SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Kami bawakan aktiviti SK Mutiara Perdana kepada anda
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2024.
"MALAYSIA MADANI:JIWA MERDEKA"
30 OGOS 2024
“Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-67, marilah kita bersama-sama menghayati tema ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ dengan penuh semangat kebangsaan. Dari SK Mutiara Perdana, kami berdiri teguh sebagai rakyat yang bersatu, menjunjung tinggi nilai-nilai madani, dan terus berjuang membina masa depan yang cemerlang untuk negara tercinta. Selamat Hari Kemerdekaan!”
🏆KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SKMP🏆
Tarikh : 27 JULAI 2024
Hari : SABTU
Tempat : PADANG SK MUTIARA PERDANA
📸 Galeri TOT SKMP 2024 👇🏻👇🏻
https://photos.app.goo.gl/Afvp3o34PA89TpHJ7
📸 Galeri TOT SKMP 2024 👆🏻👆🏻
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Guru Pembimbing Cg Ihsan dan Cg Azizi dan Team Mutiara Perdana 15 atas kejayaan cemerlang menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan MYRC 2024 - Robot Berautonomi Mikrobotik!
Tahniah juga untuk Team Cikgu Drone SKMP yang diwakili Cg Ihsan dan Cg Wan Firdaus yang telah mendapat tempat Ke-4 Pertandingan Drone Aero Teacher Challenge peringkat Negeri Pulau Pinang dan akan ke Peringkat kebangsaan pada 2 September ini.
Kejayaan ini merupakan bukti ketekunan, komitmen, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Ini telah menunjukkan bahawa dengan usaha dan keyakinan, tiada yang mustahil untuk dicapai. Kami semua berbangga dengan pencapaian anda. Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada semua!
PesInPro 2.0 Negeri Pulau Pinang.
Projek Inovasi Pendidikan Digital STEM.
Selain daripada kemenjadian murid, SK Mutiara Perdana juga menitikberatkan kemenjadian guru. Sepanjang bulan Ogos ini, satu pertandingan antara guru-guru di Pulau Pinang sedang dijalankan.
SK Mutiara Perdana juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar guru-guru serta guru besar sendiri untuk pertandingan tersebut.
Antara pertandingan yang disertai oleh SK Mutiara Perdana ialah Pertandingan Inovasi PdP Digital STEM, Inovasi Pentadbiran Digital, Cabaran Minecraft Education, dan Drone Aero Teach.
Semua pertandingan berlangsung di peringkat daerah kemudian akan dipertandingkan ke peringkat negeri pada 26 Ogos ini.
Semoga beroleh kejayaan!
Karnival STEM dan Tenaga Lestari Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Pada 19 hingga 23 Ogos yang lalu, SK Mutiara Perdana telah menyertai Karnival STEM dan Tenaga Lestari Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Kontinjen SK Mutiara Perdana telah menghantar 5 orang guru pembimbing dan 11 orang murid ke karnival tersebut. Sebanyak 5 pertandingan yang telah disertai iaitu Bridge Building Competition, Robot Battle, STEM Talent Show, Water Rocket Challenge dan Solar Car Race.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru pembimbing. Cikgu Rumaizah, Cikgu Shazzana, Cikgu Hanif Rusli, Cikgu Hanif Rahman, Ustazah Siti Jamilah, Cikgu Asmat Syafiqah, Cikgu Razita, Cikgu Nurul Izzati dan Cikgu Ihsan atas bimbingan yang telah diberikan kepada murid-murid.
Tahniah kepada semua warga SK Mutiara Perdana atas pencapaian tersenarai antara 5 sekolah dalam daerah Barat Daya yang mencapai peratus tertinggi dalam kehadiran untuk bulan Julai 2024.Tahniah dan syabas juga untuk ibu bapa/waris yang cakna dengan kehadiran anak-anak ke sekolah.
Terus pastikan anak-anak hadir ke sekolah demi kecemerlangan akademik mereka.
Sokongan daripada ibu bapa dan waris amat penting untuk memastikan kehadiran penuh anak-anak ke sekolah.
Bukan mudah,tapi dengan usaha KITA pasti BOLEH!!!!
Ada dak nak tengok pertandingan MYRC 2024 Mikrobotik esok?
Admin nak buat live.
Sama-sama kita doakan kejayaan wakil-wakil Pulau Pinang dalam Pusingan Akhir MYRC 2024 Peringkat Kebangsaan di SSTP JPN Kedah.
Good luck Team Penang!
2 orang murid SK Mutiara Perdana akan bertolak jam 2 petang hari ini ke Alor Setar untuk menyertai Pusingan Akhir MY Robotic Challenge 2024 Robot Berautonomi Mikrobotik Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di SSTP JPN Kedah.
Sama-sama kita doakan kejayaan adik Aiman Danial Faris dan adik Fathurrahman.
Pada 14 Ogos yang lalu, PPD Barat Daya telah menganjurkan pertandingan Tokoh NILAM Daerah Barat Daya. 2 kategori dipertandingkan bagi Sekolah rendah iaitu Kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris.
SK Mutiara Perdana telah mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori. Bahasa Melayu diwakili oleh adik Amirah Arianna daripada 5 AK manakala Bahasa Inggeris p**a diwakili oleh adik Noorul Adeela juga dari 5 AK. Namun keputusan hanya memihak kepada 1 sahaja.
TAHNIAH BUAT ADIK NOORUL ADEELA MENDAPAT JOHAN KATEGORI BAHASA INGGERIS TOKOH NILAM DAERAH BARAT DAYA (SR)!
PROGRAM BUBUR ASYURA
7 OGOS 2024(RABU)
Alhamdulillah selesai Program Bubur Asyura yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab serta kolaborasi bersama Unit HEM SK MUTIARA PERDANA.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir,PIBG,penyelaras program dan ketua panitia yang terlibat.Tidak ketinggalan juga terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus membantu dari segi penyediaan tempat,penyediaan bahan,peralatan dan kemudahan lain sepanjang program ini diadakan.Semoga ukhwah & kerjasama ini terus terjalin bersama ❤️.
Tidak lupa juga kepada hero-hero Tahun 6 yang banyak membantu dari awal sehingga selesai program.
Edaran bubur asyura telah diberikan kepada semua murid dan warga sekolah.
VIDEO ANIMASI DIGITAL STORYTELLING (DSTA) TELAH DIRELEASE DI YOUTUBE SSTP JPN PERLIS!
Ayuh! Tunjukkan semangat dan sokongan anda!
Like, komen dan share!
DSTA 2024 SR (LA2D) : SKMP POWER GIRLZ SK MUTIARA PERDANA DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DSTA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
INFO KPM: Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/ .
Alhamdulillah. 2 orang murid SKMP berjaya terpilih untuk ke Kejohanan Bola Baling MSSPP Peringkat Negeri.
Mereka kini sedang giat menjalani latihan intensif.
REZEKI KE KEBANGSAAN!
Setiap tahun memandang sepi Pertandingan Digital Storytelling Animation. Tapi tidak tahun ini.
Dengan penuh tekad dan azam, Cikgu Ihsan dan Cikgu Hanif Rahman melatih 3 orang murid SKMP untuk pertandingan ini.
Alhamdulillah. Walaupon kali pertama, bukankaleng kaleng keputusan.
Tahniah buat adik Farhanie, adik Munirah dan adik Ummul!
IT'S OFFICIAL!
5 pasukan telah berentap untuk ke Final MY Robotic Challenge Robot Berautonomi Mikrobotik Peringkat Kebangsaan. Mereka ialah
1. Afham dan Ammar - Mutiara Perdana 4
2. Afiff dan Aqil - Mutiara Perdana 2
3. Giovani dan Syed - Mutiara Perdana 11
4. Hasya dan Raudhah - Mutiara Perdana 12
5. Aiman dan Fathur - Mutiara Perdana 15
Hanya 1 pasukan yang akan diterima ke peringkat akhir.
Mereka ialah
Mutiara Perdana 15
Aiman dan Fathur!
Mereka akan ke SSTP Kedah pada 19 Ogos mewakili Pulau Pinang!
Terima kasih buat semua yang memberi sokongan kepada kami!
Penyampaian Sijil Penghargaan,Plaq & hamper Program BURST anjuran Unit HEM,PSS & Bimbingan & Kaunseling untuk sesi penggal pertama.
-Anugerah Sahsiah Terpuji SSDM (Mac-Julai)
-Anugerah Pengisian SSDM terbanyak (Guru)
-Pertandingan Kelas Terbersih & Ceria (Mac-Julai)
Tahniah & syabas kepada semua penerima.
Semoga penghargaan yang diberikan dapat dijadikan teladan dan motivasi kepada semua.
TIPS MENCEGAH PENCULIKAN/KEHILANGAN KANAK-KANAK
TikTok · TVPSS SKMP Check out TVPSS SKMP’s video.
Nampaknya ada sedikit masalah teknikal. Katanya keputusan ditunda kepada hari esok. Sama-sama kita nantikan.
TikTok · Angah Ihsan Check out Angah Ihsan’s video.
TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-20 SKMP
Kump**an manakah yang bakal meneruskan perjalanan dan mewakili Pulau Pinang je Peringkat Akhir MYRC 2024 Robot Berautonomi Mikrobotik Peringkat Kebangsaan?
TikTok · Angah Ihsan Check out Angah Ihsan’s video.
EXPO TVET DAERAH BARAT DAYA 2024.
Turut memeriahkan Expo TVET pada hari ini ialah lawatan daripada sekolah-sekolah sekitar Barat Daya.
Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling terutamanya Cikgu Nooraidah selaku Guru Pengiring yang membawa murid-murid SK Mutiara Perdana.
EXPO TVET DAERAH BARAT DAYA 2024!
SK Mutiara Perdana telah menghantar 1 penyertaan di bawah Kategori Hardware. Diketuai oleh Qaseh Khaira Batrisya dan diikuti oleh Nur Aulya Anastasya dan Aisyah Adelia, mereka berjaya mendapat NAIB JOHAN!
TAHNIAH DIUCAPKAN!
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Panitia RBT terutamanya Cikgu Rumaizah selaku Ketua Panita, Cikgu Shazzana selaku Guru Pengiring dan Cikgu Ihsan selaku Guru Pembimbing.
Kalah menang adat permainan.
Perjuangan Pasukan Bola Baling P12 SKMP berakhir di Suku Akhir.
Namun itu tidak memadamkan api perjuangan. Terima kasih kepada Pengurus Pasukan Ustazah Siti Khadijah, Ketua Jurulatih Cikgu Zaihasra dan Penolong Jurulatih Usyazah Zatil Ismah. Esok akan berlangsung Kejohanan Bola Baling L12 p**a. Sama-sama kita doakan.
Selamat datang diucapkan kepada Ustaz Firdaus sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baharu.
Tahniah juga atas kenaikan pangkat dari PK Petang SK Batu Maung kepada PK HEM Sk Mutiara Perdana.
Welcome to our team!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan DATO ISMAIL HASHIM
Bayan Lepas
11900
Opening Hours
Monday | 08:00 - 16:45 |
Tuesday | 08:00 - 16:45 |
Wednesday | 08:00 - 16:45 |
Thursday | 08:00 - 16:45 |
Friday | 08:00 - 16:00 |
Bayan Lepas, 11900
勤学敬业 To Contrive and To Serve 扎根本土,放眼全球 Local Roots, Global Outlook
Bayan Lepas
Taska Baby Kingdom Academy is for newborn baby to 4 years old children (Montessori) We're using Mon
SMK Telok Kumbar, Jalan Teluk Kumbar
Bayan Lepas, 11920
SMK Telok Kumbar terletak di kawasan luar bandar di Kampung Sungai Batu di Daerah Barat Daya Pulau P
Bayan Lepas
打造独特个性化辅导,培育未来之星 专为7-12岁的华小生提供幼教三语阅读课程。让幼教学生打好基础作好铺垫,有更扎实的阅读基础与沟通技巧. 让孩子爱上学习~ “听、说、读、写” 样样精通🥰
Level 1, Lot 16, The Amarene, Bayan Lepas
Bayan Lepas, 11900
PRESCHOOL ANGKASAWAN NEGARA "THE BEST PLACE FOR YOUR KIDS" 4-6 YEARS OLD LIMITED SEAT FOR INTAKE 2025
Sekolah Kebangsaan Seri Permai , Jalan Tengah , Bayan Baru , Pulau Pinang
Bayan Lepas, 11900
kami disini untuk memberi sokongan , membantu pembangunan sekolah dan kebajikan murid murid diutamakan. Doa # Usaha # Tawakal # Istiqomah we are here to provide support, help sch...
Jalan Sultan Azlan Shah
Bayan Lepas
Kafa Masjid Al-Mustaghfirin, Sg Tiram adalah sebuah unit Kafa yang telah ditubuhkan pada 1/1/2020.
SK SERI PERMAI
Bayan Lepas, 11900
Selamat datang ke Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Permai
1-1-3 Tingkat Mahsuri 5 (Above SoyaTech)
Bayan Lepas, 11950
Tadika Bintang Cakna or Star Kids Learning Centre was established on 2023
No. 2, Lilitan Sungai Tiram
Bayan Lepas, 11950
Welcome to Straits International School Penang, where your child, aged 3 - 16, has the environment to
20-01-09, Lintang Sungai Ara 7, Gardensville
Bayan Lepas, 11900
Educare & Tuition 20-01-09, Lintang Sungai Ara 7, Gardensville, 11900 Bayan Lepas, Penang
20, Cangkat Sungai Ara 10, Setia Greens
Bayan Lepas, 11900
Welcome to Kids Wonderland.