Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut #timurlautpenerajukegemilangan

09/09/2024

TAHNIAH! 🎉

Puan Nurul Aini binti Mohd Yunus dari Kolej Vokasional Batu Lanchang atas pelantikan baharu sebagai SISC+ (Bahasa) di Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang berkuat kuasa mulai 02.09.2024.

Semoga terus berjaya dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada warga pendidik! 👏

KONVENSYEN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN DIGITAL STEM PULAU PINANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 03/09/2024

"🔴 LIVE: Sertai kami dalam Konvensyen Projek Inovasi Pendidikan Digital STEM Pulau Pinang 2024! 🚀💡

PesInPro 2.0

Saksikan inovasi-inovasi hebat dalam pendidikan digital yang bakal mengubah masa depan! 🌐✨ Jangan ketinggalan, teruskan bersama kami di *The Light Hotel, Seberang Jaya. "

3 SEPTEMBER 2024

KONVENSYEN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN DIGITAL STEM PULAU PINANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 KONVENSYEN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN DIGITAL STEM PULAU PINANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024Tarikh : 3 September 2024Hari : SelasaMasa : 10.00 Pag...

02/09/2024

🔴 LIVE: Konvensyen Projek Inovasi Pendidikan Digital STEM Pulau Pinang 2024
DRONE AERO TEACHER CHALLENGE

Selamat datang ke Konvensyen Projek Inovasi Pendidikan Digital STEM Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang! 🌟

Hari ini dan esok, kita akan menyaksikan pelbagai pembentangan inovasi dalam bidang STEM yang bakal membentuk masa depan pendidikan di Malaysia. Nantikan juga pelancaran PesInPro 2.0, serta kerjasama dengan Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Malaysia Madani.

Ikuti perkembangan terkini dan sertai perbincangan menarik bersama para pakar dan pendidik dari seluruh negara!

31/08/2024

🇲🇾 𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉! 🇲🇾

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta khususnya Sekolah Daerah Timur Laut yang telah mengambil bahagian dalam Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama. 🎉

Dedikasi dan semangat anda semua telah menyemarakkan lagi sambutan hari yang penuh bermakna ini. Bersama kita terus memperkukuhkan semangat perpaduan dan cinta akan negara! ❤️

Malaysia Madani : Jiwa Merdeka

IKHLAS DARIPADA:
TUAN MOHAMAD ZAWAWI BIN AHMAD
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH & WARGA KERJA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TIMUR LAUT

30/08/2024

🇲🇾 🅼🅴🆁🅳🅴🅺🅰! 🅼🅴🆁🅳🅴🅺🅰! 🅼🅴🆁🅳🅴🅺🅰! 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 kepada seluruh warga Malaysia. Mari kita bersama-sama menghayati semangat perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air yang telah mengorbankan segala-galanya demi memastikan kemerdekaan negara kita tercinta.

Semoga kita semua terus berusaha memajukan negara dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang lebih gemilang dan sejahtera.

Malaysia Madani : Jiwa Merdeka

Ikhlas daripada:
Tuan Mohamad Zawawi Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah & Warga Kerja, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

29/08/2024

🎉 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶-𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗣𝗣𝗗 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗟𝗮𝘂𝘁! 🎉

Kami amat berbangga dengan pencapaian luar biasa 𝑻𝒖𝒂𝒏 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒂𝒅 𝒁𝒂𝒘𝒂𝒘𝒊 𝒃𝒊𝒏 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 (Pegawai Pendidikan Daerah) selaku peneraju utama di PPDTL dan barisan pendidik hebat di Timur Laut yang telah berjaya memperoleh Google Certified Educator Level 1 & 2! 🌐✨

Kejayaan ini adalah lambang dedikasi dan kecekalan dalam memartabatkan pendidikan digital di Malaysia. Mari kita terus melangkah maju, mencipta transformasi dan inovasi demi masa depan yang lebih gemilang! 🚀📚

28/08/2024

🎉 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐏𝐞𝐬𝐈𝐧𝐏𝐫𝐨 2.0) 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 2024!🎉

Anda semua telah menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam bidang masing-masing. Setiap projek yang dihasilkan adalah bukti kreativiti dan inovasi tanpa batas. 🌟

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, dedikasi, dan semangat yang tidak pernah pudar. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga pendidik dan pelajar untuk terus maju dan berinovasi! 🚀

Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut's post 24/08/2024

🆃🅰🅷🅽🅸🅰🅷 🅺🅴🅿🅰🅳🅰 🅿🅰🆁🅰 🅿🅴🅼🅴🅽🅰🅽🅶 🅿🅴🆂🅸🅽🅿🆁🅾 2.0 2024 🅿🅴🆁🅸🅽🅶🅺🅰🆃 🅳🅰🅴🆁🅰🅷 🆃🅸🅼🆄🆁 🅻🅰🆄🆃! 🎉

Kami berbangga dengan pencapaian cemerlang semua yang terlibat dalam pertandingan Inovasi Pengurusan dan Pentadbiran serta Inovasi PdP Digital STEM. Anda semua telah menunjukkan komitmen dan kreativiti yang luar biasa dalam inovasi ke arah mendidik generasi masa depan.

Pemenang Inovasi Pengurusan dan Pentadbiran:

🏆 Juara: SK Sri Tanjung - Haji Yusof Bin Yaacob
🥈 Naib Juara: SJKC Kwang Hwa - Puan Leong Sook Luan
🥉 Ketiga: SJKC Perempuan China - Encik Yeap Yee Chung

Pemenang Inovasi PdP Digital STEM:

🏆 Juara: SKPK Jalan Hutton - Nur Hanisah Binti Mohamad Nor, Wan Balqis Binti Mr Weadao Chewo, Aznullah Bin Aziz
🥈 Naib Juara: SK Seri Indah - Qurratun A’in Binti Muhammad Ali Jinnah
🥉 Ketiga: SJKC Union - Khou Jerome & Ngiew Kim Kee
🏅 Keempat: SK Sungai Gelugor - Muhammad Nor Fareez Bin Nordin
🏅 Kelima: SJKT Ramathasar - Tamilselvi A/P N. Supermaniam, Athie Letchumi Chelliah
🏅 Kelima (berkongsi tempat): SJKC Kwang Hwa - Ng Jia Wen

Pemenang Cabaran Minecraft:

Sekolah Rendah:
🏆 Pertama: Noraini Binti Othman - SK Sri Aman
🥈 Kedua: Liyana Izzati Binti Ab Rahim - SKPK Jalan Hutton
🥉 Ketiga: Karthigayan A/L Pasupathy - SK Sri Tanjung

Sekolah Menengah:
🏆 Pertama: Nurul Aini Binti Mohd Yunus - Kolej Vokasional Batu Lanchang
🥈 Kedua: Nur Izatul Qistina Binti Rokbi - SMK Jelutong

Anda semua adalah inspirasi kepada kita semua. Teruskan usaha anda dalam memajukan pendidikan! 🌟

Aktivis alam sekitar, Cikgu Jerome terima pengiktirafan antarabangsa 20/08/2024

Aktivis alam sekitar, Cikgu Jerome terima pengiktirafan antarabangsa Guru Matematik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union, Pulau Pinang, Cikgu Jerome Khou diiktiraf sebagai ahli Environmental Education (EE) 30 Under 30 oleh North American...

Photos from Institut Latihan Perindustrian Perai's post 08/08/2024
08/08/2024

🟡 🟡 🟡 🟡 🟡 🟡 🟡 🟡 🟡

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CDL Hands-On Online Session (Siri 153) —

📌📌📌
HYPERLINK, MENEMUKAN INFORMASI DENGAN SATU KLIK

oleh: Pn. Norhanida binti Mansor (SMK Taman Desa, Rawang)

📆 9 Ogos 2024 (Jumaat)
⏰ 2:50 - 4:30 petang
💻 Zoom https://t.ly/NBOS3 atau https://us02web.zoom.us/j/89864203047?pwd=f2dUPxIqf6mEu3pY2QauUbfPljpfEG.1
Meeting ID: 898 6420 3047
Passcode: CDLKL

Catatan tambahan:
🔸 E-sijil disediakan.
🔸 Ruangan zoom dibuka pada 2:30 petang.
🔸 "CDL Snippets" oleh Dato' Dr. Mehander Singh pada 2:50 petang.
🔸 Livestream & rakaman di Youtube: https://youtube.com/connectingdotslearning

Semua dijemput hadir.

06/08/2024

Bengkel Hari Pertama.. Terima kasih Pihak Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Pulau Pinang Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang dan SEAMEO RECSAM

05/08/2024

Ayuh Kenali DELIMa

Apa ada dalam DELIMa KPM? AI ada?

Ya tuan-tuan.. Sekurang-kurangnya ada 14 aplikasi AI dalam platform DELIMa KPM yang disediakan untuk para guru dan murid terokai.

1. Gemini
Gemini mungkin merupakan alat analitik yang menggunakan AI untuk mengumpulkan dan menganalisis data prestasi pelajar. Guru boleh mendapatkan idea berharga mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar untuk membuat keputusan pengajaran yang lebih baik.

2. ChatGPT
ChatGPT membantu dalam menyediakan bahan pembelajaran, menjawab soalan murid, dan membantu dalam tugas pengajaran dengan memberikan cadangan atau idea kreatif untuk pengajaran yang lebih interaktif.

3. Perplexity
Perplexity AI dapat membantu guru mencipta bahan pengajaran yang unik dan kreatif, serta menjawab soalan-soalan kompleks yang mungkin ditanya oleh murid, memudahkan penyediaan kelas yang lebih menarik.

4. Texta.ai
Texta.ai adalah alat yang membantu dalam penulisan dan pengeditan teks. Guru boleh menggunakan alat ini untuk memastikan bahan pengajaran mereka bebas dari kesalahan tatabahasa dan lebih menarik.

5. ISTE
ISTE menyediakan sumber dan alat teknologi pendidikan. Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran mereka melalui latihan dan amalan terbaik yang disediakan oleh ISTE.

6. Khan Academy
Khan Academy menawarkan latihan adaptif menggunakan AI yang disesuaikan dengan tahap kemahiran murid. Ini membantu dalam memastikan pembelajaran murid berlaku mengikut kadar mereka sendiri.

7. Google Apps
Google Apps seperti Google Docs, Sheets, Slides, dan Classroom memudahkan pengurusan tugasan, kolaborasi, dan komunikasi antara guru dan murid dalam persekitaran digital.

8. Microsoft 365
Microsoft 365 menawarkan aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint, dan Teams yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran digital. Guru boleh menyediakan bahan, menjalankan kelas maya, dan menyimpan semua data di satu tempat yang selamat. Dalam ni, ada Copilot AI.

9. Bing AI
Bing AI membantu guru mencari maklumat dan sumber pengajaran dengan cepat dan tepat. Ini memudahkan penyediaan bahan pengajaran yang relevan dan berkualiti tinggi.

10. WolframAlpha
WolframAlpha adalah alat pencarian berasaskan AI yang menyediakan jawapan kepada soalan-soalan kompleks dalam bidang sains, matematik, dan banyak lagi. Ia membantu guru menjawab soalan teknikal dengan tepat dan cepat.

11. Learn
Learn merujuk kepada platform pembelajaran yang menggunakan AI untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih disesuaikan dan interaktif. Ini membantu guru dalam menguruskan kelas dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid.

12. AI Teaching Assistant
Alat ini membantu guru dengan menyediakan cadangan pengajaran, menjawab pertanyaan murid, dan menawarkan sumber pembelajaran tambahan. Ini memudahkan pengurusan kelas dan meningkatkan keberkesanan pengajaran.

13. AI Assessment Tools
Alat penilaian AI membantu dalam menilai prestasi murid secara automatik dan menyediakan analisis mendalam tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Guru boleh menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki strategi pengajaran mereka.

14. AI Lesson Planning
Alat perancangan pelajaran berasaskan AI membantu guru merancang pelajaran yang lebih berstruktur dan berkesan dengan menyediakan cadangan aktiviti dan bahan pengajaran yang disesuaikan dengan keperluan murid.

Gunakanlah aplikasi-aplikasi AI ini, Insya-Allah guru dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran, memperkayakan pengalaman pembelajaran murid, dan menguruskan kelas dengan lebih efisien. Aplikasi ini juga membantu dalam menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti tinggi dan menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan individu murid.

Guru-guru punya autonomi penuh dalam merancang kurikulum, menggunakan segala macam pedagogi yang sesuai dalam bilik darjah, dan autonomi untuk mentaksir murid masing-masing.

Gunakanlah sepenuhnya. Jika tidak berdaya belajar secara sendirian, bolehlah bincangkan dengan panitia masing-masing.

Tak perlu pun kuasai dan gunakan semua AI app ini. Memadai kuasai satu, dan digunakan untuk memudahkan urusan harian.

Kredit : Radin Muhd Imaduddin

Photos from Pemimpin GSL Malaysia's post 01/08/2024
31/07/2024

Untuk makluman semua, Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus telah ada di semua sosial media KPM

INFO KPM:
Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026

dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/ .

https://www.moe.gov.my/permohonan-kemasukan-ke-sekolah-khusus-tingkatan-1

29/07/2024

𝑺𝒆𝒌𝒂𝒍𝒖𝒏𝒈 𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑬𝒏𝒄𝒊𝒌 𝒁𝒂𝒊𝒏𝒂𝒍 𝑩𝒊𝒏 𝑨𝒃𝒂𝒔 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑻𝒊𝒎𝒃𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 (𝑺𝒆𝒌𝒕𝒐𝒓 𝑶𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑺𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉)! 🎉

Kami yakin dengan pengalaman dan dedikasi Encik Zainal bin Abas, sektor pendidikan akan terus cemerlang dan maju ke hadapan.

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐁𝐫𝐬 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐰𝐚𝐰𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

29/07/2024

🎉 𝙏𝙖𝙝𝙣𝙞𝙖𝙝 𝙔𝘽𝙝𝙜. 𝘿𝙖𝙩𝙤' 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙡 𝙎𝙖𝙞𝙙 𝙗𝙞𝙣 𝙃𝙪𝙨𝙨𝙖𝙞𝙣 🎉

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Abdul Said bin Hussain, Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato'.

Semoga terus cemerlang dan gemilang dalam memacu kecemerlangan pendidikan negeri. 🌟📚

𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔
𝒀𝑩𝒓𝒔 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒂𝒅 𝒁𝒂𝒘𝒂𝒘𝒊 𝒃𝒊𝒏 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒊𝒎𝒖𝒓 𝑳𝒂𝒖𝒕, 𝑷𝒖𝒍𝒂𝒖 𝑷𝒊𝒏𝒂𝒏𝒈.

24/07/2024

🆃🅰🅷🅽🅸🅰🅷 & 🆂🆈🅰🅱🅰🆂!🌟

Kami dengan sukacitanya mengumumkan pencapaian cemerlang STPM 2023! 🎓

📊 Peningkatan Cemerlang:
⁍ Gred Purata Daerah (GPD): 2.98 (naik 0.13 dari tahun 2022)
⁍ Peratusan Lulus Penuh: 99.35% (naik 0.15 dari tahun 2022)

✨ Kejayaan Hebat:
⁍ 7 sekolah mencapai 100% lulus penuh
⁍ 26 orang calon mencapai PNGK 4.00
⁍ 5 pusat peperiksaan mencapai keputusan cemerlang dengan GPS 3.0 ke atas
⁍ Tahniah khas kepada Tan Jun Sheng dari Kolej Tingkatan Enam HJ Zainul Abidin atas pencapaian cemerlang sebagai Pelajar Terbaik STPM 2023 (Kategori Istimewa Penglihatan) 👏
⁍ 8 Orang murid dari Kolej Tingkatan Enam HJ Zainul Abidin mendapat pencapaian cemerlang PNGK 4.00 (Paling ramai di Negeri Pulau Pinang)
⁍ Tahniah SMKA (L) Al Mashoor pencapaian terbaik PNGK 3.40.

Keputusan cemerlang ini adalah hasil kolaborasi mantap antara pihak sekolah, pengetua, guru-guru, serta ibu bapa/PIBG. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Ikhlas daripada,
Mohamad Zawawi bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah ,
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut.

15/07/2024

🎉 🆃🅰️🅷🅽🅸🅰️🅷 & 🆂🆈🅰️🅱️🅰️🆂!🎉

Tahniah kepada SJKC Kwang Hwa yang telah di terajui oleh Puan Leong Sook Luan atas Perkongsian Amalan Terbaik Penggunaan Aktif DELIMa di Dialog Prestasi Nasional yang diadakan di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang pada 15 Julai 2024! 🎉👏

Semoga terus cemerlang dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan! 🌟📚

Perkongsian Amalan Terbaik Membuktikan keupayaan sekolah dalam mengimplementasikan penggunaan DELIMa secara aktif dalam PdPc dan teknologi pendidikan.

Teruskan kecemerlangan, SJKC Kwang Hwa! 🎓🌟

𝙄𝙠𝙝𝙡𝙖𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖,
𝙔𝘽𝙧𝙨 𝙈𝙤𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝙕𝙖𝙬𝙖𝙬𝙞 𝙗𝙞𝙣 𝘼𝙝𝙢𝙖𝙙
𝙋𝙚𝙜𝙖𝙬𝙖𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖
𝙋𝙚𝙟𝙖𝙗𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙢𝙪𝙧 𝙇𝙖𝙪𝙩, 𝙋𝙪𝙡𝙖𝙪 𝙋𝙞𝙣𝙖𝙣𝙜

Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut's post 09/07/2024

Majlis Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan Daerah Timur Laut 2024 & APC 2023
Tarikh : 4 Julai 2024
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Convention 33, Prangin Mall.

Gambar sepanjang majlis boleh dilihat melalui pautan : https://photos.app.goo.gl/aJ41axoV7wpq4uk58

Link TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSYVsdGW7/

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

06/07/2024

📣 PENCALONAN ANUGERAH PRINCESS MAHA CHAKRI KALI KE-6 TAHUN 2025 📣

Warga Timur Laut, mari kita bersama-sama mengiktiraf dan menghargai jasa pendidik yang luar biasa melalui Anugerah Princess Maha Chakri! 🌟

🔍 Untuk maklumat lanjut, sila imbas QR Kod yang disediakan.

Tutup Pencalonan: 6 September 2024

📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Encik Wan Mohd Sidqi: 03-88844490
- Encik Abdul Rahim: 03-88844208

Jom sertai pencalonan anugerah tersebut dan raikan pencapaian serta dedikasi dalam dunia pendidikan! 🌟📚

Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut's post 01/07/2024

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Timur Laut bakal membuka gelanggang pd hari Selasa ini , ayuh semua kita saksikan Kejohanan Sepak takraw tersebut..

Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Gelanggang SMK Hamid Khan

Berikut tarikh penting kejohanan mengikut kategori:

2 Julai : 12 TKB -Zon Jelutong, Air Itam & Kelawai
3 Julai: 12 TKB - Separuh Akhir/Akhir Zon Jelutong, Air Itam & Kelawai
9 Julai: 15TKB & 18TKB -Zon Jelutong
10 Julai : Zon Air Itam & Kelawai
11 Julai: 15 TKB & 18TKB : Separuh Akhir/Akhir Zon Air Itam & Kelawai

Ayuh datang dengan sorakkan kemenangan bersama pasukan sekolah anda

" U Padu, U Mari"

28/06/2024

🌟 Tahniah kepada SK Sri Aman dan SMK Convent Green Lane atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Digital & Literasi Maklumat Peringkat Daerah Timur Laut! 🌟

📚 🆂🅴🅺🅾🅻🅰🅷 🆁🅴🅽🅳🅰🅷 - 🆂🅺 🆂🆁🅸 🅰🅼🅰🅽

🏅 Emas Minecraft Sekolah Rendah Tahap 1
🏅 Emas Minecraft Sekolah Rendah Tahap 2
🥈 Perak Rekaedukit Sekolah Rendah
📚 Tempat ke-5 My E-Big Book
📚 Tempat ke-5 Mikrobotik Sekolah Rendah

📚 🆂🅴🅺🅾🅻🅰🅷 🅼🅴🅽🅴🅽🅶🅰🅷 -
🆂🅼🅺 🅲🅾🅽🆅🅴🅽🆃 🅶🆁🅴🅴🅽 🅻🅰🅽🅴

🏆 Johan Pengkarya Muda BM Sekolah Menengah
🏆 Johan Pengkarya Muda BI Sekolah Menengah
🥈 Naib Johan Resensi Buku BI Sekolah Menengah
🥈 Perak Minecraft Sekolah Menengah (Rendah)
🏅 Gangsa Poster Digital Sekolah Menengah
🏅 Gangsa Digital Animation Story Telling Sekolah Menengah
📚 Tempat ke-4 Mikrobotik Sekolah Menengah
📚 Tempat ke-4 Rekaedukit Sekolah Menengah

Terima kasih kepada semua murid, guru, dan ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan usaha gigih. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus cemerlang di masa hadapan! 🎉

Photos from Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut's post 28/06/2024

✨ Kejayaan Hebat di Karnival Digital dan Literasi Maklumat! 🎉

Kami dengan bangganya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan dalam Karnival Digital & Literasi Maklumat Peringkat Daerah Timur Laut yang melibatkan pelbagai kategori. Tahniah kepada semua pemenang yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran yang luar biasa!

Anugerah telah disampaikan pada 27 JUN 2024 bertempat di Penang Digital Library.

🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟

Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua kategori! Teruskan usaha gigih anda dalam bidang teknologi dan kreativiti.

27/06/2024

🌟 Karnival Digital & Literasi Maklumat Daerah Timur Laut 2024 telah melabuhkan tirainya! 🌟

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan acara ini dari 24 hingga 27 Jun 2024. Kami sangat menghargai sokongan dan penyertaan anda dalam pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, risensi buku, microbotik, pameran, dan banyak lagi.

Kehadiran anda telah menjadikan karnival ini satu kejayaan besar dan memperkukuhkan lagi usaha kita dalam meningkatkan literasi digital dan inovasi teknologi di daerah kita.

Kami berharap anda telah menikmati setiap detik di karnival ini dan membawa pulang ilmu serta kenangan yang berharga.

Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta, pempamer, dan sukarelawan yang telah menjayakan Karnival Digital & Literasi Maklumat Daerah Timur Laut 2024. Mari kita terus maju dan cemerlang dalam teknologi dan maklumat!

Jumpa lagi di acara-acara akan datang!

22/06/2024

𝐌𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 & 𝐋𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢

𝟚𝟜 𝕙𝕚𝕟𝕘𝕘𝕒 𝟚𝟟 𝕁𝕦𝕟 𝟚𝟘𝟚𝟜 !

Acara ini diadakan di dua lokasi utama, 📚 Penang Digital Library (aktiviti berlangsung) dan 🏫 SJKC Union (perasmian pembukaan).

🌟 Acara Menarik:
🎨 Pertandingan Mewarna Kulit Buku Cerita Sekolah Rendah
📖 Pertandingan Akhir Risensi Buku Bahasa Melayu & Inggeris
🤖 Pertandingan Microbotik
📚 Slot Digital Library - Wheelers
📺 Slot Smart TV - Dynabook
🎉 Pameran & Aktiviti:
🚌 Kiosk Mobby & Robotic Bus dari Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang
🔬 Pameran STEM oleh Penang Science Cluster
🧑‍💼 Pameran Kerjaya Agensi Kerajaan dan Swasta
📚 Pameran Buku dari pelbagai penerbit buku
🏋️‍♂️ Teka berat buku dan banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah kami sediakan.

Sertai kami untuk memeriahkan karnival ini dan tingkatkan literasi digital anda!

Temui pelbagai inovasi teknologi, ikuti bengkel dan ceramah yang informatif, serta menangi hadiah menarik dalam pertandingan yang diadakan.

Tetapkan tarikh ini dalam kalendar anda dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk turut serta!

📍 Maklumat Lokasi:
📚 Penang Digital Library (aktiviti dan pameran)
🏫 SJKC Union (perasmian pembukaan)

📅 Tarikh:
📅 24 - 27 Jun 2024
🗓️ 26-27 Jun 2024 Pameran

Mari bersama-sama memeriahkan Karnival Digital & Literasi Maklumat Daerah Timur Laut 2024 dan menjadikan daerah kita lebih cemerlang dalam teknologi dan maklumat! 🚀

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Jangan ketinggalan!

17/06/2024

Salam Aidiladha kepada seluruh warga pendidik.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, ketaatan, dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dalam menjalankan tugas mulia sebagai pendidik, semoga semangat dan nilai-nilai Aidiladha menginspirasi kita untuk terus berbakti dan mendidik dengan penuh keikhlasan.

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada anda semua. Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan yang diberikan dalam membentuk generasi masa depan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Want your organization to be the top-listed Government Service in Georgetown?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

PERTANDINGAN AERO DRONE PERINGKAT KEBANGSAAN ZON UTARA PesInPro 2.0 UTARA
🌟 Karnival Digital & Literasi Maklumat Daerah Timur Laut 2024 telah melabuhkan tirainya! 🌟Terima kasih kepada semua yang...
SESI INFO MALAYSIA TEACHER PRIZE 2024
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُCahaya Ramadhan berlalu pe...
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُAndai jemari tak sempat be...
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘩𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘴𝘶𝘳 𝘱𝘦...
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُRamadhan telah kita tingga...
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُIndahnya Langit Kerana Awa...
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam dihulur tanda ingata...

Telephone

Address


Georgetown

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Government Organizations in Georgetown (show all)
George Town Conservation and Development Corporation - GTCDC George Town Conservation and Development Corporation - GTCDC
Georgetown

George Town Conservation and Development Corporation Sdn Bhd (GTCDC) is a partnership between the Penang State Government’s Chief Minister’s Incorporated (CMI) and Think City Sdn B...

Penang Global Tourism Penang Global Tourism
Georgetown

Penang Global Tourism is a state tourism bureau set up to work with key tourism players inside & out

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang - Ppwnpp Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang - Ppwnpp
Georgetown

Selamat datang ke Laman FB Rasmi JPW Pulau Pinang.

Cawangan MPV Elit IPK Pulau Pinang Cawangan MPV Elit IPK Pulau Pinang
Georgetown

Mula ditubuhkan pada bulan Januari 2010

Wakaf Pulau Pinang Wakaf Pulau Pinang
Georgetown

Wakaf Pulau Pinang merupakan Agensi Milik Penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Georgetown

Penang Port Commission Official Facebook Account

Last Friday, Saturday, Sunday of the Month Last Friday, Saturday, Sunday of the Month
Georgetown

Penang Global Tourism, the State Tourism Bureau brings together interesting events & happenings thro

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Georgetown

Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar negeri.

MPKK Macalister MPKK Macalister
No. 14, Jalan Talipon, Georgetown Pulau Pinang
Georgetown, 14000

Date of Incorporation: 06-03-15 Watch out for latest happenings,events,current future development news & other relevant updates in MPKK Macalister,Penang.

Unit Teknologi Maklumat Jkmnpp Unit Teknologi Maklumat Jkmnpp
Aras 30 Menara Komtar
Georgetown, 10564

Fort Cornwallis Fort Cornwallis
Fort Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
Georgetown, 10200

Fort Cornwallis-UNESCO Heritage Site in Georgetown, largest fort built in the late 18th century