TAR UMT Askar Wataniah
Nearby schools & colleges
Setapak
Setapak, Kl
Ampang 53300
Bandar
53100
This is the official page of TARUC Wataniah Society. If you have interests in joining or enquiring, why not drop a message and we'll get back to you ASAP~
SERIAL 207 - QUOTE OF THE DAY
BILA Koperal Nyawin dihalakan muncung senapang tepat di kepalanya oleh seorang gerila komunis wanita dari arah belakang, secepat kilat beliau mengambil 'duku' iaitu pedang tradisional Iban yg tersisip di pinggangnya lalu meradak perut komunis wanita itu tanpa belas ihsan. Pertempuran di Tanjung Kunyit, Binatang @ Bintangor menyaksikan 6 orang 'bujang berani" anak dayak Sarawak melawan 30 orang gerila komunis pada tanggal 22 Mei 1972.
PERTEMPURAN DI TANJUNG KUNYIT, BINATANG 1972
โSIAPA anak jantan, ikut saya!!โ.. itulah antara laungan cabaran seorang renjer anak Sarawak kepada rakan seperjuangan ketika berhadapan dengan musuh. Cabaran ini dibuat kerana mereka hanyalah berenam sahaja sedangkan yang harus ditentang p**a kekuatannya lima kali ganda daripada jumlah mereka.
Menguak pintu sejarah di ketika zaman komunis bermaharajalela di negara kita, banyak operasi ketenteraan yang telah dikerahkan oleh pasukan keselamatan Malaysia demi memastikan keamanan terus dikecapi oleh kita semua pada waktu itu. Untuk konteks Sarawak tidak pernah kurang dengan pengkisahan mengenai pengorbanan anggota keselamatan kita cuma ianya amat jarang diwar-warkan kepada umum.
Kesemuanya bermula sekitar Mei 1972, apabila Batalion 1 Renjer, Kompeni D, Kem Pagar Ruyung di Sibu telah dihantar ke Tanjung Kunyit, Binatang atau nama sekarang Bintangor untuk menyertai satu operasi ketenteraan menghapuskan si komunis durjana di sana. Dek kerana kawasan yang terlibat cukup besar, maka setiap anggota Kompeni D telah dibahagikan untuk menjadi beberapa unit platun dengan jumlah keanggotaan antara 10 ke 11 orang sahaja.
Dikala inilah satu platun yang dipanggil Platun 11 dibawah platun komander, PWII Chambai anak Gawan mengambil tempatnya. Turut menganggotai platun tersebut adalah Sarjan Indang anak Engkas, Koperal Matu anak Liban, Koperal Ranggau anak Pasang, Koperal Nyawin anak Nyandang, Lans Koperal Anyai anak Ranggi, Lans Koperal Ayor anak Gawing, Renjer Ason anak Jampi, Renjer Makau anak Ijam, Renjer Kintan anak Bakak, Renjer Emak anak Ditang dan Renjer Masing anak Berasap.
Diperkira kesemua unit platun 11 adalah anak kelahiran Sarawak dari etnik Iban yang sememangnya sudah gah namanya sebagai pakar penjejak di hutan. Dek kerana kepakaran itulah, maka platun 11 telah diberikan tanggungjawab yang besar iaitu untuk menjadi unit platun yang pertama membuat kerja-kerja rondaan di sekitar kawasan utara-barat Tanjung Kunyit.
Setelah mendengar segala taklimat daripada platun Komander iaitu PWII Chambai maka Sarjan Indang sebagai platun sarjan membawa lima daripada anggotanya untuk memulakan tugasan rondaan. Ketika di dalam rondaan itulah, mereka telah menemui beberapa kesan adanya kewujudan musuh di kawasan sekitar tersebut. Kesan-kesan musuh itu diekori oleh mereka sehinggalah mereka terhenti di satu kawasan rumah yang dipunyai oleh seorang kaum Cina.
Bagi mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan, pada ketika itulah Sarjan Indang mengarahkan agar Koperal Ranggau bersama dengan dua lagi anggota platun 11 untuk membuat penyiasatan ke atas rumah tersebut. Sementara menanti laporan siasatan daripada Koperal Ranggau itu, Sarjan Indang secara solo telah meneruskan penjejakan beliau sekitar 500 meter dari rumah tersebut manakala dua lagi anggota diarahkan untuk bersiaga.
Sewaktu membuat rondaan itulah, Sarjan Indang telah menjumpai sesuatu yang pelik iaitu kawasan rumah tersebut dipenuhi dengan beras yang berselerakan. Dan sekali lagi apabila Koperal Ranggau menyudahi kerja siasatannya turut melaporkan bahawa rumah cina yang dihuni oleh beberapa orang kaum Cina juga mempunyai kesan beras yang bertaburan di sana sini. Walaupun musykil dengan hal yang berlaku, Sarjan Indang membiarkan sahaja kemusykilan itu bermain di benaknya dan mengarahkan agar unit platun yang bersamanya untuk makan tengahari dahulu. Ini kerana sejak ketibaan mereka di Tanjung Kunyit mereka belum lagi menjamah apa-apa makanan.
Sekitar jam 2.00 petang iaitu di ketika mereka sedang menjamu selera dengan bekalan makanan yang dibawa, tiba-tiba Sarjan Indang dan rakan-rakannya mendengar bunyi bising iaitu seperti pohon kayu ditebang. Lantas Sarjan Indang mengarahkan yang lain untuk bersiaga sementara beliau sendiri dengan langkah yang diatur dalam senyap menghampiri kawasan dari mana bunyi bising itu bermula.
Keberadaan Sarjan Indang rupa-rupanya langsung tidak dapat dikesan oleh pihak musuh dan berselindung di sebalik semak samun hutan itulah beliau mampu mengesan adanya sekump**an lelaki yang siap dengan senjata serta berpakaian warna hijau sedang melakukan kerja-kerja mendirikan tapak khemah untuk mereka. Dari pengamatan beliau sudah menjangka bahawa kump**an ini bukanlah dari pasukan anggota keselamatan Malaysia kerana turut kelihatan beberapa orang wanita yang menyertai kump**an tersebut.
Selepas memantau buat seketika akhirnya Sarjan Indang mengatur langkah berhati-hati berundur untuk mendapatkan unit platunnya yang menunggu beliau dengan penuh sabar. Setelah membuat taklimat ringkas mengatur strategi sebaik mungkin dan dengan semangat yang berkobar-kobar, Sarjan Indang dan lima rakannya telah mara mendekati kump**an tersebut. Perancangan mereka adalah untuk membuat serangan hendap ke atas musuh.
Setelah siaga segalanya dan kesemua anggota platun 11 dibawah Sarjan Indang betul-betul berada di kedudukan masing-masing, maka beliaulah yang memulakan tembakan pertamanya dengan menggunakan laras senjata M16. Di kala itulah hutan Tanjung Kunyit yang senyap sunyi menjadi riuh dengan bunyi peluru daripada anggota keselamatan Malaysia.
Di pihak anggota musuh p**a terkesima dengan serangan hendap tersebut cuba menyelamatkan diri dengan berselindung dengan apa jua yang ada. Diceritakan juga, bagi memberi impak yang maksima, Sarjan Indang sempat melontarkan bom tangan (gr***de) ke arah kedudukan musuh namun sayang ia tidak meletup. Tidak tertahan dengan asakan bertali arus, musuh berjaya meloloskan diri dengan mencapai apa sahaja senjata yang mampu mereka bawa pergi.
Sementara itu, bunyi hamburan peluru dari senjata Sarjan Indang dan rakan-rakannya telah membawa kepada PWII Chambai dan seorang lagi rakannya bekejaran ke arah mereka. Sayangnya apabila sampai ke lokasi, serang hendap sudahpun reda dan komunis berjaya meloloskan diri. Operasi pembersihan langsung dilakukan dan ternyata serang hendap Sarjan Indang telah berjaya membunuh dua orang komunis berjantina lelaki dan perempuan serta lima buah senjata pelbagai jenis turut dirampas.
Boleh dikatakan kemenangan sudahpun memihak kepada Platun 11 pada ketika itu dan mereka sebenarnya boleh sahaja untuk menunggu anggota yang lain berkumpul bersama mereka. Namun tiada siapa boleh menahan desakan semangat agi idup agi ngelaban di dalam jiwa kental anak Iban Sarawak ini, Sarjan Indang mencabar anggotanya iaitu hanya anak jantan sahaja yang berani menentang musuh yang ramai waima mereka hanya sedikit jumlahnya.
Sudah menjadi lumrah, tiada sesiapa yang mahu dipanggil bacul atau pengecut ditambahlagi kesemua mereka adalah barisan anggota tentera yang terkenal dengan keberanian mereka. Cabaran Sarjan Indang sebenarnya disahut oleh kesemua anggota Platun 11 tetapi Sarjan Indang hanya memilih mereka yang benar-benar pakar di dalam senjata sahaja. Disinilah hanya lima orang sahaja yang terpilih iaitu Koperal Nyawin, Lans Koperal Anyai, Renjer Makau, Renjer Kintan, Renjer Masing dan Renjer Emak. Tanpa menunggu lama, keenam-enam โBujang Beraniโ ini terus menjejak kump**an komunis tadi sementara yang tidak terpilih diminta untuk menunggu di satu kawasan agar senang untuk kump**an bantuan menjejaki mereka kelak.
Tepat jam 4 petang, di dalam suasana hutan yang semakin menggelap itulah, Koperal Nyawin sebagai penjejak musuh barisan hadapan mendapati bahawa kesan tapak musuh berakhir di satu anak sungai. Sekali lagi kepakaran anak Iban sebagai penjejak hutan itu digunakan oleh Sarjan Indang iaitu dengan mengarahkan anggotanya untuk mengikut arah sungai mengalir dan berjalan menyusuri tebingan sungai. 50 meter daripada jejak itu hilang iaitu disebelah seberangnya dengan penuh jelas kesan tapak kaki musuh dalam jumlah yang banyak dilihat.
Sarjan Indang dan lima lagi anggota Platun 11 menyeberangi anak sungai dengan penuh berhati-hati. Mereka mengetahui bahawa kedudukan musuh sudah semakin mendekat. Langkah diatur dengan penuh senyap dan tatkala sampai di tebingan sungai di seberang itulah mereka mampu melihat musuh dari kejauhan iaitu kira-kira pada jarak 300 meter sahaja. Dan pada kali ini musuh bertindak bijak dengan membahagikan diri mereka kepada dua kump**an dan berada di sebelah kiri dan kanan.
Strategi serangan diatur yang mana Sarjan Indang dan dua anggota akan menyerang dari sebelah kiri manakala Koperal Nyawin dan dua lagi akan menyerang dari sebelah kanan. Siaga segalanya mereka menghampiri kawasan musuh dengan merangkak. Senjata sentiasa digenggam erat di tangan mereka dan tatkala berada di satu kedudukan iaitu Sarjan Indang yang mana pada diceritakan pada ketika itu sedang cuba melihat peta untuk mengetahui kedudukan mereka, tiba-tiba satu tembakan diarahkan kepada beliau. Rupa-rupanya pergerakan Indang sudah diketahui oleh musuh.
Sarjan Indang bernasib baik sebenarnya kerana peluru musuh tidak mengena beliau sebaliknya sipi ke sebatang pohon tempat dimana beliau berlindung. Namun aksi peluru tidak diundang itu menyebabkan kesemua anggotanya terus memuntahkan peluru ke arah kump**an musuh. Sekali lagi hujan peluru dari kedua-dua arah memecah suasana petang di hutan Tanjung Kunyit tanpa belas ihsan.
Ada satu masa iaitu di ketika hebat dengan muntahan peluru itu, Koperal Nyawin p**a diserang secara senyap dari arah belakang. Pada ketika itu diceritakan, Nyawin sedang sibuk mengisi peluru ke dalam senjatanya dan seorang komunis wanita telah meletakkan hujung senjatanya betul-betul tepat di kepala Nyawin sambil meminta beliau menyerah diri. Umpama kata bidalan lama, biar putih tulang jangan putih mata, menyerah kalah tidak sekali, sepantas kilat Nyawin mengambil โdukuโ iaitu pedang tradisional Iban yang tersisip di pinggangnya lantas meradak perut komunis wanita tersebut.
Komunis wanita itu belum lagi mahu beralah, Nyawin terus bertingkah menggunakan pedang ibannya dan setiap kali beliau mengangkat dukunya pasti anggota badan wanita itu tercedera. Akhirnya komunis wanita itu mati juga apabila Lans Koperal Anyai yang berada dekat di kedudukan Nyawin berjaya menembaknya dari jarak dekat. Usai itu semua, kump**an Koperal Nyawin, Lans Koperal Anyai dan Renjer Emak berkumpul semula dan terus-terusan membalas tembakan musuh.
Sementara kump**an Sarjan Indang, Renjer Makau dan Renjer Masing p**a terus berbalas tembakan dengan musuh tanpa henti. Setelah bergelut hampir 15 minit itulah, tiba-tiba hutan Tanjung Kunyit senyap semula. Kesemua enam anggota platun 11 masih siaga di kedudukan masing-masing walaupun sudah mengetahui bahawa kump**an komunis sudah berjaya kabur dari lokasi pertempuran.
Tidak lama kemudian barulah bantuan dari platun yang lain tiba dan diketika operasi pembersihan dilakukan didapati Sarjan Indang dan lima lagi โBujang Beraniโ telah berjaya membunuh lima gerila komunis iaitu dua lelaki dan tiga perempuan selain beberapa senjata milik komunis dan dokumen mereka dirampas.
Kisah pertempuran di Tanjung Kunyit, Binatang ini berlaku pada tanggal 22 Mei 1972 dan ia melibatkan enam orang โBujang Beraniโ dari Platun 11 Kompeni D, Batallion 1st Ranger. Enam orang melawan 30 orang kekuatan musuh komunis tanpa sedikitpun calar mahupun korban di pihak mereka. Benarlah seperti cabaran yang diungkap oleh Sarjan Indang anak Engkas, bahawa hanya yang benar-benar anak jantan akan berani menghadapi pertempuran seperti ini.
Agi Idup Agi Ngelaban.
Sumber Kredit Borneo Oracle
๐ฅ๐๐๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ต๐๐๐๐, ๐ฑ๐ถ๐น๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฎ๐๐ฒ๐ ๐ธ๐ต๐ฎ๐ ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฅ๐ก๐ฒ
Serangan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan (Chemical, Biological, Radiological, Nuclear, and Explosive, CBRNe) bukanlah satu bentuk ancaman baharu di dunia termasuk Malaysia.
Bagi menghadapi ancaman yang kompleks ini, Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan menekankan kepentingan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam menangani ancaman tersebut.
Berita penuh: https://www.airtimes.my/2024/06/14/rajd-berkepakaran-khusus-dilengkapi-aset-khas-hadapi-ancaman-cbrne/
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Wataniah Ke-66 kepada seluruh warga Rejimen Askar Wataniah (RAW).
Semoga seluruh warga Rejimen Askar Wataniah terus menyemarakkan lagi semangat juang serta terus berkhidmat demi kedaulatan negara.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara merupakan simbolik pertukaran pengawal lama dan pengawal baru. Acara Penuh Istiadat Ketenteraan ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18 Mei 24 (Sabtu).
Masa : 0800 - 1100.
Tempat : Perkarangan Pintu Masuk Utama Istana Negara.
Semua dijemput hadir beramai - ramai bagi memeriahkan lagi Istiadat Perbarisan ini.
Series Netflix Toughest Force On Earth akan mula ditayangkan pada 22/5/2024. Di dalam siri ini akan turut melibatkan Grup Gerak Khas (GGK). Sama-sama kita saksikan di Netflix pada tarikh yang ditetapkan.
๐๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฏ๐ ๐ธ๐ผ๐บ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ผ ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป, ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐๐ป ๐บ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ โ ๐๐ฒ๐ณ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ฑ๐ฎ ๐ ๐๐ท๐ฎ๐ต๐ถ๐ฑ
โKalau kita tengok dah beribu dah komando dilahirkan. Jadi kalau mereka boleh (lulus), saya juga mampu,โ luah Leftenan Muda Ahmad Mujahid Siddiq Ahmad Rizal, 25.
Lebih menggembirakan apabila beliau turut dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024.
Anak jati Kuala Kangsar ini menjelaskan, beliau tekad mencabar dirinya untuk menyertai komando apabila โterinspirasiโ dengan seorang jurulatih yang merupakan pegawai dari Gerup Gerak Khas (GGK).
Berita penuh: https://www.airtimes.my/2024/05/02/dah-beribu-komando-dilahirkan-kalau-mereka-boleh-saya-pun-mampu-leftenan-muda-mujahid/
Pautan video: https://youtu.be/nBfsBQ9HTYo
ใ้ๅ็น็ง้จ้GGK๏ผ01ใไธ็็ๆญป๏ผไปฅ็ๅฝ็ญ็ขๅฝๅฎถๅฎๅ จ้ฒ็บฟ - ๅฏๅ - ไธ้ข - ๅจๅไธ้ข โๆ ่ฏ้่ฝๅบโ๏ผPenandaan Drop Zone๏ผๆฏGGK็ไธ้ฟไนไธใๅฝไธป่ฆๅ้่ฟๆฒกๅจๅไนๅ๏ผไปไปฌไผๅ ้่ฟไผ้ๆฝๅ ฅ็ฎๆ ๅฐ็น๏ผไธบๅๆนๆ ่ฏๅฎๅ จ้่ฝๅบๅใๅฏนๅค็ๆฅ่ฏด๏ผ็น็ง้จ้ๆฏไธชๅ ๆปก็ฅ็ง่ฒๅฝฉ็็ชๅป้จ้ใไปไปฌ็ปๅธธไปฅๅฐ็ปๅฝขๅผๅบๅจ๏ผๅก.....
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐ญ๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐/๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐/๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐).
PEMILIHAN SECARA WALK-IN AKAN BERMULA PADA 18 APR HINGGA 10 MEI 2024.
Sila Rujuk Tarikh2 dan lokasi pemilihan di dalam iklan tersebut.
้ๅ็นๆ้่ฟๆฅ ๅ่ฃๅๅฎ | ไธญๅๅ ฑ China Press ๏ผๅ้ๅก29ๆฅ่ฎฏ๏ผ้ๅ็นๆ้๏ผGGK๏ผ่ฟๆฅไธไฝๅ่ฃๅๅฎ้็ปต่ดคๅฐๅฐ็ๅ ๅ ฅ๏ผ่ฟๆฏ่ฟไปฃไปฅๆฅ๏ผ้ๅ็นๆ้่ฟๆฅ็ฌฌไธไฝๅ่ฃๅๅฎใๅจ้ๅ็นๆ้็ๅๅฒ๏ผ่ฟๅปๆพๆๅ่ฃๅไบบ็ๅ ๅ ฅ๏ผๆ นๆฎ้ๅ็ๅฎๆน่ตๆ๏ผๆๅไธๆฌกๆๅ่ฃๅๅฎๆฏไปไบ80.....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Setapak
Kuala Lumpur
53300
Methodist College KL
Kuala Lumpur, 50470
MCKL's Official Page for the MCKL Family and its Friends! Wesleyan Education Services Sdn Bhd 200101005044 (540800-U) DK144(W)
Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil
Kuala Lumpur, 57000
This is the official Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) page.
1, Jalan UCSI, UCSI Heights (Taman Connaught), Cheras
Kuala Lumpur, 56000
Your Voice, Our Priority
Pusat Perubatan UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur, 56000
Facebook Rasmi Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
Unit 1, Level 3, 8trium, Jalan Cempaka SD12/5, Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur, 52200
Stamford College establishment in 1950 We offering Foundation, Diploma, Degree and Master progr
Prisma Cheras, Jalan Midah 8A, Taman Midah, Cheras
Kuala Lumpur, 56000
EduSpiral Consultant Services provides FREE professional advise on how to choose the right course, c
Jalan Genting Kelang, Setapak
Kuala Lumpur, 53300
Established as TAR College in 1969. Upgraded to a university in 2022 as TAR UMT.
Kuala Lumpur, 50603
This is the official Universiti Malaya page. Our website is at https://www.um.edu.my/
NO 5-3, Jalan Wangsa Delima 5, PUSAT BANDAR WANGSA MAJU (KLSC)
Kuala Lumpur, 53300
THIS IS THE OFFICIAL FACEBOOK PAGE FOR PERFECT TOURISM INSTITUTE (PTMC) HOTLINE : 012-3644 505 ๏ฟฝ [email protected] ๏ฟฝ012-3644 505
UCSI University, Jalan Menara Gading
Kuala Lumpur, 56000
Architecture, Interior & Surveyor Student Society of SABE, UCSI University.