Peguam Keluarga Melaka

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga.

Perkhidmatan profesional ini dikendalikan oleh peguam yang bertauliah.

31/03/2021

𝗔𝗬𝗔𝗧-𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔

💐Kebahagiaan dan kedamaian dalam berumah tangga hanya akan dikecapi apabila kedua-dua pasangan mengerti dan sedar akan tanggugjawab dan kewajiban masing-masing terhadap satu sama lain serta saling melayan di antara satu sama lain dengan layanan dan pergaulan yang baik.

💐Sungguh, syarak ada menerangkan tentang hak, adab serta akhlak yang perlu diikuti serta dilaksanakan oleh pasangan suami isteri demi menggapai kehidupan berpasangan yang membahagiakan dan demi menggapai sakinah, rahmah dan mawaddah dalam bahtera perkahwinan yang dilayari. Jika tidak, pasti akan berlaku kekacauan, stress atau mungkin sahaja letupan bom yang akhirnya akan menatijahkan perpisahan yang sadis dalam keadaan hati yang terguris-terhiris.

💐Di antara adab tersebut adalah;
baik layanan isteri terhadap suami, melaksanakan tanggungjawabnya terhadap suami, mentaati suami pada semua perkara yang diredhai Allaah dan RasulNya.
RasuluLlaah sollaLlaahu ^alayh wasallam pernah bersabda yang mafhumnya: “Manusia yang paling besar haknya ke atas seorang wanita adalah suaminya”.
Baginda juga pernah bersabda yang mafhumnya: “Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke dalam syurga”.

🌹Maka seorang wanita yang berakal dan tinggi sopan-santunnya adalah yang benar-benar komited melaksanakan tanggugjawabnya terhadap suaminya dan melayannya dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Credit: Mohd Sobri Ellias

16/03/2021

APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Namun dalam kebanyakan kes ini, terlalu ramai isteri yang tidak jelas atau tidak tahu apakah hak seorang isteri yang sedia ada apabila suami berpoligami.

Majoriti tahu, bercerai. Ya. Perceraian itu juga hak seorang isteri.

Namun begitu, terdapat juga hak yang dijamin hukum syarak buat isteri yang memilih untuk mengekalkan perkahwinannya.

Ada beberapa hak yang penting akan admin kongsikan:

*****************
1) Hak Nafkah Diri
*****************
Nafkah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri yang merangkumi 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

*********************
2) Hak Giliran Bermalam
*********************
Hak giliran bermalam ialah hak yang wajib diberikan secara adil oleh suami kepada isteri-isterinya yang dimadukan.

Isteri pertama perlu tahu berapa hari haknya dan

*****************
3) Harta Sepencarian
*****************
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan atau harta yang diperolehi satu pihak sebelum perkahwinan namun dikembangkan/dimajukan oleh satu pihak yang lain dalam tempoh perkahwinan.

****************
4) Hak Nafkah Anak
****************
Nafkah anak ialah nafkah wajib yang disediakan bapa kepada anak-anaknya.

📌Dinasihatkan isteri yang sudah mengetahui dirinya telah dimadukan:

1. Anda mempunyai beberapa hak yang penting dan telah dijamin oleh hukum syarak dan undang-undang selain daripada bercerai.
Beranikan diri dan tuntutlah hak berkenaan demi kebaikan diri dan keluarga anda.

2. Jika suami anda telah berpoligami secara rahsia dan kemudian enggan untuk mendaftarkannya, persiapkan bukti.
Kerana beban bukti untuk membuktikan di Mahkamah bahawa suami telah poligami adalah tanggungjawab anda.

3. Rujuklah mereka yang arif dalam hal ehwal berkaitan undang-undang syariah ini sekiranya masih lagi musykil dan tidak jelas mengenai hak-hak anda.

Suami dah terlepas poligami tanpa pengetahuan, jangan p**a biarkan dia terus terlepas menunaikan hak.

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.

ANDA BUNTU? KAMI BANTU
📲 Hubungi kami:

📞https://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)

📞https://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)

📞https://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)

FB: https://www.facebook.com/peguamkeluargaanda/
Telegram: https://t.me/peguamkeluarga

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah 😃

15/03/2021

𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗟𝗘𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗔𝗛

Ramai manusia begitu mendambakan kebahagiaan di dunia di samping kebahagiaan di akhirat yang ia adalah matlamat tertinggi kehidupan di atas dunia. Namun, apakah yang dikatakan sebagai kebahagiaan duniawi tersebut? Pada hakikatnya, wanita yang solehah adalah di antara empat perkara yang disifatkan oleh Rasulullaah sebagai salah satu daripada kebahagiaan di dunia. Dalam sebuah hadis riwayat al-Hafiz Dhia’uddin al-Maqdisiy rahimahuLlaah, Rasulullaah bersabda yang mafhumnya: “Kebahagiaan hidup di dunia adalah seperti rumah yang luas, pengangkutan yang selesa, isteri yang solehah dan jiran yang soleh”.

Keempat-empat perkara tersebut telah disebutkan oleh baginda Nabiy sebagai as-Saa^adah ad-Dunyawiyyah yakni barangsiapa yang memperolehinya di dunia yang fana ini maka bererti dia akan hidup dengan selesa. Empat perkara ini juga akan membantu seseorang ke atas perkara-perkara agamanya jika dia pandai menguruskannya. Maka, secara tidak langsung, ia juga adalah pintu untuk seseorang itu turut menggapai kehagiaan di akhirat kelak yang bersifat kekal abadi.

Akan tetapi, tidaklah bermakna mereka yang memperolehi keempat-empat perkara tersebut pasti akan turut menjadi golongan yang bahagia di akhirat kelak. Tidak. Sebaliknya, yang paling asas bagi seseorang dalam menggapai saadah ukhrawiyyah adalah beriman kepada Allaah dan beriman kepada RasuluLLaah. Kedua-dua perkara yang besar ini adalah asas kepada Islam. Barangsiapa yang mendapati keduanya, bererti dia telah mendapati amalan yang paling afdhal. Namun barangsiapa yang tidak mendapati keduanya, maka pada hakikatnya seolah-olah dia tidak beroleh apa-apa kebaikan di atas dunia ini, kerana dia telah kehilangan asas kepada kebahagian yang mutlaq dan tertinggi iaitulah beriman kepada Allaah dan RasulNya; yang ia adalah kunci kepada saadah ukhrawiyyah yang bersifat kekal abadi.

Adapun wanita a.k.a isteri yang solehah, maka mereka akan menjadi tulang belakang kepada seorang lelaki dalam melaksanakan urusan agamanya. Mereka berperanan dalam menguruskan urusan kehidupan suami dan menguruskan kerja-kerja rumah yang kesemua ini membantu suaminya untuk memberi tumpuan terhadap urusan ilmu dan amal. Antara ciri wanita solehah juga adalah mereka yang melayan suaminya atas dasar ihsan dan mentaati suaminya pada perkara-perkara yang diredhai oleh Allaah ta^ala. Sungguh beruntung mereka yang beroleh wanita yang solehah sebagai suri hati mereka sebagai teman rapat dalam menghabiskan saki-baki hidup di atas dunia yang sementara ini.

Credit: Mohd Sobri Ellias

11/03/2021

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sekiranya anda mendengar, melihat, mengetahui dengan dekat terdapat keluarga, rakan atau diri sendiri dianiaya. Anda mahu ke mana?

Berikut sedikit panduan untuk anda:

1. Hospital /Klinik

Adalah disarankan terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dimana-mana berhampiran sekiranya terdapat kecederaan. Rawatan yang anda dari bilik khusus yang dipanggil Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).

2. Pergi ke Balai Polis
- Nyatakan dengan lengkap dan tepat kronologi kejadian, usah terburu-buru sehingga akan ada maklumat tercicir.

- maklumkan kepada Pegawai ia bertujuan untuk perlindungan diri, rujukan mahkamah dan tujuan pendakwaaan.

- Bawa apa-apa bukti sokongan.

3. Bantuan talian awam / NGO

- Talian Kasih KPWKM di 15999 atau mana-mana organisasi wanita seperti WAO

4. Saranan awal sebelum keluar rumah

- bawa barang-barang penting seperti kad pengenalan/ dokumen-dokumen/ kunci rumah/kunci kereta/ Pengecas telefon/ Pakaian( sekiranya berhasrat meninggalkan rumah)

Pembaca sekalian,

Mangsa penderaan ada kalanya telah mengalami gangguan mental yang berpanjangan, usahlah hanya menyatakan bertabahlah, bersabarlah. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak mencari solusi semampunya supaya mangsa merasa selamat dan terbela.

07/03/2021

𝗧𝗔𝗪𝗔𝗗𝗛𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗜

Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq RadiyaLlaahu ^anhu tatkala menghantar tentera muslimin untuk memerangi golongan murtaddin dalam kalangan orang arab, beliau telah menjadikan Sayyiduna Khalid b. al-Walid sebagai panglima perang. Sedangkan dalam kalangan tentera yang ikut keluar berperang ketika itu adalah Sayyiduna ^Ali karramaLlaahu wajhah. Walaupun Sayyiduna ^Ali adalah di antara yang paling gagah dan berani dalam kalangan para sahabat. Manusia yang sangat zuhud, menantunya RasuliLlaah dan yang paling berilmu dalam kalangan sahabat. Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dan sangat rapat dengan RasuliLlaah; pun begitu beliau tetap tunduk dengan keputusan Sayyiduna Abu Bakr dan tatowu^ serta taat kepada Sayyiduna Khalid b. al-Walid, walaupun pada hakikatnya Sayyiduna Khalid b. al-Walid hanya memeluk Islam lebih kurang tiga tahun sebelum kewafatan RasuliLlaah.

Dengan akhlak seperti inilah dakwah Islam begitu pesat tersebar di seluruh pelusuk Tanah Arab pada suatu ketika dahulu. SubhaanaLlaahil ^adziem..

Credit : Mohd Sobri Ellias
Sila like & share

07/03/2021

بسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pihak kami menawarkan khidmat nasihat & pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan dengan masalah rumah tangga & semua masalah yg melibatkan kes-kes syariah.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan perlukan khidmat nasihat serta pandangan, salurkanlah kepada tempat yang betul, dengan cara hubungi secara terus kepada peguam yang bertauliah & berpengalaman bagi membantu menyelesaikan masalah anda.
📞 http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
📞 http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afendi)
📞 http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah 😃

06/03/2021

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Admin ingin membuka peluang kepada semua warga maya untuk bertanya apa-apa persoalan berkaitan kes-kes syariah. Sila PM admin, inshallah , admin akan menyalurkan masalah kalian kepada pengamal syarie yang bertauliah dan kalian diberi peluang untuk mengadakan sesi konsultasi bersama mereka dengan amat selesa.

Luahkan masalah kalian dan kami cuba membantu semampunya. Setiap sesi bersama kalian, rahsia kalian terpelihara.

Pecahkan kebuntuan hitam dan cari solusi untuk bahagia. Insyaallah anda akan berjaya harungi masalah rumahtangga kalian dengan tenang.

Pakar keluarga anda.

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru
80200

Other Divorce & Family Lawyers in Johor Bahru (show all)
Peguam Keluarga Peguam Keluarga
Value Office Coworking Space @Mount Austin, Block B, #5-01, Austin V Square, Jalan Austin Perdana 2, Taman Austin Pedana, Taman Mount Austin
Johor Bahru, 81100

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi

Peguam Keluarga Negeri Sembilan Peguam Keluarga Negeri Sembilan
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Masai HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Masai
42-03, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, 81750

Legal firm in Johor Bahru town near Checkpoint & Woodlands Checkpoint (City Square) and Rapid Transit System RTS LINK Bukit Chagar 新山律师楼靠近新山新加坡海关&移民检查和新山-新加坡捷运系统 RTS

Peguam Keluarga Penang Peguam Keluarga Penang
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi

LY Ooi & Chai 黄楷茵与蔡美进律师事务所 LY Ooi & Chai 黄楷茵与蔡美进律师事务所
No. 239, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai
Johor Bahru, 81300

LY Ooi & Chai | 黄楷茵与蔡美进律师事务所 Advocates & Solicitors • Peguambela & Peguamc

Peguam Keluarga Johor Peguam Keluarga Johor
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 81100

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

Peguam Keluarga Selangor Peguam Keluarga Selangor
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

Lim Chambers Lim Chambers
99A, Jalan Mutiara 1/9, Taman Mutiara Mas
Johor Bahru, 81300

HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Johor Bahru HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Johor Bahru
42-01, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, 81750

Law firm in Johor Bahru close with Checkpoint & Woodlands Checkpoint (City Square) and Rapid Transit System RTS LINK Bukit Chagar.Services provided such as property, family & estat...

Syarizad Zaman & Seah Syarizad Zaman & Seah
5-05 Level 5, Menara TJB, No. 9 Jalan Syed Muhd M***i
Johor Bahru, 80000

We are Lawyers in Johor Bahru. We handle various litigation and conveyancing matters. Do visit our w

Peguam Syarie - Bidayatun Solehah Peguam Syarie - Bidayatun Solehah
No 42B, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru, 81200

Peguam Syarie di negeri Johor, wilayah-wilayah persekutuan & Melaka

William, Florence & Partners - 新山律师事务所 William, Florence & Partners - 新山律师事务所
34-01, Jalan Idaman 2, Taman Larkin Idaman
Johor Bahru, 80350

新山律师服务,产业,家庭,商业,员工,税务法律都有处理, Johor Bahru Is a Malaysia Divorce lawyer, legal service, property, family, commercial, tax law #JohorBahru #DivorceLawyer #MalaysiaDevorceLawyerJohorBa...