ICTserv FKAB
Pages ini akan memberi maklumat ICT Fakulti Kejuruteraan UKM dari masa ke semasa.
Penyelenggaraan Storan Akaun Google Workspace (GWS) dan Microsoft OneDrive (M365) UKM
Mohon kerjasama semua kakitangan membuat penyelenggaraan sama ada memindahkan atau memadamkan sebarang fail yang tidak diperlukan di dalam storan GWS dan M365 masing-masing.
Implikasi sekiranya penyelenggaraan tidak diambil tindakan:
i. Pengguna tidak boleh melaksanakan penyegerakan (sync) atau memuat naik fail baru
ii. Pengguna tidak boleh mencipta fail baru, mengemaskini dan menyalin fail ke dalam storan
iii. Penyegerakan (sync) akan terhenti antara Desktop Apps dengan storan
iv. Pengguna tidak boleh memuat naik gambar atau video ke storan
Tertakluk kepada polisi GWS dan M365 dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi : talian 03-89217070 (Helpdesk PTM), Whatsapp: 019-689 6457/ 2312, e-mel kepada [email protected]/[email protected].
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos 2024 kepada semua rakyat Malaysia.
Mohon rujuk unit ict jika perlukan bantuan
Panduan Penyambungan WiFi UKM-WARGA
Masalah gangguan capaian internet di aras 0 bangunan akademik, mohon pengguna untuk menggunakan sementara wifi (tetamu-ukm-v2), tindakan sedang dijalankan
Harap bersabar
Sempena Cyberheroes Competition 2017, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM akan mengadakan Seminar Cyber Heroes yang akan disampaikan oleh beberapa pakar dalam industri Keselamatan Siber dan Forensik Digital.
Terdapat 4 slot seminar akan diadakan seperti berikut:
Slot 1: Mr Zainurrasyid, Cybersecurity Malaysia
Topik : Accelerating Incident Response and Security Investigation
Slot 2: Barry Foster, Standard Chartered Bank
Topik : 21st Century Forensic
Slot 3: Mohd Fazli Azran, OWASP
Topik : From general IT to become Professional Infosec
Slot 4: Alvin Teoh, MDeC
Topik : Cybersecurity, Catalyzing Digital Innovation Ecosystem
Masa Acara : Mula: 09:30 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Semua Warga UKM yang ingin hadir boleh membuat pendaftaran melalui https://www.nxt.training/events/cyber-heroes-seminar
Kehadiran akan direkodkan ke dalam eSPEL.
14 November 2017
Barang yang dijumpai sekitar FKAB terutama Ruang Legar 1 dan 2, Dewan Kuliah dan Bilik Kuliah.
Sila ambil di Unit ICT FKAB
Barang yang dijumpai sekitar FKAB terutama Ruang Legar 1 dan 2, Dewan Kuliah dan Bilik Kuliah.
Sila ambil di Unit ICT FKAB
Internet Of Things :
An around essential experiental exploration workshop.
Anjuran : PKAS & UKM
Bengkel Asas Latihan Arduino: SMITI. 1 November 2017.
Aras 1, Bangunan Pentadbiran FKAB, UKM
Kehilangan data boleh berlaku tanpa diduga. Oleh itu, proses backup secara berkala perlu dilaksanakan untuk melindungi data daripada rosak atau hilang.
Petikan DKICT UKM v2: Bab 9.7 :
Warga UKM bertanggungjawab membuat back up maklumat/data rasmi dalam peralatan ICT di bawah kawalannya mengikut keperluan
Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, mohon semua warga UKM mengambil langkah-langkah berikut sebelum pulang bercuti:
1. Pastikan anda log off semua aplikasi di komputer yang tidak digunakan.
2. Backup data komputer anda.
3. Kemaskini Komputer (Patches, security updates) dan Perisian Antivirus.
4. Shutdown komputer anda .
5. Tanggalkan plug komputer dan monitor daripada soketnya.
6. Pastikan semua perkakasan dan peralatan ICT berada dilokasi yang selamat
7. Untuk Webmaster, - pastikan salinan web anda dibuat - sentiasa membuat pemantauan terhadap laman web seliaan anda
Daripada:
Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) UKM
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Selamat berpuasa
Kami dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama islam
Selamat Menyambut Ulangtahun ke 47 Universiti Kebangsaan Malaysia
Ancaman WannaCry Ransomware
Mohon semua warga UKM mengambil perhatian terhadap serangan secara global oleh ransomware yang dikenali sebagai ‘WannaCry’ yang sedang berlaku secara berleluasa diseluruh dunia pada masa ini. Sehingga kini pelbagai sektor dan perkhidmatan kritikal di lebih 100 buah negara telah dijangkiti.
Impak:
Menyekat akses kepada data di dalam komputer yang telah dijangkiti (menggunakan kaedah encryption) dan menuntut wang tebusan sebanyak 300 hingga 600 USD untuk mengembalikan semula akses.
Sistem yang terkesan:
Semua komputer yang menggunakan Windows Operating Systems.
Langkah-langkah pencegahan oleh Warga UKM:
1. Pasang dan kemaskini perisian Antivirus. *Muat turun perisan antivirus yang dibekalkan oleh UKM (Symantec) di laman web PTM (http://ictso.ukm.my/tapak/index.php/antivirus-ukm.html).
2. Buat salinan pendua (backup) data anda pada storan yang lain seperti Google Drive atau thumbdrive.
3. Jangan buka fail lampiran yang diterima melalui emel yang diragui.
4. Berhati-hati apabila klik pautan atau memuat turun fail daripada laman web.
5. Pastikan sistem pengoperasian Windows dikemaskini dengan update patch MS-17-010. https://technet.microsoft.com/en-us/library/security/ms17-010.aspx.
6. Setkan Windows Update secara automatik pada komputer.
*Pasang perisian WSUS intranet yang boleh dimuat turun daripada laman web PTM (http://ictso.ukm.my/tapak/index.php/wsus-intranet.html)
Mohon semua warga FKAB mengambil perhatian terhadap serangan secara global oleh ransomware yang dikenali sebagai "WannaCry" yang sedang berlaku di seluruh dunia pada masa ini
Notis Pemakluman Wannacry
Kami dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha
----
Bersama - sama kita meningkatkan keharmonian dalam negara
Program Junior Maker Robotik
MAKMAL MINI KOMPUTER
- Untuk kegunaan pelajar mencari maklumat di internet bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer riba.
-Terdapat 27 buah komputer yang boleh digunapakai.
(tidak termasuk pc scanner, printer dan pengajar)
- Makmal ini turut menyediakan kemudahan scanner dan printer.
- Waktu operasi makmal dari jam 8.00pagi - 5.30petang.
(tidak termasuk waktu rehat)
- Boleh digunakan untuk kursus @ kelas dalam skala sederhana
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Website
Address
Bangi
43600
Level 3, New Administrative Building, Faculty Of Engineering & Built Environment (FKAB), Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
Your Bridge to Germany! We consult & assist you in studying in Germany.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Bangi, 43000
Official Page Economics with Finance Club KUIS
Bandar Baru Bangi
Bangi, 43600
UKM Mechy adalah laman rasmi bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), UKM.
Level 3, Bangunan Wawasan, Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
"studyukm" is an official page created under the supervision of Pusat Kembangan Pendidikan (PKP, UKM
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Darul Ehsan
Bangi, 43600
Kami merupakan pusat pengajian yang mengintegrasikan tiga bidang Pengajian Melayu yang utama, iaitu
Bangi, 43600
Permohonan sambung medic universiti Indonesia/Russia/Mesir/Bangladesh dibuka untuk sesi 2021/22 Le
Bangunan Geologi, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan
Bangi, 43600
Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (KGUKM) merupakan sebuah kelab yang terlibat dalam perh
Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, 43600
JFG
Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Emas, UKM
Bangi, 436000
Professional Mutawwif Development International College (PMDIC) adalah pusat bertauliah yang menjalankan program DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH & ZIARAH dengan kerjasa...