mengenai kesihatan di samping mengeratkan kerjasama antara pihak Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat🤝🏽

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 02/09/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡
𝟭𝟵 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟰
𝗚𝗜𝗔𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗧𝘂𝗺𝗽𝗮𝘁

Baru- baru ini , PKPD Tumpat telah berbesar hati memenuhi undangan bagi Khidmat Bakti di Program Hari Bertemu Pelanggan Siri 3 MARA Negeri Kelantan bertempat di GIATMARA Tumpat.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula 19 Ogos sehingga 20 Ogos, melibatkan pelbagai agensi awam dan swasta seperti HRPZ , PKD Tumpat, BSN, KWSP, Tabung Haji, Kaunter MARA, FAMA dan lain-lain.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah MARA Negeri Kelantan, En Fazli Rizal bin Ismail dan Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan, Encik Md Najib bin Mo’min yang menyampaikan sijil penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Tumpat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah
✨ Pemeriksaan Pergigian
✨ Kounter Konsultasi Pergigian "Anda Tanya, Doktor Jawab"
✨ Pameran Pergigian
✨ Kuiz Kesihatan Pergigian

Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang telah terlibat. Semoga kesihatan pergigian masyarakat lebih terjaga.

Photos from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat's post 02/09/2024

𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐤𝐭𝐢 : 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐀𝐝𝐯𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐦𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐦𝐩𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝟐𝟐.𝟖.𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭

Pergigian Tumpat sangat berbesar hati memenuhi undangan Khidmat Bakti di Karnival Advokasi Mammogram & Kesihatan Wanita anjuran PKD Tumpat dan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (JKPKW). Program telah dirasmikan oleh YB Rohani Binti Ibrahim selaku Pengerusi JKPKW Negeri Kelantan.

Antara intipati program termasuklah forum Kesedaran Kanser payudara, Pameran Farmasi, Minda Sihat, Keluarga Mawaddah, Generasiku Sayang, Saringan Kesihatan dan PEKA B40, Ujian Mammogram & Pap SMEAR dan lain-lain.

Pergigian Tumpat turut sama dalam program kali ini dan telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan gigi, Konsultasi & Pameran Pergigian pada hari ini.

Syabas dan tahniah diucapkan atas komitmen semua yang telah terlibat. Semoga kesihatan wanita lebih terjaga dan sentiasa berada dalam tahap yang terbaik bagi generasi yang sihat dan hebat.



Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat - Page Rasmi

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐢𝐠𝐢: 𝐀𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞?Kajian menunjukkan bahawa kesihatan mulut mungkin berkait rapat dengan risik...
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 2024📍 Pulau Sri Tanjong, Tumpat🗓️ 12 Oktober 2...
𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙎𝙚𝙣𝙜𝙞𝙝 𝙎𝙆 𝙈𝙤𝙧𝙖𝙠29.7.2024Sekolah Sengih merupakan inisiatif tersendiri Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah...
𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 & 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗺𝗽𝗮𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰Ta...
𝓜𝓲𝓷𝓰𝓰𝓾 𝓟𝓻𝓸𝓶𝓸𝓼𝓲 𝓚𝓮𝓼𝓲𝓱𝓪𝓽𝓪𝓷 𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲𝓰𝓲𝓪𝓷 2024📍 PKKI SMK Geting🗓️ 21 Julai 2024🗓️ AhadPada hari Ahad, 21 Julai 2024 yang lalu, ...
✨ 𝓜𝓪𝓳𝓵𝓲𝓼 𝓟𝓮𝓻𝓪𝓼𝓶𝓲𝓪𝓷 𝓜𝓲𝓷𝓰𝓰𝓾 𝓟𝓻𝓸𝓶𝓸𝓼𝓲 𝓚𝓮𝓼𝓲𝓱𝓪𝓽𝓪𝓷 𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲𝓰𝓲𝓪𝓷 𝓟𝓮𝓻𝓲𝓷𝓰𝓴𝓪𝓽 𝓓𝓪𝓮𝓻𝓪𝓱 𝓣𝓾𝓶𝓹𝓪𝓽 2024✨📍 MRSM Tumpat 🗓️16 Julai 2024🗓️ Selas...
𝗠𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗣𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶!Senyuman yang sihat haruslah datang dari kesihatan gigi yang baik. Oleh ...
**Berapa Lama Patut Kita Menggosok Gigi? 🦷🕒**Tahukah anda menggosok gigi dengan betul adalah kunci kepada kesihatan mulu...
Bulan Jun telahpun melabuhkan tirainya pada tahun ini. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat ingin mengimbas kembali...
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗟𝗜𝗡𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 𝟐𝟕 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐊 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐊𝐀...
𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐑𝐨𝐛𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐘𝐈𝐊 𝐓𝐮𝐧𝐣𝐨𝐧𝐠𝟐𝟒-𝟐𝟓/𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟒Dalam kesinambungan daripada perkhidmatan pergi...
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 '𝐉𝐎𝐌 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓!' 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐃𝐎𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇23 Jun 2024AhadSMK Geting, TumpatPada hari Ahad, 23...

Telephone

Website

Address


Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tumpat
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Government Organizations in Tumpat (show all)
Perikatan Nasional Tumpat Perikatan Nasional Tumpat
Pejabat PAS Tumpat
Tumpat, 16200

Politik

SK Tumpat 1 Kelantan SK Tumpat 1 Kelantan
Kampung Dalam Rhu
Tumpat, 16200

Sekolah Kebangsaan Tumpat (1) atau nama ringkasnya SK Tumpat (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaa

KEMAS Tumpat KEMAS Tumpat
Pejabat KEMAS Daerah Tumpat, Kampung Sedar
Tumpat, 16250

Memperkasa Masyarakat Luar Bandar Ke Arah Pembangunan Holistik

Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan Perpustakaan Desa Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan
Tumpat

Visi dan Misi: Berperanan sebagai ejen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada semua.

BSPT IPD Tumpat Kelantan BSPT IPD Tumpat Kelantan
Tumpat, 16200

BSPT Tumpat

Perpustakaan Desa Kampung Ketil Perpustakaan Desa Kampung Ketil
Kampung Ketil
Tumpat, 16200

Jom Membaca di Perpustakaan Desa Kampung Ketil Membaca Jambatan Ilmu

Pejabat Penggawa Daerah Tumpat Pejabat Penggawa Daerah Tumpat
Jalan Boustead
Tumpat, 16200

Pejabat Penggawa Daerah Tumpat Jalan Boustead 16200 Tumpat, Kelantan

Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Daerah Tumpat - Kesuke MDT Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Daerah Tumpat - Kesuke MDT
Jalan Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Pertubuhan Ini Dikenali Dengan Nama Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Daerah Tumpat

Pejabat KADA Tumpat Pejabat KADA Tumpat
Kg. Paloh
Tumpat, 16040

PEJABAT KADA JAJAHAN TUMPAT

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat, Jalan Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Akaun rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tumpat

jabatan perkhidmatan veterinar tumpat jabatan perkhidmatan veterinar tumpat
Jalan Tanjung Kuala
Tumpat, 16200

Perpustakaan Awam Kelantan Perpustakaan Awam Kelantan
Kampung Ketil
Tumpat, 16080