Peguam Keluarga Selangor
Nearby law practices
Shah Alam 40150
Shah Alam 40000
Shah Alam 40000
Tingkat, Shah Alam
Shah Alam 40000
Shah Alam 40000
Shah Alam 40000
Shah Alam 40000
Shah Alam 40000
Shah Alam, Shah Alam
Shah Alam, Shah Alam
Shah Alam 40000
Shah Alam 40300
Plaza Azalea Duplex Office Persiaran Bandaraya, Shah Alam
Shah Alam 55100
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga.
Perkhidmatan profesional ini dikendalikan oleh peguam yang bertauliah.
Assalamualaikum.
Buat warga Selangor yang berdepan dengan banjir. Kami mendoakan urusan kalian dipermudahkan.
Assalamualaikum
Kami mendoakan sahabat kami di sini diluaskan rezeki dan dipermudahkan dalam hidup
Assalamualaikum.
Sempena penutup tahun 2021 ini, kami ingin menawarkan konsultasi guaman secara percuma kepada 3 orang yang bertuah. Boleh Pm kami untuk kunci masa temujanji.
Terima Kasih. ๐
Assalamualaikum.
Mahkamah Syariah di Negeri Selangor telah beroperasi seperti biasa.
Sekiranya ada apa-apa persoalan boleh PM admin.
Terima kasih.
Assslamualaikum
Urusan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor telah dibuka keseluruhannya.
Terima kasih.
Selamat berpkp semula.
Perlulah kita berhari raya seadanya.
Sekiranya kalian mempunyai masalah rumahtangga sepanjang tempoh pkp ini, hubungi kami untuk menjadi solusi.
Salam hormat
Peguam keluarga Selangor anda.
AKU KESAL BUAT 2 BENDA NI..KELUH SI SUAMI๐
2 kesalahan Undang-Undang Syarie yg biase lelaki lakukan:
1๏ธโฃCeraikan Isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah
2๏ธโฃPoligami tanpa kebenaran Mahkamah
๐Boleh didenda tidak melebihi RM 1000 @ penjara tidak melebihi 6 bulan @ kedua2 nya sekali
Tanyalah peguam syarie sebelum anda pandai2 bertindak.
๐Komen di bawah๐
Kamu tahu sipakah org yg paling berhak menjaga Anak?
KOMEN DI BAWAH๐
๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐
RAMAI mengambil mudah persoalan wasiat dan pengurusan harta selepas kematian hingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya.
Bagaimanapun, apabila ketua atau ahli keluarga yang menjadi sumber pendapatan utama meninggal dunia, urusan pembahagian harta mengikut faraid dan warisan menyukarkan waris yang masih hidup.
Ini kerana kejahilan mengenai hal itu, mengakibatkan pengurusan dan pembahagian harta pusaka tidak dapat dibuat dengan sempurna.
Ramai dalam kalangan umat Islam tidak mengetahui operasi pengurusan pusaka yang boleh berisiko rumit sekiranya tidak dirancang dari awal.
โSelesai proses pengebumian dan melangsaikan hutang si mati, status harta bertukar milik kepada waris yang memerlukan mereka menjalani tiga proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran dan pembahagian kepada waris yang layak,โ
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris perlu mengemukakan permohonan pusaka di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad, bergantung kepada nilai harta peninggalan si mati.
Selepas kes pengurusan pusaka difailkan, waris akan menerima surat kuasa mentadbir yang melantik salah seorang dalam kalangan waris dikenali sebagai pentadbir dalam melaksanakan tugas mencairkan aset si mati.
Surat Kuasa Mentadbir itu sangat penting bagi mereka yang ingin menuntut pusaka yang ditinggalkan seperti di Tabung Haji (TH), Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank, berikutan kesemua tempat itu memiliki prosedur berbeza.
โSelepas semua proses tuntutan dilakukan, prosiding di mahkamah akan dilakukan untuk menentukan cara pembahagian harta pusaka.
โDi sini, semua waris yang layak menerima harta akan dipanggil ke mahkamah untuk dibicarakan. Proses pembahagian ini yang akan menentukan sama ada waris ingin bahagi secara sama rata, faraid atau sepakat,โ
Persediaan awal perlu dilakukan oleh setiap masyarakat adalah semasa hidup, bukan menangguhkannya hingga sampai meninggal dunia.
โPemilik perlu membuat senarai harta dimiliki dan perlu memiliki maklumat lengkap sama ada aset berkenaan, mempunyai tunggakan yang perlu dibayar atau keperluan tertentu yang ditetapkan ke atas aset berkenaan.
โSimpan semua dokumen yang penting di satu tempat mudah dicari. Apabila berlaku kematian, mudah untuk waris mencari dan menguruskan proses tuntutan pusaka,โ
S**a kami ingatkan tindakan merujuk kepada kaedah pembahagian tersedia untuk pemilik harta, perlu dalam membuat perancangan harta semasa hidup sama ada melalui faraid, wakaf, hibah dan wasiat satu pertiga kepada bukan waris.
Dalam menyelesaikan bab pusaka seeloknya semua waris yang terbabit perlu dipanggil dan berbincang secara waras serta rasional dalam memastikan waris akan menerima pusaka dengan mudah, cepat dan tepat.
Kesedaran umat Islam di negara ini terhadap pengurusan harta pusaka, kata Muhammad Hakim, berada pada tahap amat membimbangkan.
Laporan Jabatan Tanah dan Galian Negara 2016 mendedahkan statistik harta beku melebihi RM60 bilion dan kian meninggkat saban tahun.
Kami mendapati ramai memandang mudah hal itu sedangkan perancangan semasa hidup akan memudahkan waris yang tidak perlu melalui proses tuntutan pusaka kerana pemilik sudah membuat tabung untuk warisnya sewaktu hidup.
โAda yang kami temui menyatakan urusan pusaka dilakukan kerana arwah datuk nenek atau emak ayah mereka meninggal dunia, sudah lebih 10 tahun. Jadi urusan pusaka akan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.
โUrusan bertambah rumit dan memakan masa, akhirnya harta pusaka tadi beku dan tiada seorang pun ahli waris mendapat faedah daripada harta si mati,โ
Kami ingin meningatkan umat Islam untuk merancang harta pusaka kerana usaha sepanjang hidup mengumpul harta bermatlamat untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada waris.
โNamun, sekiranya kita gagal merancang harta pusaka kita semasa hidup, ketahuilah sengsara yang anda tinggalkan untuk ahli waris anda,โ
Credit: Ahmad Muhammad
๐ง๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ ๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐
๐ ๐๐ก...๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐จ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐..๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ ๐ฅ๐๐ ๐จ๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐จ๐๐ฅบ
Tips dan guideline ini dapat membantu anda jika anda dapati isteri berlaku curang dalam hubungan:
1. Kawal emosi dan tegur serta nasihat dahulu.
2. Dengan tenang cari maklumat sahih, jangan senang2 percaya bulat-bulat dari mulut orang. Sendiri rugi jika ia sebuah fitnah.
3. Jika maklumat sahih, dan isteri mengakui maka bagi kata dua pada isteri. Samada ingin bertaubat atau diambil tindakan untuk disabitkan sebagai isteri yang Nusyuz di Mahkamah. Berat kesan isteri Nusyuz ni.
4. Jika isteri pilih untuk bertaubat, maka selesai dan Alhamdulillah. Suami berubah jika ada salah silap dari suami, isteri juga berubah untuk perbaiki diri.
5. Jika isteri enggan berubah, ada tiga tindakan yang boleh dibuat dan diambil tindakan oleh suami.
๐Pertama, failkan isteri kembali taat atau sabitan Nusyuz mengikut kepada kesesuaian kes.
๐Kedua, dalam masa yang sama boleh failkan gangguan pihak ketiga. Aduan dibuat di bahagian Penguatkuasa Undang-undang untuk diambil tindakan terhadap pihak ketiga tu. Renyah memang renyah tapi ini antara tindakan yang boleh diambil mengikut undang-undang.
๐Ketiga, jika tak mampu lagi untuk meneruskan perkahwinan boleh failkan perceraian secara persetujuan bersama atau tuntutan Fasakh untuk dinyatakan sebab-sebab untuk berpisah. Tapi jangan ikut emosi terus lafaz cerai p**ak tanpa kebenaran. Nanti lain p**ak kesnya nanti.
6. Bila semua perkara ni dah selesai. Teruskanlah sisa hidup yang berbaki itu dengan cara yang bahagia. Bahagia itu kita yang cipta bagaimana rencahnya, barulah bahagia.
Komen di bawah๐
Anda buntu? Kami bantu
Credit: Rabiatul Adawiyah Ramli
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐?
Boleh komen di bawah๐
KITA MERASAKAN KESULITAN DALAM KEHIDUPAN? JOM AMALKAN ISTIGHFAR
๐ฆAmalkan istighfar, nescaya Allah jadikan untuk kita jalan keluar dari kesempitan
Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
bersabda:
*ู
ู ูุฒู
ุงูุงุณุชุบูุงุฑ ุฌุนู ุงููู ูู ู
ู ูููู ุถููู ู
ุฎุฑุฌุงุ ูู
ู ูููู ูู
ูู ูุฑุฌุงุ ูุฑูุฒููู ู
ู ุญูุซ ูุง ูุญุชุณุจ*
Mafhumnya: _*"Barangsiapa yang melazimi istighfar nescaya Allah menjadikan untuknya jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap keluh kesah dan Allah mengurniakannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka"*_ [Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim dengan sanad yang sohih]
๐น Like, Share & Komen di bawah๐
๐ช๐๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐จ ๐ช๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐๐ ๐
โ๏ธPara suami yang diletakkan amanah di mulutnya bahawa segala lafaz yang berkaitan dengan talak @ cerai adalah suatu perkara yang tidak boleh di bawa main-main kerana ia adalah suatu perkara yang boleh disabitkan sah sebagai lafaz cerai terhadap isterinya.
โ๏ธMaka perlu berwaspada para suami di dalam ucapan samada semasa bergaduh @ perbualan biasa @ luahan isi hati @ bergurau dengan menggunakan perkataan talak @ cerai dikhuatiri akan menyebabkan jatuh talak tanpa di sedari oleh suami mahupun isteri.
โ๏ธUmpama peribahasa yang pop**ar di kalangan orang melayu kita iaitu "bila dah terhantuk baru nak terngadah" maka menyesal di kemudian hari tidak ada guna sudah. Berhati-hati lah wahai para suami sekalian.
โANDA ADA PERSOALANโ
TANYALAH PEGUAM SYARIE
๐๐ฝ๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ผ ๐ฟ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ฌ๐๐ง-๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ก๐ง๐
๐Kebahagiaan dan kedamaian dalam berumah tangga hanya akan dikecapi apabila kedua-dua pasangan mengerti dan sedar akan tanggugjawab dan kewajiban masing-masing terhadap satu sama lain serta saling melayan di antara satu sama lain dengan layanan dan pergaulan yang baik.
๐Sungguh, syarak ada menerangkan tentang hak, adab serta akhlak yang perlu diikuti serta dilaksanakan oleh pasangan suami isteri demi menggapai kehidupan berpasangan yang membahagiakan dan demi menggapai sakinah, rahmah dan mawaddah dalam bahtera perkahwinan yang dilayari. Jika tidak, pasti akan berlaku kekacauan, stress atau mungkin sahaja letupan bom yang akhirnya akan menatijahkan perpisahan yang sadis dalam keadaan hati yang terguris-terhiris.
๐Di antara adab tersebut adalah;
baik layanan isteri terhadap suami, melaksanakan tanggungjawabnya terhadap suami, mentaati suami pada semua perkara yang diredhai Allaah dan RasulNya.
RasuluLlaah sollaLlaahu ^alayh wasallam pernah bersabda yang mafhumnya: โManusia yang paling besar haknya ke atas seorang wanita adalah suaminyaโ.
Baginda juga pernah bersabda yang mafhumnya: โMana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke dalam syurgaโ.
๐นMaka seorang wanita yang berakal dan tinggi sopan-santunnya adalah yang benar-benar komited melaksanakan tanggugjawabnya terhadap suaminya dan melayannya dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Credit: Mohd Sobri Ellias
APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?
Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.
Namun dalam kebanyakan kes ini, terlalu ramai isteri yang tidak jelas atau tidak tahu apakah hak seorang isteri yang sedia ada apabila suami berpoligami.
Majoriti tahu, bercerai. Ya. Perceraian itu juga hak seorang isteri.
Namun begitu, terdapat juga hak yang dijamin hukum syarak buat isteri yang memilih untuk mengekalkan perkahwinannya.
Ada beberapa hak yang penting akan admin kongsikan:
*****************
1) Hak Nafkah Diri
*****************
Nafkah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri yang merangkumi 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
*********************
2) Hak Giliran Bermalam
*********************
Hak giliran bermalam ialah hak yang wajib diberikan secara adil oleh suami kepada isteri-isterinya yang dimadukan.
Isteri pertama perlu tahu berapa hari haknya dan
*****************
3) Harta Sepencarian
*****************
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan atau harta yang diperolehi satu pihak sebelum perkahwinan namun dikembangkan/dimajukan oleh satu pihak yang lain dalam tempoh perkahwinan.
****************
4) Hak Nafkah Anak
****************
Nafkah anak ialah nafkah wajib yang disediakan bapa kepada anak-anaknya.
๐Dinasihatkan isteri yang sudah mengetahui dirinya telah dimadukan:
1. Anda mempunyai beberapa hak yang penting dan telah dijamin oleh hukum syarak dan undang-undang selain daripada bercerai.
Beranikan diri dan tuntutlah hak berkenaan demi kebaikan diri dan keluarga anda.
2. Jika suami anda telah berpoligami secara rahsia dan kemudian enggan untuk mendaftarkannya, persiapkan bukti.
Kerana beban bukti untuk membuktikan di Mahkamah bahawa suami telah poligami adalah tanggungjawab anda.
3. Rujuklah mereka yang arif dalam hal ehwal berkaitan undang-undang syariah ini sekiranya masih lagi musykil dan tidak jelas mengenai hak-hak anda.
Suami dah terlepas poligami tanpa pengetahuan, jangan p**a biarkan dia terus terlepas menunaikan hak.
Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.
Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
ANDA BUNTU? KAMI BANTU
๐ฒ Hubungi kami:
๐https://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)
๐https://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)
๐https://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)
Telegram: https://t.me/peguamkeluarga
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐
๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐
Ramai manusia begitu mendambakan kebahagiaan di dunia di samping kebahagiaan di akhirat yang ia adalah matlamat tertinggi kehidupan di atas dunia. Namun, apakah yang dikatakan sebagai kebahagiaan duniawi tersebut? Pada hakikatnya, wanita yang solehah adalah di antara empat perkara yang disifatkan oleh Rasulullaah sebagai salah satu daripada kebahagiaan di dunia. Dalam sebuah hadis riwayat al-Hafiz Dhiaโuddin al-Maqdisiy rahimahuLlaah, Rasulullaah bersabda yang mafhumnya: โKebahagiaan hidup di dunia adalah seperti rumah yang luas, pengangkutan yang selesa, isteri yang solehah dan jiran yang solehโ.
Keempat-empat perkara tersebut telah disebutkan oleh baginda Nabiy sebagai as-Saa^adah ad-Dunyawiyyah yakni barangsiapa yang memperolehinya di dunia yang fana ini maka bererti dia akan hidup dengan selesa. Empat perkara ini juga akan membantu seseorang ke atas perkara-perkara agamanya jika dia pandai menguruskannya. Maka, secara tidak langsung, ia juga adalah pintu untuk seseorang itu turut menggapai kehagiaan di akhirat kelak yang bersifat kekal abadi.
Akan tetapi, tidaklah bermakna mereka yang memperolehi keempat-empat perkara tersebut pasti akan turut menjadi golongan yang bahagia di akhirat kelak. Tidak. Sebaliknya, yang paling asas bagi seseorang dalam menggapai saadah ukhrawiyyah adalah beriman kepada Allaah dan beriman kepada RasuluLLaah. Kedua-dua perkara yang besar ini adalah asas kepada Islam. Barangsiapa yang mendapati keduanya, bererti dia telah mendapati amalan yang paling afdhal. Namun barangsiapa yang tidak mendapati keduanya, maka pada hakikatnya seolah-olah dia tidak beroleh apa-apa kebaikan di atas dunia ini, kerana dia telah kehilangan asas kepada kebahagian yang mutlaq dan tertinggi iaitulah beriman kepada Allaah dan RasulNya; yang ia adalah kunci kepada saadah ukhrawiyyah yang bersifat kekal abadi.
Adapun wanita a.k.a isteri yang solehah, maka mereka akan menjadi tulang belakang kepada seorang lelaki dalam melaksanakan urusan agamanya. Mereka berperanan dalam menguruskan urusan kehidupan suami dan menguruskan kerja-kerja rumah yang kesemua ini membantu suaminya untuk memberi tumpuan terhadap urusan ilmu dan amal. Antara ciri wanita solehah juga adalah mereka yang melayan suaminya atas dasar ihsan dan mentaati suaminya pada perkara-perkara yang diredhai oleh Allaah ta^ala. Sungguh beruntung mereka yang beroleh wanita yang solehah sebagai suri hati mereka sebagai teman rapat dalam menghabiskan saki-baki hidup di atas dunia yang sementara ini.
Credit: Mohd Sobri Ellias
๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ก?
Jawapannya anda perlu daftar nikah di Malaysia setelah nikah di Thailand atau negara lain disebabkan :
๐๐ฝRekod Pejabat Agama Islam setiap negeri di Malaysia.
๐๐ฝUrusan Surat Beranak Anak yang akan Lahir.
๐๐ฝPendaftaran Sekolah Anak.
๐๐ฝUrusan Harta Pusaka tidak dapat kerana tiada rekod perkahwinan.
๐๐ฝProses Penceraian Di Malaysia.
๐๐ฝLain2 Masalah akan timbul di masa hadapan sehingga anda membuat pengesahan nikah di Malaysia.
๐๐ฝPenceraian di malaysia.
๐๐ฝDaftar nikah sebelah isteri sahaja jika suami hilang.
Apakah kesan bila PERNIKAHAN yang dijalankan di luar negara TAPI tidak didaftarkan di Malaysia?
1. Kesukaran untuk membuat urusan berkaitan tuntutan perkahwinan/perceraian kerana REKOD tiada di dalam sistem JABATAN AGAMA di MALAYSIA.
2. Sekiranya pihak ada anak, KESAHAN status anak sukar untuk dibuat di mana-mana Mahkamah syariah kerana masih belum diiktiraf dibawah UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA.
3. Sekiranya berlaku kematian, sebarang tuntutan berkaitan HARTA atau PUSAKA akan MENJADI SUKAR
4. Dikhuatiri pernikahan yang dijalankan di luar negara itu adalah TIDAK SAH atau RAGUยฒ dari sudut hukum syarak memandangkan banyak berlaku NIKAH SINDIKET bagi pasangan yang tidak mendapat restu keluarga untuk berkahwin.
๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐ก๐ง๐จ? ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ
๐ฒ Hubungi kami:
๐https://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)
๐https://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)
๐https://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)
*Telegram:* https://t.me/peguamkeluarga
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐๐ง๐จ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐
Perkahwinan adalah suatu nikmat yang besar daripada Allaah kepada hamba-hambaNya sama ada yang lelaki mahupun perempuan. Ia adalah suatu ikatan yang dihalalkan oleh syarak bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, bahkan ia amat digalakkan bagi mereka padanya. Bagi yang meneliti dengan insaf, pernikahan bukan hanya sebuah ikatan yang menghalalkan hubungan intim di antara lelaki yang ajnabi dan wanita yang ajnabiyyah, bahkan lebih daripada itu, ia adalah suatu ikatan yang Allaah ta^ala telah jadikan padanya mawaddah dan kasih sayang.
Allaah telah menjadikan golongan lelaki sebagai tempat bagi golongan wanita bersandar dan berpaut kukuh padanya. Dan Allaah telah menjadikan wanita sebagai tempat bagi lelaki bermanja dan berkasih sayang dengannya. Maka, apabila berpadu keduanya atas niat yang baik dan berpasakkan ilmu agama yang mengakar kukuh di dalam jiwa, ia pasti akan menatijahhkan sebuah gelombang kebaikan yang sangat besar skala dan impaknya.
Justeru, perkahwinan yang berjaya, adalah perkahwinan yang pasangan suami dan isterinya saling mengetahui akan tanggungjawab masing-masing dan tahu juga bagaimana untuk memenuhi hati satu sama lain dengan kebahagiaan dan ketenangan yang konsisten sifatnya selain turut melayan satu sama lain atas dasar ihsan. Pastinya, tidak ada jalan yang lain untuk menuju kepadanya melainkan dengan meneladani baginda sollaLlaahu ^alayh wasallam pada pegangan, perkataan dan perbuatan baginda ^alayhis solatu wassalaam.
Moga Allaah sentiasa mengurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua untuk melakukan perkara-perkara kebaikan di atas dunia ini sementara hayat masih lagi dikandung badan. Bijaahin Nabiy.
Credit : Mohd Sobri Ellias
LIKE & SHARE
MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Sekiranya anda mendengar, melihat, mengetahui dengan dekat terdapat keluarga, rakan atau diri sendiri dianiaya. Anda mahu ke mana?
Berikut sedikit panduan untuk anda:
1. Hospital /Klinik
Adalah disarankan terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dimana-mana berhampiran sekiranya terdapat kecederaan. Rawatan yang anda dari bilik khusus yang dipanggil Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).
2. Pergi ke Balai Polis
- Nyatakan dengan lengkap dan tepat kronologi kejadian, usah terburu-buru sehingga akan ada maklumat tercicir.
- maklumkan kepada Pegawai ia bertujuan untuk perlindungan diri, rujukan mahkamah dan tujuan pendakwaaan.
- Bawa apa-apa bukti sokongan.
3. Bantuan talian awam / NGO
- Talian Kasih KPWKM di 15999 atau mana-mana organisasi wanita seperti WAO
4. Saranan awal sebelum keluar rumah
- bawa barang-barang penting seperti kad pengenalan/ dokumen-dokumen/ kunci rumah/kunci kereta/ Pengecas telefon/ Pakaian( sekiranya berhasrat meninggalkan rumah)
Pembaca sekalian,
Mangsa penderaan ada kalanya telah mengalami gangguan mental yang berpanjangan, usahlah hanya menyatakan bertabahlah, bersabarlah. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak mencari solusi semampunya supaya mangsa merasa selamat dan terbela.
๐ง๐๐ช๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐จ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐
Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq RadiyaLlaahu ^anhu tatkala menghantar tentera muslimin untuk memerangi golongan murtaddin dalam kalangan orang arab, beliau telah menjadikan Sayyiduna Khalid b. al-Walid sebagai panglima perang. Sedangkan dalam kalangan tentera yang ikut keluar berperang ketika itu adalah Sayyiduna ^Ali karramaLlaahu wajhah. Walaupun Sayyiduna ^Ali adalah di antara yang paling gagah dan berani dalam kalangan para sahabat. Manusia yang sangat zuhud, menantunya RasuliLlaah dan yang paling berilmu dalam kalangan sahabat. Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dan sangat rapat dengan RasuliLlaah; pun begitu beliau tetap tunduk dengan keputusan Sayyiduna Abu Bakr dan tatowu^ serta taat kepada Sayyiduna Khalid b. al-Walid, walaupun pada hakikatnya Sayyiduna Khalid b. al-Walid hanya memeluk Islam lebih kurang tiga tahun sebelum kewafatan RasuliLlaah.
Dengan akhlak seperti inilah dakwah Islam begitu pesat tersebar di seluruh pelusuk Tanah Arab pada suatu ketika dahulu. SubhaanaLlaahil ^adziem..
Credit : Mohd Sobri Ellias
Sila like & share
ุจุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Pihak kami menawarkan khidmat nasihat & pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan dengan masalah rumah tangga & semua masalah yg melibatkan kes-kes syariah.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan perlukan khidmat nasihat serta pandangan, salurkanlah kepada tempat yang betul, dengan cara hubungi secara terus kepada peguam yang bertauliah & berpengalaman bagi membantu menyelesaikan masalah anda.
๐ http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
๐ http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afendi)
๐ http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐
Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Admin ingin membuka peluang kepada semua warga maya untuk bertanya apa-apa persoalan berkaitan kes-kes syariah. Sila TANYA admin, inshallah , admin akan menyalurkan masalah kalian kepada pengamal syarie yang bertauliah dan kalian diberi peluang untuk mengadakan sesi konsultasi bersama mereka dengan amat selesa.
Luahkan masalah kalian dan kami cuba membantu semampunya. Setiap sesi bersama kalian, rahsia kalian terpelihara.
Pecahkan kebuntuan hitam dan cari solusi untuk bahagia. Insyaallah anda akan berjaya harungi masalah rumahtangga kalian dengan tenang.
Pakar keluarga anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Johor Bahru
80200
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 80200
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...
Value Office Coworking Space @Mount Austin, Block B, #5-01, Austin V Square, Jalan Austin Perdana 2, Taman Austin Pedana, Taman Mount Austin
Johor Bahru, 81100
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi
Johor Bahru, 80200
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...
42-03, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, 81750
Legal firm in Johor Bahru town near Checkpoint & Woodlands Checkpoint (City Square) and Rapid Transit System RTS LINK Bukit Chagar ๆฐๅฑฑๅพๅธๆฅผ้ ่ฟๆฐๅฑฑๆฐๅ ๅกๆตทๅ ณ&็งปๆฐๆฃๆฅๅๆฐๅฑฑ-ๆฐๅ ๅกๆท่ฟ็ณป็ป RTS
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 80200
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi
No. 239, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai
Johor Bahru, 81300
LY Ooi & Chai | ้ปๆฅท่ตไธ่ก็พ่ฟๅพๅธไบๅกๆ Advocates & Solicitors โข Peguambela & Peguamc
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 81100
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...
42-01, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, 81750
Law firm in Johor Bahru close with Checkpoint & Woodlands Checkpoint (City Square) and Rapid Transit System RTS LINK Bukit Chagar.Services provided such as property, family & estat...
5-05 Level 5, Menara TJB, No. 9 Jalan Syed Muhd M***i
Johor Bahru, 80000
We are Lawyers in Johor Bahru. We handle various litigation and conveyancing matters. Do visit our w
No 42B, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru, 81200
Peguam Syarie di negeri Johor, wilayah-wilayah persekutuan & Melaka
34-01, Jalan Idaman 2, Taman Larkin Idaman
Johor Bahru, 80350
ๆฐๅฑฑๅพๅธๆๅก๏ผไบงไธ๏ผๅฎถๅบญ๏ผๅไธ๏ผๅๅทฅ๏ผ็จๅกๆณๅพ้ฝๆๅค็, Johor Bahru Is a Malaysia Divorce lawyer, legal service, property, family, commercial, tax law #JohorBahru #DivorceLawyer #MalaysiaDevorceLawyerJohorBa...