Musleh Integrated Education Berhad

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

"Membina Insan Rabbani" Moga-moga Allah swt merahmati kita semua dengan al-hidayah dan taufiq-NYA – amiin.

Semenjak tahun 1985, beberapa individu yang mempunyai passion terhadap pendidikan anak bangsa, telah mula menubuhkan beberapa buah Sekolah Rendah Islam di tempat tinggal masing-masing. Sehingga kini, sebanyak 25 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) dan 15 buah Sekolah Menengah Islam (SMI) telah ditubuhkan. Setelah beberapa tahun sekolah beroperasi, terdapat keperluan untuk mengasaskan satu jaringan yan

Photos from SEKOLAH RENDAH AL FURQAN's post 10/09/2024

[Aktiviti] Ceramah Keselamatan: Buli, Culik dan Gangguan Seksual yang telah disampaikan oleh Sjn. Mohd Ali Zainuddin dari Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti pada Rabu lalu kepada para pelajar SRI Al-Furqan Kuala Kangsar.

Photos from Sekolah Rendah Al Hidayah Ipoh's post 10/09/2024

[Tahniah] KEPALA BATAS – Seramai 6 orang wakil murid dari Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah, Ipoh telah turut serta dalam Kejohanan Taekwondo RTS Jemputan Kebangsaan Kali Ke-13 yang berlangsung pada 6 hingga 8 September lalu di Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penyertaan mereka dalam kejohanan yang mengumpulkan 13 buah negeri, 48 kelab dan seramai 1 700 atlet itu membuahkan hasil apabila SRI Al-Hidayah Ipoh berjaya membawa p**ang sebanyak 3 emas dan 1 gangsa.

3 pingat emas dimenangi melalui Mior Muhammad Fahim Mior Mohd Syahrizal, 11, Muhammad Anas Nuruddin Aqil Mubashshir, 11 dan Yusraa Khalis Amali, 9. Sementara 1 pingat gangsa dimenangi oleh adik Muhammad Arsyad Aqil Mubashshir, 9. Tahniah kepada para pemenang dan seluruh pasukan.

10/09/2024

[Tahniah] Ahmad Thaqif Ahnaf Ahmad Taufik dan Ayra Hafsa Ramhuzaini dari SRI Hidayah Batu Pahat, masing-masing berjaya memenangi Silver Award dan Bronze Award dalam Pertandingan Kangaroo Math 2024 peringkat kebangsaan.

Turut sama, 9 lagi wakil murid dari sekolah sama untuk Pertandingan Kangaroo Math dan Pertandingan Kancil Sains bagi tahun 2024. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua peserta.

Tahniah kepada Semua Peserta Pertandingan Kangaroo Math & Kancil Science 2024!

Alhamdulillah, murid-murid Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat telah berjaya menyertai dua pertandingan peringkat kebangsaan, Kangaroo Math dan Kancil Science. Kami amat berbangga dengan pencapaian cemerlang mereka yang telah menunjukkan usaha gigih dan kesungguhan dalam menonjolkan bakat serta ilmu yang dipelajari.

Dalam pertandingan ini, beberapa murid telah berjaya meraih pencapaian yang membanggakan:

🏅 Silver Award:
Ahmad Thaqif Ahnaf Bin Ahmad Taufik (Kangaroo Math)

🥉 Bronze Award:
Ayra Hafsa Binti Ramhuzaini (Kangaroo Math)

🎖 Honorable Mention:

Kangaroo Math & Kancil Science
1. Aisyah Fatihah Binti Ahmad Fahmy
2. Adlina Safiyy Binti Mohd Safiee

Kangaroo Math
1. Arissa Sofea Binti Ahmad Shahir
2. Irfan Zafri Bin Md Salahuddin

Kancil Science
1. Nur Farisha Aliah Binti Mohd Fadli
2. Sara Nadine Binti Hairulnizam
3. Nurul Asma' Binti Muhammad Hafizul Amin
4. Ahmad Amsyar Bin Mohammad Tarmizi
5. Azfar Bin Azwan

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penglibatan yang membanggakan ini. Sama ada menerima anugerah atau Certificate of Participation, setiap pencapaian adalah bukti usaha gigih yang tidak kenal penat lelah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Photos from International Center for Educational Excellence's post 09/09/2024

Public Lecture organized by International Centre for Educational Excellence (ICEE) recently at Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.

Photos from Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu's post 06/09/2024

[Aktiviti] KOTA BHARU - Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka oleh Panitia Sains Sosial, SRI Aman Kota Bharu telah diadakan dengan tujuan untuk memberi pengalaman kepada murid-murid merasai suasana kehidupan dan mengenali barangan berharga yang pernah digunakan pada zaman dahulu.

Photos from Pertubuhan IKRAM Malaysia's post 05/09/2024
Photos from Musleh Integrated Education Berhad's post 05/09/2024

[Keputusan] Pertandingan Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa

Pertandingan Komik (7-9 tahun)
Johan-Muhammadi Bin Mohd Firdaus
Naib Johan-Aisyah Mardhiyyah Binti Ahmad Nasrull
Tempat Ketiga-Nur Humaira Binti Mohd Arfizam

Pertandingan Komik (10-12 tahun)
Johan-Arif Rahimi Bin Ahmad Razlee
Naib Johan-Anas Musyreef Hamzah Bin Mazlan
Tempat Ketiga-Anas Bin Syazalie Hirman

Pertandingan Komik (13-15 tahun)
Johan-Nusaybah Binti Ammar
Naib Johan-Intan Ruqayyah Bt Zulkarnain
Tempat Ketiga-Muhammad Iman Zuhdi Bin Mohd Marwaliz

Pertandingan Komik (16-18 tahun)
Johan-Wan Nurhana Sofea Binti Wan Shah Jihan
Naib Johan-Muhammad Fakhruddin Bin Zubir
Tempat Ketiga-Sarah Tasneem Binti Suryani

Pertandingan Video Reaksi (7-9 tahun)
Johan-Nurul Amirah Najihah Bt Muhamad Hasif
Naib Johan-Nur Arifah Aqilah Bt Muhamad Hasif
Tempat Ketiga-Uwais Al-Qarni Bin Mohd Aizat

Pertandingan Video Reaksi (10-12 tahun)
Johan-Hafsah Amatullah Maghfiroh
Naib Johan-As'ad Bin Ahmad Fadhli
Tempat Ketiga-Mohammad Uzair Bin Mohammad Izazi

Pertandingan Video Reaksi (13-15 tahun)
Johan-Wan Nur ‘Iffah Marissa Binti Wan Samri

Pertandingan Video Reaksi (16-18 tahun)
Johan-Ahmad Fidaa' Bin Ahmad Fadhli

Pertandingan Sajak (7-9 tahun)
Johan-Irdhina Musfirah Binti Bakhtiar
Naib Johan-Nur Syathirah Hanan Binti Muhd Aminullah
Tempat Ketiga-Muhammad Abid Bin Mohamad Hasbi Ash Shiddieqy

Pertandingan Sajak (10-12 tahun)
Johan-Auni Safiyya Binti Ahmad Yusri
Naib Johan-Nur Safiyyah Binti Ansari
Tempat Ketiga-Iman Ziyad Bin Ezzar

Pertandingan Sajak (13-18 tahun)
Johan-Wan Hadif El-Deen Bin Wan Hazaruddin

Para pemenang membawa p**ang hadiah wang tunai dan e-sijil. Tahniah kepada semua pemenang dan pihak-pihak yang telah terlibat menjayakannya.

Photos from Musleh Integrated Education Berhad's post 05/09/2024

[Berita] Program Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa Anjuran Musleh Sebar Mesej Peduli Ummah

SERI KEMBANGAN, 5 Sept – Program Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al-Aqsa yang menutup tirainya pada hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar sepanjang Ogos lalu bagi menyebarkan nilai ambil berat dan peduli ummah serta sikap terhadap kemerdekaan dan keamanan tanah air secara tuntas dan jelas dalam kalangan lebih 20, 000 orang murid di 60 buah sekolah rendah dan menengah rangkaian IKRAM Musleh seluruh negara.

Baca selanjutnya: https://musleh.edu.my/2024/program-jiwa-merdeka-demi-malaysia-dan-al-aqsa-anjuran-musleh-sebar-mesej-peduli-ummah/

05/09/2024

🎉 Majlis Penutup & Pengumuman Pemenang Pertandingan 🎉
Jiwa Merdeka: Demi Malaysia & Al-Aqsa 🇲🇾🇵🇸

📌 Sebanyak 60 buah sekolah SRI dan SMI rangkaian IKRAM Musleh turut bersama dalam menjayakan program ini sepanjang bulan Ogos 2024 yang lalu!

Nantikan keputusan pertandingan-pertandingan menarik ini:
- Pertandingan Melukis Komik 🖌️
- Pertandingan Video Sajak 🎥
- Pertandingan Reaksi Gambar 📸

📅 Tarikh: Khamis, 5 September 2024
⏰ Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
🏬 Tempat: Dewan Utama Ibu Pejabat IKRAM Malaysia
💻 Siaran Langsung: Saluran Youtube IKRAM Malaysia
https://www.youtube.com/live/AFLgTgQGcY8?si=X4JMiCVBNO8d4cym

🔊 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai majlis penuh kemeriahan ini!
Saksikan dan raikanlah kejayaan ini bersama-sama 🎊

03/09/2024

[Hebahan] Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni: Ubah Tanggapan, Bina Harapan

🌟 Anda Berbakat Dalam Seni Lukisan? 🌟
Buktikan kreativiti anda dan sampaikan mesej yang bermakna dalam Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni dengan tema “Ubah Tanggapan, Bina Harapan” bersempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2024.

🎨 Karya Anda, Harapan Kami 🎨
Karya seni anda berpeluang menjadi medium yang menyentuh hati, memberi inspirasi, dan mengubah persepsi masyarakat terhadap isu pencegahan bunuh diri. Inilah peluang anda untuk menyuarakan emosi dan harapan melalui seni.

🏆 Hadiah Lumayan Menanti Pemenang! 🏆
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan! Karya-karya yang terpilih dan memenangi pertandingan akan dipamerkan pada Konvensyen Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024.

💡 Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. Untuk maklumat lanjut, klik pautan http://bit.ly/WSPD24 atau imbas kod QR di poster.

📌 Tempoh penyertaan: 1 – 15 September 2024

Seni untuk Harapan, Seni untuk Kehidupan.
Ubah Tanggapan, Bina Harapan.🎗️

03/09/2024

[Tahniah]

Musleh Integrated Education Berhad bersama seluruh warganya mengucapkan sekalung tahniah kepada Dato' Prof. Emeritus Dr. Riza Atiq Abdullah bin O.K Rahmat atas perlantikan sebagai Pengerusi Lembaga Akademik IKRAM Musleh (LAIM), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) berkuatkuasa pada 1 Julai 2024 sehingga 30 Jun 2026.

Ikhlas daripada:
Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

Photos from Sekolah Rendah Islam Hidayah's post 03/09/2024

[Aktiviti] Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Prihatin Ummah anjuran SRI Hidayah Johor Bahru telah diadakan pada 29 Ogos lalu bertempat di Dataran Amanah, Sekolah Rendah Islam Hidayah.
Dengan tema Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Al Aqsa, program berkenaan dianjurkan bertujuan untuk menanam semangat kemerdekaan dalam diri komuniti sekolah dan menyuntik kesedaran dan keprihatinan terhadap saudara seagama.

Photos from SMI Al-Amin Gombak's post 02/09/2024

[Tahniah] Alif Iskandar Ishak dari SMI Al-Amin Gombak yang mewakili daerah Gombak berjaya menduduki tempat ke-2 terbaik keseluruhan bagi kategori lelaki bawah 18 tahun dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 Ogos lalu.

Kejayaannya itu melayakkannya untuk mewakili Kontinjen Negeri Selangor bagi Kejohanan Golf dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada September depan di Pulau Pinang.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Alif Iskandar.

Photos from Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat's post 02/09/2024

[Aktiviti] BATU PAHAT - Seramai 20 anggota kadet yang terdiri daripada Pasukan Kawad Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRS Musleh) dari Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat bersama 6 lagi pegawai daripada Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) menyertai Perarakan Kemerdekaan peringkat daerah pada Sabtu lalu di sini.

Photos from KRS MUSLEH's post 02/09/2024

[Aktiviti] PADANG KOTA - Seramai 57 anggota Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) dari Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang menyertai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 yang berlangsung di sini pada Sabtu.

Photos from Sekolah Rendah Al Hidayah Ipoh's post 02/09/2024

[Tahniah] Syabas diucapkan kepada adik A’qeel Zhafran Muhammad Irzan Iswatt dari SRI Al-Hidayah Ipoh atas kejayaannya menduduki tempat ketiga dalam International Applied Mathematics Olympiad (IAMO).

A'qeel mewakili Malaysia dalam pertandingan itu untuk peringkat Grand Final Kategori A yang telah berlangsung di Gedung BBGP Jawa Barat, Bandung, Indonesia bermula 29 Ogos lalu sebelum berakhir semalam.

30/08/2024

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67

"Malaysia Madani: Jiwa Merdeka"

Photos from Musleh Integrated Education Berhad's post 30/08/2024

Ayuh join dulu running...8th IENVR'24. Dapatkan info lanjut di pautan ini..

www.econaturerun24.krsmusleh.com

Photos from Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor, Pulau Pinang's post 28/08/2024

[Aktiviti] Ceramah Jiwa Merdeka: Demi Malaysia dan Palestin anjuran Unit Hal Ehwal Murid, SMI Al-Ikram sempena Program Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah pada Sabtu, 24 Ogos lalu.

Photos from Sekolah Rendah Islam Hidayah's post 27/08/2024

[Tahniah] Mohamad Adli Hazim Mohd Azmi dari SRI Hidayah Johor Bahru, yang mewakili daerah Johor Bahru ke Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) menduduki tempat kedua daripada keseluruhan 24 peserta yang bertanding untuk acara itu.

Pencapaiannya dalam kejohanan yang bermula pada 20 Ogos di Plantation A - Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang itu melayakkan Adli Hazim mewakili negeri Johor ke peringkat kejohanan seterusnya yang akan berlangsung pada pertengahan September depan di Selangor.

Tahniah kepada pemenang dan seluruh pasukan yang terlibat.

Photos from Sekolah Menengah Islam Aman - SMI AMAN's post 27/08/2024

[Aktiviti] Sekitar program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa anjuran SMI Aman Kota Bharu pada Ahad lalu.

Aktiviti yang telah dijalankan termasuklah Larian Merdeka & Eco Nature Run, Pertandingan Permainan Congkak & Batu Seremban, Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Pertandingan Khitobah, Spelling Bee Competition dan Pertandingan Kelas Terceria.

Photos from Musleh Integrated Education Berhad's post 26/08/2024

[Lawatan] Jelajah Kurikulum, Pentaksiran dan Tarbiah Zon Utara

JITRA - Centre of Learning Excellence (CLE) melalui Sektor Kurikulum, Pentaksiran dan Tarbiahnya telah mengadakan satu pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Penyelarasan Pendidikan (IKRAM) Negeri (LPPIN), Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan ahli jawatankuasanya, Pengetua, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Diniah dan Penolong Kanan Tarbiah sekolah-sekolah rangkaian Musleh di zon utara pada Ahad.

Lawatan yang diketuai oleh Pengurus Besar CLE, Dr Kamaliah Noordin ini antara lainnya ialah bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan Huraian Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah Musleh (HSPIS), Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) dan Tarbiah serta pelaksanaannya di sekolah.

Jelajah ke zon tengah sebelum berakhir di zon selatan dijadualkan akan turut diadakan secara berpringkat dalam masa terdekat.

25/08/2024

HARI TERAKHIR penyertaan Pertandingan Jiwa Merdeka: Demi Malaysia & Al-Aqsa🥳✨

Jom hantar penyertaan di https://bit.ly/PertandinganJiwaMerdekaMusleh

24/08/2024

2 hari lagi sebelum tarikh tutup penyertaan Pertandingan Jiwa Merdeka: Demi Malaysia & Al-Aqsa🥳✨

Jom hantar penyertaan di https://bit.ly/PertandinganJiwaMerdekaMusleh

Photos from Sekolah Rendah Islam Aman Machang's post 23/08/2024

[Aktiviti] Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran SRI Aman Machang, Kelantan.

Photos from Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat's post 23/08/2024

[Aktiviti] Sambutan Hari Merdeka dan Peduli Ummah anjuran Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat sempena bulan kemerdekaan bagi menyemai semangat patriotisme dan memberi pendedahan kepada semua murid tentang kepentingan menghargai nikmat kemerdekaan, menzahirkan rasa syukur serta mengambil perhatian tentang senario ummat di seluruh dunia.

23/08/2024

3 hari lagi sebelum tarikh tutup penyertaan Pertandingan Jiwa Merdeka: Demi Malaysia & Al-Aqsa🥳✨

Jom hantar penyertaan di https://bit.ly/PertandinganJiwaMerdekaMusleh

Photos from Musleh Integrated Education Berhad's post 23/08/2024

[Berita] NICERS ’24: SRI Al-Ikram Raih Emas

KULIM – Sesi penjurian dan pertandingan National Invention & Innovation Competition Exhibition and Robot-Sumo (NICERS) 2024 yang telah berlangsung di Politeknik Sultanah Bahiyah bermula 20 Ogos lalu menyaksikan 4 orang pelajar dari SRI Al-Ikram Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas selepas diumumkan dalam majlis penutup semalam, di sini.

Penyertaan mereka bagi Pertandingan Inovasi atas nama projek Kit Stem Al-Ikram – Mesin Lipat Baju berjaya menambat hati juri sekaligus meraih anugerah pingat emas dan membawa p**ang hadiah wang tunai, pingat serta sijil.

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2024/nicers-24-sri-al-ikram-raih-emas/

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

[Musleh Sharing]Perkongsian Alumni - Dr. Zaid Bin Omar merupakan alumni SMI Hidayah Johor Bahru. Kini berkhidmat sebagai...
[Musleh Sharing]Perkongsian Alumni - En. Wan Muhammad Wan Ibrahim merupakan Alumni SMI Al-Amin Gombak. Kini berkhidmat s...
[Musleh Sharing]Perkongsian alumni dari Dr. Nur Raihana binti Zakaria. Kini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan....
[Musleh Sharing]Perkongsian alumni dari Cik Nurul Syifa' Zameran,pembantu penyelidik & pelajar Ijazah Psikologi Klinikal...
[Musleh Sharing]Perkongsian alumni dari Cik Puteri Seri Mawar. Beliau kini berkhidmat sebagai Konsultan Kewangan.Alumni ...
[Musleh Sharing]Perkongsian Alumni Musleh dari En. Umar Izzat bin Basir, Pegawai Shariah.Beliau merupakan alumni SMI Hir...
[Musleh Sharing]Perkongsian Alumni Musleh dari Muallim Afif Marzlan.En. Afif MarzlanKini bertugas sebagai guru, ketua Ja...
Webinar Perpaduan Nasional: Perspektif IKRAM
Majlis Taklimat Tarbiah IKRAM Musleh 2021
MAJLIS PENGUMUMAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER DAN KOMIK SEMPENA KEMPEN BANTERAS RASUAH 2021
Solat Ibadat Utama
KARNIVAL AMAL ISLAMI IKRAM MUSLEH 2018 (KAIIM'18)

Telephone

Address


No. 6-1, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Other Nonprofit Organizations in Seri Kembangan (show all)
Surau As-Saadah, Apartmen Rakyat Taman Impian Ehsan Surau As-Saadah, Apartmen Rakyat Taman Impian Ehsan
Apartmen Rakyat Blok E, Taman Impian Ehsan, Balakong
Seri Kembangan, 43300

Surau As-Saadah, Apartmen Rakyat adalah salah sebuah surau yang terdapat di Taman Impian Ehsan, Bala

Wakaf Masjid Puncak Jalil Wakaf Masjid Puncak Jalil
Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan, 43300

Wakaf Masjid . Derma dan sedekah . Waqf . Fund Rising . Donation. Salurkan derma ke TABUNG PEMBINAAN MASJID PUNCAK JALIL 5628-5200-1429 (Maybank Islamik)

Bakti Siswa g09 Bakti Siswa g09
Jalan University 1
Seri Kembangan, 43400

MCGA - Malaysia Cat Groomers Association MCGA - Malaysia Cat Groomers Association
18-1, Jalan Simfoni 1, Simfoni Tower, Balakong
Seri Kembangan, 43300

Let's Get Certified !

Help Yemen Campaign- Malaysia Help Yemen Campaign- Malaysia
No. 2. 8 , Jalan DaGang SB2/4, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan, 43300

HELP YEMEN campaign is organised by Malaysian and Yemeni foundations aiming to alleviate the suffering of people affected by the war inside Yemen.

Flyrizq HQ Flyrizq HQ
7-1 Jalan PUJ 8/7
Seri Kembangan, 43300

FLYRIZQ HQ ini adalah tempat untuk berkongsi segala maklumat tentang program yang telah dijalankan.

马来西亚中华大会堂总会-华总 The Federation of Chinese Associations Malaysia-Huazong 马来西亚中华大会堂总会-华总 The Federation of Chinese Associations Malaysia-Huazong
Wisma Huazong, 9th Floor, Lot 15285, 0. 7KM, Lebuhraya Sg. Besi
Seri Kembangan, 50460

马来西亚中华大会堂总会(华总)简介 简历 成立于 1991 年的马来西亚中华大会堂总会 (简称华总)是由马来西亚 15 华团,其中包括 13 州的中华 大会堂或华团总会 (即州内的最高华团领导机构)所组

Altawasul Alinsani Malaysia Altawasul Alinsani Malaysia
No. 25-1, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan, 43300

Altawasul Berhad (1353085-A) To excel and lead in the educational and humanitarian fields.

Pertubuhan Kebajikan Fajar Harapan - PKFH Pertubuhan Kebajikan Fajar Harapan - PKFH
3A-13A, 3 Elements, Jalan Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, SERI KEMBANGAN
Seri Kembangan, 43300

Building hope and dignity among the poor and marginalized communities in Malaysia

Aqsa Syarif Aqsa Syarif
Seri Kembangan, 43000

Aqsa Syarif adalah agensi kemanusiaan dibawah @MyCARE yang fokus dalam isu-isu Palestin.

VCEE19-Volunteers for Community Empowerment and Engagement on C19 VCEE19-Volunteers for Community Empowerment and Engagement on C19
Seri Kembangan, 43300

A Community Volunteer Project with focus on engaging and empowering community on health related issues by Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) and Pertubuhan ...

RDWF RDWF
13D, Jalan SR 3/2, Raman Serdang Raya
Seri Kembangan, 43300

RDWF, the Rohingya Development and Welfare foundation is a nonprofit Organization work for Rohingya.