SZ Design Studio

https://szdesign.com.my/

https://www.youtube.com/@kelasbelajarautocad3ds-max SZ Design Studio menyediakan perkhidmatan untuk lukisan pelan. Terima Kasih.

seni bina dan elektrik seperti :-
-Lukisan pelan rumah dan bangunan
-Cable layout
-Single line
-Elektrikal diagram
-Lukis semula pelan
-Lukisan ubah suai pelan
-As built drawing untuk kelulusan
-Lukisan susun atur air cond, kipas, lampu, suis,
kabel internet dan saluran wayar. Salam hormat,
SZ Design Sales & Services
SA0358521-U

Photos from SZ Design Studio's post 14/09/2024

Kepada yang baru dalam bidang kerja struktur bangunan, fahami dahulu konsep 'apa itu konkrit bertetulang' (reinforcement concrete)

Photos from SZ Design Studio's post 13/09/2024

Komponen plumbing untuk rujukan tukang paip

Photos from SZ Design Studio's post 12/09/2024

Simbol Elektrik dan Elektronik untuk komponen, arus, sambungan, serta diaphragm dalam lukisan binaan.

12/09/2024

Dah ada idea susun atur kabinet dapur idaman, tapi tak tahu p**a namanya..
Ketahui 6 jenis bentuk asas kabinet dapur ini untuk rujukan.

Photos from SZ Design Studio's post 12/09/2024

Simpan baik-baik rujukan simbol set untuk elektrik ini.

Photos from SZ Design Studio's post 11/09/2024

Apa itu Septic Tank? (Tangki Najis)
Di sini di lampirkan secara ringkas keratan rentas, komponen yang terlibat, serta tatacara kerja yang dijalankan oleh sistem pelupusan ini...

Photos from SZ Design Studio's post 11/09/2024

Sistem bekalan air di rumah. Simpan rujukan ini baik-baik.

Photos from SZ Design Studio's post 10/09/2024

IBS : Interlocking Bricks System?
Industrial Building System?

IBS adalah sistem pembinaan bangunan menggunakan komponen yang telah siap dihasilkan di kilang seperti dinding, tiang, lantai dan kekuda besi sebelum dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang.

Sistem ini telah diguna pakai kira-kira satu abad yang lalu di Amerika dan Eropah di kenali dengan panggilan pembinaan pasang siap.

IBS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan blok IBS lebih jimat masa dan kos berbanding batu-bata biasa.

IBS menjadikn rumah lebih sejuk, kedap udara, tahan haba, kedap bunyi, pembinaan complete 1-2 bulan sahaja & yang paling penting dapat 40% PENJIMATAN.

Kelebihan menggunakan bata Interlocking / Bata IBS

- Meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan
- Menyeragamkan reka bentuk
- Mempercepatkan tempoh pembinaan
- Lebih keras & kuat daripada bata biasa
- Mengurangkan kebergantungan pekerja asing
- Pengurangan sehingga 30% daripada kos projek
- Mesra alam
- Lebih sejuk

penjimatan:
- buruh (kerja cepat siap)
- kurang 'wastage'
- kurang penggunaan pasir & simen
- kerja2 pemasangan 'conduit pipe' dijalankan serentak semasa menyusun batu-bata,

kelebihan :
- size bata yg lebih tebal dan panjang (jimat penggunaan bata)
- kadar kekerasan yg lebih tinggi berbanding sand brick (produk mencecah 18N/mm2)
- "classical natural country look"
- penjimatan sehingga 30%

kekurangan :
- bata yang keras (susah stakat nak paku utk gantung2 frame gambar perlu menggunakan drill)

Namun Jgn silap faham, rumah interlok sebenarnya bukan rumah murah krn harga batanya shj berkali ganda mahal dibandingkan dgn bata biasa. Sebab tu rumah bata interlok nampak mewah,eklusif dan mahal tapi krn kaedah pembinaannya yg tidk b*k menggunakan kayu,besi,pasir dan simen maka kos pembinaannya boleh menyaingi kaedah pembinaan rumah konventional

Tambahan p**a tempoh masa pembinaannya yang singkat maka kos upah dapat dijimatkan lagi. Namun masalah utama adalah untuk mendapatkan tenaga kerja yang betul-betul mahir dan teliti.

Photos from SZ Design Studio's post 09/09/2024

Untuk yang belum tahu.
Ikuti cara membuat ukuran, kiraan, dan bacaan pada Pita Ukur (Measurement Tape)

Photos from SZ Design Studio's post 09/09/2024

APA ITU BATA MERAH & KELEBIHAN KEPADA RUMAH YANG DIBINA?.

Bata merah atau bata pasir merujuk kepada bata tanah liat (merah) dan bata pasir (putih).

Bata tanah liat atau bata merah dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar.

3 KELEBIHAN BATA MERAH PADA RUMAH YANG DIBINA.

1) Dinding rumah mampu menahan haba lebih baik dari bata putih. Ia menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.

2.Batu merah berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik.

3. Bata merah lebih kuat ketahanannya dari bata putih pada kadar dua hingga tiga kali ganda.

Jadi, perlu ke guna bata merah untuk pembinaan sesebuah rumah?

Bata merah ini lebih mahal dari bata putih. Jadi, ia bergantung kepada bajet pemilik rumah tersebut. Saranannya jika hanya melibatkan ubahsuai kecil seperti menambah dapur, tidak ada banyak beza dari segi kos mahupun kesan-kesan yang lain.

Photos from SZ Design Studio's post 08/09/2024

6 RISIKO MEMBELI LOT LIDI
Sebelum itu, apa itu LOT LIDI??

Lot lidi ialah sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, namun dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula bertujuan untuk membina rumah.

1. NAMA TIADA DALAM GERAN

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Geran adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam geran, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

2. SUKAR UNTUK BERJUAL BELI

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

3. KESALAHAN LANGGAR SYARAT TANAH

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

4. TIADA PAMPASAN JIKA ADA PENGAMBILAN

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

5. TANAH TIDAK BOLEH DIWARISKAN JIKA ADA KEMATIAN

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

6. PEMEGANG AMANAH MENINGGAL DUNIA

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI:-

1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.
Banyak lagi risiko yang tidak dinyatakan di sini. Justeru itu, Pentadbir-Pentadbir Tanah menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.
KENYATAAN PENTING : Penerangan di atas adalah sangat ringkas bagi memudahkan kefahaman kepada anda yang tidak mengetahui prosedur undang-undang tanah. Terdapat prosedur-prosedur teknikal yang tidak dinyatakan dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dari Pejabat Tanah berkaitan.
Kata kunci :-

Pemegang Amanah : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.

Surat Pemegang Amanah : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.
Pesaka : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

Photos from SZ Design Studio's post 06/09/2024

Rujukan penting untuk bancuh simen atau konkrit.

Photos from SZ Design Studio's post 05/09/2024

Rujukan untuk kerja teknikal di bilik air

Photos from SZ Design Studio's post 04/09/2024

Selalu terlibat dalam urusan Tanah/Hartnah

Simpan rujukan ini untuk menjimatkan masa dan tenaga

Jenis hak Milik Yang ada di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat adalah

1)Geran Mukim
2)Pajakan Negeri
3)Hak Milik Sementara Daftar
4)Certificate Of Title
5)Quailified Title Register(QTR)
6)Grant(GT)

Photos from SZ Design Studio's post 02/09/2024

Merancang untuk membuat wardrobe?
Boleh ikuti info ini untuk ukurannya.

Photos from SZ Design Studio's post 01/09/2024

Kontraktor, Arkitek, Jurutera, Pereka, Student, Workers, Pekerja site, simpan formula asas ukuran & binaan ini baik2-baik

31/08/2024

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67 buat semua rakyat Malaysia 🇲🇾

Marilah kita merayakan pencapaian negara kita dengan penuh rasa syukur dan bangga. Semoga semangat kemerdekaan ini terus membara dalam diri kita semua, mendorong kita untuk terus maju dan berbakti kepada bangsa.

Bersama-sama, mari kita jaga dan pertahankan nilai-nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan penuh pengorbanan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Photos from SZ Design Studio's post 31/08/2024

Rujukan cara pemasangan cove lighting.

1) Lampu Drop ceiling atau dekenali dengan nama Cove Lighting adalah bahagian dalam ruangan.

2) sifatnya yang indirect lighting (cahaya tidak langsung), maka sumber cahaya tidak boleh terlihat.

3) Banyak digunakan di rumah, hotel, restoran dan pejabat.
.

Photos from SZ Design Studio's post 31/08/2024

Bercadang untuk memasang kitchen hood? Ikuti ukuran ini untuk memudahkan dan membantu anda ketika memasangnya.

Photos from SZ Design Studio's post 29/08/2024

Apa itu beam rumah?

1) Beam atau Rasuk sangat penting dalam pembinaan bangunan.Ia merupakan Struktur horizontal elemen yang memindahkan beban disamping menampung beban mati ataupun beban hidup.

2) Penggunaan beam dibuat berdasarkan banyak mana dan apa beban yang akan ditekan dalam arah mendatar.

Terdapat 3 jenis beam yang digunakan di Malaysia iaitu :-
1) Beam Kayu
2) Reinforced Concrete Beam
3) Steel Beam.
4) Prestressed Concrete beam
5) Post Tension Concrete Beam

1. Beam Kayu
✔️Beam ini banyak digunakan dalam pembinaan bangunan yang diperbuat daripada kayu seperti rumah papan, rumah kayu, atau lebih mudah rumah - rumah kampung lama.
✔️Terdapat juga jeti - jeti, jambatan kayu yang diperbuat daripada kayu. ini kerana kos pembinaannya lebih murah. Akan tetapi, daya ketahanannya tidak sekuat R.C Beam. Oleh sebab itu, ianya banyak digunakan dalam pembinaan yang akan menampung beban yang kurang.

2. Reinforced Concrete Beam.

✔️Beam jenis ini banyak digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia. Asas dalam pembinaan Beam ini adalah Concrete, Besi (Reinforcement) / Formwork (Acuan).

3. Steel Beam

✔️Biasanya digunakan pada bangunan yang memerlukan keluasan yang besar seperti Kilang, Dewan, Tempat Letak Kereta dan sebagainya.
4. Prestressed Concrete Beam
✔️ Rujuk gambar di rajah

5. Post Tensioned Beam
✔️ Rujuk gambar di rajah

Photos from SZ Design Studio's post 28/08/2024

sedang merancang untuk membina garaj kereta?

Simpan rujukan ini untuk infonya.

Photos from SZ Design Studio's post 27/08/2024

LUKISAN ELEKTRIK

Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.

Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.

Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.

Terdapat dua sistem bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat :

i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.
1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik
1.1.1. Sistem satu fasa

- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.

Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman
1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)
- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.

- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.

Nak ikuti kelas lukisan elektrik?
Klik link di bawah ini:

>> https://wa.link/349vey
>> https://wa.link/349vey

Photos from SZ Design Studio's post 27/08/2024

APA ITU RUMAH BUNGALOW/SESEBUAH/BERASINGAN?
==============================================
Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain.
KEPERLUAN FORMAT PELAN
1. Disediakan ruang kosong di penjuru atas kanan format lukisan pada setiap pelan berukuran 100mm x 150mm ruang kelulusan Majlis seperti lampiran D.
2. Dicatatkan dan disahkan pada di setiap pelan perakuan berikut:-
“Saya memperakui bahawa perinci-perinci dalam pelan-pelan ini adalah menurut kehendak-kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan saya setuju terima tanggungjawab penuh dengan sewajarnya”
3. Pelan-pelan hendaklah diwarnakan dengan lengkap.
KEPERLUAN PELAN LUKISAN
1. Pelan Lokasi dalam skala 1:400
2. Pelan Tapak dalam skala 1:200
Pelan Lokasi dan Pelan Tapak dilengkapkan dengan perkara berikut:
a. Arah utara
b. Nama-nama jalan berhampiran
c. Nombor lot / nombor rumah berhampiran
d. Tapak cadangan diwarnakan merah
e. Jarak dan garisan anjakan bangunan
f. Lebar jalan, lorong belakang dan tepi
g. Pagar dan laluan masuk utama (entrance gate)
Pelan Lantai dalam skala 1:100 dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Nombor lot / nombor rumah
b. Jarak anjakan bangunan (perlu diisi oleh PSP)
c. Keluasan Bilik Tidur (Minimum mengikut UUKBS 1984)
d. Minimum lebar setiap bilik tidak kurang daripada 2 meter.
e. Garisan cucur atap, sempadan & kelegaan ditunjukkan dengan jelas.
f. Menyediakan longkang dan apron disekeliling bangunan termasuk
rumah teres „end lot‟ dan „corner lot‟.
g. Ukuran dan arah bukaan untuk tingkap dan pintu.
h. Jenis dan saiz tingkap / pintu / telaga udara pada pelan atau jadual „legend‟.
i. Disediakan ‘drop‟ pada lantai dapur dan bilik air (min.50mm)- jika perlu
j. Kemasan lantai pada pelan atau jadual ‘legend‟.
k. Nama dan kegunaan bilik / ruang.
l. Ukuran-ukuran bilik / ruang mengikut UUKBS 1984.
m. Dinding baru di plastered luar dan dalam.
n. Garisan keratan bangunan memanjang dan menegak.
o. Ukuran tangga - jejak (255mm min.) dan anak tangga (180mm max.)
p. Tembok penahan (jika ada)
q. „Outlet‟ air di balkoni.
r. Telaga Udara (Airwell) - jika ada
Pelan Tampak Hadapan, Belakang dan Tepi dalam skala 1:100 dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Jarak bangunan bertutup dan cucur atap ke sempadan.
b. Ketinggian bangunan dari aras ke bumbung (hujung bumbung yang tertinggi).
c. Ketinggian bangunan - ruang kediaman tidak kurang dari 2.5 Meter.
d. Jenis dan saiz tingkap / pintu / telaga udara pada pelan atau jadual legend.
e. Tebal dan kemasan dinding ( Dinding baru di plaster luar & dalam ).
f. Ketinggian paip pengudaraan (Vent Pipe) - 610mm.
g. Sudut kecerunan bumbung.
Pelan Keratan dalam skala 1:100 (membujur dan melintang) dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Ketinggian bangunan – ruang kediaman tidak kurang dari 2.5m ‘clear height‟
b. Ketinggian bangunan ke aras bumbung (hujung bumbung yang tertinggi)
c. Garisan cucur atap ke sempadan.
d. Jenis dan saiz tingkap / pintu / telaga udara pada pelan atau jadual legend. Kemasan dinding.
e. Tebal dinding dan jenisnya.
f. Ukuran tangga – jejak (255mm min) dan anak tangga (180mm max) dan
ketinggian railing (900mm min).
Pelan Bumbung dalam skala 1:100 dan dilengkapkan dengan perkara berikut:-
a. Kecerunan bumbung.
b. Bumbung dari jenis ‘asbestos free’ unit kediaman.
c. Garisan kelegaan ditandakan merah
Sistem Pengump**an dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH)
(UUKBS 2, 10 & 115 dan Garis Panduan KPKT)
a. Pelan Bangunan menunjukkan lokasi tangki SPAH dengan jelas.
b. Elemen SPAH ditunjukkan dengan jelas dalam diagramatik.
(sistem paip, tangki, pam air dan lain-lain)
c. Sistem SPAH untuk banglo dan rumah berkembar
(keluasan bumbung rata sama atau >100m2
sahaja)
d. Penutup bumbung dan saliran berkesan untuk sistem SPAH.
e. Air hujan tidak boleh memasuki tangki bekalan air.
f. Alir keluar SPAH hendaklah ditandakan “Bukan tujuan untuk minuman
dan mandian” pada pelan.
g. Palong mempunyai kecerunan yang mencukupi supaya air tidak bertakung.
h. Paip air hujan hendaklah berwarna hijau.
Pelan Struktur
a. Borang A Struktur yang diisi lengkap dan ditandatangani oleh Jurutera
Perunding.
b. 1 set pelan struktur (linen) lengkap dengan tandatangan Jurutera Perunding
c. Kiraan yang lengkap dan dibukukan bersama-sama pelan struktur.
Pelan perincian Pagar Masuk, Culvert dan pagar keliling (perimeter fencing).
Pelan perincian Kolam Renang (jika ada)
Perincian Papan Tanda dan Hoarding (Format di Lampiran E dan F)
Lukisan Diagrammatic Bekalan Air (jika ada paip air baru dan diwarnakan biru).
Lukisan Diagrammatic Sanitary Layout (jika ada sanitari baru dan diwarnakan merah).
a. Arah paip – sink / basin / long bath / floor trap ke „gully trap‟ / grease trap
seterusnya ke lurang (manhole) dan diwarnakan merah.
b. Arah paip water closet ke lurang dan diwarnakan merah.
c. Water tap pada water closet dimana sesuai dalam ruang tandas.
d. Manhole air tight cover.

Photos from SZ Design Studio's post 25/08/2024

Simpan kemas-kemas rujukan ukuran dan gaya meja makan.

Photos from SZ Design Studio's post 24/08/2024

Bercadang Untuk Menukar Pintu dan Tingkap Sedia Ada Atau Untuk Tingkap Rumah Baru Anda?

Ikuti Asas Pengetahuan Ukuran Pintu dan Tingkap Ini.

Photos from SZ Design Studio's post 23/08/2024

Kenali jenis-jenis struktur besi

Photos from SZ Design Studio's post 21/08/2024

Apa itu Rumah Teres?

1)Rumah teres adalah yang dibina secara bercantum dan tiada ruang terpisah antara unit serta menempatkan banyak unit di dalam satu baris panjang.

2)Kebiasaannya rumah jenis ini dibina satu tingkat, dua tingkat & tiga tingkat brgantung kepada lokasi, pasaran, keadaan tanah dan sebagainya.

3)Rumah jenis ini biasanya dibina oleh pemaju dan kebanyakannya adalah di kawasan pekan,dan bandar.

Photos from SZ Design Studio's post 20/08/2024

KETAHUI 4 PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN

1) Ketepatan

Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.

2) Teknik melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik.

Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.

3) Kebersihan lukisan

Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya.

Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelukis pelan.

4) Masa menyiapkan lukisan

Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu seperti kemahiran menggunakan Autocad.

Photos from SZ Design Studio's post 19/08/2024

Simpan rujukan ukuran kolam renang ini untuk kegunaan.

Photos from SZ Design Studio's post 18/08/2024

Rujukan pelan elektrik dalam rumah

Want your business to be the top-listed Interior Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

SZ DESIGN SALES & SERVICES
HQ Di Menara KIP, Jalan Kuching, Kuala Lumpur

SZ DESIGN SALES & SERVICES Merupakan Sebuah Syarikat Yang Menawarkan Perkhidmatan Freelance Pelukis Pelan Bangunan, 3D Perspektif & Kontraktor Binaan Bumiputra.

ALAMAT PEJABAT:

MENARA KIP CORPORATE TOWER, Taman Wahyu, Jalan Kuching, 68100, Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi : 9.00 A.M - 6.00 P.M

Videos (show all)

Mechanical drawing on progress #szdesigninfo #szdesignshare #2ddrawing #belajar2d #mechanicaldrawing
Baca betul-betul buat owner rumah yang nak ubahsuai atau bina rumah . #szdesigninfo #szdesignshare #pelanrumah #pelanlan...
3D Progress rumah banglo #szdesigninfo  #szdesignshare #pelukispelan #3dsmaxmodeling #3dsmax #exteriordesign #rumah
3D Exterior Design Rendering On Progress #szdesignshare #szdesigninfo #3dsmax #3dsmaxmalaysia #3ddrawing
3ds Max Vray Rendering #szdesignshare #szdesigninfo #3ddrawing #interiordesign
Dengan alam, dapatnya ilham. #szdesigninfo #szdesignshare #belajar3d #3dsmax #interiordesign
Now open⤵️Dah boleh booking slot 2D & 3D Drawing serta submission majlis.Klik link di bawah ini untuk maklumat lanjut:>>...
Cara membuat longkang. #szdesigninfo #szdesignshare #autocadmalaysia #autocad
[KNTRAKTOR, PEMILIK RUMAH & PELAJAR SENI BINA]  Sampai bila nak kena scam dan lebur duit macam tu jer? Cikgu Sazli nak b...
Buat newbie, ini cara mudah lipat kertas A1 #szdesignshare #szdesigninfo #lipatkertasA1
Pelan lantai adalah bahagian yang terpenting di dalam sesuatu pelan rumah/bangunan.Melalui pelan lantai kita akan dapat ...
Rumah, tempat cipta kenangan bersama. #szdesignshare #szdesigninfo

Telephone

Address


No. 1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara Off Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Other Kuala Lumpur interior services (show all)
Roy Idris Interior Design Roy Idris Interior Design
Ampang
Kuala Lumpur, 68000

Let us Style up Your Space! Design & Build Company based in Kuala Lumpur

The Art of Stitch The Art of Stitch
Kuala Lumpur

Your Online Cross Stitch Store

Tenmoku Pottery Tenmoku Pottery
89-91 Jalan 2/10B Spring Crest Industrial Park Batu Caves
Kuala Lumpur, 68100

Tenmoku Pottery -Design Inspired by Nature Ceramic Art Classes

Timeless Design Timeless Design
54, Jalan Putra
Kuala Lumpur

At Timeless, our furniture are functionally designed, inspiring and affordable. From Scandinavian to contemporary, we’ve got something for you, our pieces are built to last a lifet...

DMZ Academy of Creative Art DMZ Academy of Creative Art
D-3-10, Southgate Commercial Centre
Kuala Lumpur, 55200

PART-TIME Interior Architecture Training. ONLINE interior design guide. ONLINE design entrepreneurs coaching.

Expression Design & Contract Sdn Bhd Expression Design & Contract Sdn Bhd
25-2-25, Plaza Prima, Bt 4 1/2, Jalan Klang Lama , Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 58200

Residential or Commercial Interior + Architecture design & one stop renovation service

Jadi Batek Jadi Batek
30 Jalan Inai
Kuala Lumpur, 55100

Jadi Batek is a batik lifestyle brand from Malaysia. By using traditional hand drawn method, we creat

Nook Flowers Nook Flowers
Nook Enterprise Co. Reg Number: 200803091054 [001763701-P], , 2-G-1, (Lobby Block 2), Pantai Panorama, Bangsar South, Jalan 1/112H, Off Jalan Kerinchi
Kuala Lumpur, 59200

Established 2008. Blooms, botanicals & biophilic designs. Full service floral delivery studio (by appointment only). Call/text 014-368 1044 for orders/info. One day pre-order requi...

Scribbles by Rachdyelle Scribbles by Rachdyelle
Mont Kiara
Kuala Lumpur, 50480

Scribbles by Rachdyelle offers a range of beautifully handcrafted drinkware and stationery to suit y

Pipit Pipit
11-2, Jalan Menara Gading 1
Kuala Lumpur, 56000

Zakka , Craft , Stationery & Independent Labels { 文具,杂货,手创及好设计 } https://www.youtube.com/channel/UCij0C3nxHEmTWkC5Y3sQW8Q/

Econic Marketing Econic Marketing
Main Entrance Ground Floor, Desa Kompleks, Jalan Kepong
Kuala Lumpur, 52100

Econic Marketing (Furniture Shop) (001882993-A) Main Entrance Ground Floor, Desa Kompleks, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Call or whatsapp 012 3397717

Doof Industries Doof Industries
No. 43-1, Jalan Seri Utara 1, Seri Utara Off Jalan Ipoh
Kuala Lumpur, 68100

It's a sign divine, plush b***y and no cootie! :) www.doofindustries.com/store SMS/WA: 012 906 8798