Peguam Keluarga

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi

Photos from Viral Johor's post 25/07/2022
12/10/2021

Assalamualaikum

Warga peguam keluarga yang dihormati.

Ayuh set konsultasi guaman bersama kami secara atas talian. Persoalan masalah keluarga anda, inshaallah kami berusaha menjawab.

Terima kasih ^_^

23/04/2021

AKU SENGSARA.. AKU NAK CERAI...TAPI SUAMI XNAK LEPASKAN..KELUH SI ISTERI๐Ÿ˜ข๐Ÿฅบ

Terdapat alternatif lain bagi isteri untuk memohon pembubaran perkahwinan jika suami enggan mentalaqkan si isteri.

Isteri boleh memohon pembubaran perkahwinan melalui
1. Timbangtara Hakam
2. Khulu'
3. Penceraian secara ta'liq
4. Penceraian secara fasakh
5. Anggapan kematian

Tanyalah peguam syarie, untuk dapatkan penjelasan bagi kes anda.
๐Ÿ‘‡Komen di bawah๐Ÿ‘‡

12/04/2021

๐— ๐—”๐—ก...๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ž๐—จ ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š..๐—›๐—”๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—จ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—› ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—”๐—ž๐—จ๐Ÿ˜”๐Ÿฅบ

Tips dan guideline ini dapat membantu anda jika anda dapati isteri berlaku curang dalam hubungan:

1. Kawal emosi dan tegur serta nasihat dahulu.

2. Dengan tenang cari maklumat sahih, jangan senang2 percaya bulat-bulat dari mulut orang. Sendiri rugi jika ia sebuah fitnah.

3. Jika maklumat sahih, dan isteri mengakui maka bagi kata dua pada isteri. Samada ingin bertaubat atau diambil tindakan untuk disabitkan sebagai isteri yang Nusyuz di Mahkamah. Berat kesan isteri Nusyuz ni.

4. Jika isteri pilih untuk bertaubat, maka selesai dan Alhamdulillah. Suami berubah jika ada salah silap dari suami, isteri juga berubah untuk perbaiki diri.

5. Jika isteri enggan berubah, ada tiga tindakan yang boleh dibuat dan diambil tindakan oleh suami.

๐Ÿ“ŒPertama, failkan isteri kembali taat atau sabitan Nusyuz mengikut kepada kesesuaian kes.

๐Ÿ“ŒKedua, dalam masa yang sama boleh failkan gangguan pihak ketiga. Aduan dibuat di bahagian Penguatkuasa Undang-undang untuk diambil tindakan terhadap pihak ketiga tu. Renyah memang renyah tapi ini antara tindakan yang boleh diambil mengikut undang-undang.

๐Ÿ“ŒKetiga, jika tak mampu lagi untuk meneruskan perkahwinan boleh failkan perceraian secara persetujuan bersama atau tuntutan Fasakh untuk dinyatakan sebab-sebab untuk berpisah. Tapi jangan ikut emosi terus lafaz cerai p**ak tanpa kebenaran. Nanti lain p**ak kesnya nanti.

6. Bila semua perkara ni dah selesai. Teruskanlah sisa hidup yang berbaki itu dengan cara yang bahagia. Bahagia itu kita yang cipta bagaimana rencahnya, barulah bahagia.

Komen di bawah๐Ÿ‘‡
Anda buntu? Kami bantu

Credit: Rabiatul Adawiyah Ramli

09/04/2021

๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ...๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”

1. Peguam saya, pastikan jawapan yg diberikan adalah berdasar kepada kes saya secara khusus bukan secara umum.

2. Dia akan tanya segala fakta dan kejadian dalam kes saya untuk pastikan kes saya diselesaikan dan pastikan diri saya terjamin dan terbela

3. Sesiapa yang buat konsultasi, maka terjawablah soalan2 yang terbuku dlm hati sebelum ini.

Anda buntu? Tanyalah Peguam anda.
Boleh komen di bawah๐Ÿ‘‡

05/04/2021

๐’๐€๐Œ๐๐€๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐’๐€๐˜๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐€๐Š?
Boleh komen di bawah๐Ÿ‘‡

02/04/2021

KITA MERASAKAN KESULITAN DALAM KEHIDUPAN? JOM AMALKAN ISTIGHFAR

๐Ÿฆ‹Amalkan istighfar, nescaya Allah jadikan untuk kita jalan keluar dari kesempitan

Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

*ู…ู† ู„ุฒู… ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ ุฌุนู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ ู…ู† ูƒู„ูู‘ ุถูŠู‚ู ู…ุฎุฑุฌุงุŒ ูˆู…ู† ูƒู„ูู‘ ู‡ู…ูู‘ ูุฑุฌุงุŒ ูˆุฑูŽุฒูŽู‚ู‡ ู…ู† ุญูŠุซ ู„ุง ูŠุญุชุณุจ*

Mafhumnya: _*"Barangsiapa yang melazimi istighfar nescaya Allah menjadikan untuknya jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap keluh kesah dan Allah mengurniakannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka"*_ [Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim dengan sanad yang sohih]

๐ŸŒน Like, Share & Komen di bawah๐Ÿ‘‡

01/04/2021

SAYA ๐——๐—œ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ
Berkata Puan Hanim:
Saya dan suami bercerai 2 tahun lalu selepas 17 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, kami dikurniakan tiga anak.

Sepanjang tempoh perkahwinan, kami tinggal di sebuah rumah teres yang dibeli atas nama suami selepas lima tahun kami berkahwin.

Bagaimanapun, selepas bercerai suami mengusir saya dan anak-anak keluar kerana menyatakan rumah itu dibeli di atas namanya. Kini rumah itu hanya disewakan.

Persoalannya, adakah saya berhak menuntut di Mahkamah Syariah rumah itu adalah sebahagian harta sepencarian kami walaupun ia dibeli atas nama suami?
_____________________________________________

Setiap wanita perlu tahu hak mereka selepas berlakunya perceraian.

Harta sepencarian adalah salah satu hak yang boleh dituntut oleh suami atau isteri.

Bagi masalah dialami puan, secara asasnya ia mempunyai merit dari sudut pandangan undang-undang untuk menuntut hak puan sebagai harta sepencarian.

๐Ÿ“Œ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฑ ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐˜๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ. Seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri berkenaan Harta Sepencarian, Seksyen 122 iaitu:

๐Ÿ“Œ3. Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak itu.

๐Ÿ“Œ4. Dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:

a. Takat ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป-๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.

b. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

๐Ÿ“ŒTuntutan yang ingin dikemukakan perlu disertakan dengan fakta yang menyokong dakwaan puan. Sehubungan itu, puan perlu mengemukakan fakta mengenai sumbangan yang dibuat dalam usaha puan atau suami mendapatkan harta berkenaan.

๐Ÿ“ŒSekiranya puan tiada sumbangan secara langsung sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga, puan boleh mengemukakan fakta sumbangan secara tidak langsung iaitu dari segi tugas sebagai isteri yang dilakukan sepanjang harta itu mula dimiliki sehingga bercerai.

Fakta sumbangan itu perlu dikemukakan bagi tujuan menentukan berapa kadar bahagian yang layak untuk puan dan suami. Mana-mana pihak yang menyumbang dengan kadar yang besar, maka bahagiannya akan besar.

Seterusnya, puan juga boleh memohon supaya ditetapkan juga cara pembahagian kadar itu sama ada harta itu dijual dan seterusnya dibahagikan kepada pihak yang layak mengikut kadar bahagian masing-masing.

Penulis ialah peguam syarie
SUMBER : Harian Metro

๐˜ฝ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™™๐™ž ๐™ ๐™ค๐™ข๐™š๐™ฃ๐Ÿ‘‡

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda โค๏ธ

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐Ÿ˜ƒ

31/03/2021

๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—•๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ

๐ŸŒนAllaah taala telah memerintahkan golongan lelaki agar melayan wanita dengan layanan yang baik.

๐ŸŒนIaitu tanpa menyakitinya dan tanpa mencuaikan hak-hak yang wajib ke atasnya bagi mereka.

๐ŸŒนJusteru, barangsiapa yang memperelokkan muamalatnya terhadap isterinya maka dia adalah di antara mukmin yang terbaik.

๐ŸŒนMelayan isteri dengan baik dalam erti kata yang lain adalah melayan mereka dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan ihsan.

๐Ÿ’Baginda rasulillah adalah insan yang paling baik layanannya terhadap isterinya. Baginda sendiri menjahit pakaiannya. Baginda sendiri yang memerah susu haiwan ternakan. Boleh saja baginda menyuruh isterinya atau orang lain buatkan untuknya tetapi karna sifat tawadhuknya, baginda melakukannya sendiri.

๐Ÿ“ŒNamun lain p**a halnya bagi sebahagian suami di luar sana yang ses**a hati memerintah isterinya malakukan itu dan ini seperti dialah seorang raja adapun isterinya seorang hamba. Di manakah sikap tawadhuknya seorang suami?

๐Ÿ’Oleh itu, Sifat Ihsan antara satu sama lain perlu ada dalam kehidupan berpasangan. Suami bersikap ihsan terhadap isterinya dan isteri melakukan ihsan terhadap suaminya. Tanpa ihsan antara pasangan maka robohlah sesebuah rumahtangga itu.

29/03/2021

[KESAN BERPOLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH]

๐Ÿ“Poligami adalah perlahwinan lebih daripada seorang isteri dan tidak melebihi 4 orang isteri dalam satu masa. Pengharusan poligami dalam islam disyariatkan melalui firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa.

๐Ÿ“Setiap perkahwinan poligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.

๐Ÿ“"Jika seorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

LIKE & SHARE FB PAGE KAMI

Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda โค๏ธ

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)
๐Ÿ“žhttps://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)
๐Ÿ“žhttps://bit.ly/30qBopL (Tuan Afandi 2)

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐Ÿ˜ƒ

17/03/2021

๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง-๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—”

๐Ÿ’Kebahagiaan dan kedamaian dalam berumah tangga hanya akan dikecapi apabila kedua-dua pasangan mengerti dan sedar akan tanggugjawab dan kewajiban masing-masing terhadap satu sama lain serta saling melayan di antara satu sama lain dengan layanan dan pergaulan yang baik.

๐Ÿ’Sungguh, syarak ada menerangkan tentang hak, adab serta akhlak yang perlu diikuti serta dilaksanakan oleh pasangan suami isteri demi menggapai kehidupan berpasangan yang membahagiakan dan demi menggapai sakinah, rahmah dan mawaddah dalam bahtera perkahwinan yang dilayari. Jika tidak, pasti akan berlaku kekacauan, stress atau mungkin sahaja letupan bom yang akhirnya akan menatijahkan perpisahan yang sadis dalam keadaan hati yang terguris-terhiris.

๐Ÿ’Di antara adab tersebut adalah;
baik layanan isteri terhadap suami, melaksanakan tanggungjawabnya terhadap suami, mentaati suami pada semua perkara yang diredhai Allaah dan RasulNya.
RasuluLlaah sollaLlaahu ^alayh wasallam pernah bersabda yang mafhumnya: โ€œManusia yang paling besar haknya ke atas seorang wanita adalah suaminyaโ€.
Baginda juga pernah bersabda yang mafhumnya: โ€œMana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke dalam syurgaโ€.

๐ŸŒนMaka seorang wanita yang berakal dan tinggi sopan-santunnya adalah yang benar-benar komited melaksanakan tanggugjawabnya terhadap suaminya dan melayannya dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Credit: Mohd Sobri Ellias

16/03/2021

APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Namun dalam kebanyakan kes ini, terlalu ramai isteri yang tidak jelas atau tidak tahu apakah hak seorang isteri yang sedia ada apabila suami berpoligami.

Majoriti tahu, bercerai. Ya. Perceraian itu juga hak seorang isteri.

Namun begitu, terdapat juga hak yang dijamin hukum syarak buat isteri yang memilih untuk mengekalkan perkahwinannya.

Ada beberapa hak yang penting akan admin kongsikan:

*****************
1) Hak Nafkah Diri
*****************
Nafkah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri yang merangkumi 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

*********************
2) Hak Giliran Bermalam
*********************
Hak giliran bermalam ialah hak yang wajib diberikan secara adil oleh suami kepada isteri-isterinya yang dimadukan.

Isteri pertama perlu tahu berapa hari haknya dan

*****************
3) Harta Sepencarian
*****************
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan atau harta yang diperolehi satu pihak sebelum perkahwinan namun dikembangkan/dimajukan oleh satu pihak yang lain dalam tempoh perkahwinan.

****************
4) Hak Nafkah Anak
****************
Nafkah anak ialah nafkah wajib yang disediakan bapa kepada anak-anaknya.

๐Ÿ“ŒDinasihatkan isteri yang sudah mengetahui dirinya telah dimadukan:

1. Anda mempunyai beberapa hak yang penting dan telah dijamin oleh hukum syarak dan undang-undang selain daripada bercerai.
Beranikan diri dan tuntutlah hak berkenaan demi kebaikan diri dan keluarga anda.

2. Jika suami anda telah berpoligami secara rahsia dan kemudian enggan untuk mendaftarkannya, persiapkan bukti.
Kerana beban bukti untuk membuktikan di Mahkamah bahawa suami telah poligami adalah tanggungjawab anda.

3. Rujuklah mereka yang arif dalam hal ehwal berkaitan undang-undang syariah ini sekiranya masih lagi musykil dan tidak jelas mengenai hak-hak anda.

Suami dah terlepas poligami tanpa pengetahuan, jangan p**a biarkan dia terus terlepas menunaikan hak.

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.

ANDA BUNTU? KAMI BANTU
๐Ÿ“ฒ Hubungi kami:

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)

FB: https://www.facebook.com/peguamkeluargaanda/
Telegram: https://t.me/peguamkeluarga

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐Ÿ˜ƒ

15/03/2021

๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—›

Ramai manusia begitu mendambakan kebahagiaan di dunia di samping kebahagiaan di akhirat yang ia adalah matlamat tertinggi kehidupan di atas dunia. Namun, apakah yang dikatakan sebagai kebahagiaan duniawi tersebut? Pada hakikatnya, wanita yang solehah adalah di antara empat perkara yang disifatkan oleh Rasulullaah sebagai salah satu daripada kebahagiaan di dunia. Dalam sebuah hadis riwayat al-Hafiz Dhiaโ€™uddin al-Maqdisiy rahimahuLlaah, Rasulullaah bersabda yang mafhumnya: โ€œKebahagiaan hidup di dunia adalah seperti rumah yang luas, pengangkutan yang selesa, isteri yang solehah dan jiran yang solehโ€.

Keempat-empat perkara tersebut telah disebutkan oleh baginda Nabiy sebagai as-Saa^adah ad-Dunyawiyyah yakni barangsiapa yang memperolehinya di dunia yang fana ini maka bererti dia akan hidup dengan selesa. Empat perkara ini juga akan membantu seseorang ke atas perkara-perkara agamanya jika dia pandai menguruskannya. Maka, secara tidak langsung, ia juga adalah pintu untuk seseorang itu turut menggapai kehagiaan di akhirat kelak yang bersifat kekal abadi.

Akan tetapi, tidaklah bermakna mereka yang memperolehi keempat-empat perkara tersebut pasti akan turut menjadi golongan yang bahagia di akhirat kelak. Tidak. Sebaliknya, yang paling asas bagi seseorang dalam menggapai saadah ukhrawiyyah adalah beriman kepada Allaah dan beriman kepada RasuluLLaah. Kedua-dua perkara yang besar ini adalah asas kepada Islam. Barangsiapa yang mendapati keduanya, bererti dia telah mendapati amalan yang paling afdhal. Namun barangsiapa yang tidak mendapati keduanya, maka pada hakikatnya seolah-olah dia tidak beroleh apa-apa kebaikan di atas dunia ini, kerana dia telah kehilangan asas kepada kebahagian yang mutlaq dan tertinggi iaitulah beriman kepada Allaah dan RasulNya; yang ia adalah kunci kepada saadah ukhrawiyyah yang bersifat kekal abadi.

Adapun wanita a.k.a isteri yang solehah, maka mereka akan menjadi tulang belakang kepada seorang lelaki dalam melaksanakan urusan agamanya. Mereka berperanan dalam menguruskan urusan kehidupan suami dan menguruskan kerja-kerja rumah yang kesemua ini membantu suaminya untuk memberi tumpuan terhadap urusan ilmu dan amal. Antara ciri wanita solehah juga adalah mereka yang melayan suaminya atas dasar ihsan dan mentaati suaminya pada perkara-perkara yang diredhai oleh Allaah ta^ala. Sungguh beruntung mereka yang beroleh wanita yang solehah sebagai suri hati mereka sebagai teman rapat dalam menghabiskan saki-baki hidup di atas dunia yang sementara ini.

Credit: Mohd Sobri Ellias

04/03/2021

KHIDMAT GUAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH: APAKAH PROSES PERTAMA YANG PERLU DIAMBIL??

๐Ÿ“ŒMengendalikan kes-kes rumahtangga di Mahkamah tidak semudah yang disangka. Adakalanya kami akan berhadapan dengan risiko yang merbahaya dari pelbagai sudut. Kes-kes anakguam menjadi tanggungjawab kami sepenuhnya selepas berlakunya Wakalah iaitu Ikrar Pelantikan Peguam di mahkamah yang Mulia.

๐Ÿ“ŒTahukah anda 'Wakalah' adalah proses pertama yang perlu dilalui pihak-pihak yang memerlukan khidmat Peguam di Mahkamah Syariah bagi mewakilkan anda secara profesional.

๐Ÿ“ŒKes-kes apa yang memerlukan Wakalah?

Semua kes-kes yang boleh dikendalikan di Mahkamah Syariah.

๐Ÿ“ŒIkuti kami dengan penuh kesetiaan agar kami akan terus dapat menyalurkan ilmu, maklumat tepat dari kamar Mahkamah. Kami amat menghargai sokongan anda.

ANDA BUNTU? KAMI BANTU
PM Peguam Kami untuk sebarang persoalan โ˜บ๏ธ
๐Ÿ“žTn Afandi:
http://www.wasap.my/60172110058 (whatsapp)

http://www.wasap.my/60134847547 (call)

๐Ÿ“žPn Salina:
http://www.wasap.my/60176394039

FB : https://www.facebook.com/peguamkeluargaanda/
Blogger : peguamkeluarga.blogspot.com

04/03/2021

๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”

Telah berkata sang murobbi:

โ€œSekiranya seseorang itu:

๐Ÿ“Œtidak mahu mengikuti pendapat saudaranya atau pasangannya sedangkan pendapat tersebut bermuafakat dan berselari dengan kebenaran
๐Ÿ“Œbahkan dia berkeras mahu orang lain mengikut pendapatnya walaupun pendapatnya berseberangan dan bersalahan dengan kebenaran,
๐Ÿ“Œmaka sikap seperti ini tiada kebaikan padanya kerana ia bukan sahaja akan memudaratkan dirinya sendiri bahkan juga orang lainโ€.

ุงู„ู„ู‡ู… ุฃุญูŠู†ุง ู…ุณูƒูŠู†ุง ูˆุฃู…ุชู†ุง ู…ุณูƒูŠู†ุง ูˆุงุญุดุฑู†ุง ููŠ ุฒู…ุฑุฉ ุงู„ู…ุณุงูƒูŠู†

03/03/2021

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sekiranya anda mendengar, melihat, mengetahui dengan dekat terdapat keluarga, rakan atau diri sendiri dianiaya. Anda mahu ke mana?

Berikut sedikit panduan untuk anda:

1. Hospital /Klinik

Adalah disarankan terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dimana-mana berhampiran sekiranya terdapat kecederaan. Rawatan yang anda dari bilik khusus yang dipanggil Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).

2. Pergi ke Balai Polis
- Nyatakan dengan lengkap dan tepat kronologi kejadian, usah terburu-buru sehingga akan ada maklumat tercicir.

- maklumkan kepada Pegawai ia bertujuan untuk perlindungan diri, rujukan mahkamah dan tujuan pendakwaaan.

- Bawa apa-apa bukti sokongan.

3. Bantuan talian awam / NGO

- Talian Kasih KPWKM di 15999 atau mana-mana organisasi wanita seperti WAO

4. Saranan awal sebelum keluar rumah

- bawa barang-barang penting seperti kad pengenalan/ dokumen-dokumen/ kunci rumah/kunci kereta/ Pengecas telefon/ Pakaian( sekiranya berhasrat meninggalkan rumah)

Pembaca sekalian,

Mangsa penderaan ada kalanya telah mengalami gangguan mental yang berpanjangan, usahlah hanya menyatakan bertabahlah, bersabarlah. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak mencari solusi semampunya supaya mangsa merasa selamat dan terbela.

03/03/2021

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’
Nasihat Buat Suami
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

๐ŸŽAntara nasihat Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… kepada suami, dinyatakan dalam hadis yang berbunyi:
โœจโœจโœจ
ุฎูŠุฑูƒู… ุฎูŠุฑูƒู… ู„ู„ู†ุณุงุก
โœจโœจ
Mafhumnya: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling berlaku baik dengan isterinya", sesungguhnya yang paling bagus muamalahnya dengan isteri, itulah yang terbaik dari kalangan kamu.๐Ÿ‘๐Ÿ‘

๐Ÿ”นSeorang muslim itu akan jadi lebih mulia apabila dia berlaku baik terhadap isterinya
๐Ÿ”นLayani isteri dengan lemah lembut, penuh dengan kasih sayang dan belas kasihan.
๐Ÿ”นBanyak lelaki zaman sekarang tidak mencontohi cara Nabiyy. Mereka tidak bersifat tawadu' bahkan bersifat angkuh terhadap isteri mereka..
๐Ÿ”นSepatutnya suami perlu bersifat rendah diri, berkelakuan baik terhadap isterinya dengan memberi sedikit kebebasan, memaafkan atas tingkahlaku buruk isterinya dan tidak membalas keburukan dengan keburukan.
๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ

Sabda Rasulullahุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… lagi:
ุฎูŠุฑูƒู… ุฎูŠุฑูƒู… ู„ุฃู‡ู„ู‡ ูˆุฃู†ุง ุฎูŠุฑูƒู… ู„ุฃู‡ู„ูŠ
๐ŸŒบMaksudnya:
Sebaik-baik kamu adalah yang paling berlaku baik kepada isterinya .. Dan aku ini adalah yang paling berlaku baik terhadap isterinya.
๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ
Rasulullah apabila keluar, baginda akan datang ke pintu isterinya yang bukan gilirannya pada hari itu seraya memberi salam

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ ุฃู‡ู„ ุงู„ุจูŠุช

kemudian baginda datang ke pintu isteri yg lain p**a dan memberi salam dan begitulah seterusnya..
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข
Lihatlah betapa hebatnya Nabiyy kita. Isteri manakah yang tidak gembila bila diperlakukan demikian.
๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ

Credit: Dr Omar Kalasy

02/03/2021

WASPADAILAH LISANMU WAHAI PARA SUAMI

* Para suami yang diletakkan amanah di mulutnya bahawa segala lafaz yang berkaitan dengan talak @ cerai adalah suatu perkara yang tidak boleh di bawa main-main kerana ia adalah suatu perkara yang boleh disabitkan sah sebagai lafaz cerai terhadap isterinya.

* Maka perlu berwaspada para suami di dalam ucapan samada semasa bergaduh @ perbualan biasa @ luahan isi hati @ bergurau dengan menggunakan perkataan talak @ cerai dikhuatiri akan menyebabkan jatuh talak tanpa di sedari oleh suami mahupun isteri.

* Umpama peribahasa yang pop**ar di kalangan orang melayu kita iaitu "bila dah terhantuk baru nak terngadah" maka menyesal di kemudian hari tidak ada guna sudah. Berhati-hati lah wahai para suami sekalian.

โ“ANDA ADA PERSOALANโ“
TANYALAH PEGUAM SYARIE

๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afandi)
๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Lin)

FB : https://m.facebook.com/peguamkeluargaanda
Blogger : peguamkeluarga.blogspot.com

Jom like & share untuk manfaat bersama๐Ÿ˜Š
https://www.facebook.com/100985238325449/posts/254914299599208/

02/03/2021

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก

SubhaanaLlaah..Maha suci Tuhan yang Maha mengubah makhluk-makhlukNya sedangkan Dia tidak berubah..

Bergaul dengan manusia berhajat kepada seni. Ini kerana manusia itu pelbagai tabiat, sifat dan ragamnya. Jika kita merenung semula, nescaya kita akan dapati bahawa tabiat manusia itu tidak ubah seperti tabiat tanah-tanah yang berada di atas muka bumi ini.

Ada dalam kalangan mereka yang lembut pergaulannya tak ubah seperti tanah yang berpasir lembut dan halus. Ada juga yang kasar dan keras seperti tanah yang berpasir kasar atau tanah yang keras dan pejal. Ada dalam kalangan mereka yang pemurah dan s**a memberi seperti tanah-tanah yang subur, menyerap air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Dan tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang bakhil seperti tanah liat di mana ia tidak menyerap air dan tidak p**a menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di atasnya.

Dan jika kita terus merenung lagi, maka kita turut akan dapati bahawa tatkala kita bermuamalat atau bergaul dengan manusia yang pelbagai tabiatnya itu, tak ubah seperti keadaan kita yang perlu meraikan tabiat tanah yang kita berjalan di atasnya tersebut. Maka cara kita berjalan di atas tanah yang lembut pastinya tidak sama dengan cara kita berjalan di atas tanah yang kasar dan keras. Berjalan di atas tanah yang lembut dan halus menjadikan kita begitu tenang dan selesa tika menapak di atasnya. Berlainan p**a jika kita berjalan di atas tanah yang kasar dan keras, kita perlu lebih fokus dan berhati-hati kerana jikalau tersilap langkah, kaki terluka.

Begitulah asam garam dalam berhubungan atau bergaul dengan sesama manusia. Pergaulan itu mematangkan. Tabiat manusia yang hendak digauli perlu diraikan agar kita dapat menyesuaikan diri tatkala bergaul dengan mereka. Benarlah kata sebahagian cerdik pandai, tabiat manusia turut menyumbang dalam mencorak sesuatu keputusan yang diambil.

โ€œAllaah Maha mengubah tabiat manusia sedangkan Allaah sendiri tidak berubahโ€.

Credit: Mohd Sobri Ellias

Jom like dan share๐Ÿ˜Š

01/03/2021

NAFKAH ANAK

โœ… Bapa adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan & mengadakan nafkah kepada anaknya dan tanggungjawabnya ini tidak dikongsi dengan bapa-bapa yang lain iaitu โ€œbapa tiri atau Datukโ€ selagimana berkeupayaaan.

โœ… Walaupun anak bukan dibawah jagaan bapa, si bapa sama sekali tidak boleh menidakkan hak si anak bagi nafkahnya.

โœ… Nafkah & Hak Akses Lawatan Bermalam adalah perkara yang berbeza. Maka tidak boleh dijadikan alasan dalam menafikan hak nafkah. Sila tuntut berasingan disebabkan kes yang berbeza!

โœ… Jika anak adalah seorang (OKU) walaupun anak melebihi 18 tahun, maka adalah dia si anak tersebut juga masih dibawah tanggungan si bapa. Waallahuโ€™alam.

Credit: Amalina

โ“ANDA ADA PERSOALANโ“
TANYALAH PEGUAM SYARIE

๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afandi)
๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Lin)

FB : https://m.facebook.com/peguamkeluargaanda
Blogger : peguamkeluarga.blogspot.com

01/03/2021

NAFKAH DAN SIMPANAN UNTUK ANAK 2 PERKARA BERBEZA?

Nafkah anak adalah tanggungjawab seorang bapa kepada anak-anak. Nafkah tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan dalam membesarkan anak-anak.

Namun, ada sesetengah bapa takut/tidak percaya untuk memberikan nafkah anak melalui bekas isteri yang menjaga anak-anak walaupun perintah dari Mahkamah Syariah sudah ada.

Diantara sebab-sebabnya adalah kuatir wang yang diperuntukan untuk anak-anak tersebut digunakan bekas isteri bagi membeli barang peribadi seperti baju, makeup dan sebagainya.

Kesan daripada rasa kurang percaya tersebut ada bapa yang mengambil keputusan untuk memasukkan nafkah bulanan anak ke dalam akaun simpanan anak-anak.

Itu bukan NAFKAH BULANAN, tapi SIMPANAN..

Akaun simpanan tersebut juga diletakkan bapa sebagai penama di mana si ibu/bekas isteri langsung tidak boleh mengakses akaun tersebut.

Jadi bagaimanakah si ibu nak berbelanja untuk keperluan anak-anak?

Percayalah, kadangkala nafkah yang diberi bapa pada setiap bulan tidak pun mencukupi. Bekas isteri juga sedaya upaya berusaha bagi mencukupkan keperluan anak-anak. Ibu mana yang sanggup lihat anak membesar dalam serba kekurangan.

NAFKAH BULANAN ANAK adalah sejumlah wang/barang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan bulanan/membesarkan anak-anak. Kalau dijadikan SIMPANAN yang tidak boleh dikeluarkan oleh penjaga bagaimana anak-anak nak jalani kehidupan dengan sempurna tanpa makan, minum dan sebagainya.

Tidak salah nak adakan simpanan untuk anak-anak, tapi keperluan anak untuk membesar perlu diutamakan terlebih dahulu.

Ada juga bapa yang tidak berkira soal nafkah anak, Alhamdulillah. Tapi jangan p**a si ibu mengambil kesempatan. Moga sama-sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun telah berpisah.



Credit: Farah Diyana

01/03/2021

Assalamualaikum๐Ÿ˜Š

Dalam sehari kita mempunyai 1440 minit.

Adalah baik bagi kita sebagai orang Muslim untuk munasabah diri kita bagaimanakah kita menghabiskan 1440 minit yang lalu.
Berapa banyakkah minit2 yang telah dirugikan, berapa banyakkah p**a minit2 yang digunakan pada perkara kebaikan.

Kita mohon kepada Allah agar dikurniakan taufiq dalam melakukan amal kebaikan.

26/02/2021

CERAI TAKLIK @ JANJI BERDASARKAN SEKSYEN 50.

โœ… Isteri hendaklah memfailkan kes di Mahkamah Syariah.

โœ… Dakwaan isteri bahawa suami meninggalkannya tanpa sebarang nafkah akan disiasat oleh hakim syarie sehingga dapat dibuktikan dan setelah Mahkamah berpuas hati maka keputusan akan diputuskan sebagaimana kehendak janji/taklik tersebut.

ANDA BUNTU? KAMI BANTU
Boleh direct PM Peguam SYARIE Kami untuk sebarang persoalan โ˜บ๏ธ
๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afandi)
๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Lin)

FB : https://m.facebook.com/peguamkeluargaanda
Blogger : peguamkeluarga.blogspot.com

26/02/2021

HAJAT TERTUNAI DENGAN BERSELAWAT PADA HARI JUMAAT

Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

๏ปฃ๏ปฆ ๏บป๏ป ๏ปฐ ๏ป‹๏ป ๏ปฒ ๏ป“๏ปฒ ๏ปณ๏ปฎ๏ปก ๏บ๏ปŸ๏บ ๏ปค๏ปŒ๏บ” ๏ปฃ๏บŽ๏บ‹๏บ” ๏ปฃ๏บฎ๏บ“
๏ป—๏ป€๏ปฐ ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปช ๏ปŸ๏ปช ๏ปฃ๏บŽ๏บ‹๏บ” ๏บฃ๏บŽ๏บŸ๏บ” ุซู„ุงุซูŠู† ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆุณุจุนูŠู† ููŠ ุงู„ุขุฎุฑุฉ
(ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุญุงูุธ ุงู„ุณุฎุงูˆูŠู‘)

Maknanya: "Barangsiapa berselawat keatasku pada hari juma^at 100 kali, nescaya Allah menunaikan baginya 100 hajat, 30 di dunia dan 70 di akhirat" .

Diriwayatkan alhafidz as-Sakhowi.

๐ŸŒˆ Jom, like dan share untuk manfaat bersama

25/02/2021

KOS YANG PERLU DITANGGUNG AKIBAT PENCERAIAN DI MALAYSIA

Perceraian ni adalah topik yang jarang orang bincangkan, tapi ia masih berlaku dan boleh jejaskan kewangan anda. Daripada yuran guaman kepada alimoni sehinggalah jumlah perbelanjaan lain yang terpaksa dikeluarkan hanya untuk memfailkan penceraian.

๐Ÿ“ŒApakah beban kewangan yang perlu ditanggung akibat penceraian?

Bila masuk topik kos penceraian ni, terdapat banyak kos yang terlibat sehingga susah untuk buat anggaran. Contohnya, jumlah permohonan petisyen penceraian yang difailkan, pemilihan peguam, tempoh prosiding mahkamah, jenis kes dan sebagainya akan menjejaskan kos yang perlu ditanggung oleh pasangan.

๐Ÿ“ŒPerceraian bagi pasangan beragama Islam

Bagi pasangan yang beragama Islam dan berlaku perceraian (tanpa persetujuan bersama) p**a, kes akan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Berikut adalah anggaran kos-kos yang perlu ditanggung untuk permohonan dan yuran mahkamah:
โ€ข Waran dan Testimoni AM80
โ€ข Penghantaran waran ke mahkamah
โ€ข Permohonan interlokutori (luar bidang kuasa) (sekiranya diperlukan)
โ€ข Permohonan interlokutori (tuntutan ganti rugi/pampasan)(sekiranya diperlukan)
โ€ข Afidavit untuk hadir ke mahkamah bagi pesalah yang menjalani hukuman penjara -(sekiranya diperlukan)
โ€ข Perintah interlokutori , bagi setiap perintah yang dihantar

YURAN GUAMAN bagi penceraian tanpa persetujuan bersama - Kos anggaran susah untuk ditetapkan atas beberapa sebab seperti bilangan petisyen penceraian difailkan, tahap kerumitan kes dan perselisihan sejauh mana pertikaian yang wujud; bayaran jugak bergantung kepada tahap kewangan individu (bergantung kepada budi bicara peguam yang dilantik).

๐Ÿ“ŒPenceraian Tanpa Persetujuan

Macam mana p**a dengan penceraian tiada persefahaman? Kes-kes macam ni jatuh dalam kategori penceraian tanpa persetujuan. Penceraian jenis ni terjadi bila salah satu pasangan tak setuju untuk berpisah atau ada isu berkaitan dengan nafkah pasangan dan anak, pembahagian harta dan sebagainya. Disebabkan isu-isu ni, kos yang perlu ditanggung jugak akan jadi LEBIH MAHAL bergantung kepada betapa rumitnya kes tu.

Bagi kedua-dua jenis penceraian (pasangan beragama Islam), penggunaan khidmat perantara adalah cara yang lebih jimat (dan mungkin lagi cepat) untuk selesaikan rundingan penceraian yang melibatkan perselisihan, dengan anggaran RM5,000 hingga RM15,000.

๐Ÿ“ŒAda kos lain tak yang perlu diambil kira?

Selain daripada kos mahkamah, yuran guaman, dan bantuan belanja sara hidup, ada jugak perbelanjaan lain yang anda perlu tahu.

Contohnya, kalau anda kerap naik turun mahkamah, anda juga perlu kira kos perjalanan, kos penjagaan anak dan jugak pendapatan yang berkurangan dari perniagaan dan lain-lain.

Kesimp**an: Kos penceraian boleh cecah atau lebih dari kos perkahwinan
Tapi itulah, penceraian ini adalah sebahagian dari kehidupan. Sebab itu lah pentingnya untuk anda fikir masak-masak semua kebarangkalian apabila mahu berumah tangga, termasuklah kos penceraian (sekiranya berlaku).

Antara cara untuk kurangkan kos perceraian adalah dengan wujudkan Perjanjian Sebelum Pernikahan. Perjanjian ni adalah sebuah kontrak bertulis yang menerangkan pemilikan/pembahagian harta, termasuklah perjanjian-perjanjian lain.

Mana yang bercadang nak berkahwin tu, apa kata anda berbincang dengan pasangan pasal perjanjian ni. Sebabnya ia boleh bantu anda kurangkan sebarang perselisihan, pembaziran masa dan kos perbelanjaan kalau berlaku penceraian.

Credit: Ahmad Muhammad

Anda Buntu? Kami Bantu!
Boleh direct PM Peguam Kami untuk sebarang persoalan โ˜บ๏ธ
๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afandi)
๐Ÿ“ž http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Lin)

FB : https://m.facebook.com/peguamkeluargaanda
Blogger : peguamkeluarga.blogspot.com

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Value Office Coworking Space @Mount Austin, Block B, #5-01, Austin V Square, Jalan Austin Perdana 2, Taman Austin Pedana, Taman Mount Austin
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Other Divorce & Family Lawyers in Johor Bahru (show all)
Peguam Keluarga Melaka Peguam Keluarga Melaka
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

Peguam Keluarga Negeri Sembilan Peguam Keluarga Negeri Sembilan
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Masai HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Masai
42-03, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, 81750

Legal firm in Johor Bahru town near Checkpoint & Woodlands Checkpoint (City Square) and Rapid Transit System RTS LINK Bukit Chagar ๆ–ฐๅฑฑๅพ‹ๅธˆๆฅผ้ ่ฟ‘ๆ–ฐๅฑฑๆ–ฐๅŠ ๅกๆตทๅ…ณ&็งปๆฐ‘ๆฃ€ๆŸฅๅ’Œๆ–ฐๅฑฑ-ๆ–ฐๅŠ ๅกๆท่ฟ็ณป็ปŸ RTS

Peguam Keluarga Penang Peguam Keluarga Penang
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi

LY Ooi & Chai ้ป„ๆฅท่ŒตไธŽ่”ก็พŽ่ฟ›ๅพ‹ๅธˆไบ‹ๅŠกๆ‰€ LY Ooi & Chai ้ป„ๆฅท่ŒตไธŽ่”ก็พŽ่ฟ›ๅพ‹ๅธˆไบ‹ๅŠกๆ‰€
No. 239, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai
Johor Bahru, 81300

LY Ooi & Chai | ้ป„ๆฅท่ŒตไธŽ่”ก็พŽ่ฟ›ๅพ‹ๅธˆไบ‹ๅŠกๆ‰€ Advocates & Solicitors โ€ข Peguambela & Peguamc

Peguam Keluarga Johor Peguam Keluarga Johor
No. 60A, Infinity8, Tebrau Highway, Jalan Kim Teng Park
Johor Bahru, 81100

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

Peguam Keluarga Selangor Peguam Keluarga Selangor
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

Lim Chambers Lim Chambers
99A, Jalan Mutiara 1/9, Taman Mutiara Mas
Johor Bahru, 81300

HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Johor Bahru HS LIM & CO Law Firm Permas Jaya Johor Bahru
42-01, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, 81750

Law firm in Johor Bahru close with Checkpoint & Woodlands Checkpoint (City Square) and Rapid Transit System RTS LINK Bukit Chagar.Services provided such as property, family & estat...

Syarizad Zaman & Seah Syarizad Zaman & Seah
5-05 Level 5, Menara TJB, No. 9 Jalan Syed Muhd M***i
Johor Bahru, 80000

We are Lawyers in Johor Bahru. We handle various litigation and conveyancing matters. Do visit our w

Peguam Syarie - Bidayatun Solehah Peguam Syarie - Bidayatun Solehah
No 42B, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru, 81200

Peguam Syarie di negeri Johor, wilayah-wilayah persekutuan & Melaka

William, Florence & Partners - ๆ–ฐๅฑฑๅพ‹ๅธˆไบ‹ๅŠกๆ‰€ William, Florence & Partners - ๆ–ฐๅฑฑๅพ‹ๅธˆไบ‹ๅŠกๆ‰€
34-01, Jalan Idaman 2, Taman Larkin Idaman
Johor Bahru, 80350

ๆ–ฐๅฑฑๅพ‹ๅธˆๆœๅŠก๏ผŒไบงไธš๏ผŒๅฎถๅบญ๏ผŒๅ•†ไธš๏ผŒๅ‘˜ๅทฅ๏ผŒ็จŽๅŠกๆณ•ๅพ‹้ƒฝๆœ‰ๅค„็†, Johor Bahru Is a Malaysia Divorce lawyer, legal service, property, family, commercial, tax law #JohorBahru #DivorceLawyer #MalaysiaDevorceLawyerJohorBa...