Upah drawing Autocad

Upah drawing Autocad

Nearby interior services

SZ Design Studio
SZ Design Studio
Jalan Seri Utara

You may also like

Okuuuur
Okuuuur
Photos from Upah drawing Autocad's post 23/08/2024

Kenali jenis-jenis struktur besi

Photos from Upah drawing Autocad's post 21/08/2024

Apa itu Rumah Teres?

1)Rumah teres adalah yang dibina secara bercantum dan tiada ruang terpisah antara unit serta menempatkan banyak unit di dalam satu baris panjang.

2)Kebiasaannya rumah jenis ini dibina satu tingkat, dua tingkat & tiga tingkat brgantung kepada lokasi, pasaran, keadaan tanah dan sebagainya.

3)Rumah jenis ini biasanya dibina oleh pemaju dan kebanyakannya adalah di kawasan pekan,dan bandar.

Photos from Upah drawing Autocad's post 20/08/2024

KETAHUI 4 PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN

1) Ketepatan

Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.

2) Teknik melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik.

Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.

3) Kebersihan lukisan

Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya.

Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelukis pelan.

4) Masa menyiapkan lukisan

Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu seperti kemahiran menggunakan Autocad.

Photos from Upah drawing Autocad's post 17/08/2024

22 Jenis Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Tambahan Pindaan Kediaman:

1)Surat Permohonan dari perunding berdaftar
2)1 Salinan Borang A
3)3 Set Pelan Bangunan
4)Pelan diwarnakan merah dan biru untuk tambahan pindaan yang berkenaan
5)1 salinan resit cukai pintu terkini
6)1 salinan jual beli
7)1 salinan sijil kelayakan memduduki (CF) atau (CCC)
8)2 salinan kad pengenalan pemilik
9)Surat perakuan kebenaran jiran & aku janji
10)Jadual kiraan bayaran yuran proses pelan dan permit meletak bahan binaan
11)1 salinan senarai semak
12)Gambar bangunan asal
13)Lukisan Pelan R.C
14)Surat pengesahan jurutera
15)Surat aku janji penyelengaraan bumbung rata(flat roof)
16)1 salinan borang permohonan tong roro
17)Borang perakuan belum memulakan kerja
18)Borang perakuan telah memulakan kerja(Jika berkenaan)
19)Surat wakil
20)surat pengesahan dari pemaju untuk pembangunan jenis komuniti berpagar
20)Surat kebenaran membina tambahan pindaan dari pemaju
21)Mengemukakan ‘method statement’
22)Surat kebenaran majlis bagi rayuan tambahan yang termasuk dalam anjakan bagunan(jika berkenaan)

Photos from Upah drawing Autocad's post 16/08/2024

Apa Itu 3D Studio MAX?

3D Studio Max atau biasanya dikenali dengan nama 3DS MAX adalah sebuah software visualisasi (modeling dan animasi) 3 Dimensi yang pop**ar, permintaan yang tinggi dan serba guna. Hasil dari rekabentu dan animasi yang dihasilkan adalah amat memuaskan. 3DS Max sendiri sering digunakan di televisyen, media penyiaran, web, games, modeling 3D dan lain-lain.

Persembahan 3D Studio Max?Persembahan 3D Studio Max terdiri dari beberapa bagian komponen utama iaitu:-

-Menu Bar
-Tool Bar
-Viewport
-Command Panel
-Animation Control
-Viewport Control

Menu Bar

Menubar adalah menu pulldown yang merupakan menu utama dari program 3D Studio Max dimana mengandungi semua fungsi dari membuat file baru hingga menutupnya.

Tool Bar

Tool bar merupakan kunci menu yang berposisi dibawah Menu Bar yang berbentuk simbol-simbol untuk mempermudah pengguna dalam proses penggunaan setiap fungsi yang disediakan.

Viewport

Viewport merupakan paparan kerja dari program 3D Studio max yang dimana secara Default terdiri dari 4 bahagian, iaitu:-

-Top
-Front
-Left
-Perspective

View port dimana kita dapat melihat perubahan merupakan viewport aktif, tanda dari viewport aktif adalah adanya tanda kuning pada kotak/area yang terpilih.

Command Panel

Pada bagian dari 3D Studio max ini, Command panel dapat melakukan menentukan perubahan terhadap objek melalui parameter objek yang akan dibuat, juga dapat mengakses penetapan sebagaimana yang terdapat dalam menu bar atau menu tab. Perlu diketahui, hampir separuh dari fungsi aplikasi dalam merekabentuk dan animasi 3DS Max ini dapat dibuat melalui command panel.

Animation Control

Animation Control merupakan tetapan di mana akan dilakukan penentuan terhadap animasi objek, masa animasi dan menjalankan animasi, di sinilah letak perbezaan hebat antara program 3D Studio Max dengan program lain

Viewport Control

Merupakan navigasi viewport di mana dapat memperbesar objek melalui gambar atau objek dengan memperbesar viewport jika ingin melihat objek yang tidak nampak kerana terselindung disebalik objek lain.

Perlukan pelan 3D drawing?
Klik link untuk maklumat lanjut

>> https://wa.link/rjiwzg
>> https://wa.link/rjiwzg

Photos from Upah drawing Autocad's post 16/08/2024

Nota untuk plumbing. Simpan baik-baik untuk rujukan.

Photos from Upah drawing Autocad's post 11/08/2024

[ Lapping of Bars ]

1.) Rebar yang terdapat di dalam pasaran memiliki panjang maksimum 12 m. Biasanya 10 m daripada panjang ini dikhususkan untuk penempatan secara langsung dalam struktur manakala baki 2 m lagi dikhususkan untuk pembengkokan untuk tujuan cengkaman.

2.) Sekiranya panjang sesuatu rebar dalam struktur tidak mampu untuk mencapai panjang melebihi 12 m, disinilah keperluan untuk rebar disambungkan dengan rebar yang lain melalui pertembungan antara pengakhiran 'actual rebar' dan permulaan 'new rebar' secara tindihan. Penyambungan tindihan ini dikenali sebagai 'lapping'.

3.) Bagaimana p**a dengan panjang 'lapping'?

4.) Anggaran panjang 'lapping' yang ditentukan biasanya antara 30D - 50D dimana simbol 'D' merujuk kepada saiz diameter bar yang digunakan ketika penyambungan. Penentuan ini bergantung kepada gred konkrit yang digunakan (sama ada nominal mix & design mix) dan fungsi pembinaan sesuatu struktur (compression & tension).

5.) Dalam konteks gred konkrit, lagi tinggi gred konkrit yang digunakan, lagi pendek 'lap length' ketika penyambungan antara rebar. Justeru, 'lap length' pendek akan dikenakan terhadap penyambungan rebar di dalam gred konkrit yang tinggi (G20, G25 ke atas atau lebih dikenali sebagai konkrit 'design mix'). Ini bermaksud, 'lap length' dalam 'design mix' lebih panjang daripada 'nominal mix'.

6.) Adapun dalam konteks fungsi penyambungan rebar, lazimnya rebar yang melibatkan tegasan tegangan (tension : beam) memiliki 'lap length' yang lebih panjang daripada sambungan rebar yang melibatkan tegasan mampatan (compression : column).

7.) ‘lap length’ untuk projek JKR p**a kesemuaannya menggunakan panjang 45D.
Nota tambahan :

Terdapat beberapa kaedah penyambungan besi tetulang yang sering digunapakai di tapak pembinaan seperti 'welding', 'mechanical joint' dan 'rebar tie'. Penyambungan besi tidak sesuai dijalankan terhadap besi tetulang dengan saiz 36 mm ke atas kerana saiznya dianggap terlalu besar untuk penyambungan melainkan atas keperluan iaitu dengan cara sambungan 'welding' atau ikatan 'spiral' di sekeliling 'lap'.

Photos from Upah drawing Autocad's post 10/08/2024

APA ITU RUMAH SEMI D?

1) Jenis rumah landed yang kedua iaitu rumah Semi-Detached (Semi-D) atau rumah berkembar.

2) Rumah jenis ini bersebelahan dan melekat di tengah.

3) Di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong yang biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, berkebun, landskap dan sebagainya.

4) Ada juga pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian dengan menambah bilik atau besarkan ruang.

Photos from Upah drawing Autocad's post 09/08/2024

Apa itu Pad Foundation(Pad Footing)?
1) Merupakan Foundation yang paling banyak digunakan selain 'Pile Cap'
2) Foundation yang paling mudah dan ringkas, tetapi boleh direka dalam bentuk - bentuk selain daripada segi empat.
3) Saiznya boleh mencapai 2 Meter < panjang, lebar dan tinggi dan direka untuk menampung beban yang diperlukan.
4) Kebanyakannya digunakan untuk rumah atau bangunan yang ringkas serta tidak melebihi 2 tingkat.
5) Sesuai untuk tanah yang tidak terlalu lembut.
6) Lebih ekonomikal berbanding Foundation yang lain.

Photos from Upah drawing Autocad's post 08/08/2024

Nah simpan rujukan ukuran size bilik air dan gaya susunannya.

Photos from Upah drawing Autocad's post 07/08/2024

Rcc details

Photos from Upah drawing Autocad's post 06/08/2024

Bagaimana pembinaan bangunan mengikut tiang dan rasuk?

Photos from Upah drawing Autocad's post 05/08/2024

Apa Itu Eskalator?
======================================

Tangga gerak atau eskalator ialah sejenis peranti pengangkutan penyampai yang mengangkat penumpangnya dari tingkat ke tingkat dalam sesebuah bangunan.

Alat ini terdiri daripada serantaian anak tangga pacuan motor yang bergerak ke atas atau bawah dalam satu landasan, sementara mata tangga kekal mendatar.

Tangga gerak digunakan di seluruh dunia untuk mengangkut pejalan kaki di tempat-tempat yang tidak sesuai dipasang lif. Antara tempat-tempat yang menggunakannya termasuk gedung serbaneka, pusat beli-belah, lapangan terbang, stesen keretapi, pusat konvensyen, hotel, dan bangunan awam.

Tangga gerak banyak sekali faedahnya, seperti berupaya mengangkut ramai orang, boleh dipasang dalam ruang yang boleh dimuatkan tangga, tiada masa menunggu (kecuali bilangan terlalu ramai), berguna untuk membawa orang ke arah pintu keluar atau pameran istimewa, dan juga boleh dikaliscuacakan untuk kegunaan luar bangunan.

Photos from Upah drawing Autocad's post 04/08/2024

NAMPAK SIMPlE, TAPI 5 PERKARA INI DAPAT MEMBANTU ANDA TAHU DENGAN LEBIH JELAS MENGENAI LUKISAN ELEKTRIK

1)Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik.
2)Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.
3)Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.
4)Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.
Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.
5)Terdapat duasistem bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa.

Photos from Upah drawing Autocad's post 02/08/2024

Rujukan asas kompenan dalam pembinaan yang perlu anda tahu.

Photos from Upah drawing Autocad's post 02/08/2024

Apa itu kabel Elektrik?

✅ Trunking adalah alat kemas kabel yang digunakan untuk kabel teratur yang sebaliknya akan berjalan longgar di sekitar lantai dan dinding, menyebabkan pemandangan yang tidak rapi dan kemungkinan bahaya tersandung.

✅ Sekiranya kabel perlu diganti atau dikabelkan semula, trunking akan menjadikan pekerjaan lebih mudah kerana akses mudah wayar yang berkaitan. Trunking yang kuat juga berfungsi sebagai pelindung dari kabel yang rosak akibat benda jatuh atau dipijak.

Ciri-ciri dan manfaat

Warna putih / Warna kelabu

Bahan Kuat

Pembinaan bahan tolok berat untuk melindungi laluan pendawaian elektrik

Tidak boleh dipotong mengikut ukuran. Boleh disesuaikan mengikut permintaan semasa dipesan

Kaedah yang menjimatkan untuk melindungi laluan pendawaian elektrik

Melindungi pemasangan pendawaian elektrik
16mm x 16mm 2 meter panjang

Sesuai untuk gudang, garaj, bengkel dan penggunaan domestik am
Jalur pelekat sendiri untuk kestabilan dan pemasangan yang mudah

Dikilangkan mengikut standard antarabangsa
Aksesori yang ada seperti sudut L, penyambung tiga arah, penyambung pertengahan, sudut dalam, sudut luar dan sebagainya.

Klip yang mudah dan selamat di penutup
Penggunaan dalaman sahaja

Baru: Barangan baru, tidak terpakai, belum dibuka dan tidak rosak dalam bungkusan runcit asal (di mana pembungkusan boleh digunakan). Sekiranya barang itu datang terus dari pengilang, ia boleh dihantar dalam pembungkusan bukan runcit, seperti kotak atau beg plastik biasa atau tidak dicetak.

Photos from Upah drawing Autocad's post 01/08/2024

Disini dilampirkan apa itu PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (Certificate Of Completion and Compliance) – CCC ,

Rujukan Isi Borang & Senarai Semak

PENGEMUKAAN BORANG G1 – G21 DAN F PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CERTIFICATE OF COMPLETION AND COMPLIANCE)

SENARAI BORANG

Borang G 1 : Kerja-kerja Tanah
Borang G 2 : Pemancang Tanda
Borang G 3 : Asas Tapak
Borang G 4 : Struktur
Borang G 5 : Perpaipan Air Dalaman
Borang G 6 : Perpaipan Sanitari Dalaman
Borang G 7 : Elektrik Dalamann
Borang G 8 : Menentang Kebakaran (Pasif)
Borang G 9 : Menentang Kebakaran (Aktif)
Borang G 10 : Pengudaraan Mekanikal
Borang G 11 : Pemasangan Lif / Eskalator
Borang G 12 : Bangunan
Borang G 13 : Sistem Bekalan Air Luaran
Borang G 14 : Retikulasi Pembentungan
Borang G 15 : Loji Rawatan Pembentungan
Borang G 16 : Sistem Bekalan Elektrik Luaran
Borang G 17 : Jalan dan Parit
Borang G 18 : Lampu Jalan
Borang G 19 : Parit Luaran Utama
Borang G 20 : Telekomunikasi
Borang G 21 : Pandangan Darat

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

-Surat pelepasan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (kecuali untuk Bangunan Kediaman yang tidak melebihi ketinggian 18 meter) hendaklah dilampirkan.

-Surat pelepasan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (kecuali untuk Bangunan Kediaman yang tidak melebihi ketinggian 18 meter) hendaklah dilampirkan.

-Sijil kelayakan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah dilampirkan.

-Surat pengesahan daripada Pihak Berkuasa Air bahawa bekalan air telah sedia untuk pemasangan hendaklah dilampirkan.

-Surat pengesahan daripada *Jabatan Perkhidmatan Pembentungan / Indah Water Konsortium hendaklah dilampirkan.

-Surat pengesahan daripada *Jabatan Perkhidmatan Pembentungan / Indah Water Konsortium hendaklah dilampirkan.

-Surat pengesahan daripada Tenaga Nasional Berhad bahawa bekalan kuasa elektrik telah sedia untuk pemasangan hendaklah dilampirkan.

-Surat pengesahan daripada *Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Selayang hendaklah dilampirkan. Jika orang yang mengemukakan tidak menerima Surat Pengesahan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan. Surat Pengesahan hendaklah disifatkan telah diberikan.

Photos from Upah drawing Autocad's post 01/08/2024

Macam Mana Nak Tahu Setback Rumah Kita Sebelum Mulakan Kerja Binaan?

Apa itu Setback?

✅ Setback ialah jarak minimum antara bangunan dengan sempadan tanah.

✅ Setback ni penting untuk elakkan masalah perundangan di masa depan dan memastikan keselamatan struktur bangunan.

3 Cara Penting Nak Tahu Setback Rumah Anda:

1) Semak Pelan Rumah.
Rujuk pelan asal rumah anda yang disediakan oleh arkitek atau pemaju

2)Rujuk Pihak Berkuasa Tempatan
Hubungi pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk maklumat lanjut tentang setback di kawasan anda.

3) Dapatkan Khidmat Profesional: Upah juruukur bertauliah untuk mengukur setback secara tepat.

Photos from Upah drawing Autocad's post 01/08/2024

Peminat Wainscoting & nak Deco Diy Sendiri dengan bajet rendah.

Boleh buat drawing macam ini mengikut size dinding rumah anda.

Photos from Upah drawing Autocad's post 31/07/2024

Rujukan untuk konkrit tetulang rebar

Photos from Upah drawing Autocad's post 30/07/2024

Kontraktor, Arkitek, Jurutera, Pereka, Student, Workers, Pekerja site, simpan formula asas ukuran & binaan ini baik2.

Photos from Upah drawing Autocad's post 29/07/2024

PAVING BLOCK

✅ Paving block merupakan alternatif pengganti kepada tar. Sering digunakan pada jalan-jalan di mana lalu lintas kenderaan relatif tidak sibuk dan untuk tujuan estetik.

✅ Paving block juga banyak digunakan di kawasan perkarangan rumah. Perkarangan rumah akan jadi lebih kemas, cantik dan apabila hujan dapat nyahkan dari lumpur atau menjadi kawasan takungan air

✅ Proses penyusunan block paving ini biasanya masih dilakukan secara manual yang memerlukan penggunaan banyak tenaga kerja.

28/07/2024

Lukisan mekanikal merujuk kepada:

✅ Representasi Teknik
Menggambarkan rancangan teknikal produk atau komponen dengan terperinci.


✅ Standard Gambar
Mengikut piawaian antarabangsa seperti ISO untuk memastikan kejelasan komunikasi teknikal.

✅Perincian Komponen
Menunjukkan geometri, dimensi, toleransi, bahan, dan maklumat teknikal lain.

✅Penjelasan Tambahan
Mengandungi simbol, skala, dan pengukuran penting untuk proses pembuatan dan pengujian.

✅PanduanPembuatan
Berperanan sebagai panduan untuk juruteknik dalam proses penghasilan, pemasangan, dan penyelenggaraan produk.

Photos from Upah drawing Autocad's post 26/07/2024

APA ITU LUKISAN BANGUNAN?
1. Lukisan bangunan memberi pengetahuan dan kefahaman kepada mengenai lukisan bangunan merangkumi jenis lukisan pembinaan, lukisan pelan, pelan lantai, pelan bumbung, simbol-simbol piawai bangunan.
2. Bagi lukisan pandangan bangunan setingkat dan dua tingkat, ia mengandungi lukisan pelan, pandangan hadapan, pandangan sisi, lukisan keratan bangunan dan lukisan perincian bangunan.
4 ELEMEN DALAM LUKISAN BANGUNAN
1. Pelan Lokasi (Location Plan)
Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
2. Pelan Tapak (Site Plan)
Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina.
3. Pelan Lantai (Floor Plan)
Menunjukkan ukuran bangunan keseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot. Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan lantai. Pelan tapak juga bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya
4. Pandangan (Elevation)
Pandangan adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar. Ia hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu. Ia bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Bagi melukis pandangan sesebuah bangunan, kaedah unjuran ortografik digunakan iaitu sesuatu arah pandangan bangunan yang dilihat pada pelan lantai akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan bangunan itu.
Terdapat 3 jenis pandangan iaitu :
1. Pandangan Hadapan (Front Elevation)
2. Pandangan Belakang (Rear Elevation)
3. Pandangan Sisi (Side Elevation)
Lukisan Keratan Bangunan :
Lukisan keratan menunjukkan bangunan, tanah yang dipotong dari aliran utara-selatan atau barat-timur memberi maklumat butiran isi dalaman sesebuah pelan.
Lukisan Perincian Bangunan :
Pelan Lukisan Perincian memberi butiran yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.
Skala
Merupakan nisbah ukuran di atas pelan dan dipermukaan tanah yang sebenar. Contohnya - 1:100 bermakna 1mm di atas pelan bersamaan 100mm di atas permukaan tanah.
Dapat sesuatu?

Photos from Upah drawing Autocad's post 25/07/2024

4 Sebab Penting Kenapa Perlu Submit Pelan Pada Majlis Untuk Membina?

1) Untuk dapatkan CCC

2) Untuk memohon loan perumahan LPPSA/ Bank. Wajib ada surat kelulusan pelan dari Majlis

3) Untuk memelihara hak kejiranan. Jika pembinaan tidak ikut syarat Majlis, ia akan menggangu lot jiran. Contohnya, pembinaan tidak cukup setback

4) Jika berlaku kebakaran dan rumah p**a tiada kelulusan Majlis, amat sukar dan hadapi masalah dari segi tuntutan insuran.

25/07/2024

Kenali jenis-jenis simbol tingkap

Photos from Upah drawing Autocad's post 23/07/2024

(AS BUILT DRAWING) APA ITU LUKISAN SEPERTI DI BINA??


1. “Lukisan seperti dibina” hendaklah dijaga dan dikemaskini di sepanjang masa kerja dijalankan.

2.Lukisan seperti dibina adalah lukisan yang dibuat apabila bangunan yang dibina telah siap berdasarkan kedudukannya yang sebenar di tapak bina.

3.Lukisan ini di gunakan untuk mengenalpasti masalah atau kerja–kerja tambahan yang di perlukan pada sesuatu bangunan yang telah siap di bina berdasarkan keadaan sebenar bangunan yang telah dibina.

5.Lukisan ini hendaklah di siapkan seberapa segera setelah kerja-kerja disiapkan.

6 “Lukisan seperti dibina” hendaklah menunjukan kerja sebagaimana dibina, terutamanya penempatan dan laluan paip–paip perkhidmatan dan kabel-kabel yang tertanam.

7.Satu set “lukisan seperti di bina” mestilah diserahkan kepada jabatan/ kementerian pelanggan untuk rekod dan penyelenggaraan kerja tersebut.

8.satu set lukisan itu juga hendaklah di hantar kepada cawangan pelanggan yang berkenaan untuk rekod dan di mana perlu bagi mengemaskini lukisan-lukisan standard.

Photos from Upah drawing Autocad's post 23/07/2024

CARA-CARA PEMASANGAN JUBIN/MOZEK (Tiles) DENGAN BETUL (for newbies)

1) Pemilihan Jenis Jubin/Mozek

Nak pasang kat mana? Berapa kaki persegi? Besar mana jubin mahu pakai? Berapa kos anda? Kalau nak pasang sendiri kita kena mahir dalam bab nie.. Takut ketidakseragaman dalam pemasangan. Jika tak tau tentang pemilihan jubin untuk pemasangan disesuatu area, kita boleh tanya sahaja pada tuan kedai. Kerana kebanyakan kita hanya membuat pemilihan warna jubin sahaja. Bukan ketahanan, kesusuaian, dan kos. Pastikan memilih jubin yang kesat untuk semua lantai ruangan basah. manakala untuk dinding, pilih yang licin serta berkilat. antara lantai dan dinding pilih jubin yang warna hampir sama..tapi jgn betul2 sama kerana kurang cantik. Ini adalah pendapat sesetengah orang. Tapi terp**ang kepada si pemakai... Pemilihan warna untuk jubin p**a mestilah terang dan cerah. jgn ambil warna yang suram.. Elakkan ambil jubin color putih walaupun cerah untuk bilik mandi kerana ianya cepat kotor serta warna menjadi kekuningan..

2) Peralatan Pemasangan Jubin
- Sudip simen
- Sudip besar bergerigi
- Baldi bancuhan
- Tukul kepala getah
- Pengantara plastik (tebal 2mm)
- Benang belon
- Spirit level panjang 4 kaki
- Hollow 1" x 2" Aluminum rod (4 & 8 kaki pjg)
- Squareness laser level
- Tukul biasa

3) Cara Pemasangan Jubin

Untuk lantai, mula sekali susun satu-satu jubin dari dinding kanan ke kiri dan atas ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran. Kalau boleh muat satu jubin, dari "hujung tepi" kanan dan kiri, atas dan bawah, tali diletakkan selepasnya (satu keping jubin itu) sampai dapat "panjang dan lebar" untuk ukuran. Kira satu tali melintang dari kiri ke kanan dan satu tali memanjang dari atas ke bawah. (sorry susah nak diterangkan) (tali tu mestilah di ikat pada paku dan pakukan ke lantai)

p/s : Pastikan juga satu jubin penuh dimulai dan berakhir di mana. X la nanti depan pintu atau tepi dinding ada lebihan yang banyak.

4) Cara Melekatkan Jubin:

Untuk melekat jubin ni, pertama sekali letak kat hujung tali yang bertemu tu, (sebelah kanan atau kiri) sebaris melintang dan sebaris memanjang.

- Ambil simen yang sudah siap dibancuh (cara-cara bancuh simen, masukkan air dahulu, kira-kira separuh baldi simen tu, pastu baru masuk simen. Kacau sehingga likat, pekat macam tanah liat lepas kena hujan) , letakkan pada lantai, tarik "perata simen bergerigi" untuk meratakan sambil menjadikan simen itu berombak.

- Letakkan jubin atas simen berombak itu, Ketuk dengan bawah tukul (pemegang dia, kayu atau getah atau tukul getah tu, jangan gunakan kepala besi dia tu, pecah jubin-jubin tu nanti) untuk meratakan.

- Ukur dengan penimbang air untuk tengok sama level / kecerunan dia. Kemudian boleh lekatkan jubin yang seterusnya mengikut tali tadi.

- Untuk perhatian, Cuci semua kotoran atas jubin dengan air , (kalau boleh pakai span) sebelum ia menjadi keras.

- Kalau nak pasang kat dinding (bawah dinding bersambungan dengan lantai tu), memandangkan ruang tamu hanya perlukan (1 jubin boleh bahagi 3 @ 4 bahagian) Paku simen atau batang aluminium kena lekat pada dinding (penahan antara jubin lantai dan jubin dinding paling bawah – untuk memberi bukaan sementara sebelum tutup dengan kemasan nanti). Dinding kena ketuk sedikit dengan tukul pada setiap tempat keping jubin yang hendak di lekatkan, (kalau tak jubin tak akan lekat) . Letak simen pada belakang jubin serata mungkin dan lekat pada dinding, didirikan atas paku simen / batang aluminium itu tadi. Dan begitulah seterusnya.

5) Cara Membersih Jubin Yang Dipasang

Bila dah siap satu dinding/lantai, bersihkan kaki- kaki simen dan atas jubin simen2 lebihan / kotoran tu dengan menggunakan span.

Bila semua dah siap, baru bancuh grout (bancuhannya mestilah cair sedikit) dan isi ruangan kosong/longkang perantaraan antara setiap jubin tersebut dengan menggunakan scrapper.. Kalau nak cepat pakai window wipe.

Lepas siap keseluruhan, lap kesemua permukaan dan penyambungan jubin yang telah siap untuk cucian nipus yang terakhir. Selepas itu biarkan kering dan pastikan tidak memijak diatas jubin yg baru dipasang tadi selama 6 jam selepas siap pemasangannya.

Photos from Upah drawing Autocad's post 22/07/2024

Simpan rujukan ukuran katil ini untuk kegunaan apabila memerlukannya.

22/07/2024

Rujukan simbol pemasangan paip

Want your business to be the top-listed Interior Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Plan Architectural Design

Merupakan Sebuah Syarikat Yang Menawarkan Perkhidmatan Freelance Pelukis Pelan Bangunan, 3D Perspektif & Kontraktor Binaan Bumiputra.

ALAMAT PEJABAT:

MENARA KIP CORPORATE TOWER, Taman Wahyu, Jalan Kuching, 68100, Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi : 9.00 A.M - 6.00 P.M

Videos (show all)

Baca betul-betul buat owner rumah yang nak ubahsuai atau bina rumah . #szdesigninfo #szdesignshare #pelanrumah #pelanlan...
4 langkah mudah untuk 3D rendering #3dsmax #3ddrawing #szdesigninfo #interiordesign
As per your request, 3D house modelling.                                                            #3dmodelling.       ...
How To Trim In AutoCAD 2D?#autocad2023#trainingautocad#kursusautocad#courseautocad#autocaddrawing #autocadarchitecture #...
Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Kuala LangatMisi, Visi dan MotoMisiMerakyatkan Perkhidmatan Perbandaran yang...
TIP SUSUN ATUR PERABOT PEJABAT
[JIKA ANDA ADALAH OWNER RUMAH YANG NAK UBAHSUAI RUMAH, ANDA WAJIB TONTON VIDEO RINGKAS DAN PADAT NI ]Supaya anda aware d...
Update progress..Progress kerja-kerja wainscoting dan pemasangan Dining wall & Cat Dinding..Cadangan Ubahsuai Hiasan Dal...
7th days progress..Progress kerja-kerja wiring dan pemasangan Air Cond, kaunter top, Dining wall & plaster siling..Cadan...
Sepanjang masa PKP banyak masa terluang maka datang satu lagi idea nak ubah itu dan ini...😌Sape berminat nak belajar bua...
Panduan untuk Membuat Pelan Hiasan Dalaman & 3D Interior Untuk Kontraktor & Pereka Hiasan Dalaman

Telephone

Address


Kuala Lumpur
52100

Other Kuala Lumpur interior services (show all)
Roy Idris Interior Design Roy Idris Interior Design
Ampang
Kuala Lumpur, 68000

Let us Style up Your Space! Design & Build Company based in Kuala Lumpur

The Art of Stitch The Art of Stitch
Kuala Lumpur

Your Online Cross Stitch Store

Tenmoku Pottery Tenmoku Pottery
89-91 Jalan 2/10B Spring Crest Industrial Park Batu Caves
Kuala Lumpur, 68100

Tenmoku Pottery -Design Inspired by Nature Ceramic Art Classes

Persian Carpets | AbeeRugs KL (The House of Persian Carpets) Persian Carpets | AbeeRugs KL (The House of Persian Carpets)
33-1 Jalan Yap Kwan Seng
Kuala Lumpur, 50450

Our service guarantees always a carpet that matches your taste.

Timeless Design Timeless Design
54, Jalan Putra
Kuala Lumpur

At Timeless, our furniture are functionally designed, inspiring and affordable. From Scandinavian to contemporary, we’ve got something for you, our pieces are built to last a lifet...

DMZ Academy of Creative Art DMZ Academy of Creative Art
D-3-10, Southgate Commercial Centre
Kuala Lumpur, 55200

PART-TIME Interior Architecture Training. ONLINE interior design guide. ONLINE design entrepreneurs coaching.

Expression Design & Contract Sdn Bhd Expression Design & Contract Sdn Bhd
25-2-25, Plaza Prima, Bt 4 1/2, Jalan Klang Lama , Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 58200

Residential or Commercial Interior + Architecture design & one stop renovation service

Jadi Batek Jadi Batek
30 Jalan Inai
Kuala Lumpur, 55100

Jadi Batek is a batik lifestyle brand from Malaysia. By using traditional hand drawn method, we creat

Nook Flowers Nook Flowers
Nook Enterprise Co. Reg Number: 200803091054 [001763701-P], , 2-G-1, (Lobby Block 2), Pantai Panorama, Bangsar South, Jalan 1/112H, Off Jalan Kerinchi
Kuala Lumpur, 59200

Established 2008. Blooms, botanicals & biophilic designs. Full service floral delivery studio (by appointment only). Call/text 014-368 1044 for orders/info. One day pre-order requi...

Scribbles by Rachdyelle Scribbles by Rachdyelle
Mont Kiara
Kuala Lumpur, 50480

Scribbles by Rachdyelle offers a range of beautifully handcrafted drinkware and stationery to suit y

Pipit Pipit
11-2, Jalan Menara Gading 1
Kuala Lumpur, 56000

Zakka , Craft , Stationery & Independent Labels { 文具,杂货,手创及好设计 } https://www.youtube.com/channel/UCij0C3nxHEmTWkC5Y3sQW8Q/

Econic Marketing Econic Marketing
Main Entrance Ground Floor, Desa Kompleks, Jalan Kepong
Kuala Lumpur, 52100

Econic Marketing (Furniture Shop) (001882993-A) Main Entrance Ground Floor, Desa Kompleks, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Call or whatsapp 012 3397717