Bahagian Kelestarian Dan Pembangunan Institusi
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
8 PTJ KAMPUS KESIHATAN DIANUGERAHKAN 5 BINTANG DALAM PENGURUSAN ASET UNIVERSITI USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Oktober 2022 – Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi (BKPI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Penarafan Aset 2022...
Majlis Anugerah Penarafan Aset 2022
Pengurusan Aset Universiti dan Sesi Perjumpaan Bersama Naib Canselor
20 September 2022
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/8150-32-ptj-usm-capai-5-bintang-dalam-pengurusan-aset
USM News Portal - 32 PTJ USM CAPAI 5 BINTANG DALAM PENGURUSAN ASET 32 PTJ USM CAPAI 5 BINTANG DALAM PENGURUSAN ASET
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022
Fly with USM
Salam Maal Hijrah 2022
BULAN KELESTARIAN USM 2022 MELABUHKAN TIRAINYA
Bulan Kelestarian Universiti Sains Malaysia (USM) 2022 yang berlangsung di kampus induk melabuhkan tirai hari ini, setelah sebulan disambut oleh warga kampus sejak 1 Jun lalu. Beberapa program menarik telah dianjurkan sepanjang Bulan Kelestarian kali ini, antaranya ialah siri webinar Bulan Kelestarian dengan kerjasama pelbagai pihak, projek komuniti bersama anak-anak asnaf Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang Pulau Pinang dan 'Coastal Cleanup' hasil kerjasama bersama Kampus Sejahtera, Persatuan Sains Lautan Malaysia (MSMS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan IJM Corporation Berhad yang turut menjadi penaja untuk program ini.
Objektif utama penganjuran Bulan Kelestarian USM 2022 adalah untuk meningkatkan kesedaran warga USM mengenai kelestarian, membudayakan amalan dan gaya hidup lestari dalam kalangan warga USM, mempelbagaikan aktiviti kelestarian dan mempraktikkan sikap tanggungjawab berkaitan kelestarian dalam kegiatan harian warga USM.
Para tetamu berpeluang menimba pengalaman berharga apabila majlis penutup ini diadakan di Eco Hub USM bagi menikmati dan menghargai keindahan alam semulajadi. Tetamu yang hadir dibawa menyusuri Eco Trail sambil mendengar penerangan oleh Encik Mohd Abdul Muin Md Akil, Pegawai Sains Kanan, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) mengenai jenis flora yang ditanam di situ. Selesai saja perjalanan yang mengambil masa kira-kira 30 minit, tetamu dibawa ke khemah yang telah tersedia untuk mendengar ucapan alu-aluan Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CGSS USM.
Majlis seterusnya dirasmikan oleh Profesor Dr. Md Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi USM. Beliau dalam ucapannya berharap agar lebih ramai lagi warga USM dapat menyertai program sebegini di masa akan datang dan usaha melestarikan USM akan tetap diteruskan walaupun selepas tamat program.
Upacara penanaman Pokok Merawan Daun Bulat atau nama saintifiknya 'Hopea Latifolia' telah diadakan pada penghujung majlis sebagai usaha simbolik kepada Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kelestarian USM 2022.
Salam Lebaran daripada Pejabat Timbalan Naib Canselori Kelestarian dan Pembangunan Institusi
USM TEMPAT KEEMPAT DUNIA RANKING KELESTARIAN THE GIR
Universiti Sains Malaysia (USM) mencapai hasrat menjadi universiti memimpin kelestarian seperti yang dihasratkan ketika dipilih menjalani Program Pemajuan untuk Kecemerlangan (APEX) apabila mencapai tempat keempat dunia ranking kelestarian global Time Higher Education (THE Global Impact Ranking) 2022.
THE GIR mengukur sumbangan institusi dalam pembangunan komuniti yang lestari termasuk dalam hubungan dengan industri serta usaha mencapai semua matlamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam Sustainable Development Goals (SDG) menjelang tahun 2030.
Sebanyak 1,406 institusi pengajian tinggi mengambil bahagian dalam pengukuran ranking berasaskan 17 SDG.
Ketika dipilih menjalani Program APEX, USM meletakkan hasrat Mentransformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok selaras dengan SDG Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh THE GIR itu, USM menduduki tempat keempat dunia berbanding dengan kedudukan ke-39 pada tahun 2021.
Di samping menunjukkan peningkatan skor dalam semua 17 SDG, kejayaan terbaik USM ialah dalam empat bidang utama SDG iaitu SDG 5, kesaksamaan gender (Gender Equality) yang menunjukkan antaranya kejayaan USM melaksanakan usaha penyelidikan gender, peratusan ahli akademik, peratusan siswazah wanita dan pengukuran kemajuan wanita.
Selain dari itu USM juga cemerlang dalam SDG 7, "Affordable and Clean Energy" yang menunjukkan peranan USM dalam kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan peranannya dalam komuniti.
USM turut mendapat skor 96.4 untuk SDG 16 "Peace, Justice and Strong Institutions' yang mengiktiraf usahanya selama ini dalam penyelidikan, tadbir urus, hubungan dengan pihak berkuasa dan penglibatan pelajar.
Malah USM juga mendapat skor penuh dalam SDG 17 "Partnership for the Goals” yang merupakan SDG wajib dalam pengiraan THE GIR menunjukkan hubungan akrab universiti dengan pelbagai pihak dan peringkat termasuk komuniti dan industri untuk mencapai matlamatnya. Ini juga meliputi pembudayaan kelestarian di dalam kalangan warga universiti.
Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin menzahirkan kesyukuran dan berbangga dengan pencapaian ini.
"Ini adalah pengiktirafan tertinggi yang menunjukkan USM berupaya menjadi pemimpin dunia dalam usaha kelestarian terutamanya untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat sejagat apatah lagi di negara ini,"
"Hal ini misalnya juga dapat dilihat melalui pengiktirafan USM dalam mencapai SDG 1 iaitu No Poverty dan SDG 2 Zero Hunger yang menunjukkan pelbagai aspek kebajikan yang diusahakan selama ini dalam membantu pelajar, staf mahu pun masyarakat termasuk membantu kump**an miskin dan terkebawah," kata beliau.
Tambahnya, ranking ini sangat bermakna kerana pengukurannya adalah terhadap sumbangan universiti kepada masyarakat dan negara yang sememangnya menjadi peranan utama yang digalas oleh sesebuah institusi pengajian tinggi.
"Kita akan terus memastikan universiti sentiasa memimpin dalam usaha ini apatah lagi dengan pengiktirafan dan pencapaian cemerlang ini," tegas beliau lagi.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan p**a berkata, kejayaan ini adalah pengiktirafan tinggi sesuai dengan hasrat USM menjadi pemimpin kelestarian dunia dari aspirasi APEX.
"Pelbagai usaha dibuat selama ini dan dipantau secara berterusan untuk memastikan kelestarian menjadi budaya kerja warga kampus."
"Malah USM menyediakan pelbagai prasarana dan dasar untuk menguruskan usaha ini," jelas beliau.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha ini sehingga USM berupaya mendapat pengiktirafan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi USM, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim p**a menjelaskan, kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif dari pelbagai pihak yang membuahkan hasil dengan mengutip data yang banyak terdapat dalam kampus berkaitan kelestarian dan impaknya kepada masyarakat.
"USM juga menubuhkan Majlis Kelestarian Universiti yang menyediakan garis panduan dan pemantauan terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh universiti terutamanya peranan Pusat Kajian Kelestarian Global yang menyelaras dan mendokumentasi data-data yang berkaitan," kata Md. Roslan.
Tegas beliau, hal ini juga menunjukkan keseriusan universiti dalam memastikan institusi pengajian tinggi memainkan peranan sewajarnya dalam proses pembangunan masyarakat dan negara selain dari menjaga kualiti akademiknya.
Kuliah Zohor
Terima kasih Prof Aldrin.
Sesi Temuduga untuk Solar PV Kampus Kesihatan bagi Pembida-pembida yang berjaya berada dalam senarai pendek.
Majlis Kesyukuran dan Menyantuni Mantan-mantan Pengarah Pusat Tanggungjawab Bawah TNC Kelestarian dan Pembangunan Institusi.
Hari : Rabu
Tarikh : 5 Januari 2022
Tempat : VIP Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori USM
Selamat Hari Raya Aidiladha
1442H / 2021M
Ulang Tahun USM ke 52
Happy Vesak Day
Projek Tanaman 100 Pokok Betik Seliaan Pasukan (Staf B40) Pengurusan Perabot JPPA, USM.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the university
Website
Address
Aras 6, Bangunan Canselori C22, Universiti Sains
George Town
11800
Jalan Lim Lean Teng
George Town, 11600
Han Chiang University College of Communication, a not-for-profit institution of higher learning situated in the northern region of Peninsular Malaysia, provides quality tertiary ed...
32 Jalan Anson
George Town, 10400
In the IT world it is always important to be one step ahead & as such we have invested RM300,000 on
George Town, 11800
Khidmat nasihat dan konsultansi penilaian aset pusat tanggungjawab
George Town, 10400
Information by SHTCA students from UOW Malaysia KDU Penang University College.
Universiti Sains
George Town, 11800
Interested in SBSUSM? You are on the right PAGE! "The greatest obstacle to discovery is not ignorance — it is the illusion of knowledge." - Daniel J. Boorstin
7, 9, 13 G*t Lebuh China
George Town, 10300
(DiGiT) offers a wide spectrum of programmes in the fields of technology.
54, Jalan Sultan Ahmad Shah
George Town, 10050
WOU Academy is a department of Wawasan Open University (WOU) Malaysia. www.wou.edu.my
George Town
Student Talent Match-Making Portal. Join our community and earn side income during your studies!
Jalan Lim Lean Teng, George Town, Pulau Pinang
George Town, 11600
The HCUC Alumni page offers a variety of resources to help alumni stay connected to the campus. HCUC welcomes members back to campus regularly to connect with students through ment...