JOM Berhenti Merokok

I N F O & M O T I V A S I
Untuk Berhenti Merokok. Ramai yang ingin berhenti tetapi tidak yakin.

11/11/2022

Kalau boleh...Jangan Tunggu Dapat Baru Berhenti~
Ada pesakit kami sudah dua (2) minggu berhenti merokok tanpa kesan sampingan.
Beliau adalah pesakit penyakit darah tinggi.
Laporan perubatan setiap temujanji beliau memang ada nyatakan beliau tidak bersedia untuk berhenti merokok.
Tetapi, kali ini beliau mampu berhenti merokok, berbekalkan motivasi kerana sudah mendapat angin ahmar (Ischemic Stroke) baru-baru ini.
Tahniah! Kerana mampu untuk berhenti merokok.
Tetapi, pengajaran yang boleh kita ambil adalah, beliau boleh mencegah daripada mendapat angin ahmar tersebut dengan mengubah faktor-faktor risiko yang ada padanaya, di mana beliau mampu lakukannya dengan izin Tuhan, iaitu:
✅Penyakit darah tingginya yang tidak terkawal.
✅Aktif merokok.
Meskipun beliau sudah mendapat angin ahmar, namun komplikasi yang dialaminya adalah sederhana.
Selepas penilaian yang dibuat, melalui pelan rehabilitasi, beliau mampu untuk pulih semula dengan izin Tuhan.
Amaran!!
Angin ahmar boleh dapat lagi.
Bahkan, penyakit seumpanya juga iaitu serangan jantung (Heart attack) pun boleh dapat.
Oleh itu, teruskan dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat, bebas rokok, dan berusaha bersama-sama panduan doktor yang merawat untuk mencegah komplikasi mendatang dan kekal sihat.
Dr. Radin M.R.
Nota: Ini adalah kisah benar, namun berlaku pengubahsuaianyang sesuai untuk tujuan pengajaran, menyebarkan kesedaranm, dan menjaga kerahsiaan identiti pesakit.

10/10/2021

Diperli atau ditertawakan?

Biarkan mereka.

Biarkan dan maafkanlah mereka.

Biarkan dan doakan mereka yang baik2.

Usah peduli sikap mereka.

Usah rasa rendah diri.

Usah putus asa dengan usaha anda.

Kami amat menyokong usaha anda.

Kami adalah sahabat anda yang anda boleh harapkan bantuan dan bimbing anda.

Kami tidak mengharapkan balasan daripada anda, melainkan anda menyayangi diri anda dengan menjaga kesihatan dengan betul.

Itulah kepuasan hati kami.

Ikhlas daripada,
1. Doktor keluarga (Family doctor).
2. Staf perubatan & kesihatan dan klinik berhenti merokok (KBM) yang penuh dedikasi.

17/09/2021

NIAT – Adakah Jelas Niat Anda?

Seorang pemuda 21 tahun, datang ke klinik, lalu ditanya tentang 'adakah dia merokok?', lalu dijjawab

Pemuda: "Saya dah berhenti tiga (3) bulan lepas." (Dia akui merokok sejak umur 17 tahun, selepas SPM).

Doktor: "Bagus....tapi, awak ambil 'v**e' tak?"

Pemuda: "A-ah… tapi dah tak ambil rokok..."

Doktor: "Cecair 'v**e' ada nikotin?"

Pemuda: "Ada"

Doktor: "Kenapa dari rokok kepada v**e?....siap ada nikotin lagi...."

Percayalah, sehingga pengakhiran konsultasi, dia tidak tahu dan tidak boleh mengeluarkan alasan pertukaran daripada rokok konvensional kepada v**e bernikotin. Tidak jelas dengan peralihan "rokok kepada v**e" - nya.

----------------
Oleh itu,

1. Setiap perbuatan dimulakan dengan NIAT atau TUJUAN yang jelas.

2. Jikalau tujuan hendak berhenti merokok disebabkan ketagihan, bukanlah dengan mengambil 'v**e'/rokok elektronik yang punyai cecair nikotin.

3. Anda tetap akan ketagihan, kerana adanya......NIKOTIN.

------------------

Radin MR.
Family Medicine Trainee. MD. GCFM.

Like & Follow FB Page: https://www.facebook.com/johorberhentimerokok/

Ikuti Website Kami: https://johorbebasdarimerokok.blogspot.com/

17/07/2021
20/06/2021

Anak-anak kita membesar secara "Nature" & "Nurture".
Bahasa yang lebih mudah, mereka membesar dengan fitrah atau semula jadi; serta dengan bagaimana ia disemaikan melalui didikan.

Anak-anak ini dilahirkan bersih dari sebarang dosa dan kekotoran dan kekejian dunia.

Lalu dia dibesarkan bergantung dengan bagaimana di didik.

Bagaimana mereka dididik? Apa yang diberikan melalui apa yang dia dapatkan sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Ibu bapa adalah orang paling dekat dengan mereka apabila melibatkan didikan.

Persekitaran yang diberikan.
Informasi yang diberikan.
Panduan yang diberikan.
Keperluan & kelengkapan yang diberikan.

Kesemuanya adalah daripada orang yang dekat pada mereka, iaitu ibu bapa.

KEMPEN Generasi Bebas Asap Rokok (Produk Tembakau & Rokok Elektronik).

Ia adalah kesedaran bukan sekadar berhenti merokok sahaja, pendidikan berterusan sepanjang hayat secara menyeluruh.

Mulakan dengan kita sebagai ibu bapa.

🤩 Anda PEROKOK?
1. Asingkan diri dan bersembunyi apabila merokok di rumah atau di tempat awam.

2. Usah menunjukkan perbuatan merokok dan bahan-bahan kaitan rokok atau rokok elektronik yang anda ada.

3. Jujur dalam menjawab persoalan anak-anak tentang rokok.
(Apa itu rokok? Kenapa orang merokok? Bagus kah merokok? dan seumpama dengannya)

4. Berusaha untuk mengurangkan atau berhenti merokok, termasuklah ke klinik, bertemu dan berbincang dengan doktor keluarga anda.

😊 Anda BEKAS Perokok?
Tambahan,

5. Kekalkan diri dalam keadaan sihat.

6. Menggalak ahli keluarga yang lain atau kawan2 untuk berhenti merokok.

7. Jika mendapat kesukaran dalam meneruskan berhenti merokok, ada persoalan yang melibatkan kesihatan seperti berat badan, selera makan, masalah emosi dan lain2, SILA ke klinik dan bertemu doktor keluarga anda.

😍Anda BUKAN Perokok?
Tambahan,

7. Doakan mereka yang masih merokok untuk berhenti merokok. Usah mengeji mereka, jika mampu, tegur dengan berhemah.

8. "Speak Out!", nyatakan yang anda tidak boleh menghidu asap rokok ditempat larangan merokok serta di tempat awam, kerana mereka mempunyai pilihan untuk asingkan diri dan merokok.

9. Sokong dan memotivasi individu2 yang ingin ke arah berhenti merokok dan yang sudah berhenti merokok, serta mencegah diri dan ahli keluarga daripada merokok.

10. Bantu dan sokong usaha dalam membina generasi yang sihat dan cakna mengenai hasil tembakau daripada apa-apa produk sama ada secara tradisional atau melalui teknologi terbaru.

-doktor keluarga-

01/06/2021

31 MEI
Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Tema tahun ini: Commit to Quit,


Sertai kami untuk tujuan mendapatkan manfaat kepada perjalanan pemberhentian rokok / produk tembakau anda.

16/05/2021

Rokok, Ramadan Mendidik Kita.

"Taqaballahuminna waminkum"
Maksud: Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan daripada kamu. (Bukhari)

Ini adalah sunnah yang disebut-sebutkan tatkala sudah mengakhiri Ramadan, dan memsuki Syawal tahun Hijrah (1442H).

Antara amalan yang memberi manfaat adalah bagaimana Ramadan ini mengurangkan atau memberhentikan kita daripada merokok.

Seperti yang kita maklum, merokok membatalkan puasa menurut majoriti para ulamak.

Adanya amalan khusus berpuasa dalam bulan Ramadan; mereka yang merokok, secara tidak langsung, mendidik diri untuk TIDAK mengambil rokok selama 12 jam, selama sebulan.

Namun, kepentingan setiap tindakan bergantung dengan niatnya. Dan individu itu pasti akan dapatkannya melalui apa yang diniatkannya. Jika dia niat untuk beribadah kerana Allah, dia akan dapatkannya insha Allah. (Bukhari & Muslim)

Jika dia berniat selain daripada itu, sudah pasti dia akan dapatkannya juga dengan izin Tuhan. Contoh, berniat untuk mengurangkan merokok, atau berhenti merokok, selama sebulan secara intensif.

Adakah terlepas peluang ini? TIDAK, anda boleh cuba dengan amalan berpuasa sunat di bulan selain Ramadan.

Semoga amalan dan didikan diri kita diterima olehNya. Amin.


Radin MR.
Pelatih Perubatan Keluarga.

Like & Follow FB Page: https://www.facebook.com/johorberhentimerokok/

Ikuti Website Kami: https://johorbebasdarimerokok.blogspot.com/

----------------------

Sumber:
[1] Irsyad Al-Fatwa Ramadhan ke-23: Hukum Merokok Ketika Berpuasa. Laman Web Pejabat M***i Wilayah Persekutuan. 23 Jun 2015.

07/05/2021

JOM Berhenti Merokok

Adalah platform dalam memberi info & motivasi kepada anda untuk:

1️⃣ Berhenti merokok

2️⃣ Mencegah diri anda daripada merokok

3️⃣ Mendidik anda untuk membantu sesiapa yang ingin berhenti merokok

4️⃣ Mengelakkan diri anda daripada merokok kembali

✅ Sasaran kami adalah kepada semua peringkat umur dan latar belakang.

✅ Kami cuba mempermudahkan dalam teknik penyampaian informasi dan motivasi.

✅ Kami tidak prejudis dan memandang serong kepada mana-mana individu yang merokok (termasuk rokok elektronik).

✅ Objektif kami adalah membantu & mempermudahkan.

✅ Kami tidak berniaga dengan sebarang bentuk perniagaan.

Marilah! JOM Berhenti Merokok. 🚭 😘

Want your practice to be the top-listed Clinic in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Muar
84200

Other Medical & Health in Muar (show all)
Klinik Anda 24Jam Muar Klinik Anda 24Jam Muar
PTB 16353 (TINGKAT BAWAH, TINGKAT 1 & TINGKAT 2), Jalan ABDUL RAHMAN, BANDAR MAHARANI
Muar, 84000

General Practitioner, Antenatal & Paediatric Care, Minor Surgery, Pain and Mental Health Clinic Your Family's Health Our Priority Dimiliki oleh: KLINIK ANDA MUAR SDN. BHD. 2021010...

Sin Si Ma 先生媽 Muar Johor Sin Si Ma 先生媽 Muar Johor
52-3 Lorong Pasamanickam Jalan Khalidi
Muar, 84000

Chinese Medicine

Klinik SALAM Muar - Sg. Abong Klinik SALAM Muar - Sg. Abong
NO 14. Jalan INDAH, TAMAN PERTAMA INDAH
Muar, 84000

KLINIK SALAM MUAR (06-9592404) (018-9833521 WHATSAPP) No 14, Jalan Indah, Taman Pertama Indah, 84000

Tawakkal Ambulance Tawakkal Ambulance
Muar, 84000

Kami menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesakit ke hospital

World Sight Day Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar-Johor World Sight Day Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar-Johor
HPSF
Muar, 84000

To raise awareness of public regarding prevention of blindness and importance of eye care

Klinik Model STI Muar Klinik Model STI Muar
Klinik Kesihatan Maharani
Muar, 84000

Klinik yang menawarkan saringan HIV, Siflis, dan Hepatitis C

Aowaleetmuar_nrlftya Aowaleetmuar_nrlftya
Parit Samsu
Muar

Kami membantu ibu2 yg sedangkan mempunyai masalah ank2 sprti batuk,kahak,lendir,demam,selsema dan by

Klinik Dr Ko - Muar, Johor Klinik Dr Ko - Muar, Johor
No. 31, Lorong Dato Ahmad, Jalan Khalidi Muar
Muar, 84000

✨New Look • New Life✨

SPRAY Biobax SPRAY Biobax
Muar
Muar, 84000

Biobax Spray untuk Melegakan sakit luaran seperti sakit sendi,lutut,stress,mengantuk,selsema,kenjang otot,sakit belakang,terseliuh dan lenguh badan.

Ambulans Team Medik Harmoni                              Kawasan Muar Ambulans Team Medik Harmoni Kawasan Muar
Muar, 84000

Kami menyediakan perkhidmatan ambulans swasta kawasan Muar.

Herba- Solusi Slim & Fit Herba- Solusi Slim & Fit
Muar, 84500

You Are What You Eat. Memperkenalkan solusi kepada masalah berat badan yang berlebihan, sembelit dan pencegahan kepada penyakit 3 serangkai iaitu jantung, kencing manis & darah ti...

Dobi Annisa Olive House Dobi Annisa Olive House
KEDAI DOBI ANNISA
Muar

kami menjual makanan sunnah dan qurani