JPN Pulau Pinang

Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, (JPN) Negeri Pulau Pinang

Photos from JPN Pulau Pinang's post 02/11/2024

01 November 2024 (Jumaat) | Bertam - Satu Sesi Lawatan Mengejut Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara ke JPN Seberang Perai Utara Pulau Pinang telah berlangsung pada 01 November 2024. Beliau menasihatkan agar JPN terus memberi perkhidmatan terbaik dan sentiasa mengutamakan pelanggan.

Photos from Shamsul Azri bin Abu Bakar's post 02/11/2024

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih atas kesudian Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) membuat lawatan ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Seberang Perai Utara pada 01 November 2024.

Pihak JPN sentiasa bersedia menambahbaik mutu perkhidmatan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang terunggul dapat disalurkan kepada pelanggan.

31/10/2024

PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG
MENGUCAPKAN
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
ATAS LAWATAN PENANDA ARAS EKSA
DARIPADA
PEJABAT PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PONTIAN, JOHOR
DAN
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

"PERSEKITARAN KONDUSIF, WARGA PRODUKTIF, PERKHIDMATAN EFEKTIF"

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
Pejabat Pendidikan Islam Daerah Pontian

Photos from JPN Pulau Pinang's post 30/10/2024

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA 2024
PEJABAT PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PONTIAN, JOHOR

29 Oktober 2024 (Selasa) | Georgetown - JPN Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Pontian, Johor yang terdiri daripada 20 orang kakitangan termasuk pegawai & AJK EKSA.

Lawatan dimulakan dengan Taklimat EKSA JPN Pulau Pinang oleh Encik Roslan bin Che Ghani, Fasilitator EKSA Zon Esplanade, sebelum dibawa melawat ke sekitar kawasan pejabat.

Objektif lawatan ini ialah untuk berkongsi maklumat dan idea berkenaan pelaksanaan EKSA di JPN Pulau Pinang yang telah berjaya memperoleh Sijil Kecemerlangan EKSA bagi penggal 2024/2026.

30/10/2024

PENGARAH & WARGA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG

mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya

Photos from JPN Pulau Pinang's post 30/10/2024

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA 2024
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG

29 Oktober 2024 (Selasa) | Georgetown - JPN Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang terdiri daripada 40 orang kakitangan termasuk pegawai & AJK EKSA.

Lawatan dimulakan dengan Taklimat EKSA JPN Pulau Pinang oleh Encik Roslan bin Che Ghani, Fasilitator EKSA Zon Esplanade, sebelum dibawa melawat ke sekitar kawasan pejabat.

Objektif lawatan ini ialah untuk berkongsi maklumat dan idea berkenaan pelaksanaan EKSA di JPN Pulau Pinang yang telah berjaya memperoleh Sijil Kecemerlangan EKSA bagi penggal 2024/2026.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

27/10/2024

27 Oktober 2024 (Ahad) | Simpang Ampat- Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR KOMUNITI bertempat di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah menerima dan memproses permohonan seperti berikut:

🚐 Permohonan Gantian Kad Pengenalan

🚐 Khidmat Nasihat

Program MEKAR Komuniti adalah antara inisiatif turun padang JPN dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Puteri Gunung bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri serta memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN terus kepada rakyat di lapangan.

26/10/2024

26 Oktober 2024 (Sabtu) | Sungai Bakap - Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR KOMUNITI bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah menerima dan memproses permohonan seperti berikut:

🚐Permohonan Gantian Kad Pengenalan

🚐 Permohonan Cabutan Daftar Kelahiran

🚐 Khidmat Nasihat

Terima kasih YAB PMX atas inisiatif Kaunter Bergerak Kerajaan. Program MEKAR Komuniti ini adalah antara inisiatif turun padang JPN dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap dan Gerakan Belia 4B Nibong Tebal bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri serta memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN terus kepada rakyat di lapangan.

Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Photos from Saifuddin Nasution Ismail's post 26/10/2024

Terima kasih YAB PMX atas inisiatif Kaunter Bergerak Kerajaan. JPN akan terus komited melaksanakan Program MEKAR bagi memastikan perkhidmatan JPN sampai secara langsung kepada semua golongan yang memerlukan.

25/10/2024

ANAK DAH CUKUP UMUR 12 TAHUN? APA PERKARA PENTING PERLU DIBUAT SEMASA UMUR INI?

πŸ“’πŸ“’JOM DENGARKAN PESANAN DARI AIN

Photos from JPN Pulau Pinang's post 25/10/2024

24 Oktober 2024 (Khamis) | Butterworth - Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR IHSAN bertempat di Butterworth dan Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah menerima dan memproses permohonan 1 Permohonan Gantian Kad Pengenalan rosak - Pemohon warga emas berusia 76 tahun dan terlantar. Permohonan gantian Kad Pengenalan di Leisure Health Care Centre, Bukit Mertajam tidak dapat dilakukan disebabkan pemohon telah meninggal dunia.

Selaras dengan inisiatif turun padang JPN bagi membantu golongan yang memerlukan atas dasar keperluan mendesak dan kecemasan, lawatan turun padang ini bertujuan memudahkan golongan sasar untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri selain memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN secara terus kepada rakyat di lapangan.

Photos from JPN Pulau Pinang's post 25/10/2024

**MEKAR IHSAN**

23 Oktober 2024 (Rabu) | Georgetown - Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR IHSAN bertempat di Hospital Pulau Pinang. Sebanyak 3 Permohonan Gantian Kad Pengenalan Hilang - Pesakit Terdampar Rujukan Dari Jabatan Kerja Sosial Hospital Pulau Pinang telah diterima dan diproses.

Selaras dengan inisiatif turun padang JPN bagi membantu golongan yang memerlukan atas dasar keperluan mendesak dan kecemasan, lawatan turun padang ini bertujuan memudahkan golongan sasar untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri selain memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN secara terus kepada rakyat di lapangan.

Photos from Kementerian Dalam Negeri (KDN)'s post 24/10/2024
Photos from JPN Pulau Pinang's post 24/10/2024

**MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) DI PULAU PINANG**

19 OKTOBER 2024 (SABTU)

Photos from JPN Pulau Pinang's post 23/10/2024

**BERITA PENGUATKUASAAN**

22 Oktober 2024 (Selasa) | Georgetown - Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN Negeri Pulau Pinang telah menahan 5 individu Warganegara Malaysia dalam beberapa siri Operasi Penguatkuasaan berasingan yang telah dijalankan dalam tempoh tiga hari.

Dalam OPS PUKAT BIL 17/2024, seorang lelaki berusia 51 tahun telah ditahan pada 16 Oktober 2024. OKT telah dengan sengaja memberikan maklumat palsu dalam butir material yang mengandungi maklumat tidak teratur dan palsu.

Walau bagaimanapun, kes ditangguhkan ke tarikh lain dan OKT diberikan ikat jamin RM 1,000.

Dalam OPS PUKAT BIL 18/2024, 3 orang lelaki yang masing-masing berusia 58, 48 dan 54 tahun telah dijalankan pada 17 Oktober 2024. OKT didakwa di Mahkamah Jawi dan dijatuhkan hukuman denda RM 2,500 setiap seorang atau penjara 5 bulan sekiranya gagal membayar denda. Kesemua OKT membayar denda yang dikenakan.

OPS PUKAT BIL 19/2024 yang dilakukan pada 18 Oktober 2024 p**a telah menyaksikan penahanan seorang lelaki berusia 54 tahun berikutan kesalahan dengan sengaja memberikan maklumat palsu dalam butir material yang mengandungi maklumat tidak teratur dan palsu.

OKT telah didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam dan dijatuhkan hukuman denda RM 2,000 atau denda 5 bulan penjara. OKT telah membayar jumlah denda yang dikenakan.

JPN tidak akan berkompromi dalam kesalahan-kesalahan melibatkan pendaftaran negara bagi memastikan keterjaminan pemerkasaan identiti.

21/10/2024

NAK TUKAR ALAMAT DEKAT IC? MAI SINI DENGAR PESANAN DARI AIN DULU...

Photos from JPN Pulau Pinang's post 21/10/2024

**MEKAR KOMUNITI**

20 Oktober 2024 (Ahad) | Juru - Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR KOMUNITI bertempat di Perkarangan Masjid Jamek Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang.

Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah menerima dan memproses permohonan seperti berikut:

🚐 Permohonan Gantian Kad Pengenalan

🚐 Permohonan Kad Pengenalan 12 tahun

🚐 Permohonan Cabutan Daftar Kelahiran

🚐 Permohonan Cabutan Daftar Kematian

🚐 Khidmat Nasihat

Turut hadir menerima perkhidmatan dari Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang ialah Datuk Bandar Majlis Perbandaran Seberang Perai, Dato' Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid.

Program MEKAR Komuniti adalah antara inisiatif turun padang JPN dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri serta memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN terus kepada rakyat di lapangan.

18/10/2024

Salam Jumaat

JPNPP mendoakan semoga hari anda semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ❀️❀️❀️

Photos from JPN Pulau Pinang's post 17/10/2024

BERITA PENGUATKUASAAN : OPS PUKAT BIL 16/2024

15 Oktober 2024 (Selasa) | Butterworth - Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN Negeri Pulau Pinang telah menahan seorang perempuan Warganegara Malaysia dalam OPS PUKAT Bil. 16/2024 pada 15 Oktober 2024. OKT telah dengan sengaja memberikan maklumat palsu dalam butir material pada sijil kelahiran yang mengandungi maklumat tidak teratur dan palsu untuk mendapatkan kad pengenalan kali pertama 12 tahun. OKT juga telah menjadi penganjur bagi permohonan tersebut.

Oleh yang demikian, OKT telah melakukan kesalahan di bawah PERATURAN 25(1)(b) PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN NEGARA 1990. OKT telah mengaku salah di hadapan Hakim Puan Noor Aini binti Yusof di Mahkamah Seksyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 10,000.00 di bawah seksyen tersebut.

JPN tidak akan berkompromi dalam kesalahan-kesalahan melibatkan pendaftaran negara bagi memastikan keterjaminan pemerkasaan identiti.

17/10/2024

Forum Pendaftaran Pengangkatan: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

17/10/2024

**MEKAR IHSAN**

16 Oktober 2024 (Rabu) | Bukit Mertajam - Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR IHSAN bertempat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah menerima dan memproses 1 permohonan Kad Pengenalan hilang bagi seorang warga emas yang uzur dan terlantar.

Selaras dengan inisiatif turun padang JPN bagi membantu golongan yang memerlukan atas dasar keperluan mendesak dan kecemasan, lawatan turun padang ini bertujuan memudahkan golongan sasar untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri selain memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN secara terus kepada rakyat di lapangan.

Photos from JPN Pulau Pinang's post 16/10/2024

**MEKAR IHSAN**

15 Oktober 2024 (Selasa) | Georgetown - Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah melaksanakan Program MEKAR IHSAN bertempat di Daerah Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang. Pasukan MEKAR JPN Pulau Pinang telah menerima dan memproses 2 permohonan gantian Kad Pengenalan hilang dan 2 permohonan gantian Kad Pengenalan rosak bagi golongan uzur dan terlantar.

Selaras dengan inisiatif turun padang JPN bagi membantu golongan yang memerlukan atas dasar keperluan mendesak dan kecemasan, lawatan turun padang ini bertujuan memudahkan golongan sasar untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri selain memberi bantuan khidmat nasihat mengenai urusan JPN secara terus kepada rakyat di lapangan.

Photos from JPN Pulau Pinang's post 15/10/2024

BERITA PENGUATKUASAAN: OPS ID BIOMETRIK BIL 5/2024

14 Oktober 2024 (Isnin) | Perai -
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN Pulau Pinang telah menjalankan Ops ID Biometrik Bil.05/2024 dengan kerjasama Unit Pentadbiran Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan CGSO Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Operasi dijalankan oleh 7 orang anggota dari BSK JPN Pulau Pinang dan 3 orang anggota dari Unit Pentadbiran Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan CGSO Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Operasi turut disertai Encik Awangku Iswandy Bin Awangku Serma, Penolong Pengarah Kanan (Pentadbiran) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Objektif operasi ialah bagi membuat semakan Biometrik Pengawal Keselamatan yang bekerja di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi memastikan tiada penggunaan dokumen pengenalan yang tidak sah dan tidak teratur. Selain itu tujuan operasi ini adalah untuk memberi peringatan/kesedaran kepada Pengawal Keselamatan supaya membawa dan menjaga kad pengenalan di mana sahaja mereka berada.

Semakan biometrik telah dilakukan ke atas 44 orang pengawal keselamatan lelaki dan 31 orang perempuan. Hasil pemeriksaan mendapati 73 orang pengawal keselamatan memiliki MyKad yang sah dan teratur manakala dua orang gagal untuk membawa MyKad. Amaran lisan agar sentiasa membawa kad pengenalan telah dikeluarkan setelah semakan menunjukkan rekod biometrik adalah sepadan untuk kedua-duanya.

Tiada tangkapan dan rampasan dibuat.

Photos from JPN Pulau Pinang's post 15/10/2024

BERITA PENGUATKUASAAN: OPS PUKAT BIL 15/2024

14 Oktober 2024 (Isnin) | Bukit Mertajam - Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN Negeri Pulau Pinang telah menahan dua orang Warganegara Malaysia dalam OPS PUKAT Bil. 15/2024 pada 14 Oktober 2024. OKT telah dengan sengaja memberikan maklumat palsu dalam butir material pada sijil kelahiran yang mengandungi maklumat tidak teratur dan palsu iaitu maklumat ibubapa kandung dan tempat kelahiran. OKT juga telah menjadi penganjur bagi permohonan tersebut.

Oleh yang demikian, OKT Pertama telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36(c) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. OKT telah mengaku salah di hadapan Majistret Tuan Mohd Harith bin Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret 1, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000.00 di bawah seksyen tersebut.

OKT Kedua p**a telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. OKT telah mengaku salah di hadapan Majistret Puan Nurulrasyidah binti Mohd Akit di Mahkamah Majistret 2, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000.00 di bawah seksyen tersebut.

14/10/2024

KENALI JPN:
SEJARAH HARI PENDAFTARAN NEGARA

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
ANAK DAH CUKUP UMUR 12 TAHUN? APA PERKARA PENTING PERLU DIBUAT SEMASA UMUR INI?πŸ“’πŸ“’JOM DENGARKAN PESANAN DARI AIN#Malaysia...
NAK TUKAR ALAMAT DEKAT IC? MAI SINI DENGAR PESANAN DARI AIN DULU...#MalaysiaMadani#RakyatDiHatiJPN#HPN76#TukarAlamatIC
BERITA PENGUATKUASAANOPS PUKAT BIL 16/202415 OKTOBER 2024
Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan Peringkat Akhir Jabatan Pendaftaran Negara 2024 bakal bermula esok. Ayuh panjat...

Telephone

Website

http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/, https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/, https://sspk.jpn.gov.

Address


Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang, Aras 3, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson
George Town
10400

Other George Town government services (show all)
Digital Penang Digital Penang
No. 15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pengkalan Weld, Pulau Pinang
George Town, 10300

A Penang State Government-Linked Company established to accelerate digitalisation in the state.

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 18, Komtar
George Town, 10000

Mengangkat khazanah budaya, seni, bahasa dan seni bina menjadi Warisan Negeri Pulau Pinang.

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP
Paras 20, KOMTAR
George Town, 10503

Dahulu dikenali sebagai Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang

Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang
TINGKAT 50 & 51, KOMTAR
George Town, 10000

Government Agency

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official
Jalan Bagan Luar
George Town, 12000

MBPP BLUE SHIRT Heroes MBPP BLUE SHIRT Heroes
George Town, 10050

Balai Polis Bandar Baru Balai Polis Bandar Baru
Balai Polis Bandar Baru
George Town, 11500

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir, Gelugor
George Town, 11700

Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang An official page for Penang Education Department

DahDigital DahDigital
15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pulau Pinang
George Town, 10300

A programme by Digital Penang aimed at driving digital adoption among communities in Penang.

Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang
Tingkat 18, Menara JKP, 128 Jalan Macalister
George Town, 10400

Laman ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah P. Pinang (JPSyPP)

APM TIMUR LAUT APM TIMUR LAUT
No 15, Lebuhraya Peel
George Town, 10350

APM TIMUR LAUT

Optoms HPP Optoms HPP
George Town, 10990

Non-profitable unit under Ministry Of Health Malaysia