CO-OP Tourism IKMa
Nearby schools & colleges
Jalan Templer
Jalan Templer
Jalan Templer
Jalan Templer
Institut Koperasi
Tamarind Square, Cyberjaya
Jalan Templer
46000
Section
You may also like
-SELAMAT DATANG-
PAGE INI AKAN MEMAPARKAN INPUT MENGENAI PROGRAM LATIHAN DAN BIMBINGAN YANG DIANJURK
Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi telah dilaksanakan pada 27-29 Ogos 2024 Di Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah . Seramai 41 orang peserta telah mengikuti kursus ini.
Melalui kursus ini peserta telah didedahkan dengan sesi perkongsian mengenai industri pelancongan di negeri Sabah oleh MOTAC dan Sabah Tourism. Selain itu, wakil SKM juga dijemput untuk memberikan perkongsian khusus mengenai bentuk bantuan dan sokongan pelaksanaan aktiviti pelancongan oleh koperasi.
Pada hari berikutnya, para peserta telah dibawa melawat 2 koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan iaitu Homestay Desa Cinta Kobuni dan Karanahan View.
Pada Hari terakhir, mereka telah diminta melakukan perbincangan kumpulan untuk membincangkan isu serta cabaran menjalankan aktiviti pelancongan serta menyenaraikan latihan dan bimbingan yang diperlukan khususnya berkaitan pelancongan.
Pada 1 hingga 3 Julai 2024, CO-OP Tourism IKMa telah melaksanakan Kursus Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi di Kuching, Sarawak.
Objektif kursus adalah memperkenalkan produk pelancongan koperasi serta menjalin jaringan perniagaan antara koperasi peserta dan koperasi hos.
Pada kali ini 4 buah koperasi yang aktivitinya berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan telah dilawati oleh peserta, iaitu:
(1)Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad - pendidikan mengenai koko
(2)Koperasi Asajaya Berhad - ladang pisang
(3)Koperasi Kampung Tuba Simunjan Berhad - Rh Panjang Ngambang, kaum IBAN & Wong Radak Kpg Tuba
(4)Koperasi Kampung Melayu Tenang Berhad - Pengalaman Homestay Malaysia
Para peserta terdiri daripada 29 orang yang mewakili 12 buah koperasi dari seluruh Malaysia.
Semoga kursus seumpama ini dapat meningkatkan visibiliti produk pelancongan koperasi dan berjaya menarik lebih ramai kunjungan pelancong.
Kocheme Melaka Berhad dalam usaha mempelbagaikan fungsi Minyak Kelapa Dara Melaka (MKDM) kepada haiwan peliharaan untuk tujuan pasaran UK. Semoga berjaya Kocheme' .
Berminat mendapatkan minyak kelapa dara keluaran KOCHEME?
Sila klik sini https://www.wasap.my/+60132734298/minyakkelapadara
Koleksi foto dan video Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi di Homestay Felda Tenang, Labis Johor pada 6-8 Februari 2024 anjuran CO-OP Tourism IKMa
Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi telah diadakan di Homestay Felda Tenang pada 6-8 Februari 2024. Seramai 30 orang peserta Dari koperasi seluruh Malaysia telah menyertainya.
Kursus ini memfokuskan kepada 2 perkara, iaitu;
(i)Jaringan perniagaan pelancongan antara koperasi.
(ii)Kaedah penyediaan program lawatan destinasi pelancongan termasuk pengiraan kos.
Semoga koperasi yang menyertai kursus ini dapat memanfaatkan ilmu dan perkongsian Dr Norhazliza Abd Halim daripada UTM.
Berminat ikuti kursus anjuran CO-OP Tourism IKMa ?
Sila klik https://www.wasap.my/+60182628534/kursuscooptourism
Koleksi FOTO Lawatan Penanda Aras KOBIB ke KOCHEME pada 25 Januari 2024. Turut hadir menyambut tetamu dari Kuching, Sarawak.
Pada 25 Januari 2024, Kocheme Melaka Berhad salah satu koperasi bimbingan unit CO-OP Tourism IKMa telah menerima seramai 39 orang tetamu daripada Kuching, Sarawak.
Mereka adalah ALK dan anggota Koperasi Bidayuh Kuching Sarawak Bhd. Tujuan mereka mengadakan lawatan ini adalah sebagai penanda Aras bagi melihat pelaksanaan bisnes Minyak Kelapa Dara Melaka (MKDM) yang diusahakan oleh Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad
Selain didedahkan dengan latar belakang Koperasi serta aktiviti yang mereka laksanakan, terdapat beberapa aktiviti menarik yang disajikan oleh Kocheme kepada para tetamu antaranya, proses pembuatan MKDM, demo mengacau dodol, demo salad Minyak Kelapa Dara Melaka dan jamuan makan tengahari sajian lauk asam pedas.
Berminat berkunjung dan merasai sendiri pengalaman beraktiviti bersama Kocheme' ? sila hubungi, Puan Junaidah Ibrahim , di talian https://www.wasap.my/+60133434298/pakejminyakkelapadaramelaka
Warga Koperator yang dikasihi sekalian,
Jom sertai Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi pada 6-8 Februari 2024 @ Homestay Smilian Felda Tenang di Labis, Johor.
Fokus Kursus:
(1)Ilmu asas penyediaan pakej aktiviti pelancongan
(2)tourism business networking
(3)melihat dan menikmati aktiviti unik yang ditawarkan oleh hos.
Berminat nak join? Klik https://bit.ly/daftarkursuscooptourism06feb24
Alhamdulillah Program Bimbingan Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) selama 9 bulan pada tahun 2023 telah selesai dilaksanakan terhadap oleh unit CO-OP Tourism, Sektor Keberhasilan, IKMa.
Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad Sahom Valley Resort - Agro & Eco Park adalah salah satu koperasi yang mengikut bimbingan tersebut. Tahniah koperasi kerana projek 'Sahom Valley' diiktiraf sebagai 'Project of The Year' melalui GPM Sustainability Awards 2023.
(Kredit kepada Perak Kini untuk penghasilan berita)
https://fb.watch/pBzj_nWgAq/?mibextid=Nif5oz
KOCHEME sekali lagi diberi peluang mempromosi produk Minyak Kelapa Dara Melaka (MKDM). Kali ini mereka dijemput oleh Bank Rakyat melalui di The Curve pada 26 November 2023.
Mereka juga diberi peluang untuk pitching produk MKDM.
Ini adalah satu lagi platform untuk memperkenalkan MKDM kepada masyarakat. Keep up! KOCHEME.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Minyak Kelapa Dara Melaka?
Sila hubungi Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad
Bengkel Bimbingan Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) sedang berlangsung di Homestay Miso Walai, Kinabatangan, Sabah bersama Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Bhd (KOPEL) selama 2 hari 3&4 Disember 2023.
Mereka sedang dipersiapkan dengan pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan projek pelancongan mampan.
Seterusnya, projek mereka akan dicalonkan untuk menerima pengiktirafan daripada Green Project Management melalui SustNet Malaysia. Keep up! KOPEL.
Sesi konsultasi bersama ALK Koperasi Akuakultur Sabah Berhad. Aktiviti utama adalah tanaman dan pengurusan Kelapa sawit. Terkini, mereka menceburi aktiviti pelancongan Pulau Buta Eco Tourism !
Koperasi anda berminat untuk berkunjung ke Pulau Buta untuk mengalami aktiviti yang ditawarkan dan berkolaborasi dengan mereka?
Sila klik https://www.wasap.my/+60123753264/kolaborasipulaubuta
Pada 20-25 November yang lalu kami menyertai Program Kolaborasi Edu Tourism anjuran Koperasi Homestay Teluk Ketapang Berhad.
Program bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas pelaksanaan jaringan perniagaan antara Homestay Teluk Ketapang dengan institusi pendidikan Dan pengusaha pelancongan di Yogyakarta, Indonesia.
Koperasi telah mengambil inisiatif menjalin hubungan luar bagi meningkatkan peluang Dan menambah nilai terhadap aktiviti homestay dan kampungstay yang mereka tawarkan.
Koperasi mengambil peluang memberi pendedahan kepada 71 orang anggota mereka yang terdiri daripada hos dan pengusaha kampungstay serta usahawan pelancongan di sekitar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.
Terima kasih dan Syabas! kepada Koperasi Homestay Teluk Ketapang atas inisiatif tersebut.
Pssstt koperasi anda sedang menjalankan aktiviti homestay atau? Jom sertai bimbingan jaringan perniagaan pelancongan anjuran Institut Koperasi Malaysia
Sila klik, https://www.wasap.my/+60123753264/jaringanbisnespelancongan
Bimbingan Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) untuk Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad telah sampai ke penghujung.
Bimbingan 4 fasa yang mereka lalui telah mempersiapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan bisnes pelancongan yang mampan melalui penghasilan Melaka.
Mereka juga telah bersedia untuk pencalonan anugerah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Keep up KOCHEME!
CO-OP Tourism IKMa sedang melaksanakan Bengkel Bimbingan Pelancongan Mampan Fasa 3 mengenai pelaksanaan projek pelancongan mampan oleh Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad.
Koperasi ini melaksanakan projek mampan berkaitan keterjaminan makanan (food security) melibatkan penternakan dan perladangan.
Berminat mengetahui lanjut tentang sustainability tourism, sila klik https://wasap.my/+60123753264/sustainabletourism
CO-OP Tourism IKMa telah menjalankan Bengkel Bimbingan Penyediaan Kertas Kerja kepada Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME).
Tujuan kertas kerja adalah mendapatkan dana bagi penganjuran Karnival Lendu Lasak yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Antara objektif penganjuran karnival ini adalah memartabatkan gerakan koperasi khususnya di Melaka amnya di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
CO-OP Tourism IKMa telah melaksanakan Kursus Pengenalan Kepada Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainability Tourism) pada 7 hingga 9 September 2023 di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu.
Objektif kursus ini adalah memberikan kefahaman asas mengenai Sustainability Development Goals (SDG) dan Sustainable Tourism (pelancongan mampan) Dikongsikan rangkumannya...
Koperasi anda berminat ikuti bimbingan perniagaan pelancongan? Sila klik Https://wasap.my/+60123753264/bimbingancooptourism
Alhamdulillah, Bengkel Penutupan Program Bimbingan Front Office Dan Housekeeping Hotel Koperasi.
Program bimbingan berfasa selama 9 bulan bermula Januari hingga September 2022 ini melibatkan 3 koperasi koperasi yang menjalankan bisnes hotel, iaitu:
(i)Hotel Desaru Penawar, Desaru, Johor milik Kopera Berhad
(ii)Hotel LS Village, Padang Besar, Perlis milik Koperasi Felcra Lubuk Sireh
(iii)Hotel Espikay, Kuantan milik Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
Impak hasil bimbingan:
(i)Operasi front office (FO) dan housekeeping (HK) dilaksanakan dengan merujuk SOP.
(ii)Penyediaan SOP FO dan HK yang baharu.
(iii)Penambahbaikan SOP FO dan HK sedia ada.
(iv)Mewujudkan program kepuasan pelanggan.
(v)Peningkatan bilangan kepuasan pelanggan hotel terutama aspek perkhidmatan FO dan HK.
(vi)Peningkatan bilangan penjualan bilik direkodkan pada Januari hingga Jun 2023 berbanding tempoh yg sama pada 2022.
Tahniah para pengurus hotel kerana komited mengikuti program bimbingan ini.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Yusrie Abdullah selaku konsultan yang berjaya membimbing hotel koperasi yang terlibat.
Berminat ikuti bimbingan berkaitan hotel koperasi? Sila klik https://wassap.my/+60123753264/hotelkoperasi
Kursus CO-OP Tourism: Pelancongan Berasaskan Komuniti telah sampai ke hari terakhir.
Pada hari ini para peserta memberi input mengenai kefahaman mereka tentang pelancongan berasaskan komuniti dan menyumbangkan idea tentang pewujudan Komuniti di daerah Lenggong. Antaranya komuniti 4x4, komuniti makanan rusa, komuniti usahawan pks, Komuniti cenderahati, Komuniti galeri rusa dan komuniti fotografi.
Diharapkan mereka dapat mengaplikasi ilmu berkaitan pelancongan berasaskan komuniti di koperasi masing-masing terutamanya yang sedang melaksanakan aktiviti pelancongan.
Berminat ikuti program latihan unit CO-OP Tourism, IKMa?
Sila klik https://www.wasap.my/+60123753264/cooptourism
CO-OP Tourism IKMa sedang melaksanakan Kursus Pelancongan Berasaskan Komuniti di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 4-6 Julai 2023. Seramai 32 peserta Yang mewakili koperasi di semenanjung Malaysia menyertai kursus ini.
Objektif kursus adalah memberi pendedahan mengenai pelaksanaan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.
Lawatan industri yang disusun dalam kursus ini bertujuan menunjukkan contoh-contoh komuniti pelancongan antaranya komuniti caving, komuniti glamping, komuniti gastronomi dan komuniti sejarah
Berminat mengikuti program latihan anjuran Co-op Tourism? Sila klik https://www.wasap.my/+60123753264/cooptourism
Program Impak Sosial Komuniti Lendu anjuran bersama:
(1)Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME)
(2)Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad (KOP-HAS)
(3)Koperasi Usahawan Asnaf Melaka Berhad (KUASA)
(4) Koperasi Ummah Kuala Sungai Baru Melaka Berhad (KOUMMAH)
(5)SKM negeri Melaka
(6)IKMa
(7)Uitm Lendu
(8)Persatuan Dayak Muslim Negeri Melaka
(9)PUSPEN Tiang Dua, Melaka
Program ini adalah sebahagian perlaksanaan projek sustainable tourism oleh KOCHEME. Melalui program ini mereka menerapkan elemen SDG 1, SDG 3 dan SDG 12.
Testimoni Bengkel Bimbingan Sustainable Tourism - Pengurusan Projek yang berlangsung pada 19-21 Jun 2023 di Sahom Valley Resort.
Lawatan familiarisasi produk SDG di Koperasi Keluarga Hajah Rahmah Kampar Berhad.
Mereka menjadikan Sahom Valley Resort sebagai hub sekuriti makanan. Antaranya kebun sayuran, ternakan arnab, ternakan itik dan ternakan ikan. Hasil tanaman dan ternakan akan dikongsi bersama masyarakat setempat.
Bimbingan Pengurusan Projek SDG untuk Koperasi Keluarga Hajah Rahmah Kampar Berhad sedang berlangsung Di Sahom Valley Resort, Kampar, Perak pada 19-21 Jun 2023.
Bimbingan kali ini memberi pendedahan kepada Encik Sharif selaku SDG Project Manager serta team beliau kaedah pelaksanaan perniagaan dengan suntikan elemen SDG. Mereka fokuskan kepada elemen food security dan preserving nature.
CO-OP Tourism IKMa sedang melaksanakan Bengkel Bimbingan SDG - Pengurusan Projek untuk Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME). Bengkel ini berlangsung selama 2 hari pada 14-15 Jun 2023 di IKMa PJ.
Bengkel ini dilaksanakan untuk membimbing KOCHEME ke tahap seterusnya selepas wakil mereka telah berjaya mendapat sijil Advanced Project Manager daripada GPM melalui SustNet Malaysia.
Diharapkan melalui Bengkel ini, wakil KOCHEME mencapai perkara berikut:
(1)menyediakan pelan tindakan projek kemasyarakatan berkaitan produk
(2)menerangkan elemen SDG pilihan mereka bagi pelaksanaan projek kemasyarakatan berkaitan produk Minyak Kelapa Dara Melaka
Berminat mengikuti bimbingan daripada CO-OP Tourism, IKMa?
Sila klik, https://wassap.my/+60123753264/bimbingancooptourism
Pada 14 Mac 2023, unit CO-OP Tourism IKMa telah ke Kota Bharu, Kelantan bagi memenuhi jemputan Koperasi Wawasan Bukit Mas Berhad (KOWBMAS) melawat tanah 10 ekar milik koperasi di Danau Tok Uban, Pasir Mas.
KOWBMAS berhasrat melaksanakan aktiviti agropelancongan yang di atas tanah tersebut. Sehubungan itu, mereka memohon bentuk bimbingan dan latihan daripada IKMa.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Encik Mahasan Bin Ismail, Pegawai SKM wilayah Pasir Mas/Tanah Merah.
Unit CO-OP Tourism amat berharap agar projek agropelancongan yang akan dilaksanakan oleh KOWBMAS dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tuan/Puan mewakili koperasi masing-masing dan berminat dengan bimbingan perniagaan pelancongan koperasi oleh IKMa?
Sila klik https://www.wasap.my/+60123753264/cooptourism
Alhamdulillah, Unit CO-OP Tourism IKMa telah melaksanakan bengkel bimbingan bersasar kepada Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL) pada 8 hingga 10 Mac 2023.
Bengkel Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainability Tourism) Fasa 1 membimbing wakil koperasi untuk diiktiraf sebagai SDG Project Manager. Setelah selesai mengikuti bengkel ini mereka akan menerima Advanced Certificate in Sustainability Practice.
Melalui pengiktirafan yang diterima, wakil koperasi bertanggungjawab melaksana projek berasaskan pelancongan mampan (sustainable tourism) di koperasi masing-masing.
Tambahan lagi, pengetahuan Dan kemahiran mereka menyelia projek SDG boleh dieksport sehingga ke peringkat antarabangsa.
Berminat mengikuti bimbingan pelaksanaan bisnes pelancongan IKMa?
Sekiranya anda adalah ALK koperasi atau AJK portfolio pelancongan Koperasi DAN berminat mendapatkan bimbingan daripada unit CO-OP Tourism, sila klik https://www.wasap.my/+60123753264/co-optourism
Bengkel Bimbingan Sustainability Tourism Fasa 1 bersama Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL) telah dilaksanakan selama 3 hari pada 8-10 Mac 2023.
Melalui bimbingan bersasar ini, 5 orang wakil KOPEL akan diiktiraf sebagai SDG Project Leader melalui Advanced Certificate Of Sustainability Practice yang akan ditauliahkan kepada mereka.
Sebagai SDG Project Leader, wakil koperasi yang mengikuti bimbingan ini bertanggungjawab melaksanakan projek berasaskan SDG di koperasi yang mereka wakili.
Bimbingan ini dilaksanakan hasil kolaborasi antara IKMa dan GPM Sustnet Malaysia.
Nantikan Bengkel Bimbingan Sustainability Tourism Fasa 2 untuk KOPEL.
Unit CO-OP Tourism komited membantu mereka melakar kejayaan Dalam aspek SDG sehingga ke peringkat antarabangsa.
Keep up KOPEL!
Anda mewakili koperasi Dan berminat mengikuti latihan Dan bimbingan berkaitan pelancongan?
Sila klik https://www.wasap.my/+60123753264/cooptourism
Bismillah. Bermula Bengkel pertama tahun 2023 oleh CO-OP Tourism.
Bengkel dua hari ini memberi bimbingan kepada KOCHEME untuk pemasaran produk minyak kelapa dara Melaka. Produk yang dihasilkan daripada bimbingan IKMa, SKM dan Tourism Nexus Productivity.
Semoga kejayaan berpihak kepada KOCHEME dan gerakan koperasi di Malaysia.
Berminat mendapatkan bimbingan mengenai bisnes pelancongan yang diuruskan koperasi anda?
Sila klik link ini, https://www.wasap.my/+60123753264/co-optourism
CO-OP Tourism IKMa sedang mengikuti World Tourism Conference Malaysia: Tourism Futures Reimagined, 28-30 September 2022 di Sabah International Convention Centre.
Program ini membentangkan isu serta cabaran dan tindakan pelaksanaan industri pelancongan dunia terutama semasa negara mengalami serangan COVID-19 serta keadaan ekonomi dunia yang mengalami kemerosotan.
Bagi meminimakan isu serta cabaran yang dihadapi, para operator pelancongan haruslah bertindak melaksanakan perkara berikut, antaranya;
1)Kolaborasi
2)Pemeliharaan & Pemeliharaan
3)Teknologi
4)Komuniti
5)Keselamatan & Kebersihan
6)Sustainability
Semoga industri pelancongan khususnya Malaysia bertambah meriah dan koperasi pelancongan menggarap peluang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the school
Telephone
Website
Address
103 Jalan Templer
Petaling Jaya
46700
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
48-1 Jalan SS19/1D, Subang Jaya
Petaling Jaya, 47500
NLP is a technology for success that uses your conscious and subconscious mind to identify vital fac
Pelangi Square Damansara, Jalan PJU 6, Persiaran Surian
Petaling Jaya, 47800
NaviGo® NLP Center Founded in 2005. Licensed training provider of #AuthenticNLP. Recognised by Dr. Richard Bandler (Co-Founder of NLP) and The Society of NLP™.
No. 2, Jalan Universiti, Bandar Sunway
Petaling Jaya, 47500
Twinning programme from @VictoriaUniversity since 1994. Sunway College KL Sdn. Bhd. 200401015440 (653943-A) DK265-01(W) #VUatSunway #TheNewWay
No. 113-1, Jalan PJU 1A/41B, Pusat Dagangan NZX, Ara Jaya
Petaling Jaya, 47301
Andrew is a Certified Trainer & Master Practitioner of Neuro-Semantics (NS) and Neuro Linguistic Pro
13A-3, Block D2, Jalan PJU 1/39, Dataran Prima
Petaling Jaya, 47301
We provide individualised programs for children with autism and other special educational needs from the age of 2 to primary school level. We also offer assessments, social-emotion...
Mines 2 Retail Block, Pusat Perdagangan Mines, Jalan Mines 2, The, Mines Wellness City
Petaling Jaya, 43300
The Millionaire Business School is a Street Smart Business School with the mission to create million
Asia E University, Wisma Subang Jaya No. 106, Jalan SS 15/4
Petaling Jaya, 47500
Asia e University (AeU) is a flexible mode university set in Asia, by Asians under the Asia Cooperation Dialogue (ACD). Its establishment is an initiative of Malaysia, as prime mo...
A810, Block A, Kelana Square, 17 Jalan SS7/26
Petaling Jaya, 47301
@SKC Education we instigate human capital growth by developing & delivering blended learning education
No. 316&318 Bloack A3, Leisure Commerce Square, Pusat DaGang Setia Jaya, No. 9 Jalan PJS 8/9
Petaling Jaya, 46150
S.A.I International College is known best for unlocking the potential of students. We specialize in s
Menara OUM, Block C, Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19
Petaling Jaya, 47301
Open University Malaysia, Menara OUM, Block C, Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19, 47301 Petaling Ja